PERATURAN BOLA SEPAK PADANG

dokumen-dokumen yang mirip
KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2017 FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Naib Canselor HEP dan Piala Pengarah Pembangunan Pelajar HEP

PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK UiTM PIALA FA. Sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2017.

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERATURAN PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK PANTAI UiTM 2018 PIALA PENGARAH PUSAT SUKAN. Liga Bola Sepak Pantai UiTM 2018 Piala Pengarah Pusat Sukan

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN

KARNIVAL SUKAN MSPM KALI KE XIV DAN SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESUMA KE-30

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

BOLA SEPAK 9 SEPASUKAN TERBUKA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL JOM SIHAT 2012

SYARAT-SYARAT PERATURAN PERTANDINGAN

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIALA FUTSAL NEGARAKU

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA SEPAK

luw$s*^ KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN l MURID l SUKAN 2014 " FUTSAL BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA PESUMA KE-30

FUTSAL. 3. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Antara Pasukan Universiti-Universiti Awam Malaysia dan Universiti Jemputan MASUM.

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2015

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2018

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL JABATAN PERDANA MENTERI 2013

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BADMINTON

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2014

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN HOKI

PERATURAN AM SUKAN MASUM

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

SEPAKTAKRAW BERPASUKAN. Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan adalah tertakluk kepada:

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KELAB BUKIT PERDANA JABATAN PERDANA MENTERI 2012

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN PING PONG

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 15 S SUPER 8 IPT 2017

KEJOHANAN BADMINTON MASISWA & IPT JEMPUTAN 2013 ANJURAN MAJLIS SUKAN IPTS MALAYSIA (MASISWA)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SYARAT & PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING MALA 2016

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH SUKJAB KKSSK 2016 PIALA PROFESOR IR DR MOHD ZULKIFLY ABDULLAH

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN SEPAKTAKRAW

UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN BOLA JARING

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

SUKAN MALAYSIA IX, 2002 PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI & WANITA)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 18TKB MSSPP

PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA SUKANUN Kejohanan ini dinamakan SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA atau SUKANUN.

FUTSAL PRASEKOLAH. 1.2 Kejohanan ini merupakan kesinambungan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (LELAKI/WANITA) KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM), 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN DAMAK LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BOLA SEPAK PIALA MASUM 2014

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KELAB BUKIT PERDANA JABATAN PERDANA MENTERI 2011

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR. Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur (KSSU)

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLAJARING JPM 2012

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI)

Pertandingan Badminton

Kejohanan Futsal Remaja & Belia 2009

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

KEJOHANAN BOLA JARING KSS USM 2010

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN. Pertandingan ini dinamakan KEJOHANAN HOKI DEWAN MASUM 2010

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BADMINTON ( LELAKI DAN WANITA )

PERATURAN AM SUKAN ANTARA FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (Pertandingan Bola Tampar Jabatan Perdana Menteri 2012)

LIGA BOLA SEPAK SELANGOR SELATAN SOUTH SELANGOR LEAGUE

KEJOHANAN BADMINTON PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MALA)

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PESTA RAGBI 10 SEBELAH MRSM SE-MALAYSIA KALI KELIMA, 2008

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR JABATAN PERDANA MENTERI 2012

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR CAMPURAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI

KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA STAF UniMAP ( SUKAS ), 2018 BORANG PENDAFTARAN. Bil Nama Pemain No K/P No. Staf

PERATURAN SEPAK TAKRAW (ANTARA REGU)

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN PETANQUE ( LELAKI DAN WANITA)

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

HOKI 9 SEPASUKAN PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 9 SEPASUKAN SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 2017

[PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR] PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN SISWA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

MSSPP. (Khas Untuk Pertandingan Jemputan Negeri)

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

1.2 Mengikut Undang-undang dan Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN KOLEJ

Pegawai yang mendaftar sebagai Doktor atau Fisioterapi mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang yang dinyatakan.

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

PERATURAN PERMAINAN KEJOHANAN SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA SE-MALAYSIA KALI KE-7 (SUPTEM

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON JABATAN PERDANA MENTERI 2013

PERATURAN PERMAINAN SUKAN SUPSAT 2017

PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2016 BOLA JARING 3 ON 3 BAHAGIAN SUKAN, KPM

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SUKAN BEKALAN AIR SEMALAYSIA 2018

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MINI MSSPP

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN TENIS ( LELAKI DAN WANITA)

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2014

PERATURAN PERTANDINGAN KAROM LELAKI / WANITA PESUMA KE-30

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN DART

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PESUMA KE-30

Transkripsi:

PERATURAN BOLA SEPAK PADANG KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KPTM SEMALAYSIA 2016 1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Selain daripada peraturan-pertaturan yang terkandung dalam peraturan yang dinyatakan di sini, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FAM. 2. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN Tarikh dan tempat pertandingan adalah seperti berikut: Tempat Tarikh : Padang Bola Sepak Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) : 14 16 Oktober 2016 (Jumaat Ahad) 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1. Acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak Padang lelaki. 3.2. Setiap cawangan hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki yang terdiri daripada seorang (1) pengurus, seorang (1) jurulatih dan 18 orang pemain. 3.3. Pendaftaran nama pemain hendaklah dibuat menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan ditandatangani oleh Pengarah Cawangan masingmasing. 3.4. Pendaftaran mestilah disertakan dengan salinan kad pelajar atau pengesahan dari Pengarah Cawangan masing-masing. Pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang ini sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini. 3.5. Jika perlu Jawatankuasa Pengelola juga berhak untuk mendapatkan atau meminta kad pelajar atau surat pengesahan (yang asal) bagi tujuan pengesahan. Jika pemain gagal mematuhi peraturan ini ia boleh dihalang daripada bermain dalam pertandingan ini.

3.6. Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan selepas itu. 4. KELAYAKAN PEMAIN/PESERTA 4.1. Semua pelajar KPTM/KUPTM seluruh Malaysia. 4.2. Semua pemain perlu membawa kad pelajar, kad pengenalan atau surat pengesahan pelajar sekiranya kad pelajar hilang dan diserahkan kepada pihak urusetia semasa pendaftaran pemain. 5. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN 5.1. Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan sebelum pertandingan dijalankan. 5.2. Pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan borang pendaftaran pemain yang lengkap dengan senarai nama peserta bersama salinan kad pelajar atau pengesahan pengarah cawangan. 5.3. Senarai peserta gantian yang didaftarkan selepas taklimat pengurus pasukan tidak dibenarkan. 5.4. Mesyuarat pengurus pasukan adalah seperti berikut: TARIKH : 13 Oktober 2016 (Khamis) MASA : 9.00 Malam TEMPAT : Lecturer Hall 8 (LH 8) 6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1. Pertandingan dijalankan menggunakan format liga. 6.2. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati. 6.3. Masa permainan ialah 30 minit x 10 minit x 30 minit. 6.4. Untuk memulakan permainan, bilangan pemain utama ialah sebelas (11) orang, minimum sembilan (9) orang pemain dan bilangan pemain simpanan ialah tujuh (7) orang.

6.5. Sebanyak lima (5) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan. 7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN DALAM PERLAWANAN 7.1. Sistem pemberian mata bagi pertandingan dalam kumpulan (liga) adalah seperti berikut: Menang Seri Kalah : 3 mata : 1 mata : 0 mata Pasukan yang berjaya mengumpul mata terbanyak dalam kumpulan akan menjadi Johan dan pasukan yang mengumpul mata kedua terbanyak akan menjadi Naib Johan dan seterusnya. 7.2. Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut: 7.2.1. Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan gol masuk dengan jaringan gol kena yang tinggi akan menduduki tempat yang paling atas. 7.2.2. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. 7.2.3. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang. 7.2.4. Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri, maka jawatankuasa persidangan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti. 7.2.5. Jika masih tiada keputusan, Jawatankuasa akan menentukan pemenang melalui toss of coin. 7.3. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

8. KELEWATAN 8.1. Semua pasukan yang telah dijadualkan untuk bermain mestilah berada di padang permainan 15 minit sebelum perlawanan bermula. 8.2. Lima minit (5) akan diberikan kepada pasukan-pasukan sebagai satu tempoh masa menunggu daripada masa yang dijadualkan. 8.3. Pasukan yang gagal hadir selepas tempoh masa menunggu, atau hadir dengan bilangan pemain yang tidak memenuhi syarat, atau gagal menyediakan sekurangkurangnya sembilan (9) orang pemain dalam satu perlawanan maka pasukan berkenaan dikira kalah. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan dengan kiraan jaringan 2-0. 9. PAKAIAN PESERTA DAN PERLATAN 9.1. Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor tetap sepanjang kejohanan. Seluar yang sesuai, stokin, dan wajib memakai shin guard. 9.2. Penggunaan seluar skin tight /thermal adalah DIWAJIBKAN adalah atas terma dan syarat pihak KUIPSAS. Warna skin tight tidak semestinya mengikut warna seluar. Pemain juga dibenarkan memakai seluar track panjang sama warna dengan seluar pemain lain. 9.3. Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang dianggap merbahaya kepada pemainpemain lain. 9.4. Ketua pasukan setiap pasukan dalam perlawanan mesti memakai lilitan lengan. 9.5. Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set baju yang berlainan warna. Setiap baju hendaklah bernombor dan setiap pemain dari pasukan yang sama mempunyai nombor yang berbeza. Penjaga gol dibenarkan memakai seluar panjang. Sebarang pameran pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan parti politik pada pakaian adalah tidak dibenarkan. 9.6. Sekiranya seorang pemain menggantikan penjaga gol, pemain tersebut hendaklah meletakkan nombor bajunya di belakang baju penjaga gol yang dipakai. 9.7. Jika terdapat persamaan jersi, pasukan pelawat atau pasukan yang kedua disebut dalam jadual perlawanan perlulah menukar jersi.

10. MENARIK DIRI 10.1. Mana-mana pasukan yang enggan meneruskan perlawanan/memberi kemenangan/menarik diri dari pertandingan ini, secara automatik ia terkeluar daripada kejohanan dan segala keputusan yang lalu tidak diambil kira. 10.2. Tetapi jika pasukan tidak hadir pada perlawanan pertama kemudian mengambil bahagian sehingga tamat kejohanan, hanya perlawanan pertama sahaja dianggap kalah dengan kiraan jaringan gol 0-2, dimana pasukan lawan diberikan kemenangan percuma. 11. PENGGANTUNGAN SEMENTARA DAN TINDAKAN DISIPLIN 11.1. Jika seorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 11.2. Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain satu (1) perlawanan berikutnya. 11.3. Jika seseorang pemain menerima kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam dua (2) perlawanan berikutnya untuk pertandingan ini. 11.4. Sekiranya pengurus dan pegawai-pegawai pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pegawa-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau urusetia pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan. 12. PENANGGUHAN PERLAWANAN DAN PERUBAHAN JADUAL 12.1. Sebarang permohonan penangguhan atau pertukaran padang dari mana-mana pasukan adalah tidak dibenarkan. 12.2. Perlawanan yang dihentikan oleh pengadil atas sebab diluar kawalan seperti faktor cuaca, maka dalam membuat keputusan perkara berikut akan diambil kira: 12.2.1. Jika perlawanan dihentikan pada separuh masa pertama dan Jawatankuasa Pengelola berpendapat perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan, maka keputusan perlawanan akan ditentukan melalui sepakan penalti tanpa mengambil kira sebarang jaringan yang diperolehi oleh kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama.

12.2.2. Jika perlawanan dihentikan selepas separuh masa pertama dan Jawatankuasa Pengelola berpendapat perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan, maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambil kira. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri, maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti. 12.2.3. Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad merah/dan hanya tinggal lapan (8) orang pemain sahaja di atas padang) kemenangan 3-0 akan diberikan kepada pihak lawan. 13. PENGADIL 13.1. Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang bertauliah yang di lantik oleh Jawatankuasa Pengelola. 13.2. Keputusan pengadil adalah muktamad. 14. BANTAHAN DAN RAYUAN 14.1. Sebarang bantahan atau rayuan hendaklah dibuat secara bertulis oleh jurulatih pasukan dan disahkan oleh pengurus pasukan berkenaan. 14.2. Bantahan hendaklah diserahkan kepada urusetia atau wakilnya dalam tempoh tidak lebih dari 30 minit selepas keputusan rasmi sesuatu perlawanan itu dengan disertakan wang tunai sebanayak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sebagai cagaran. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan atau rayuan itu tidak diterima/ditolak/gagal. 14.3. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan bersama bukti perkara yang dibantah. Jika selepas 60 minit bantahan diterima tiada sebarang bukti diperolehi maka bantahan tersebut secara automatik ditolak. 14.4. Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh urusetia bantahan dan rayuan, maka wang cagaran sebanyak RM200.00 akan dikembalikan. 14.5. Semua bantahan /rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia. 14.6. Keputusan urusetia bantahan dan rayuan adalah muktamad. 14.7. Jawatankuasa rayuan akan dianggotai oleh Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar (TP HEP), setiausaha (penganjur kejohanan) dan dua (2) orang pengurus pasukan dari pada pasukan yang berkecuali dan tidak terlibat dalam kes rayuan. 14.8. Keputusan akan dibuat melalui tiga (3) orang juri iaitu TP HEP dan dua (2) orang pengurus pasukan yang berkecuali.

15. PENGUNDIAN 15.1. Pengundian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola dan wakil setiap pasukan. 15.2. Semua jadual, masa dan gelanggang perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 15.3. Dua pasukan yang menjadi finalis pada kejohanan sebelum ini akan diletakkan pada kumpulan yang berberlainan. 15.4. Pasukan yang lain perlu mencabut undi untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan. 16. YURAN PENDAFTARAN 16.1. Yuran pendaftaran telah ditetapkan adalah tanggungan secara bersama antara kolej cawangan. 17. PENYAMPAIAN HADIAH 17.1. Johan akan menerima piala pusingan, medal dan hamper. 17.2. Naib johan, tempat ketiga dan keempat akan menerima medal dan hamper. 17.3. Tempat kelima hingga kelapan akan menerima hamper. 17.4. Semua pelajar hendaklah memakai pakaian sukan dan berkasut semasa penyampaian hadiah. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jawatankuasa Pengelola kejohanan iaitu En. Mohd Azamuddin Bin Che Embi (012-535 8399), En. Ahmad Fairuz Bin Hasan (014-510 2336) atau En. Ahmad Firdaus Bin Ibrahim (019-278 6568)