SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

dokumen-dokumen yang mirip
3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

TAJUK MODUL SISTEM RANGKAIAN & DUNIA INTERNET

Pertemuan I. Ali Tarmuji, S.T., M.Cs. Fiftin Noviyanto, S.T., M.Cs.

Kelompok. Saiful Haq M ( 01970) Ikhwansyah Kurniawan ( 00969) Andika Haris S. ( )

TUGAS PEMROGRAMAN BERBASIS WEB SEJARAH INTERNET DAN XHTML

BAHAN MATERI KELAS 9 INTERNET

Jaringan, LAN, MAN, WAN, IP dan Topologi

PENGANTAR JARINGAN KOMPUTER. Budhi Irawan, S.Si, M.T

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Pengantar World Wide Web

TUGAS KOMPUTER Sejarah Internet. Disusun oleh : Linus XA/09

Internet. Internet dapat diarekan sebagai jaringan komputer luas dan besar yang mendunia,

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

Komunikasi dan Jaringan

Sejarah Internet Sejarah Terbentuknya Jaringan Internet DARPA Roy Tomlinson Vinton Cerf dan Bob Kahn

Jaringan Komputer. Jelang Fajar Irianto. Abstrak. Pendahuluan.

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

Modul - 1 : Internet dan Dasar web. Mempelajari sejarah internet, perkembangan internet dan layanan Internet

Komunikasi dan Jaringan

UNIT I T 7 RAN A GKA K I A A I N A K A K W A A W S A A S N A T E T M E P M A P T A A T N A (LA L N A ) MaizunJamil,Jke,Pmm

KONFIGURASI KONEKSI INTERNET DENGAN MENGGUNAKAN MODEM HANDPHONE

INTERNET COLLABRATION Para pelajar mesti boleh: Tahu apa itu dan kegunaannya. Tahu apa itu Internet Relay Chat (IRC) dan kegunaannya. Tahu apa

JARINGAN KOMPUTER. APA ITU JARINGAN COMPUTER PENGGUNA JARINGAN COMPUTER Business application Home application Mobile users

SISTEM UNTUK MENGAKSES INTERNET

UNIT 8 : RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN - LAN

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TMK T4 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2013 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 4

PENGERTIAN INTERNET A.PENGERTIAN INTERNET

JARINGAN. berhubungan untuk melakukan komunikasi data. Tahun 1940-an : di Amerika dibuatlah proses beruntun (Batch Processing)

Melakukan instalasi perangkat jaringan LAN( Lokal Area Network)

Pengantar Teknologi. Informasi (Teori) Minggu ke-05. Jaringan Komputer dan Komunikasi Data. Oleh : Ibnu Utomo WM, M.Kom UNIVERSITAS DIAN NUSWANTORO

BAB 2 LANDASAN TEORI. Secara harfiah, internet atau interconnected-networking ialah rangkaian komputer

Polisi Privasi. Pengenalan

MACAM-MACAM JARINGAN KOMPUTER

UNIT 7: RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Pengertian Internet Pengertian Internet

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Edisi Ilmu dan Tekhnologi JARINGAN INTERNET. 1. Standar Kompetensi. Memahami dasar-dasar penggunaan internet

Mengenal Jaringan Komputer (PAN, LAN, MAN dan WAN)

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

TELECOMMUNICATIONS & NETWORKS

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

BAB 7 Dasar Infrastruktur

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

PANDUAN FROG APPLIANCE PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL 3 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET. STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet kepada pengguna.

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN Borang hendaklah di cetak, diisi dengan lengkap dan dikembalikan bersama bayaran penuh kepada: -

Mata Kuliah : Jaringan Komputer Dosen Pengampu : Harun Mukhtar, S.Kom, M.Kom Universitas Muhammadiyah Riau

9/6/2014. Dua komputer atau lebih dapat dikatakan terinterkoneksi apabila komputer-komputer tersebut dapat saling bertukar informasi.

SOALAN LAZIM PELAN DATA GURU 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JARINGAN KOMPUTER PENDAHULUAN STMIK TASIKMALAYA

SOAL LATIHAN 2 - INTERNET. 1. Salah satu web browser yang mengakses web yang populer saat ini adalah A

INTERNET OLEH RICFANDI TOVAN GUSTINO PROGRAM PASCASARJANA MANAJEMEN DAN BISNIS INSTITUT PERTANIAN BOGOR BOGOR 2O11

9/3/2014 PAN, LAN, WAN, MAN. Konsep Teknologi Jaringan Komputer PAN LAN MAN WAN

By. Gagah Manunggal Putra Support by :

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang Masalah

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

Jaringan Komputer Pendahuluan

Pengantar Komputer. Jaringan Komputer. Salhazan Nasution, S.Kom

DESKRIPSI MATERI PERTEMUAN 6: WORLD WIDE WEB (WWW)

BAB 2 TINJAUAN PUSTAKA

BAB IX JARINGAN KOMPUTER

DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

. Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA soalan di dalam ENAM muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Pertemuan-1. Konsep Dasar Jaringan Komputer

KOMUNIKASI & JARINGAN Modul X

REVOLUSI INTERNET. Sebelum kita membahas lebih lanjut mengenai revolusi internet, kami akan jelaskan mengenai internet itu sendiri.

PENGANTAR JARINGAN KOMPUTER

TATACARA PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN ICT KKM. Versi 3.0

4. Sistem rangkaian laman web MCSL dan laman web agensi-agensi Kerajaan adalah seperti dalam Rajah 1.

Fakultas Program Studi Tatap Muka Kode MK Disusun Oleh

KONSEP DASAR. Sasaran: 1.1. Pendahuluan

Polisi Privasi Smiggle

KONSEP DASAR JARINGAN KOMPUTER

MATERI 9 INTERNET A. INTERNET 1.PENGERTIAN INTERNET

Yulianto, M. Kom. STIE Putra Bangsa

KOMUNIKASI DATA. Agar komunikasi data dapat dilakukan, 3 buah elemen harus ada. data. Media transmisi. penerima. sumber

Pertemuan 3. Dedy Hermanto/Jaringan Komputer/2010

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

Rahmady Liyantanto liyantanto.wordpress.com

Garis Panduan Penggunaan Komputer

BAB III LANDASAN TEORI. Jaringan komputer adalah kumpulan dari end device yang saling terhubung

SEJARAH INTERNET. 1960an Dimulai riset komputer ARPA (Advanced Research Projects Agency) 1969 Robert Bob Taylor dan Larry Robert (MIT) 7/26/2012

PENGANTAR KOMPUTER DAN TI 2C

Materi 3 Konsep. Jaringan Komputer

Pengantar Teknologi Informasi

INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pertemuan I. Pengenalan Jaringan Komputer

SOALAN LAZIM - PELAN DATA GURU PELAN PASCABAYAR 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

b. Perisian yang dibenarkan di pasang di komputer milik syarikat ialah:

JARINGAN. Definisi Dasar Jaringan : Dua atau lebih komputer yang saling terhubung sehingga dapat membagi data dan sumber-sumber peralatan lain

Transkripsi:

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk Topik SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep rangkaian 2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar 3. Menyatakan kegunaan rangkaian 4. Membuat ilustrasi model rangkaian B. Kandungan Pengajaran 1.1 Perkembangan Rangkaian 1.2 Maksud Rangkaian 1.3 Kegunaan Rangkaian 1.4 Jenis Rangkaian 1.5 Jenis Senibina Rangkaian 1.6 Jenis Topologi 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi 1

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 1.1 Perkembangan Rangkaian Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik (emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University. Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network. Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)). Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah 2

jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET. Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987, bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan menjadi 10000 buah lebih komputer. Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau World WideWeb. Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994. Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 3

1.2 Maksud Rangkaian Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared). Rajah 1.1 4

1.3 Kegunaan Rangkaian 1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen. 2. Berkongsi peranti Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain. 3. Berkongsi akses internet Rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun. 4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan (server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini menjimatkan masa pemasangan perisian. 5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG). 5

1.4 Jenis Rangkaian Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN) Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar. Rangkaian Kawasan Setempat 6

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN) MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video. Antara ciri ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya. Rangkaian Kawasan Metropolitan Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN) WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet. Rangkaian Kawasan Luas 7

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN) PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan Bluetooth PAN Rangkaian Kawasan Peribadi 8

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar. Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN) 9

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN) 10

WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX) WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer. WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu; 1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit 2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah. Rangkaian WiMax 11

1.5 Jenis Senibina Rangkaian Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu: Pengguna ke Pelayan ( Client to Server) Pengguna ke Pelayan (Client to Server) Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya. Antara ciri ciri senibina rangkaian pengguna ke pelayan (Client to Server) adalah seperti berikut: I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan. III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan. IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan. 12

Rakan ke rakan (Peer to Peer) Rakan - ke - Rakan (Peer to Peer) Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumbersumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet. Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut: I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber. II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail. 13

1.6 Jenis Topologi Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN). Rajah 1.6 Jenis Topologi Topologi utama ialah: Topologi Bintang (Star Topology) Topologi Cecincin (Ring Topology) Topologi Bas (Bus Topology) Topologi Hybrid (Hybrid Topology) Topologi Bintang Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. Rajah 1.7 Topologi Bintang Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab. Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D. 14

Topologi Cincin Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data. Rajah 1.8 Topologi Cincin Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam) Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar. Topologi Bas Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan. Rajah 1.9 Topologi Bas Kelebihan apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas. Kekurangan apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas. 15

Topologi Hybrid Rajah 1.10 Topologi Hybrid Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN. Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian. Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server). 16

1.7 Jenis Teknologi Komunikasi Intranet Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi. Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam. Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi 17

Ekstranet Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat. Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi 18

Internet Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet. Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet 19