UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL JOM SIHAT 2012 1.0 UNDANG-UNDANG Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 PENGENALAN 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL JOM SIHAT 2012 dianjurkan oleh UTMSPACE dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. 2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 20hb hingga 21hb Oktober 2012 bertempat di Gelanggang futsal stadium Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. 2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang terbuka (Hard Court) 2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 17hb Oktober 2012 (rabu) di Stadium Universiti Teknologi Malaysia pada jam 10.00 pagi. 2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.
2.3 FORMAT KEJOHANAN 2.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara SISTEM LIGA KUMPULAN dimana hanya JOHAN akan layak ke peringkat seterusnya yang akan dijalankan secara kalah mati. 2.3.2 Masa perlawanan adalah 7minit x 1minit x 7minit 2.3.3 Pusingan kumpulan akan dijalankan secara liga dimana pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri-1 mata, dan kalah - 0 mata. 2.3.4 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu perlawanan,pasukan lawan akan diberikan 3 mata dengan jaringan 3-0. 2.3.5 Jika 2 pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama,maka pemenang akan ditentukan seperti berikut; Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang ; Jika masih seri,pasukan yang menjaringkan lebih gol akan dikira menang ; Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya dalam perlawanan awal dikira menang; Ataupun tendangan penalti secara Sudden Death akan dijalankan untuk menentukan pemenangnya. 2.4 KATEGORI PERTANDINGAN 2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia. 2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 3 pemain simpanan, dan seorang pengurus. 2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. 2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM150.00 2.4.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 2.4.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan. 3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan. 3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 3.4 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai. 3.5 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil sebelum pertandingan. 3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 3.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 20 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 3.8 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 3.9 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan sebanyak Rm250.00 sahaja, wang proses sebanyak Rm50.00. Satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 3.10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 3.11 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 3.12 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
4.0 HADIAH PERTANDINGAN 4.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut: HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL JOM SIHAT 2012 KEDUDUKAN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT NILAI HADIAH (RM) RM1,500.00 + Medal RM 600.00 + Medal RM 300.00 + Medal RM 300.00 + Medal 4.2 Tiada perlawanan penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 Oktober 2012 (Isnin) PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL JOM SIHAT 2012 BORANG PENDAFTARAN PASUKAN NAMA KUMPULAN : NAMA PENGURUS PASUKAN : ------------------------------------------------- NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P) -------------------------(H/P) KATEGORI : TERBUKA (LELAKI SAHAJA) BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN ALAMAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
PENGAKUAN DIRI Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini Tandatangan : Tarikh : (Pengurus pasukan) KBENARAN IBU BAPA / PENJAGA (peserta yang berumur bawah 18 tahun sahaja) Pengakuan : Saya Ibu Bapa/ Penjaga kepada penama bersetuju untuk memberi kebenaran dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mengakui bahawa jika berlaku apa-apa kehilangan / kecederaan atas sebab-sebab tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri. TANDATANGAN : TARIKH : SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: URUSETIA PERTANDINGAN FUTSAL JOM SIHAT 2012 Unit Pembangunan Profesional UTMSPACE No 34-50 Jalan kebudayaan 1,Taman Universiti 81300 Johor Bahru,Johor Tel : 07-521 8170/8159 Faks : 07-521 1355 BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT: URUSETIA PERTANDINGAN FUTSAL JOM SIHAT 2012 Unit Pembangunan Profesional UTMSPACE No 34-50 Jalan kebudayaan 1,Taman Universiti 81300 Johor Bahru,Johor Website : http://www4.utmspace.utm.my/