TERMA DAN SYARAT AKAUN JUNIOR 3-DALAM-1 HONG LEONG (DIKEMASKINI PADA 2 JANUARI 2014)

dokumen-dokumen yang mirip
HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD. Akaun Junior-i 3 dalam 1. Terma dan Syarat

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

Dikemaskini pada 1 Julai 2015 TERMA & SYARAT AKAUN HONG LEONG PAY&SAVE

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

PELUANG UNTUK MEMENANGI BAUCAR HABIB JEWELS BERNILAI SEHINGGA RM8,000 TEMPOH PROMOSI

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

(c) pihak-pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Perkhidmatan pengiriman wang;

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Kempen 30% Pulangan Tunai pada Hujung Minggu Terma dan Syarat ( T&S )

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

Standard Chartered Saadiq Berhad Terma & Syarat Perkhidmatan & Keistimewaan Perbankan Prioriti


Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Transkripsi:

TERMA DAN SYARAT AKAUN JUNIOR 3-DALAM-1 HONG LEONG (DIKEMASKINI PADA 2 JANUARI 2014) Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama secara keseluruhan dengan Terma dan Syarat Am bagi Akaun Deposit dan Deposit Perbankan Islam dan mana-mana terma dan syarat lain yang mungkin dikenakan oleh Hong Leong Bank Berhad ( HLB ) dari semasa ke semasa dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu makluman awal, serta peraturan lain yang mengikat HLB. (1.0) Takrifan & Tafsiran ABM bermaksud Persatuan Bank di Malaysia. Cawangan Domisil bermaksud cawangan tempat Akaun Junior Hong Leong dibuka. HLB bermaksud Hong Leong Bank Berhad dan termasuk cawangannya dan pengganti hak milik dan pemegang serah haknya. HLISB bermaksud Hong Leong Islamic Bank Berhad dan termasuk cawangannya dan pengganti hak milik dan pemegang serah haknya. Deposit Tetap Junior Hong Leong atau JFD bermaksud Akaun Deposit Tetap Dewasa untuk Kanak-Kanak bagi individu berumur 18 tahun ke bawah yang diselenggarakan dengan HLB. Akaun Junior Hong Leong mengandungi dua akaun, iaitu Deposit Tetap Junior Hong Leong dan Akaun Simpanan Junior Hong Leong. Akaun Simpanan Junior Hong Leong atau JSA bermaksud akaun simpanan Junior yang dibuka dengan HLB mulai 1 Ogos 2010 dan seterusnya. Akaun Prabayar bermaksud akaun maya yang dikaitkan dengan Kad Debit Junior. Dasar Privasi bermaksud dasar dan prinsip HLB/ HLISB yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti sedia ada dan entity yang bakal berurusan dengan HLB/ HLISB sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa dan yang boleh didapati di laman web HLB/ HLISB atau dalam apa-apa cara yang HLB/ HLISB difikirkan sesuai dari semasa ke semasa. Pemegang Akaun Luar merujuk kepada individu yang merupakan pemegang akaun Ringgit yang diselenggarakan dengan institusi kewangan berdasarkan peruntukan dalam Exchange Control of Malaysia Notice. (2.0) Akaun Junior 3-dalam-1 Hong Leong 2.1) JSA dan JFD adalah akaun dewasa-untuk-kanak-kanak yang mana ibu bapa/penjaga sah adalah dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur manakala kanak-kanak itu adalah benefisiari ( Benefisiari ). Hanya terdapat satu (1) Benefisiari bagi setiap akaun. 2.2) Benefisiari mestilah individu berumur 18 tahun ke bawah. 2.3) Permohonan untuk akaun tersebut mestilah dibuat oleh dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanakkanak/individu-bawah-umur. 2.4) Akaun Junior Hong Leong terdiri daripada pasangan akaun JSA dan JFD. Akaun Junior ini akan dibuka secara serentak dan dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur mempunyai pilihan untuk mengekalkan akaun JFD dengan tiada baki. 2.5) Dewasa mempunyai kuasa tunggal ke atas JSA. 2.6) Akaun JFD diusahakan oleh dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawahumur. (3.0) Akaun Simpanan Junior Hong Leong ( JSA ) 3.1) Permohonan JSA mestilah dibuat oleh ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak itu. 3.2) RM1.00 diperlukan untuk membuka JSA. 3.3) Faedah dalam JSA akan dikira dan diakru setiap hari berdasarkan baki akhir hari setiap hari dan akan dikreditkan pada hari terakhir setiap bulan ke dalam JSA. 3.4) Sekiranya akaun ditutup, faedah akan dikira pada hari akaun itu ditutup dan dikira sama rata berdasarkan bilangan hari akaun itu berada dalam keadaan aktif. (4.0) Akaun Prabayar 4.1) Setiap akaun JSA akan dicipta berikat dengan Akaun Prabayar. 4.2) Akaun Prabayar akan ditandakan dengan Kad Debit Junior. 4.3) Tiada faedah diperolehi bagi baki yang mengekalkan dalam Akaun Prabayar. 4.4) Baki dalam Akaun Prabayar boleh ditambah secara tambah nilai automatik atau tambah nilai manual. (5.0) Deposit Tetap Junior Hong Leong ( JFD ) 5.1) Deposit permulaan yang diperlukan untuk membuka akaun JFD adalah RM1,000.00.

5.2) Peletakan deposit tetap bagi JFD hanya tersedia untuk tempoh 12, 24, 36, 48 atau 60 bulan. HLB berhak mengikut budi bicaranya yang mutlak untuk mengubah kadar dan tempoh pada bila-bila masa dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu makluman awal. 5.3) Peletakan deposit tetap dalam JFD hanya boleh dlaksanakan melalui kaunter di Cawangan Domisil atau melalui arahan tetap daripada JSA. 5.4) Tertakluk kepada perenggan 5.3, semua faedah yang yang diperolehi atas deposit tetap dalam JFD akan dikreditkan ke dalam JSA setiap bulan. 5.5) Tiada resit FD akan dikeluarkan bagi JFD. Dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/ individu-bawah-umur akan menerima penyata suku tahunan yang dikeluarkan dalam bulan Mac, Jun, September dan Disember tahun kalender, dan akan dihantarkan kepada dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur bulan berikutnya. 5.6) Segala transaksi dan aktiviti JFD akan dinyatakan dalam penyata suku tahunan JFD (6.0) Perletakan JFD - Arahan Tetap 6.1) Hanya dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur JSA boleh meletakkan deposit tetap daripada JSA melalui arahan tetap. 6.2) Dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur mestilah menetapkan tarikh peletakan deposit tetap daripada JSA kepada JFD dengan peletakan minima RM1,000 atau dalam gandaan RM1,000 sehingga maksima RM5,000 sahaja setiap bulan. 6.3) Arahan Tetap mestilah dibuat hanya di Cawangan Domisil. 6.4) Untuk membolehkan peletakan deposit tetap dilakukan daripada JSA melalui arahan tetap, baki minimum RM1,000 mestilah dikekalkan dalam JSA selepas peletakan deposit tetap tersebut dibuat, jika tidak arahan tetap itu tidak akan dikuatkuasakan. 6.5) Arahan tetap bagi peletakan deposit tetap daripada JSA kepada JFD dibenarkan hanya sebulan sekali sahaja dan arahan tetap tersebut hanya boleh dilakukan untuk tempoh pratentu selama 12, 24, 36, 48 atau 60 bulan atau apa-apa tempoh lain yang ditetapkan oleh HLB pada bila-bila masa dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu makluman awal. 6.6) Peletakan deposit tetap melalui arahan tetap daripada JSA akan berdasarkan kadar feadah semasa bagi tempoh FD masing-masing dan dinyatakan dalam penyata suku tahunan JFD. (7.0) Pengeluaran Sebahagian Deposit Tetap daripada JFD 7.1) Dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur boleh melakukan pengeluaran awal sebahagian deposit tetap daripada JFD. 7.2) Pengeluaran awal sebahagian deposit tetap daripada JFD boleh dilakukan di mana-mana cawangan, yakni di Cawangan Domisil atau Cawangan Bukan Domisil. 7.3) Dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur mempunyai pilihan untuk memindahkan dana yang dikeluarkan itu kepada mana-mana akaun semasa atau simpanan HLB ataupun melakukan pengeluaran tunai. 7.4) Pengeluaran awal sebahagian deposit tetap daripada JFD adalah dibenarkan dengan pengeluaran minima RM3,000 atau dalam gandaan RM3,000 atau apa-apa amaun lain yang akan ditentukan oleh HLB pada bila-bila masa dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu makluman awal. Sekiranya deposit tetap itu kurang daripada RM3,000, maka deposit tetap tersebut boleh dikeluarkan keseluruhannya. 7.5) Bagi pengeluaran sebelum tarikh matang, amaun pengeluaran adalah tertakluk kepada peraturan ABM. 7.6) Faedah tidak akan dibayar atas mana-mana deposit tetap yang dikeluarkan sebelum genap tempoh minimum 3 bulan. Bagi deposit tetap yang telah genap tempoh minimum 3 bulan, separuh daripada kadar faedah berkontrak akan dibayar atas amaun yang dikeluarkan. Faedah yang dibayar akan dipotong daripada amaun pokok deposit tetap tersebut. 7.7) Jumlah baki deposit yang selebihnya akan terus memperolehi kadar deposit tetap berkontrak. (8.0) Penukaran JSA dan JFD Apabila Benefisiari Berumur 18 Tahun 8.1) Apabila Benefisiari mencapai umur 18 tahun, segala manfaat yang disediakan di bawah JSA akan dimansuhkan pada bulan berikutnya selepas benefisiari mencapai umur 18 tahun. Secara automatik JSA akan ditukarkan menjadi akaun simpanan biasa (akaun bersama). 8.2) Nombor akaun JSA akan dikekalkan dan dipakai kepada Akaun Simpanan biasa tersebut (akaun bersama). 8.3) Akaun Simpanan (akaun bersama) adalah satu akaun simpanan atas nama dewasa dalam akaun dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur yang ditadbir oleh Terma dan Syarat Am bagi

Akaun Deposit dan Deposit Perbankan Islam yang berkenaan dengan akaun simpanan (untuk dewasa). 8.4) JFD tidak akan diperbaharui secara automatik apabila Benefisiari mencapai umur 18 tahun. Bagi deposit tetap yang belum sampai tarikh matang, faedah akan dikreditkan setiap bulan ke dalam akaun simpanan biasa (akaun bersama) dan jumlah pokok akan dikreditkan ke dalam akuan simpanan biasa (akaun bersama) apabila tempoh matang. 8.5) HLB akan mengeluarkan pemberitahuan bertulis kepada dewasa dalam dewasa-untuk-kanakkanak/individu-bawah-umur pada masa material apabila berlaku penukaran JSA kepada akaun simpanan biasa (akaun bersama). (9.0) Pelan Perlindungan Penyimpan Junior Pilihan 9.1) Pelan Perlindungan Penyimpan Junior ditaja jamin oleh Hong Leong Assurance Berhad. 9.2) Pelan ini adalah pilihan kepada dewasa dalam dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur. Dewasa dalam dewasa-untuk-kanak-kanak/individu-bawah-umur mestilah membaca dan memahami Fakta Produk Pelan Perlindungan Penyimpan Junior sebelum memohon untuk produk tersebut. 9.3) Premium bulanan adalah RM33.00 bagi setiap polisi dan adalah tertakluk kepada perubahan dari HLA pada bila-bila masa dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu makluman awal. Premium bulanan akan didebitkan daripada JSA. Premium bulanan pendahuluan bagi 4 bulan akan ditolak dari JSA apabila menandatangi Borang Cadangan HLA. 9.4) Pelan ini menawarkan perlindungan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, dan meliputi kematian dan juga hilang upaya menyeluruh kekal. 9.5) Perlindungan sehingga RM90,000 bagi setiap hayat; tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan. Perlindungan untuk kematian/hilang upaya menyeluruh kekal akan mula berkuatkuasa sebaik sahaja Pelan Perlindungan Penyimpan Junior ditandatangani. 9.6) Dana pendapatan terkumpul akan tersedia apabila polisi ditamatkan. 9.7) Jadual dibawah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Pelan Perlindungan Penyimpan Junior Manfaat Insurans Hayat Pertama Insurans Hayat Kedua Kematian (Semua Punca) RM45,000 RM45,000 Hilang Upaya Menyeluruh RM45,000 RM45,000 Kekal (Semua Punca) Premium RM33 sebulan Kelayakan Dewasa Mana-mana warga Malaysia yang sihat wal afiat dan berumur dari 18 hingga 54 tahun Kanak-kanak Mana-mana warga Malaysia yang sihat wal afiat dan berumur dari 30 hari hingga 17 tahun Pemegang Akaun Luar tidak dibenarkan memohon. * Seperti yang ditafsir dalam polisi HLA. Manfaat Kematian Juvenil atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal Jika berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal Insurans Hayat sebelum mencapai umur lima (5) tahun, jumlah Insurans yang perlu dibayar di bawah Polisi Asas Hayat akan dikurangkan seperti berikut: Umur ketika Kematian atau Hilang Upaya % Jumlah Insurans Perlu Dibayar Menyeluruh Kekal 0 hingga 1 20% 2 40% 3 60% 4 80% 5 dan ke atas 100% 9.8) Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara premium, perlindungan atau faedah yang dinyatakan di sini berbanding dengan yang dinyatakan dalam Fakta Produk, maka Fakta Produk akan digunakan. 9.9) Perakuan permohonan Pelan Perlindungan Penyimpan Junior adalah tertakluk kepada budi bicara HLA dan segala pertanyaan / penjelasan dan pertikaian akan dikendalikan antara hanya antara pelanggan dan HLA.

(10.0) Fi dan Caj 10.1) Pengeluaran tunai hanya boleh dibuat menggunakan buku akaun JSA melainkan diberitahu sebaliknya oleh HLB. HLB berhak mengikut budi bicaranya yang mutlak untuk menukar cara atau kaedah pengeluaran tunai tersebut pada bila-bila masa dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu makluman awal. 10.2) Fi tidak akan dikenakan bagi pengeluaran pertama setiap bulan kalendar. Fi perkhidmatan RM2.00 akan dikenakan bagi setiap pengeluaran seterusnya dalam masa bulan itu. 10.3) Transaksi pengeluaran termasuk tetapi tidak terhad kepada semua transaksi debit seperti misalnya, pengeluaran tunai, pindahan debit dan tidak termasuk arahan tetap, penutupan akaun dan cek yang dipulangkan. Perihal Yuran Yuran Pengeluaran/Tahunan/Pembaharuan RM8 Yuran Penggantion Kad (Bagi kerosakan Kad ATM/ Debit disebabkan kesalahan pelanggan, terlupa nombor PIN dan kehilangan/ kecurian kad) RM18 Pengeluaran Wang Tunai di ATM: Dalam Negara ATM HLB/ HLISB ATM Bank Lain Luar Negara Melalui Rangkaian ATM MEPS (Indonesia, Singapura, Thailand dan Korea) Melalui VISA PLUS Semak Transaksi Kad Debit Yuran Tambah Nilai Percuma RM1 RM8 RM12 Percuma melalui HL Connect Percuma penyata mini melalui ATM Tambah Nilai Automatik Percuma Tambah nilai percuma melalui HL Connect, Mesin Deposit Wang Tunai dan ATM Yuran Dapatan Semula Draf Jualan Yuran Penukaran bagi Transaksi Luar Negara RM2 tambah nilai melalui kaunter VISA RM20 Kadar Penukaran seperti mana ditentukan oleh VISA + yuran pentadbiran 1% + apa-apa yuran transaksi yang dikenakan oleh VISA (11.0) Kad Debit Junior Kad Debit Junior ialah Kad Debit Prabayar yang boleh ditambah nilai dan dikeluarkan kepada ibu bapa/penjaga sah bagi kemudahan kanak-kanak. Ia diberi kepada kanak-kanak denagan persetujuan ibu bapa/penjaga sah. Ini hendaklah dibaca bersama-sama Terma & Syarat Kad Debit Hong Leong kecuali perkara-perkara berikut:- 11.1) Ganjaran hari jadi tidak berkenaan bagi Kad Debit junior 11.2) E-Akaun tidak berkenaan 11.3) Tiada Pemegang Akaun Bersama 11.4) Tiada Yuran Penyata Bulanan 11.5) Tiada Mata Ganjaran 11.6) Kod Keselamatan Hanya PIN bagi perkhidmatan ATM diberikan 11.7) Penyata Tiada penyata untuk Kad Debit Junior (12.0) Fungsi tambah nilai diadakan untuk menambah nilai akaun prabayar. 12.1) Tambah Nilai Automatik

12.1.1) Sebaik Sahaja Kad Dikeluarkan, RM50 akan ditambah nilai secara automatik kepada akaun prabayar. Apakala baki prabayar susut bawah RM50, tambah nilai akan berlaku secara automatik jika pelanggan memilih perkhidmatan tambah nilai automatik. Amaun Tambah Nilai Automatik adalah minimum RM50 dan dalam gandaan RM50. Amaun tambah nilai automatik maksimum sebulan adalah RM500. 12.1.2) Tambah Nilai Automatik adalah tertakluk kepada jadual tambah nilai, iaitu 6am, 1pm dan 5pm. Tambah nilai pada 6am tidak akan diambil kira sebagai tambah nilai untuk hari tersebut. 12.1.3) Hanya sekali Tambah Nilai Automatik dibenarkan setiap hari. 12.1.4) Perkhidmatan Tambah Nilai Atomatik hanya dari JSA ke Akaun Prabayar. 12.2) Tambah nilai manual 12.2.1) Tambah nilai manual boleh dilakukan melalui Kaunter, Mesin Deposit Tunai, ATM dan HL Online. Tiada kawalan had bagi tambah nilai manual. RM2 akan dikenakan bagi tambah nilai melalui kaunter. Amaun ini akan dipotong daripada amaun tambah nilai (contohnya, jika pelanggan tambah nilai RM50, amaun yang dikreditkan kepada akaun prabayar adalah RM48). Tiada caj perkhidmatan bagi tambah nilai melalui Mesin Deposit Tunai, ATM dan HL Online. (13.0) Urus niaga yang dibolehkan di ATM 13.1) Pertanyaan Baki, Pengeluaran Tunai, Tambah Nilai Prabayar Telefon Bimbit 13.2) Tukar PIN ATM, Tukar Had, Penyata Mini dan Perkhidmatan Paut Serantau (14.0) Urus niaga yang dibolehkan di HL Online 14.1) Tiada pendaftaran JDC di ATM bagi akses HL Online dibenarkan, contohnya, pendaftaran HL Online mestilah melalui Kad Debit dewasa dan pautkan JSA/JFD/JDC kepada Kad Debit dewasa supaya semua urusan ini tertera di HL Online. 14.2) Pertanyaan baki & urus niaga JSA dan JFD oleh pemegang akaun utama (ibu atau bapa). (15.0) Am 15.1) Pelanggan dengan ini memberi representasi dan memberi waranti bahawa Pelanggan telah mendapat persetujuan semua orang yang dinamakan dalam permohonan Pelanggan untuk Akaun atau apa-apa dokumen lain yang dihantar kepada HLB/ HLISB bagi menyokong permohonan itu dan/atau wakil yang diberi kuasa mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pemegang saham, penandatangan yang diberi kuasa Pelanggan atau mana-mana orang lain yang ditetapkan oleh HLB/ HLISB ("Subjek Data Relevan"), untuk koleksi HLB/ HLISB, pegangan dan penggunaan maklumat peribadi daripada Subjek Data Relevan mengikut Dasar Privasi HLB/ HLISB sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa. 15.2) Pelanggan dengan ini bersetuju dan persetujuan dengan pemegangan, pengumpulan dan penggunaan semua data peribadi yang diberikan kepada HLB/ HLISB oleh Pelanggan atau yang diperoleh oleh HLB/ HLISB dari domain awam, serta data peribadi yang timbul akibat daripada penyediaan perkhidmatan kepada Pelanggan berkaitan dengan Akaun mengikut Dasar Privasi HLB/ HLISB sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa. 15.3) Pelanggan yang ingin dikecualikan daripada pekongsian data peribadi mereka di dalam kumpulan syarikat HLB dan/atau Hong Leong Financial Group Berhad bagi tujuan pemasaran dan promosi dikehendaki menghubung Pusat Panggilan kami di 03-7626 8899 untuk mendaftar permintaan mengecualikan pekongsian tersebut. Layak dilindungi oleh PIDM.