TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAD PERNIAGAAN PLATINUM

dokumen-dokumen yang mirip
Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Perjanjian Maybankard Platinum

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Fasal-fasal yang dipinda

2. KESAHAN MATA GANJARAN


Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PERJANJIAN PEMEGANG KAD BSN 1 TEACHERSCARD MASTERCARD

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

1. Dalam Perjanjian ini kecuali konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:-

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

KAD KREDIT CORE KAD KREDIT BSN VISA/MASTERCARD KLASIK KAD KREDIT BSN VISA/MASTERCARD EMAS KAD KREDIT BSN VISA/MASTERCARD PLATINUM

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK DEBIT MASTERCARD 1. TAKRIF

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Page 1 of 7. TERMA TERMA & SYARAT-SYARAT AKAUN SIMPANAN Layak menerima perlindungan PIDM 1. MEMBUKA AKAUN

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

(RD/T&C/Debit MasterCard/BM/MAR2018) Muka surat 1 daripada 11

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

AmBank (M) Berhad Perjanjian MasterCard/VISA

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kad AmBank Debit MasterCard

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

PERJANJIAN PEMEGANG KAD BSN AL-AIMAN PLATINUM/EMAS/KLASIK VISA/MASTERCARD

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Terma-Terma & Syarat- Syarat Kad Kredit Cash Rebate Platinum

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI


Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

bererti Syarikat yang membuka dan memegang Akaun Semasa dengan RHB Bank dimana Kad ini akan diberi akses kepada Akaun tersebut

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

PERBANKAN PRIORITI TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT KAD-i DEBIT CIMB ISLAMIC

Transkripsi:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAD PERNIAGAAN PLATINUM CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat perniagaannya di Level 2, Menara SBB, 83 Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk sebagai Bank ) akan membuka suatu akaun Kad Perniagaan Platinum (selepas dirujuk sebagai Akaun Utama ) untuk syarikat atau entiti perniagaan (selepas dirujuk sebagai Syarikat ) yang membuat permohonan untuk kad kredit tersebut selepas permohonan untuk Akaun Utama diluluskan. Dengan menandatangani permohonan untuk sebuah Akaun Utama, Syarikat mengesahkan bahawa ia telah memperolehi, membaca, memahami dan menerima terma-terma dan syarat-syarat Kad Perniagaan Platinum ini. Setelah permohonan Akaun Utama tersebut diluluskan oleh Bank, Syarikat boleh melalui penandatangan-penandatangannya yang telah diberi kuasa menamakan penama(-penama) yang diberi kuasa untuk menerima Kad Kredit MasterCard Perniagaan Platinum (selepas ini dirujuk sebagai Kad ) yang dikeluarkan di atas namanya. Syarikat dan penama-penamanya yang telah diberi kuasa dikehendaki untuk menandatangani borang penamaan yang ditetapkan oleh Bank untuk membenarkan Kad dikeluarkan kepada penamapenama yang telah diberi kuasa oleh Syarikat. Penama-penama yang diberi kuasa yang menerima Kad selepas ini akan dirujuk sebagai Pemegang Kad. Sesalinan terma-terma dan syarat-syarat Kad Perniagaan Platinum ini akan juga diberikan kepada Pemegang Kad bersama-sama dengan Kad. Kad boleh ditempah dengan Kod PIN, yang memerlukan kelulusan daripada Syarikat. Kod PIN akan diberikan secara berasingan. Dengan menandatangani borang penamaan tersebut dan/atau menggunakan Kad, Pemegang Kad dan Syarikat mengesahkan bahawa dia/mereka telah memperolehi, membaca, memahami dan menerima terma-terma dan syarat-syarat Kad Perniagaan Platinum. Sebagai balasan untuk persetujuan Bank memberi kemudahan yang ditawarkan oleh Kad kepada Syarikat dan Pemegang Kad, Syarikat dan Pemegang Kad dengan ini bersama-sama dan secara berasingan berwaad, berakujanji dan bersetuju kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:- Definasi 1. Dalam Perjanjian ini di mana konteks menerimanya ungkapan berikut mempunyai makna-makna yang terkandung yang ditentukan melainkan dinyatakan sebaliknya:- (a) Ungkapan notis terlebih dahulu yang mencukupi bermakna satu tempoh notis empat belas (14) hari kalendar, yang mana akan dianggap sebagai notis yang mencukupi bagi Syarikat dan Pemegang Kad; (b) Ungkapan Perjanjian ini bermakna perjanjian di antara Syarikat, Pemegang Kad dan Bank di mana atas permintaan Syarikat dan Pemegang Kad, Pemegang Kad diberikan sekeping Kad oleh Bank tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat terkandung di sini termasuk terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam borang permohonan Bank yang ditandatangani dan diserahkan oleh Syarikat dan/atau Pemegang Kad kepada Bank semasa memohon untuk pengeluaran sekeping Kad dan termaterma dan syarat-syarat lain yang ditambahkan atau dipinda dari semasa ke semasa; (c) Ungkapan ATM bermakna sebuah mesin teler automatik; (d) Ungkapan Bank bermakna CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat perniagaannya di Tingkat 2, Menara SBB, 83 Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur dan termasuk kesemua pengganti hakmilik dan penerima serahak; (e) Ungkapan matawang bil bermakna matawang bil dalam Ringgit Malaysia dan termasuk persingkatan "RM ; (f) Ungkapan Kad bermakna mana-mana kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank di bawah kategori Kad Perniagaan Platinum atau apaapa kategori atau jenama lain yang diperkenalkan atau digantikan oleh Bank dari semasa ke semasa dan akan termasuk Kad yang dikeluarkan secara gabungan atau sekutuan dengan mana-mana pihak ketiga dan/atau Kad yang dikeluarkan di bawah mana-mana produk atau nama-nama terpilih atau rujukan yang terpilih, dimana konteks membenarkan; (g) Ungkapan Pemegang Kad bermakna individu yang dinamakan di atas Kad dan akan termasuk waris, wakil peribadi dan pewaris hakmilik; (h) Ungkapan Akaun Lain Kepunyaan Pemegang Kad bermakna akaun-akaun bank atau akaun-akaun lain kepunyaan Pemegang Kad dengan Bank selain daripada Akaun MasterCard dan termasuk akaun Pemegang Kad bersama dengan pihak ketiga; (i) Ungkapan Penyata Gabungan bermakna penyata bergabung berkala bagi jumlah yang didebitkan ke dalam Akaun MasterCard Pemegang Kad yang dikeluarkan oleh Bank kepada Syarikat yang menunjukkan antara lain jumlah gabungan yang dicajkan oleh Pemegang Kad dan tarikh pembayaran perlu dibuat bagi jumlah tersebut; (j) Ungkapan Syarikat bermakna syarikat atau entiti perniagaan yang memohon untuk Akaun Utama dan Akaun MasterCard dan akan termasuk pewaris hakmilik dan penerima hak yang dibenarkan, yang terpakai pada konteks; (k) Ungkapan Akaun Lain Kepunyaan Syarikat bermakna akaunakaun bank atau akaun-akaun lain kepunyaan Syarikat dengan Bank selain daripada Akaun Utama dan Akaun MasterCard dan termasuk akaun bersama dengan pihak ketiga; (l) Ungkapan caj kewangan dan bayaran minima perlu dibayar bermakna caj kewangan dan bayaran minima perlu dibayar yang dirujuk dalam Klausa 13 di dalam dokumen ini; (m) Ungkapan caj pengendalian dan caj tambahan bermakna caj pengendalian dan caj tambahan yang dirujuk dalam Klausa 8 di sini; (n) Ungkapan caj bayaran lewat bermakna caj bayaran lewat yang dirujuk dalam Klausa 14 di sini; (o) Ungkapan Akaun MasterCard bermakna akaun Kad Perniagaan Platinum kepunyaan Pemegang Kad seperti terpakai dalam konteks, kepada mana semua bayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pendahuluan tunai yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad dan semua yuran tahunan, cukai kerajaan, caj pengendalian, caj kewangan dan/atau caj bayaran lewat didebitkan; (p) Ungkapan Nombor Akaun MasterCard bermakna nombor akaun yang diperuntukkan kepada Kad Perniagaan Platinum dan yang tertera pada Kad; (q) Ungkapan MCI bermakna MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang diperbadankan di Negeri Delaware yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utama di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, Amerika Syarikat yang mana Bank merupakan ahli institusi; (r) Ungkapan Peniaga akan termasuk kesemua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau perkhidmatan; (s) Ungkapan Baki Baru bermakna amaun penuh yang ditunjukkan sebagai perlu dibayar dalam Penyata; (t) Ungkapan PIN bermakna nombor pengenalan peribadi kepunyaan Pemegang Kad; (u) Ungkapan Bayaran Kad Pengganti bermakna bayaran yang harus dibayar oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat untuk mengganti suatu Kad; (v) Ungkapan Penyata bermakna Penyata Kad berkala yang dikeluarkan oleh Bank kepada Pemegang Kad yang menunjukkan antara lain jumlah yang dikenakan, tarikh pembayaran perlu dibuat; dan (w) Ungkapan Hari Kerja bermakna satu hari niaga (yang bukan hari Sabtu atau Ahad atau Cuti Umum) pada mana bank-bank, yang berlesen untuk menjalankan perniagaan urusan bank di bawah peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah buka untuk perniagaan di Kuala Lumpur. Pengeluaran Kad dan Kemudahan yang Disediakan 2. Kad adalah dikeluarkan di atas permintaan Syarikat untuk penggunaan yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:- (a) bayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang pembayaran boleh dicajkan kepada Akaun MasterCard; dan/atau (b) pendahuluan tunai seperti yang ditetapkan di bawah Klausa 12 di sini; dan/atau Muka surat 1 daripada 23 Versi bertarikh 28 September 2016

(c) (d) perkhidmatan pembayaran auto ( Pembayaran Auto ) di mana kesemua jumlah terhutang dan yang perlu dibayar berdasarkan bil rasmi berkala Pemegang Kad daripada peniaga(-peniaga) yang dinyatakan di dalam borang permohonan untuk perkhidmatan pembayaran auto dibayar oleh Bank dan didebitkan dari akaun MasterCard Pemegang Kad, seperti yang diarahkan oleh Syarikat di dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Pembayaran Auto; dan/atau kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis dengan Bank. Kad Transaksi Tanpa Sentuhan dengan Ciri Aktif 2A. (a) Pemegang Kad mengakui bahawa Kad tertentu yang dikeluarkan oleh Bank akan menggabungkan ciri-ciri yang membolehkan Kad digunakan untuk membayar barangan dan perkhidmatan dengan menyentuh atau melayangkan Kad pada pembaca tanpa sentuhan/ terminal ( Transaksi Tanpa Sentuhan ). Kad dan peranti dan terminal yang berkaitan boleh mempunyai logo atau jenama di mana Bank atau MasterCard boleh tentukan dari semasa ke semasa. (b) (c) Transaksi Tanpa Sentuhan tidak melebihi amaun yang boleh dari semasa ke semasa dispesifikasikan oleh Bank, boleh diproses dan akaun Pemegang MasterCard tersebut akan didebitkan dengan jumlah Transaksi Tanpa Sentuhan tanpa memerlukan:- Kad dilalukan kepada pembaca jalur magnetik; Cip Kad dibaca oleh terminal cip; atau Tandatangan Pemegang Kad atau kemasukkan nombor PIN Pemegang Kad untuk memberi kuasa untuk membuat transaksi. Dengan menerima Kad yang boleh digunakan untuk Transaksi Tanpa Sentuhan dan menggunakan Kad untuk melaksanakan Transaksi Tanpa Sentuhan atau dalam apa jua cara (termasuk menggunakannya cara konvensional dengan melalukannya kepada pembaca jalur magnetik atau pada pembaca cip atau dengan cara lain) maka Pemegang Kad mengaku janji akan menggunakan Kad menurut dan bersetuju untuk diikat kepada terma-terma dan syarat-syarat terkandung di dalam ini. Tanpa prejudis kepada yang dinyatakan sebelum ini, Syarikat mengaku janji untuk bertanggungjawab bagi semua Transaksi Tanpa Sentuhan yang dibuat menggunakan Kad dan dihantar kepada Akaun MasterCard Pemegang Kad. Semua Transaksi Tanpa Sentuhan akan dianggap telah dibuat secara sah dengan kuasa Pemegang Kad, kecuali Pemegang Kad boleh membuktikan secara konklusif sebaliknya. Dalam hal ini, Pemegang Kad mengakui bahawa Transaksi Tanpa Sentuhan boleh dilaksanakan tanpa diberi kuasa dan Pemegang Kad menerima sebarang risiko yang sedemikian. 2B. Perkhidmatan Pembayaran Auto (a) (b) Selepas Bank meluluskan permohonan Syarikat untuk Perkhidmatan Pembayaran Auto, kesemua jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada peniaga(-peniaga) akan dibayar dengan segera oleh Bank sebaik sahaja Bank menerima bil-bil peniaga(-peniaga) atau sebarang permintaan lain untuk pembayaran. Arahan terdahulu oleh Syarikat jika ada, kepada:- (i) bank lain dan/atau institusi kewangan lain untuk membayar peniaga-peniaga; dan/atau (ii) peniaga(-peniaga), untuk mencajkan jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada akaun Syarikat yang diselenggarakan di bank lain dan/atau institusi kewangan lain, akan sebaik sahaja Bank meluluskan permohonan Syarikat untuk Perkhidmatan Pembayaran Auto dianggap terbatal dan Syarikat tersebut akan dengan segera memaklumkan peniaga(-peniaga) dan/atau bank lain atau institusi kewangan yang lain berkenaan perubahan arahan pembayaran Syarikat tersebut. Dalam menawarkan Perkhidmatan Pembayaran Auto, Bank tidak akan bertanggunjawab untuk:- (i) Membuat pembayaran untuk sebarang caj kepada peniaga- (peniaga) mengikut waktu dan sehubungan dengan ini, Pemegang Kad dan Syarikat tidak akan menjadikan Bank pihak yang bertanggunjawab berkenaan sebarang kesilapan, kecuaian, keengganan dan peninggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar kesemua atau sebarang caj kepada peniaga(-peniaga) kecuali yang sama disebabkan (c) (d) (e) oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja secara langsung oleh Bank; (ii) kerugian yang dialami oleh Pemegang Kad dan Syarikat di mana Bank telah membuat pembayaran caj-caj kepada peniaga-(peniaga) dengan suci hati; (iii) membayar kesemua atau sebarang caj kepada peniagapeniaga dimana tiada had kredit dalam akaun Pemegang Kad dan/atau Syarikat atau dimana terdapat had kredit didalam akaun Pemegang Kad dan/atau Syarikat tetapi ia tidak mencukupi, atau dimana penggunaan Kad oleh Pemegang Kad ditamatkan atau digantung oleh kerana apa jua sebab, atau dimana Kad tersebut tidak diperbaharui atau diganti, seperti mana yang mungkin atau dimana Bank atas budi bicara yang munasabah menentukan secara muktamad bahawa situasi membenarkan pembayaran tidak dibuat atas sebarang sebab; dan/atau (iv) membayar sebarang caj kepada peniaga(-peniaga) di mana Pemegang Kad atau Syarikat telah mengarahkan Bank untuk menghentikan pembayaran atau membatalkan atau menamatkan Perkhidmatan Pembayaran Auto kecuali disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja oleh Bank. Syarikat akan pada setiap masa bertanggungjawab secara utama untuk membayar kesemua caj-caj yang terhutang dan perlu dibayar kepada peniaga(-peniaga) secara terus dan Bank tidak akan pada bila-bila masa dikehendaki untuk memaklumkan Pemegang Kad atau Syarikat berkenaan pembayaran yang tidak dilakukan oleh Bank untuk sebarang caj yang terhutang dan perlu dibayar kepada peniaga(-peniaga). Sekiranya pembayaran caj yang terhutang dan perlu dibayar kepada peniaga(-peniaga) tidak dilakukan oleh Bank, Pemegang Kad dan/atau Syarikat akan menyelesaikan pembayaran terhutang sedemikian secara terus dengan peniaga(-peniaga). Sekiranya nombor Kad Pemegang Kad berubah, Pemegang Kad akan bertanggunjawab untuk memaklumkan perubahan pada nombor Kad kepada peniaga-peniaga. Bank bagaimanapun diberikuasa (tetapi tidak dikehendaki) atas budi bicaranya yang mutlak menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang di bilkan kepada nombor Kad Pemegang Kad yang lama dan membuat pembayaran keatasnya. Dimana akaun Pemegang Kad mempunyai had kredit tetapi ia tidak mencukupi untuk membayar caj-caj kepada kesemua peniagapeniaga, Bank boleh:- (i) memilih untuk tidak membuat sebarang pembayaran berkenaan sebarang caj kepada kesemua dan atau manamana peniaga(-peniaga), dalam keadaan sedemikian Pemegang Kad dan/atau Syarikat akan menyelesaikan kesemua pembayaran yang masih terhutang dengan peniaga(-peniaga) secara terus; atau (ii) dalam budi bicaranya yang mutlak menentukan secara konklusif susunan mengikut keutamaan pembayaran caj-caj mana-mana peniaga(-peniaga) yang dianggap sesuai oleh Bank yang mana Pemegang Kad dan/atau Syarikat akan menyelesaikan secara terus pembayaran kesemua caj-caj yang tertunggak dengan peniaga(-peniaga) yang cajnya masih dihutang oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat. Syarikat akan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos, gantirugi, perbelanjaan, tuntutan atau permintaan (termasuk perbelanjaan perundangan atas dasar peguamcara dan anak guam dan gantirugi penuh) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat daripada pemberian Perkhidmatan Pembayaran Auto kepada Pemegang Kad melainkan jika apaapa kerugian, kos, kerosakan, perbelanjaan, tuntutan atau permintaan disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja secara langsung Bank. Tanggungjawab Bank untuk melaksanakan pembayaran kepada peniaga(-peniaga) seperti yang diarahkan oleh Pemegang Kad akan terhenti dengan serta-merta sebaik sahaja:- (i) penamatan Perkhidmatan Pembayaran Auto sama ada oleh Bank atau Pemegang Kad atau Syarikat dengan memberikan notis secara bertulis kepada pihak tersebut, tidak kurang daripada satu (1) bulan, dimana selepas tamat tempoh (1) bulan daripada tarikh notis penamatan tersebut, Perkhidmatan Pembayaran Auto akan ditamatkan; atau Muka surat 2 daripada 23

(f) (ii) pembatalan Kad atau penamatan Perjanjian ini (selepas dari ini dirujuk sebagai Peristiwa ). Pemegang Kad bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada peniaga yang berkenaan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Pembayaran Auto telah ditamatkan dan meminta peniaga tersebut untuk memberhentikan penghantaran bil kepada Bank. Sehingga masa peniaga memaklumkan kepada Bank bahawa Perkhidmatan Pembayaran Auto telah ditamatkan, Bank berhak untuk membuat pembayaran kepada peniaga dan Syarikat akan terus bertanggungjawab untuk pembayaran sedemikian yang dibuat oleh Bank kepada peniaga berkenaan semua transaksi sebelum Peristiwa. Tanpa mengambil kira apa yang terkandung di dalam ini, Bank berhak untuk memberhentikan, menggantung, atau menamatkan Perkhidmatan Pembayaran Auto pada bila-bila masa dengan memberikan Pemegang Kad dan Syarikat notis terdahulu yang mencukupi dan tidak melaksanakan pembayaran caj-caj kepada peniaga(-peniaga). Pada setiap masa Syarikat akan terus mempunyai liabiliti dan bertanggungjawab secara utama untuk membayar kesemua caj-caj terhutang dan perlu dibayar kepada peniaga(-peniaga) secara terus dan sekiranya Bank melaksanakan haknya yang sedemikian, Bank tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti terhadap Pemegang Kad dan Syarikat dan Pemegang Kad dan Syarikat akan menyelesaikan kesemua pembayaran kepada peniaga-(peniaga) secara terus. Tandatangan Di atas Kad Kredit dan Pematuhan Undang-Undang 3. (a) Selepas menerima Kad, Pemegang Kad mesti menandatangani kad tersebut dengan SERTA-MERTA (dengan menggunakan tandatangan yang sama yang tertera di atas borang permohonan Kad yang relevan untuk pengeluaran Kad) dan pada sebarang resit pengesahan penerimaan yang diperlukan oleh Bank dan memulangkan slip pengesahan penerimaan tersebut kepada Bank secepat mungkin. Tandatangan Pemegang Kad pada Kad atau pada sebarang draf jualan, rekod urusniaga, baucer kredit, draf pembayaran tunai dan/atau rekod caj yang lain dan/ atau penggunaan Kad dan/atau penggunaan PIN dan/atau pengembalian slip pengakuan penerimaan akan membentuk keterangan yang mengikat dan muktamad bahawa Pemegang Kad dan Syarikat telah memeterai Perjanjian ini dengan Bank. (b) Kad tidak boleh dipindah milik dan mesti digunakan secara eksklusif oleh Pemegang Kad. Kad tidak boleh disandar oleh Pemegang Kad atau Syarikat sebagai sandaran untuk apa-apa jua tujuan sekalipun. (c) Pemegang Kad atau Syarikat boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank. Apabila penggunaan Kad ditamatkan Pemegang Kad dikehendaki mengerat dua di bahagian jalur tengah magnetik dan melalui cip (jika kad mempunyai mikrocip). Syarikat akan terus dan kekal bertanggung jawab keatas kesemua urusniaga yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad sebelum Bank menerima notis bertulis berkenaan penamatan. (d) Penggunaan Kad akan juga tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Bank dan kesemua terma-terma, syarat-syarat dan peraturan lain yang mengikat Akaun Lain kepunyaan Pemegang Kad dan/atau Akaun Lain kepunyaan Syarikat, yang mana terpakai, termasuk sebarang peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Kad dan Syarikat akan pada setiap masa mematuhi peraturan dan undangundang yang terpakai berkenaan penggunaan Kad dan tanpa sebarang prasangka kepada yang dinyatakan terdahulu, Pemegang Kad akan memastikan bahawa ia mematuhi segala peraturanperaturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia dan tidak menggunakan Kad tersebut untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perjudian haram secara on-line (seperti yang biasa dimaksudkan). Arahan Telekomunikasi 3A. (a) Bank boleh menerima arahan:- (i) melalui telefon daripada Syarikat untuk melakukan perkara berikut berhubungan dengan Kad:- (a) laporan kehilangan/kecurian Kad; atau (b) (c) menyemak baki tertunggak pada Kad; atau transaksi lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. (ii) secara bertulis daripada Syarikat untuk melakukan perkara berikut berhubungan dengan Kad:- (a) permintaan penukaran had kredit pada Kad; (b) permintaan penukaran alamat Syarikat; (c) permintaan penggantian Kad yang hilang atau rosak; (d) permintaan untuk dan/atau pengaktifan PIN berkenaan sebarang Kad; atau (e) transaksi lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. (iii) melalui telefon atau secara bertulis daripada Pemegang Kad untuk melakukan perkara berikut berhubungan dengan Kad sendiri:- (a) permintaan untuk dan/atau pengaktifan PINnya berkenaan sebarang Kad; (b) laporan kehilangan/kecurian Kad; (c) menyemak baki tertunggak pada Kad; or (d) transaksi lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. (b) Sebelum menerima arahan-arahan sedemikian melalui telefon, identiti Pemegang Kad atau penandatangan yang diberi kuasa oleh Syarikat akan disahkan oleh wakil Bank melalui suatu proses keselamatan yang ditetapkan oleh Bank yang boleh merangkumi butir-butir peribadi Pemegang Kad. (c) Tanpa mengambilkira Klausa 3A (a) dan (b), Bank boleh meminta Pemegang Kad untuk menghantar pengesahan bertulis berkenaan arahan Pemegang Kad dan/atau Syarikat untuk menghantar pengesahan bertulis berkenaan arahan Syarikat sebelum melaksanakannya. (d) Tertakluk kepada Klausa 5, berkenaan kepada Kad yang dicuri atau hilang atau penggunaan fraud, Bank tidak akan menanggung liabiliti atau bertanggungjawab kepada Pemegang Kad dan Syarikat berkenaan sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan atau dialami oleh Pemegang Kad atau Syarikat walau dengan apa cara sekalipun dalam mengikuti atau tidak mengikuti sebarang atau kesemua arahan-arahan yang dinyatakan di Klausa 3A(a), kecuali tertimbul dari dan disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja secara langsung oleh Bank. (e) Pemegang Kad dan Syarikat mengakui dan bersetuju bahawa:- (i) Bank boleh merekodkan semua perbualan telefon di antara Pemegang Kad dan/atau individu yang diberikuasa oleh Syarikat dan wakil Bank; (ii) disebabkan sifat biasa perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang tidak diberikuasa terdengar perbualan sedemikian. (f) Pemegang Kad dan Syarikat juga memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak di atas arahan yang diberikan melalui faksimili atau cara telekomunikasi lain, dan sebarang permintaan yang dibuat oleh Pemegang Kad atau Syarikat kepada peniaga atau pembekal perkhidmatan untuk bekalan barangan dan/atau perkhidmatan untuk dicajkan pada Kad akan membentuk kebenaran untuk Bank mendebitkan Akaun MasterCard berkenaan dengan jumlah yang dicajkan. Dengan ini, Pemegang Kad dan Syarikat memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan untuk memberi jaminan gantirugi kepada Bank untuk kesemua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang ditanggung oleh Bank akibat persetujuan untuk bertindak di atas arahan Pemegang Kad dan/atau Syarikat yang diterima secara lisan, melalui faks atau arahan telekomunikasi kecuali tertimbul dari dan disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja secara langsung oleh Bank. 3B. (a) Bank diberi kebenaran yang tidak boleh batal (tetapi tidak diwajibkan) untuk menghubungi dan/atau memaklumkan kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat melalui pos biasa, tangan, perkhidmatan kurier, faks, mel elektronik, telefon atau apa-apa cara lain telekomunikasi sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di mana mel, faks, perkhidmatan sistem mesej singkat ("SMS"), rakaman suara, teks atau mesej atau maklumat elektronik yang lain dihantar ke alamat Pemegang Kad dan/atau Syarikat, alamat e-mel atau nombor telefon bimbit atau nombor telefon lain atau butir-butir lain dalam rekod Bank yang difikirkan sesuai oleh Bank. Pemberitahuan Muka surat 3 daripada 23

(b) (c) dan/atau maklumat yang dihantar melalui pos, tangan, perkhidmatan kurier, faks, mel elektronik, telefon atau apa-apa cara komunikasi lain seperti yang ditentukan oleh Bank termasuk melalui pos, faks, SMS, rakaman suara, teks atau mesej atau maklumat elektronik boleh terdiri daripada maklumat yang difikirkan sesuai oleh Bank dan mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) peringatan yang dihantar berkenaan dengan bayaran minimum yang perlu dibayar, tarikh matang pembayaran, permintaan untuk pembayaran balik amaun yang kena dibayar dan terhutang kepada Bank (sekiranya ada), pengemasan kini berkenaan faedah, program dan promosi dan/atau maklumat lain berkenaan kepentingan umum dan/atau khusus kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat. Perkhidmatan dan/atau penghantaran tersebut adalah dianggap efektif:- (i) Tiga (3) hari kalendar selepas pengeposan, sekiranya dihantar melalui pos; (ii) pada masa penghantaran, sekiranya dihantar melalui tangan atau kurier; (iii) pada masa notis dihantar melalui faksimili, e-mel atau lain-lain bentuk komunikasi serta-merta (termasuk SMS dan rakaman suara). Pemegang Kad dan Syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan penyimpanan maklumat yang diterimanya dan hendak memastikan bahawa apa-apa notis yang dihantar oleh Bank tidak didedahkan atau diberi akses kepada mana-mana pihak lain ('pendedahan kepada pihak ketiga'). Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Kad dan Syarikat untuk apa-apa kerugian atau kerosakan (secara langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan dalam perniagaan atau keuntungan, malu, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada pendedahan kepada pihak ketiga atau kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat yang timbul daripada atau disebabkan oleh mana-mana: - (i) kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat untuk apa-apa sebab; (ii) yang tidak tepat, tidak lengkap, kelewatan atau tiada penghantaran sebarang maklumat yang dihantar atau penghantaran salah apa-apa maklumat kepada mana-mana pihak ketiga; (iii) kesalahan, akses tanpa kebenaran atau tidak betul, penggunaan atau pentafsiran maklumat yang dihantar; dan (iv) tuntutan libel atau fitnah yang timbul daripada penghantaran apa-apa maklumat melainkan sekiranya ia timbul dari dan adalah disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja Bank. Pemberitahuan tersebut boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang ditentukan oleh Bank. Penamatan dan/atau Penggantungan Kad dan Akaun Utama 4. (a) Kad adalah dan akan, pada setiap semasa, menjadi hakmilik Bank dan mesti diserahkan kepada Bank dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau ejennya yang diberi kuasa. Bank mungkin menarikbalik, menggantung dan/atau menamatkan menurut budi bicaranya yang mutlak Akaun Utama atau manamana Kad dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawar pada bila-bila masa dengan notis terdahulu yang mencukupi menurut budi bicaranya yang mutlak dan tanpa mengambilkira sama ada sebarang kemungkiran berlaku atau tidak. Adalah juga dipersetujui bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menyatakan sebab berkenaan penamatan atau penggantungan penggunaan Kad. (b) Sebagai tambahan ke atas hak-hak Bank seperti yang terkandung dalam Klausa 4(a) dan Klausa 30 di atas, Bank boleh menarikbalik, menggantung dan/atau menamatkan Akaun Utama atau manamana Kad dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan dengan serta-merta, walaupun Bank mungkin telah mengenepikan haknya dalam beberapa kejadian sebelum ini, setelah berlakunya mana-mana satu atau lebih perkara-perkara berikut:- (i) jika Syarikat gagal atau memungkiri bayaran sebarang jumlah wang yang perlu dibayar walau apa dan bagaimana sekali pun, termasuk tetapi tidak terhad kepada bayaran minima perlu dibayar, jumlah yang melebihi had kredit yang diberikan (dirujuk dalam Klausa 13) yang dituntut, caj kewangan, caj bayaran lewat dan sebarang yuran, wang dan caj yang lain, apabila terhutang dan perlu dibayar oleh kerana dan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini sama ada dituntut secara rasmi atau tidak; (ii) jika Pemegang Kad dan/atau Syarikat melakukan atau mengugut untuk melakukan kemungkiran atau melanggar sebarang perjanjian, waad, stipulasi, terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung di sini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat; (iii) jika Syarikat mengambil atau memulakan sebarang tindakan atau prosiding, sama ada secara sukarela atau wajib untuk tujuan menggulungkan Syarikat (selain daripada penggulungan sukarela oleh ahli-ahli untuk tujuan pembentukan semula atau penggabungan) atau jika suatu perintah penggulungan telah diterima oleh Syarikat atau jika suatu mesyuarat pemiutang-pemiutang Syarikat diadakan atau penerima atau pengurus atau pengurus kehakiman dilantik berkenaan kesemua atau sebahagian harta Syarikat atau jika Syarikat mencapai penyusunan atau pengaturan lain dengan pemiutang-pemiutangnya. (iv) jika Syarikat merupakan individu atau sekiranya mana-mana satu rakan kongsi, sekiranya Syarikat meupakan perkongsian, melakukan perbuatan kebankrapan, atau sekiranya petisyen kebankrapan dikemukakan ke atas mana-mana satu di antara mereka atau sekiranya ia membuat atau menyertai suatu surat ikatan atau pengaturan atau penyusunan dengan pemiutangpemiutangnya atau mengalami atau membenarkan sebarang perlaksanaan sama ada undang-undang atau ekuiti dilevikan ke atas hartanah atau ke atas dirinya; (v) jika petisyen kebankrapan atau penggulungan dikemukakan atau suatu perintah dibuat untuk perintah penghukuman dan/atau perintah penerimaan atau penggulungan terhadap Pemegang Kad dan/atau Syarikat, yang mana terpakai; (vi) jika distres atau perlaksanaan atau proses mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten yang lain dilaksanakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang harta Pemegang Kad dan/atau Syarikat dan distres, pelaksanaan atau proses sedemikian, yang mana terpakai, tidak dipenuhi oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari kalendar daripada tarikh tersebut; (vii) jika Pemegang Kad dan/atau Syarikat memberi maklumat atau data palsu kepada Bank; (viii) jika seorang penerima dilantik berkenaan dengan aset Pemegang Kad dan/atau Syarikat atau sebahagain daripadanya, atau suatu perjumpaan, sama ada rasmi atau tidak rasmi, diadakan oleh pemiutang-pemiutang Pemegang Kad dan/atau Syarikat, atau sebahagian daripada mereka atau jika Pemegang Kad dan/atau Syarikat menyertai skim pembayaran balik atau penyusunan dengan mana-mana pemiutang atau jika Pemegang Kad mendapat kaunseling daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK); (ix) jika Pemegang Kad dan/atau Syarikat membenarkan suatu hutang penghakiman yang diambil terhadapnya tidak diselesaikan untuk tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh perintah tersebut (selain daripada hutang penghakiman yang mana Pemegang Kad dan/atau Syarikat memperolehi perintah penggantungan perlaksanaan dan telah menfailkan Notis Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang); (x) jika menurut pendapat Bank, Akaun MasterCard dan/atau Akaun Lain Kepunyaan Pemegang Kad dan/atau Akaun Lain Kepunyaan Syarikat, yang mana terpakai, dengan Bank adalah atau telah tidak dikendalikan dengan memuaskan atau telah berlaku kemungkiran pembayaran yang terhutang dibawahnya; (xi) jika suatu kejadian atau kejadian-kejadian telah berlaku atau wujud suatu keadaaan yang akan atau mungkin menurut pendapat Bank menjejaskan keupayaan Pemegang Kad dan/ atau Syarikat untuk melaksanakan kewajipannya di bawah Perjanjian ini; (xii) jika Pemegang Kad menjadi tidak waras atau meninggal dunia; Muka surat 4 daripada 23

(c) (d) (xiii) jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Kad berada; (xiv) jika Bank adalah berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa telah dijalankan ke atas Kad dan penggantungan dan penamatan sedemikian secara munasabah adalah dikehendaki untuk mencegah transaksi yang melibatkan penipuan atau yang tidak diberikuasakan; (xv) jika Pemegang Kad atau Syarikat didapati telah melanggar sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai termasuk yang berkaitan penggunaan Kad oleh Pemegang Kad atau Syarikat; atau (xvi) jika sebarang jumlah lain adalah perlu dibayar oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau bersekutu dengan Syarikat dan/atau penjamin dan/atau pembekal sekuriti terhadap keterhutangan Pemegang Kad di sini ( Penanggung Obligasi ) kepada Bank atau sebarang pihak ketiga dari semasa ke semasa atau pada sebarang masa atau jika sebarang Penanggung Obligasi mungkin atau telah menjadi bertanggungjawab kepada Bank atau mana-mana pihak ketiga ke atas akaun urusan bank atau sebarang akaun semasa atau di sebaliknya atau di dalam apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti Penanggung Obligasi yang disebabkan di dalam keupayaankeupayaannya sebagai penjamin-penjamin atau jika keingkaran adalah disebabkan oleh sebarang Penanggung Obligasi berkenaan dengan sebarang peruntukan-peruntukan akaun sedemikian atau sebarang kemudahan kredit lain-lain yang diberikan oleh Bank atau pihak ketiga pada masa ini atau selepas ini kepada sebarang Penanggung Obligasi. Syarikat akan terus bertanggungjawab untuk semua transaksi dan penggunaan Kad sebelum Kad dan/atau Akaun Utama ditamatkan dengan sempurnanya. Jikalau berlaku penamatan:- (i) mana-mana Kad sama ada oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat atau oleh Bank, tiada pembayaran balik yuran tahunan, cukai perkhidmatan atau sebarang bahagian daripadanya yang akan dibuat kepada Pemegang Kad dan/ atau Syarikat oleh Bank, kecuali penamatan samada oleh Pemegang Kad atau Bank berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan dari pembayaran yuran tahunan (sekiranya ada), di mana Bank akan memulangkan yuran tahunan yang telah dibayar oleh Syarikat pada dasar pro rata; dan (ii) Akaun Utama oleh Syarikat atau Bank untuk apa-apa sebab sekalipun, Kad dan perkhidmatan akan secara automatik ditamatkan dan Syarikat hendaklah memastikan bahawa Pemegang Kad megerat dua bahagian Kad atau memulangkan Kad kepada Syarikat dan Syarikat hendaklah mengerat dua bahagian kesemua Kad yang dikumpul daripada Pemegang Kad masing-masing. Pemegang Kad dan Syarikat akan dan tetap bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad sebelum Bank menerima notis bertulis tentang penamatan. Syarat Penggunaan dan Pemberian Kad 4A. (a) Tanpa prejudis kepada yang dinyatakan sebelum ini secara amnya, penggunaan Kad dan pemberian Kad adalah atas syarat:- (i) tiada sebarang perlanggaran undang-undang berkaitan dengannya; (ii) Pemegang Kad dan Syarikat berwaad dan berakujanji (dan terus berwaad dan berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau menyediakan atau terus menyediakan kemudahan Kad kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat tidak akan bercanggah dengan atau melanggar sebarang undang-undang atau peraturan atau peruntukan atau sebarang had pinjaman yang sedia ada atau sekatan yang mungkin akan dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa yang mempunyai kuasa ke atas Bank ( Peraturan-peraturan dan Undang-undang yang terpakai ). (b) Peraturan-peraturan dan Undang-undang yang terpakai yang tertakluk kepada Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada:- (i) kesemua peruntukan APK yang sedia ada; (ii) kesemua garispanduan Bank Negara Malaysia yang sedia ada dan arahan yang dikeluarkan berkenaan APK; dan (iii) kesemua garispanduan, had pinjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa kerajaan dari semasa ke semasa termasuk yang berkenaan atau terpakai kepada pemberian dan/ atau penggunaan Kad kepada dan/atau oleh mereka yang berkaitan dengan Bank. (c) Pemegang Kad dan/atau Syarikat mesti dengan segera memaklumkan kepada Bank secara bertulis sekiranya:- (i) Pemegang Kad dan/atau Syarikat pada masa ini telah melanggar atau kemudiannya melanggar sebarang Peraturanperaturan dan Undang-undang yang terpakai; atau (ii) Sebarang terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini tidak lagi dipenuhi atau didapati telah diingkari atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat. (d) Pemegang Kad dan/atau Syarikat di dalam memberikan deklarasi berkenaan apa-apa yang dinyatakan sebelum ini atau sebarang terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung disini di mana ia diperlukan oleh atau berdasarkan terma-terma yang dinyatakan oleh Bank akan dianggap menyatakan dan memberi jaminan kepada Bank bahawa kandungan deklarasi sedemikian akan kekal benar dan tepat dalam semua aspek selagi Kad masih disediakan atau sebarang jumlah yang terhutang dibawahnya masih belum dibayar. PIN dan penggunaan Kad ("PIN & BAYAR") yang mana berkenaan 4B (a) Bank akan memperuntukkan PIN sementara kepada Pemegang Kad melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) atau Mel PIN (sekiranya Pemegang Kad tidak mempunyai nombor telefon bimbit yang sah yang didaftarkan dengan Bank, di mana yang sama akan dihantar ke alamat Pemegang Kad) apabila pengaktifan Kad oleh Pemegang Kad. Pemegang Kad setelah menerima PIN sementara hendaklah menukar PIN sementara di ATM Bank sendiri, laman web dilindungi dan/atau saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh Bank dalam masa tujuh (7) hari atau seperti yang ditetapkan oleh Bank. Sekiranya Pemegang Kad terlupa PIN beliau, Bank akan mengeluarkan PIN sementara baru kepada Pemegang Kad atas permintaan Pemegang Kad. Setelah kehilangan atau kecurian Kad seperti yang dilaporkan oleh Pemegang Kad dan Bank bersetuju untuk mengeluarkan Kad baru kepada Pemegang Kad, PIN sementara untuk Kad baru akan juga dikeluarkan. Pemegang Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. (b) Pemegang Kad perlu menyimpan rahsia PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana orang di bawah manamana keadaan. Dalam memilih PIN Pemegang Kad, Pemegang Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau diramalkan, termasuk:- mewakili tarikh lahir beliau; selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali; terdiri daripada nombor urutan (contohnya 12345); atau terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111). (c) Pemegang Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang baucar atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Pemegang Kad pada mana-mana titik elektronik terminal jualan yang memerlukan kemasukan PIN Pemegang Kad. Dengan menandatangani baucar atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Pemegang Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Pemegang Kad pada mana-mana titik elektronik terminal jualan, Pemegang Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul. (d) Pemegang Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan identiti Pemegang Kad kepada Bank untuk tujuan:- (i) transaksi yang dipertimbangkan di bawah terma-terma dan syarat-syarat; dan (ii) membenarkan Pemegang Kad untuk memohon dan mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh Bank (di bawah terma-terma perkhidmatan) Muka surat 5 daripada 23

yang mungkin membolehkan Pemegang Kad mengakses secara elektronik kepada akaun bank Pemegang Kad yang lain, kemudahan perbankan dan produk dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Bank. Dalam hal ini Pemegang Kad memberi kuasa kepada Bank untuk menerima, mengikuti dan bertindak atas semua arahan Pemegang Kad apabila dikenalpasti oleh PIN Pemegang Kad (termasuk permohonan untuk membuka akaun dan bagi produk dan perkhidmatan tambahan yang disediakan kepada Pemegang Kad) dan Bank tidak akan bertanggungjawab kerana bertindak atas arahan sedemikian dengan niat yang baik. Arahan adalah dianggap tidak boleh ditarik balik dan mengikat Pemegang Kad apabila Bank menerimanya tidak kira apa-apa kesilapan, penipuan, pemalsuan, kurang kejelasan atau salah faham berkenaan dengan arahan tersebut. Bank berhak untuk bergantung kepada PIN sebagai bukti muktamad mengenai identiti Pemegang Kad tetapi sekiranya Bank mempunyai keraguan atau tidak pasti tentang identiti Pemegang Kad, Bank masih boleh meminta apa-apa bentuk atau cara pengenalan sebagaimana yang dianggap sesuai atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa. Kecurian atau Kehilangan atau Penipuan kegunaan Kad 5. (a) Melainkan seperti yang diperuntukkan selepas ini, Syarikat akan dan akan terus bertanggung jawab kepada Bank untuk sebarang barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh sebarang peniaga dan kesemua pendahuluan tunai yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad sama ada penggunaan tersebut dibenarkan oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat atau tidak. Pemegang Kad dan Syarikat adalah di bawah suatu kewajiban untuk menggunakan penjagaan terbaik, kegigihan dan mengambil kesemua langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehilangan, kecurian atau penggunaan Kad yang melibatkan penipuan dan untuk mengelakkan pendedahan PIN Pemegang Kad kepada sesiapapun dan Pemegang Kad dan Syarikat secara bersesama dan berasingan bersetuju untuk menggantirugi dan melindungi Bank supaya tidak dipertanggungjawabkan daripada sebarang liabiliti terhadap kerugian, kerosakan, kos-kos dan perbelanjaanperbelanjaan (di sisi undang-undang atau di sebaliknya) yang disebabkan oleh keingkaran kewajiban Pemegang Kad dan/atau Syarikat sedemikian. Kewajiban untuk menggunakan penjagaan terbaik, kegigihan dan mengambil kesemua langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehilangan, kecurian atau penggunaan Kad yang melibatkan penipuan dan untuk mengelakkan pendedahan PIN Pemegang Kad kepada sesiapapun termasuk:- tidak membenarkan orang lain untuk menggunakan Kad. kerap kali menyemak bahawa Pemegang Kad masih mempunyai Kad. tidak menulis PIN di atas Kad atau apa-apa benda yang biasanya disimpan dengan Kad dan menyimpan rekod PIN Pemegang Kad, walaupun samaran, diasingkan dari Kad. tidak menulis PIN dalam bentuk yang boleh difahami oleh orang lain. tidak membuka/mendedahkan/memberitahu PIN kepada orang lain tidak membiarkan Kad keluar dari pandangan sisi Pemegang Kad Pemegang Kad dan/atau Syarikat mesti melaporkan dengan serta-merta kepada Bank secara lisan atau bertulis sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan PIN kepada sesiapapun. Syarikat adalah dan akan terus bertanggung jawab terhadap Bank untuk sebarang barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga-peniaga dan pendahuluan tunai yang dilaksanakan dengan penggunaan Kad oleh sesiapa pun sebelum Bank menerima notis bertulis atau lisan daripada Syarikat atau Pemegang Kad mengenai kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan PIN. Tanpa mengambilkira yang dinyatakan di atas, Bank akan walaubagaimanapun menghadkan liabiliti Syarikat kepada RM250 bagi setiap Kad untuk transaksi yang tidak diberikuasa akibat kehilangan atau kecurian Kad dengan syarat Pemegang Kad dan Syarikat tidak:- (i) melakukan penipuan; atau (ii) gagal untuk memaklumkan Bank dengan secepat praktikal (b) (c) (d) secara munasabah selepas mendapat tahu Kad telah hilang atau dicuri. Jika Bank dapat membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Pemegang Kad atau Syarikat melakukan penipuan atau gagal untuk memaklumkan Bank dengan praktikal secara munasabah selepas mendapat tahu Kad telah hilang atau dicuri, liabiliti Syarikat untuk transaksi yang tidak diberikuasa sedemikian tidak akan dihadkan. Sekiranya PIN telah digunakan di dalam sebarang transaksi, kegunaan sedemikian akan dianggap bahawa ianya telah diberikuasa secara nyata oleh Pemegang Kad dan Syarikat dan Pemegang Kad dan Syarikat akan dihalang daripada mengatakan bahawa Kad telah digunakan di dalam transaksi yang tidak diberikuasa akibat kehilangan atau kecurian Kad. Jika Syarikat adalah tidak berpuas hati dengan keputusan Bank mengenai sebarang perkara yang disebabkan oleh klausa ini, Pemegang Kad dan Syarikat boleh merujuk pertikaian ini kepada Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan untuk penyelesaian pertikaian tersebut. Apabila Kad yang hilang atau dicuri telah ditemui, Pemegang Kad dan Syarikat bersetuju tidak akan menggunakan Kad yang telah ditemui itu dan mestilah mengerat dua di bahagian tengah jalur magnetik dan melalui cip (jika Kad tersebut mempunyai mikrocip di dalamnya). Bank tidak diwajibkan untuk mengeluarkan Kad gantian kepada Pemegang Kad berikutan kehilangan atau kecuriannya. Sekiranya Bank memutuskan untuk mengeluarkan Kad gantian, ianya akan tertakluk kepada permintaan oleh Syarikat untuk Kad gantian dan pembayaran Yuran Kad gantian seperti berikut:- (i) RM10.00 jika kehilangan atau kecurian Kad dilaporkan untuk kali pertama; (ii) RM50.00 jika kehilangan atau kecurian Kad dilaporkan untuk kali kedua. Bank berhak untuk tidak menggantikan Kad sekiranya kehilangan atau kecurian Kad dilaporkan untuk kali ketiga. Bank tidak akan mengenakan apa-apa Bayaran Kad Pengganti sekiranya penggantian Kad adalah disebabkan oleh Kad atau cip yang terkandung di dalam Kad adalah rosak atau cacat atau sekiranya penggantian Kad diperlukan disebabkan kad atau sistem tambahan oleh Bank. Jika Kad gantian dikeluarkan, keseluruhan Baki Baru yang tertunggak dan kesemua butiran debit yang lain yang membentuk Baki Baru dalam Akaun MasterCard akan dipindahkan kepada Akaun MasterCard yang baru. Sekiranya terdapat apa-apa kerugian dan/atau kecurian Kad dan/ atau pendedahan PIN kepada mana-mana orang, sekiranya diminta oleh Bank, Pemegang Kad dan/atau Syarikat mesti memberikan Bank dengan:- (i) satu salinan laporan polis; dan/atau (ii) pengesahan bertulis yang dibuat oleh Pemegang Kad mengenai kerugian dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan PIN kepada mana-mana orang dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar dari permintaan Bank. Pembaharuan Kad 6. Selepas tempoh sah Kad luput, Bank boleh mengeluarkan Kad gantian baru kepada Pemegang Kad tertakluk kepada hak Bank menurut budi bicaranya yang mutlak untuk tidak mengeluarkan Kad gantian baru tanpa perlu memberi sebarang sebab dengan memberikan notis terlebih dahulu yang mencukupi. Sekiranya Kad baru dikeluarkan, keseluruhan Baki Baru yang tertunggak dan kesemua butiran debit yang membentuk Baki Baru dalam Akaun MasterCard akan dipindahkan kepada Akaun MasterCard yang baru. Had Pembelian dan Urusniaga 7. (a) Walaupun suatu had kredit mungkin tidak diberikan kepada atau diketahui oleh Pemegang Kad dan/atau Syarikat, Bank boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya yang mutlak menetapkan had untuk tujuan kawalannya dengan memberikan Pemegang Kad dan/atau Syarikat notis terdahulu selama tiga (3) hari bekerja. (b) Apabila had kredit tertentu ditetapkan dan dimaklumkan kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat, Pemegang Kad dan Syarikat hendaklah tidak melampaui had kredit yang ditentukan/ditetapkan Muka surat 6 daripada 23

(c) (d) (e) (f) (g) (h) oleh Bank kecuali jika Syarikat telah memperolehi kebenaran bertulis terlebih terdahulu daripada Bank untuk melampaui had kredit ini. Pemegang Kad dan Syarikat juga mengakujanji untuk tidak melaksanakan sebarang pembelian atau urusniaga di dalam atau di luar Malaysia yang mungkin mengakibatkan jumlah tanggungan baki tertunggak Pemegang Kad dan/atau Syarikat kepada Bank melampaui had kredit tersebut. Walaupun had kredit yang ditetapkan diberi dan dimaklumkan kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat, Bank boleh tertakluk kepada Klausa 7(g) di bawah, pada bila-bila masa menurut budi bicaranya yang mutlak mengubah atau meminda had kredit yang ditetapkan selepas memberikan notis terlebih dahulu yang mencukupi kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat. Tanpa mengira apa yang dinyatakan di atas, Syarikat akan kekal dan akan terus bertanggungan untuk kesemua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada kesemua pembelian, pendahuluan tunai dan urusniaga yang melampaui had kredit tersebut. Sebagai amplikasi dan tanpa menjejaskan apa yang tersebut di atas, Bank tidak terikat dalam apa jua cara untuk memastikan bahawa Pemegang Kad dan/ atau Syarikat tidak melampaui had kredit. Pemegang Kad dan/atau Syarikat tidak berhak dalam sebarang keadaan untuk menuntut bahawa had kredit yang ditetapkan atau had kredit yang ditetapkan yang belum digunakan mesti disediakan oleh Bank untuk kegunaan Pemegang Kad dan/atau Syarikat. Bank tidak akan diwajibkan sama ada di bawah undang-undang atau ekuiti untuk menyediakan atau terus menyediakan had kredit yang ditetapkan atau had kredit yang ditetapkan yang masih belum digunakan untuk kegunaan Pemegang Kad dan/atau Syarikat. Penyediaan atau lanjutan had kredit yang ditetapkan kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat adalah tertakluk kepada kajian semula yang mungkin dilakukan oleh Bank dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan sebarang hak Bank yang terkandung didalam Perjanjian ini, berikutan kajian semula Bank yang dinyatakan terdahulu Bank berhak selepas memberikan notis terlebih dahulu yang mencukupi kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat dan tanpa sebarang tanggungjawab sama ada di bawah undang-undang atau dalam ekuiti memberi sebarang sebab dengan serta-merta menggantung atau menarikbalik atau mengubah atau meminda had kredit yang ditetapkan kepada Pemegang Kad dan/ atau Syarikat dengan apa jua cara atau menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dianggap munasabah sesuai oleh Bank. Bank boleh (tetapi tidak wajib) pada bila-bila masa dari semasa ke semasa menghubungi Pemegang Kad dan/atau Syarikat untuk mendapatkan kepastian sebarang urusniaga yang dilaksanakan ke atas Kad sebagai satu langkah untuk mengelakkan sebarang penggunaan Kad tanpa kebenaran. Jika Bank tidak dapat menghubungi Pemegang Kad dan/atau Syarikat, Bank boleh (tetapi tidak wajib) menolak urusniaga tanpa liabiliti kepada Bank. Jika Bank membenarkan urusniaga sedemikian dilaksanakan, Syarikat akan tetap bertanggung jawab berkenaan caj-caj dan/atau hutang yang dikenakan dan/atau wang tunai yang dikeluarkan. Bayaran dan Caj 8. Syarikat bersetuju untuk membayar yuran-yuran dan caj-caj berikut: (a) yuran tahunan untuk Kad apabila dikeluarkan atau diperbaharui bersama-sama dengan sebarang cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai lain yang mungkin dikenakan oleh sebarang pihak berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa; (b) caj pengendalian untuk pengeluarkan Kad gantian; (c) caj untuk penyediaan salinan draf jualan atau pendahuluan tunai dan sebarang dokumen sokongan atau perkhidmatan lanjutan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali jika diperuntukkan sebaliknya oleh Bank; (d) yuran-yuran dan caj-caj untuk mana-mana satu atau kesemua urusniaga Kad yang dilaksanakan dengan penggunaan Kad melalui ATM termasuk tetapi tidak terhad kepada pendahuluan tunai dan/ atau pengeluaran tunai; dan (e) yuran-yuran dan caj-caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank atas budi bicaranya yang mutlak dari semasa ke semasa dengan memberikan Syarikat dan Pemegang Kad notis sebanyak dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh efektif penguatkuasaannya. Jumlah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar adalah pada jumlah yang ditentukan oleh Bank dan penentuan tersebut adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh disoalkan di atas apa-apa asas. Yuran-yuran sedemikian mungkin didebitkan ke Akaun MasterCard. Rekod Urusniaga dan Matawang yang Dibilkan 9. (a) Bank berhak untuk menganggap:- (i) sebarang draf jualan, rekod urusniaga yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau sebaliknya, baucer kredit, draf pengeluaran wang tunai dan/atau rekod caj lain yang mempunyai cetakan atau pengeluaran semula lain maklumat yang bercetak pada Kad; dan/atau (ii) rekod Bank berkenaan dengan pendahuluan tunai atau sebarang urusniaga lain yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada urusniaga yang dilakukan secara pesanan mel atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang peralatan atau media mekanikal, elektrikal atau elektronik lain sebagai bukti hutang yang telah dilaksanakan secara sempurna oleh Pemegang Kad dan Syarikat untuk didebitkan ke dalam Akaun MasterCard walaupun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi tandatangan Pemegang Kad atau tandatangan Pemegang Kad (jika tertera) adalah berbeza dengan tandatangan Pemegang Kad di atas borang penamaan Kad atau pada rekod Bank. Pemegang Kad dan Syarikat bersetuju bahawa rekod Bank berkenaan sebarang urusniaga yang dilaksanakan dengan menggunakan Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang telah diberikuasa kemasukkan PIN pada titik elektronik terminal jualan) adalah muktamad dan mengikat Pemegang Kad dan Syarikat untuk kesemua tujuan, melainkan dan kecuali terdapat kesilapan yang nyata. Tanpa mengambilkira apa yang dinyatakan di atas, sekiranya Bank menerima bukti dokumentari yang memuaskan dan tidak boleh disangkal bahawa sebarang urusniaga yang dilaksanakan ke atas Kad adalah disebabkan oleh penipuan yang tidak disebabkan atau disumbang oleh perbuatan dan/atau peninggalan Pemegang Kad dan Syarikat dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Kad dan Syarikat telah mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh atas budi bicaranya yang mutlak melepaskan Pemegang Kad daripada tanggung jawabnya untuk membayar hutang akibat daripada urusniaga berunsurkan penipuan. (b) Kesemua hutang jika dalam matawang selain daripada matawang bil akan:- (i) sebelum didebitkan kepada Akaun MasterCard, ditukarkan kepada matawang bil pada kadar pertukaran seperti yang ditetapkan secara muktamad oleh MCI pada tarikh ia direkodkan pada Akaun MasterCard; dan (ii) tertakluk kepada caj perkhidmatan sebanyak 1% daripada jumlah transaksi di mana caj sedemikian akan ditambahkan kepada dan/atau digabungkan dengan pertukaran wang asing yang ditetapkan dibawah Klausa 9(b)(i) di atas pada tarikh kemasukkan kepada Akaun MasterCard dan caj sedemikian boleh didebitkan kepada Akaun MasterCard; dan (iii) tertakluk kepada apa-apa fi yang boleh dicajkan dan secara konklusif ditentukan oleh MCI dan Bank dan perubahan tersebut boleh didebitkan ke Akaun MasterCard. Kadar pertukaran matawang, caj perkhidmatan dan fi-fi yang boleh dicajkan oleh MCI dan Bank akan pada kadar yang dimaklumkan oleh Bank kepada Pemegang Kad dan/atau Syarikat di dalam cara yang sama seperti Bank memaklumkan Pemegang Kad dan/atau Syarikat akan kadar caj institusi kewangan seperti dispesifikasikan di dalam Klausa 13A di bawah ini dan boleh diubah oleh pihak Bank dari semasa ke semasa selepas memberikan notis dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh efektif implikasi. Urusniaga ATM 10. (a) PIN untuk Kad membolehkan Pemegang Kad memperolehi pendahuluan wang tunai dan/atau pengeluaran wang tunai melalui ATM. (b) Bank tidak akan menanggung atau bertanggungjawab dalam apa jua keadaan untuk sebarang kerugian, kerosakkan, kecederaan, Muka surat 7 daripada 23