AL-KAFI #1401 : ADAKAH MEMASUKI PUSAT MEMBELI BELAH SAMA SEPERTI MASUK PASAR?

dokumen-dokumen yang mirip
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

LALUAN KEHIDUPAN

Hak Cipta Terpelihara :

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Salah Faham Terhadap Hadith

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Dusta, Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

BAYAN LINNAS SIRI KE- 123: HUKUM MEMAKAI KOSTUM ATAU COSPLAY

Kekeliruan-Kekeliruan Umat Islam di Hari Jumat

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Umrah dan Haji Sebagai Penebus Dosa

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

Bantal dan Kasur Yang Melalaikan Shalat Subuh

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Malam Nisfu Syaaban.

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Kematian Lebih Baik Bagi Seorang Mukmin

Sifat Allah Al-Hayiyyu, Yang Maha Pemalu

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Adab Membaca Al-Quran, Membaca Sayyidina dalam Shalat, Menjelaskan Hadis dengan Al-Quran

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

Khutbah Jumat: Peringatan dari Bahaya Godaan Harta

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Dosa Memutuskan Hubungan Kekeluargaan

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

Apa itu Nadzar dan Sumpah? NADZAR DAN SUMPAH

Jika Beragama Mengikuti Kebanyakan Orang

Kajian Ringkas Berkenaan Isu Kad Diskaun Berbayar

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

ZAKAT PENGHASILAN. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN

Bayar Fidyah FIDYAH DIBAYAR SEKALIGUS DAN FIDYAH DENGAN UANG

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

3 Wasiat Agung Rasulullah

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Cahaya di Wajah Orang-Orang Yang Memahami Ilmu Agama

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAYAN LINNAS SIRI KE-116: KEDUDUKAN SUNNAH DI SISI AL-QUR AN

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

Keistimewaan Hari Jumat

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Memahami Radikalisme Secara Utuh

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Dosa-dosa Besar Yang Dianggap Biasa

Hukum Berbicara Ketika Khotbah Jumat

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

BAB 5 DOSA DAN MAKSIAT

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Khotbah yang Menggelisahkan

Definisi Khutbah Jumat

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

Kecemburuan Seorang Suami Kepada Istri

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

Kewajiban Seorang Muslim Terhadap Alquran

Aku telah meminta hujan dengan Majaadiihus Samaa yang dengannya hujan diturunkan.

HIBAH, FUNGSI DAN KORELASINYA DENGAN KEWARISAN. O l e h : Drs. Dede Ibin, SH. (Wkl. Ketua PA Rangkasbitung)

Dosa Durhaka Kepada Orang Tua

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

SUNNAH NABI. Dan dikuatkan dengan Hadist dari Imam Bukhari disalah satu bab yaitu: sunnahnya berwudhu sebelum mandi

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengampun lagi Maha Bersyukur. Surah Fathir ayat 34.

Ternyata Hari Jum at itu Istimewa

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Khutbah Jumat Manfaatkan Nikmat Kehidupan

RUKUN SOLAT JENAZAH. disunnahkan doa sebelum salam. NIAT SOLAT JENAZAH : Sahaja aku solat jenazah 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah taa`la

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Transkripsi:

AL-KAFI #1401 : ADAKAH MEMASUKI PUSAT MEMBELI BELAH SAMA SEPERTI MASUK PASAR? 1/5

Soalan: Assalamu alaikum S.S Mufti, adakah hukum masuk ke pusat membeli belah sama seperti memasuki pasar yang disifatkan sebagai seburuk-buruk tempat? Jawapan: Wa alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Isu pasar yang disifatkan sebagai seburuk-buruk tempat dan dibenci oleh Allah S.W.T memang ada disebutkan dalam beberapa nas yang sahih. Antaranya adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? 2/5

Maksudnya: Tempat yang paling Allah suka adalah masjid-masjid manakala tempat yang paling Allah benci adalah pasar-pasar. Riwayat Muslim (671) Berdasarkan hadis di atas dapat kita fahami bahawa masjid disebutkan sebagai tempat yang paling disukai Allah kerana sifatnya yang merupakan tempat ibadah dan juga ketaatan. Di dalamnya didirikan solat fardhu berjemaah, solat-solat sunat, i tikaf, sedekah, pembacaan Al-Quran, zikrullah, doa, dan pelbagai ibadah yang lain. Kerana itu Imam Al-Nawawi berkata:?????????????????????????????????? Maksudnya: Masjid-masjid adalah tempat turunnya rahmat. Rujuk Syarah Al-Nawawi ala Muslim (5/300) Manakala pasar-pasar pula sinonim dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh syarak seperti penipuan dalam jual beli, riba, lagha, lalai dari mengingati, dan seumpama dengannya. Meskipun begitu, ini adalah kenyataan yang dikeluarkan dalam menggambarkan situasi kebiasaan pada tempat tersebut. Ia bukanlah bermakna larangan yang membawa hukum haram memasuki pasar sama ada untuk berniaga atau membeli barangan. Bahkan sekiranya para peniaga menjadikan pasar sebagai tempat yang penuh dengan kebaikan seperti kejujuran dalam jual beli dan timbangan, tidak berlaku kelalaian dalam zikrullah, berniaga dengan maksud untuk mempertingkat ekonomi umat Islam, maka kesemuanya ini adalah kebaikan besar yang diperoleh pahala kepada para pelakunya. Oleh kerana itulah Imam Ibn Bathhal Rahimahullah berkata:???????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Adapun apabila dibacakan zikrullah di dalam pasar maka ia merupakan antara amalan yang paling afdhal. Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Bathhal (6/249). Kenyataan beliau tersebut dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan 3/5

oleh Abdullah Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Sesiapa yang masuk ke dalam pasar lalu dia membaca :??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maka Allah menetapkan satu juta kebaikan buatnya dan menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat. Riwayat Al-Tirmizi (3428) Justeru apabila kita meneliti dengan jelas, ia sama sahaja dengan seseorang yang menjadikan masjid sebagai tempat kelalaian. Dari sudut melakukan perbualan lagha, bercakap bohong atau kotor di dalam masjid, bermaksiat kepada Allah di dalam masjid, maka kesemuanya ini sama sekali tidak memberi mudarat kepada masjid dan tidak mengurangkan sedikit dari kelebihan masjid. Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, berkenaan adakah sama memasuki pusat membeli belah dengan memasuki pasar, maka berikut kami nyatakan definisi pasar dari sudut bahasa Arab. Kata Ibn Manzhur : Pasar adalah tempat berlakunya jual beli. Rujuk Lisan Al-Arab, Ibn Manzhur (10/167). Manakala dalam kitab Al-Mu jam al-wasith disebutkan: Pasar adalah tempat yang didatangkan kepadanya barangan dan dagangan untuk tujuan jual beli. Rujuk Al-Mu jam al-wasith (1/464). Maka berdasarkan definisi di atas, pusat membeli belah juga termasuk dalam 4/5

istilah pasar ini kerana ia juga merupakan tempat jual beli pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, alatan-alatan rumah, perabot, dan pelbagai lagi barangan. Justeru dibolehkan juga membaca doa yang telah kami kongsikan di atas apabila memasuki pusat membeli belah. Penutup Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa pusat membeli belah yang merupakan tempat berlakunya jual beli dan perniagaan juga boleh disifatkan sebagai sama seperti pasar. Hukum memasukinya adalah sama seperti masuk ke dalam pasar iaitu harus. Meskipun begitu, seseorang yang memasukinya dituntut untuk tidak melakukan perkara yang lagha atau melalaikan dari mengingati Allah. Sebaliknya menyingkatkan tempoh masanya agar tidak mengambil masa yang lama melebihi kadar keperluan sahaja. Wallahu A lam. Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen. Source: FATWA TERKINI DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 5/5 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)