Mesir Ditimpa Bencana. Petikan daripada Kitab Taurat: Keluaran 7: Darah

dokumen-dokumen yang mirip
Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Selamat Tinggal Firaun!

Selamat Tinggal Firaun!

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Selamat Tinggal Firaun!

Selamat Tinggal Firaun!

Selamat Tinggal Firaun!

KEJADIAN 46:5-7, KELUARAN 1:1-12, 22

Level 3 Pelajaran 10

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Rut: Sebuah kisah cinta

Anak kesayangan menjadi hamba

Rut: Sebuah kisah cinta

Allah menguji kasih Abraham

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah menguji kasih Abraham

Bencana Alam ini karena Faktor Apa? Contoh : Meletusnya gunung berapi dan bencana alam lainnya, sebagaimana firman-nya:

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Daud si Anak Gembala

JANGAN ambil masa lebih daripada 45 minit untuk menyiapkan kedua-dua bahagian kuiz ini.

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.5 Nabi Shalih AS.

YUNUS. 1 Yunus 1. Yunus menolak perintah ALLAH untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Manusia Api

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Manusia Api

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang

Judul 1 Ucapan ilahi. Firman TUHAN kepada Israel dengan perantaraan Maleakhi.

Tahun C Hari Minggu Biasa XXIV LITURGI SABDA

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Janji Allah kepada Abraham

KEJADIAN 12:1-3, 13:14-17

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

Level 3 Pelajaran 6. RAJA DAN KERAJAAN-NYA Oleh Don Krow

Syurga, Rumah Allah Yang Indah

YESUS KRISTUS YESUS KRISTUS

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Syurga, Rumah Allah Yang Indah

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan Allah Memberkati Yusuf, sihamba

Siapakah Yesus Kristus? (3/6)

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Manusia Api

Samuel, Anak Tuhan - Pelayan

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.6 Nabi Ibrahim AS., Nabi Ismail AS., Nabi Luth AS., dan Nabi Ishaq AS.

DITEBUS OLEH PENGORBANAN BESAR

Kelahiran Tuhan Yesus

Rencana Keselamatan Tuhan [CB24]

Surat Petrus yang kedua

Ketika Tuhan mencipta segala benda

2. Yesus mahu mereka menumpukan perhatian kepada isu yang paling penting. Menurut Yesus apakah hal terpenting yang dikatakannya?

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Ketika Tuhan mencipta segala benda

Revelation 11, Study No. 39 in Indonesian Language. Seri Kitab Wahyu pasal 11, Pembahasan No. 39, oleh Chris McCann

APOCRYPHA KING JAMES BIBLE 1611 DOA AZARIAH & lagu YAHUDI tiga. Doa Azariah dan lagu Yahudi tiga

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Yakub si penipu

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yakub si penipu

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Tentera kecil Gideon

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Putera Dari Sungai

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Putera Dari Sungai

Kelahiran Tuhan Yesus

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #42 oleh Chris McCann

Dari Penganiaya Menjadi Pengkhotbah

Seri Kitab Wahyu Pasal 11, Pembahasan No. 4, oleh Chris McCann. Selamat malam dan selamat datang di Pemahaman Alkitab EBible

Janji YESUS KRISTUS. 2. Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan TUHAN dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

Hari Raya Korban? (Idul Adha)

2. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini? 3. Melalui peristiwa ini, apa lagi yang diajar oleh Yesus tentang doa?

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Empat Puluh Tahun

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Mukjizat Yesus

Hari Raya Korban? Hari Raya Korban? (Idul Adha) (Idul Adha) Yesus menyatakan:

BAB 4: PERPINDAHAN BESAR-BESARAN

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #44 oleh Chris McCann

2 Petrus. 1 1 Dari Simon Petrus, hamba dan

Siapakah Yesus Kristus? (4/6)

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Mukjizat Yesus

Menurut Perjanjian Baru, terutama Injil, Yesus Kristus, menjalani penderitaan dan kemudian mati disalibkan di bawah pemerintahan gubernur Yudea,

Firman Tuhan Datang Kepada Nabi William Marrion Branham

SPIRITUAL FRUITS THAT BRING REVIVAL #3 Buah Roh yang Membawa Kebangunan Rohani #3 DAMAI SEJAHTERA

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Putera Dari Sungai

5. Kisah-kisah dan Sejarah 5.4 Nabi Hud AS.

Revelation 11, Study No. 41 in Indonesian Language. Seri kitab Wahyu, Pembahasan No. 41, oleh Chris McCann

Seri Iman Kristen (4/10)

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #33 oleh Chris McCann

Bulan-bulan Baru & Manna Sebuah Pola di Padang gurun

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

YUNUS. 1 7/15/15 Yunus 1. Yunus menolak perintah Allah untuk pergi memperingatkan penduduk kota Niniwe

Tahun C Hari Minggu Prapaskah III Penyelidikan Pertama Calon Baptis

Revelation 11, Study No. 40 in Indonesian Langguage. Seri kitab Wahyu pasal 11, Pembahasan No. 40, oleh Chris McCann

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Empat puluh Tahun

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Nuh dan Banjir

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #19 oleh Chris McCann

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Tentera kecil Gideon

Title: Preached by Dr. w eugene SCOTT, PhD., Stanford University Copyright 2007, Pastor Melissa Scott. - all rights reserved

APOCRYPHA Bel dan Naga KING JAMES BIBLE Bel dan naga

Yohanes 18. Dalam pelajaran ini saudara akan mempelajari...

Seri Kitab Wahyu Pasal 14, Pembahasan #23 oleh Chris McCann

TAHUN B - Hari Minggu Prapaskah V 22 Maret 2015 LITURGI SABDA

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Yunus dan Ikan Besar

INJIL YESUS KRISTUS BAGI DUNIA. melainkan beroleh hidup yang kekal Yohanes 3:16. (Bahasa Indonesian)

Anggur adalah Pencemooh Haruskah Orang-orang Kristen Minum Alkohol?

24:1 Adapun Abraham telah tua dan lanjut umurnya, serta diberkati TUHAN dalam segala hal.

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Yunus dan Ikan Besar

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Cerita 26 dari 60.

5 Posisi Penting Dalam Mengikuti Kristus

Alkitab untuk Anak-anak. memperkenalkan. Nuh dan Banjir

INJIL YESUS KRISTUS. Bagi Dunia

Transkripsi:

Mesir Ditimpa Bencana Petikan daripada Kitab Taurat: Keluaran 7:14-25. Darah 14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Raja sangat degil; dia tidak mahu membenarkan orang Israel pergi. 15 Oleh itu pergilah menghadap raja pada waktu pagi, ketika dia turun ke Sungai Nil. Bawalah tongkat yang pernah berubah menjadi ular, dan tunggulah dia di tebing sungai. 16 Katakan kepada raja, TUHAN, Allah orang Ibrani, mengutus hamba untuk menyampaikan firman-nya kepada tuanku supaya membenarkan umat-nya pergi untuk beribadat kepada-nya di padang gurun. Tetapi sampai sekarang, tuanku masih tidak mahu mendengarkan firman itu. 17 Maka TUHAN berfirman bahawa tuanku akan tahu siapa TUHAN itu daripada apa yang akan dilakukan-nya. Lihatlah, hamba akan memukul air sungai dengan tongkat ini, lalu airnya akan berubah menjadi darah. 18 Ikan akan mati, dan sungai ini akan menjadi begitu busuk sehingga orang Mesir tidak dapat meminum airnya. 19 TUHAN berfirman kepada Musa, Suruhlah Harun mengambil tongkatnya dan menghulurkannya ke atas segala sungai, saluran air, dan kolam di Mesir. Air akan berubah menjadi darah, dan di seluruh negeri akan terdapat darah, bahkan di dalam tong kayu dan tempayan batu. 20 Kemudian Musa dan Harun melakukan hal seperti yang diperintahkan TUHAN. Di hadapan raja dan para pegawainya, HarunHarun: Naskhah Ibrani: dia. Ada alasan-alasan yang menyokong bahawa dia itu Musa. mengangkat tongkatnya dan memukul air Sungai Nil. Maka air sungai itu berubah menjadi darah. 21 Ikan-ikan di dalam sungai itu mati, dan baunya begitu busuk sehingga orang Mesir tidak dapat meminum air sungai itu. Darah terdapat di seluruh negeri Mesir. 22 Kemudian tukang-tukang sihir negeri Mesir juga melakukan perkara seperti itu dengan ilmu sihir mereka, sehingga raja tetap berdegil. Seperti yang telah difirmankan TUHAN, raja tidak mahu mendengarkan katakata Musa dan Harun. 23 Sebaliknya, raja pulang ke istananya tanpa menghiraukan perkara yang berlaku itu sedikit pun. 24 Semua orang Mesir menggali lubang di sepanjang tebing sungai untuk mendapatkan air minum, kerana mereka tidak dapat meminum air sungai itu. 25 Tujuh hari telah berlalu sejak TUHAN mengubah air sungai itu menjadi darah. Halaman: 1

Petikan daripada Kitab Taurat: Keluaran 8:1-32. Katak 1 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah menghadap raja dan beritahulah dia bahawa TUHAN berfirman, Benarkanlah umat-ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-ku. 2 Jika engkau menolak, Aku akan memenuhi negerimu dengan katak sebagai hukuman. 3 Sungai Nil akan terlalu penuh dengan katak, sehingga katak keluar dari air lalu masuk ke dalam istanamu, ke dalam bilik tidur dan ke atas katilmu, serta ke rumah para pegawaimu dan rakyatmu, bahkan ke dalam ketuhar roti dan tempat adunan roti. 4 Katak akan melompat ke atasmu, rakyatmu, dan semua pegawaimu. 5 TUHAN berfirman kepada Musa, Suruhlah Harun menghulurkan tongkatnya ke atas sungai, saluran air, dan kolam, supaya katak akan muncul dan memenuhi seluruh tanah Mesir. 6 Harun menghulurkan tongkatnya ke atas air, maka katak-katak muncul sehingga meliputi seluruh negeri itu. 7 Tetapi tukangtukang sihir Mesir juga menggunakan ilmu sihir, dan menyebabkan katak-katak muncul sehingga meliputi seluruh negeri. 8 Raja memanggil Musa dan Harun, lalu bertitah, Berdoalah kepada TUHAN supaya Dia menghapuskan katak-katak ini, maka beta akan membenarkan bangsa kamu pergi, agar mereka dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN. 9 Musa berkata kepada raja, Hamba bersedia berdoa untuk tuanku. Tentukanlah masanya, lalu hamba akan berdoa untuk tuanku, para pegawai, dan rakyat tuanku. Tuanku akan dibebaskan daripada katak-katak itu, dan tiada lagi yang akan tinggal kecuali katak yang di dalam Sungai Nil. 10 Raja menjawab, Berdoalah untuk beta esok. Musa berkata, Hamba akan berdoa sebagaimana tuanku minta, maka tuanku akan tahu bahawa tidak ada yang seperti TUHAN, Allah hamba semua. 11 Katakkatak itu akan dijauhkan daripada tuanku, rumah-rumah tuanku, para pegawai, dan rakyat tuanku. Tiada lagi katak yang akan tinggal kecuali yang di dalam Sungai Nil. 12 Kemudian Musa dan Harun meninggalkan raja. Musa berdoa kepada TUHAN supaya menghapuskan katak-katak yang didatangkan-nya kepada raja. 13 TUHAN mengabulkan permintaan Musa lalu katak-katak di dalam rumah, di halaman, dan di ladang, semuanya mati. 14 Orang Mesir mengumpulkan bangkai-bangkai katak itu sampai bertimbun-timbun, sehingga seluruh negeri berbau busuk. 15 Apabila raja nampak bahawa semua katak Halaman: 2

sudah mati, raja menjadi degil semula. Raja tidak mahu mendengarkan katakata Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN. Agas 16 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Suruhlah Harun memukul tanah dengan tongkatnya, dan debu akan berubah menjadi agas di seluruh negeri Mesir. 17 Oleh itu Harun memukul tanah dengan tongkatnya, lalu debu di seluruh negeri Mesir berubah menjadi agas yang mengerumuni manusia dan haiwan. 18 Tukang-tukang sihir cuba menggunakan ilmu sihir mereka untuk mengadakan agas, tetapi tidak berjaya. Agas terdapat di merata tempat. 19 Tukang-tukang sihir itu berkata kepada raja, Allah telah melakukan hal ini! Tetapi raja masih berdegil dan tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN. Lalat 20 TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah menghadap raja awal pagi esok, ketika dia pergi ke sungai. Beritahulah dia bahawa TUHAN berfirman, Benarkanlah umat-ku pergi beribadat kepada-ku. 21 Jika engkau menolak, Aku akan mendatangkan lalat kepadamu, para pegawaimu, dan rakyatmu. Rumahrumah orang Mesir, bahkan seluruh negeri akan diliputi lalat. 22 Tetapi Aku akan membuat kekecualian bagi kawasan Gosyen, tempat umat-ku tinggal. Lalat tidak akan terdapat di sana. Aku melakukan hal ini supaya engkau tahu bahawa Aku, TUHAN, berkuasa di negeri ini. 23 Aku akan membuat perbezaanbeberapa buah terjemahan kuno: perbezaan. Naskhah Ibrani: penebusan. antara umat- Ku dan rakyatmu. Mukjizat ini akan berlaku pada hari esok. 24 TUHAN mendatangkan lalat yang banyak sekali ke istana raja dan ke rumah para pegawainya. Seluruh negeri Mesir sangat menderita kerana lalat-lalat itu. 25 Kemudian raja memanggil Musa dan Harun lalu bertitah, Pergilah persembahkan korban kepada Allah kamu di negeri ini. 26 Tetapi Musa menjawab, Hamba sekalian tidak boleh berbuat begitu, kerana orang Mesir akan tersinggung apabila melihat hamba semua mempersembahkan binatang sebagai korban kepada TUHAN, Allah hamba semua. Jika hamba sekalian menggunakan binatang yang menyinggung perasaan mereka, hamba semua akan direjam sampai mati oleh mereka. 27 Hamba sekalian mesti pergi ke padang gurun sejauh tiga hari perjalanan untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah hamba semua, sebagaimana yang telah diperintahkan-nya. Halaman: 3

28 Raja bertitah, Beta akan membenarkan kamu pergi ke padang gurun untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah kamu, asal kamu tidak pergi terlalu jauh. Berdoalah untuk beta. 29 Musa menjawab, Sebaik saja hamba pergi, hamba akan berdoa kepada TUHAN agar esok lalat-lalat itu meninggalkan tuanku, para pegawai, dan rakyat tuanku. Tetapi janganlah tipu hamba sekalian lagi, dan jangan halang orang Israel pergi untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. 30 Musa meninggalkan raja lalu berdoa kepada TUHAN. 31 TUHAN mengabulkan doa Musa. Lalat-lalat meninggalkan raja, para pegawai, dan rakyatnya; tiada seekor pun yang tertinggal. 32 Tetapi kali ini pun raja berdegil, dan tidak mahu membenarkan bangsa itu pergi. Petikan daripada Kitab Taurat: Keluaran 9:1-35. Ternakan Mati 1 TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah menghadap raja dan beritahulah dia bahawa TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, Benarkanlah umat-ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-ku. 2 Jika engkau masih tidak mahu membenarkan mereka pergi, 3 Aku akan menghukum engkau. Aku akan mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada semua ternakanmu: kuda, keldai, unta, lembu, domba, dan kambing. 4 Aku akan membezakan ternakan orang Israel dengan ternakan orang Mesir. Seekor pun ternakan orang Israel tidak akan mati. 5 Aku, TUHAN telah menetapkan hari esok untuk melaksanakan hal ini. 6 Pada keesokan harinya TUHAN melakukan seperti yang difirmankan-nya, lalu semua ternakan orang Mesir mati, tetapi ternakan orang Israel tidak ada yang mati. 7 Raja menanyakan apa yang telah berlaku, lalu raja diberitahu bahawa ternakan orang Israel tidak seekor pun yang mati. Namun, raja masih berdegil dan tidak mahu membenarkan orang Israel pergi. Bisul 8 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, Ambillah beberapa genggam abu dari relau. Musa harus menghamburkan abu itu ke udara di hadapan raja. 9 Abu itu akan tersebar seperti debu halus ke seluruh tanah Mesir. Abu itu akan menimbulkan bisul yang pecah menjadi luka bernanah pada manusia dan binatang. 10 Oleh itu Musa dan Harun mengambil abu dari Halaman: 4

relau dan berdiri di hadapan raja. Musa menghamburkan abu itu ke udara, lalu abu itu menimbulkan bisul yang pecah menjadi luka bernanah pada manusia dan binatang. 11 Tukang-tukang sihir tidak dapat bertemu dengan Musa kerana mereka diliputi bisul seperti orang Mesir yang lain. 12 Tetapi TUHAN menyebabkan raja berdegil, dan sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN, raja tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun. Hujan Batu 13 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah menghadap raja awal pagi esok, dan beritahulah dia bahawa TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, Benarkanlah umat-ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-ku. 14 Kali ini Aku akan menghukum bukan hanya para pegawai dan rakyatmu, tetapi engkau juga, agar engkau tahu bahawa tiada sesiapa pun yang seperti Aku di seluruh dunia. 15 Jika Aku telah menghukum engkau dan rakyatmu dengan penyakit, tentu kamu sudah binasa sama sekali. 16 Tetapi Aku membiarkan engkau hidup untuk menunjukkan kuasa-ku kepadamu, supaya nama-ku termasyhur di seluruh dunia. 17 Namun engkau masih angkuh dan tidak mahu membenarkan umat-ku pergi. 18 Kira-kira waktu ini esok, Aku akan menurunkan hujan batu yang lebat, yang belum pernah berlaku sepanjang sejarah negeri Mesir. 19 Sekarang berikanlah perintah supaya ternakan dan segala kepunyaanmu yang berada di luar dibawa ke tempat terlindung. Semua manusia dan ternakan yang berada di luar dan tidak terlindung akan mati ditimpa hujan batu. 20 Beberapa orang antara pegawai raja takut kerana firman TUHAN itu. Oleh itu, mereka membawa abdi dan ternakan mereka masuk ke dalam rumah supaya terlindung. 21 Tetapi para pegawai yang lain tidak mempedulikan firman TUHAN dan membiarkan abdi serta ternakan mereka di luar. 22 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Angkatlah tanganmu ke arah langit, lalu hujan batu akan turun di serata tanah Mesir. Hujan itu akan menimpa manusia, ternakan, dan segala tumbuhan di padang. 23 Oleh itu, Musa mengangkat tongkatnya ke arah langit, lalu TUHAN mendatangkan guruh dan hujan batu; kilat pun menyambar ke tanah. TUHAN menurunkan 24 hujan batu yang lebat, dan kilat menyambar ke sana-sini. Itulah hujan batu yang paling dahsyat yang pernah berlaku sepanjang sejarah negeri Mesir. 25 Di seluruh negeri Mesir, hujan batu memusnahkan segala sesuatu yang berada di luar, termasuk semua manusia dan ternakan. Hujan batu itu memusnahkan segala tumbuhan di padang dan menumbangkan semua pokok. 26 Hanya kawasan Gosyen, tempat tinggal orang Israel, tidak ditimpa hujan batu. Halaman: 5

27 Kemudian raja memanggil Musa dan Harun, lalu bertitah, Kali ini beta telah berdosa. TUHAN memang yang benar; beta dan rakyat beta bersalah. 28 Berdoalah kepada TUHAN. Kami sudah cukup menderita kerana guruh dan hujan batu ini. Beta berjanji untuk membenarkan kamu pergi. Kamu tidak usah tinggal di sini lagi. 29 Musa berkata kepada raja, Sebaik saja hamba keluar dari kota, hamba akan berdoa kepada TUHAN sambil mengangkat tangan. Guruh akan berhenti dan hujan batu akan reda, supaya tuanku tahu bahawa bumi ini milik TUHAN. 30 Tetapi hamba tahu bahawa tuanku dan para pegawai tuanku belum takut akan TUHAN Allah. 31 Tanaman rami dan barli musnah, kerana barli sudah matang dan rami sedang berbunga, 32 tetapi gandum tidak musnah kerana belum matang. 33 Kemudian Musa meninggalkan raja dan pergi ke luar kota. Di situ dia berdoa kepada TUHAN dengan mengangkat tangan, lalu guruh, hujan batu, dan hujan berhenti. 34 Apabila raja melihat apa yang telah terjadi, raja berdosa lagi. Raja dan para pegawainya tetap berdegil. 35 Sebagaimana yang difirmankan TUHAN melalui Musa, raja tidak mahu membenarkan orang Israel pergi. Petikan daripada Kitab Taurat: Keluaran 10:1-29. Belalang 1 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Pergilah menghadap raja. Aku telah menyebabkan dia dan para pegawainya berdegil, agar Aku dapat melakukan mukjizat-mukjizat ini di tengah-tengah mereka, 2 dan supaya kamu dapat memberitahu anak cucu kamu bagaimana Aku membodohkan orang Mesir, ketika Aku melakukan mukjizat-mukjizat. Kamu semua akan tahu bahawa Akulah TUHAN. 3 Oleh itu, Musa dan Harun pergi menghadap raja lalu berkata kepadanya, TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, Berapa lama lagi engkau tidak mahu tunduk kepada-ku? Benarkanlah umat-ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-ku. 4 Jika engkau masih menolak, maka esok Aku akan mendatangkan belalang ke negerimu. 5 Seluruh permukaan tanah akan diliputi belalang yang sangat banyak. Belalang akan memakan segala tanaman dan juga pokok yang tidak dimusnahkan oleh hujan batu. 6 Belalang akan memenuhi istanamu dan rumah para pegawaimu, serta rumah segenap rakyatmu. Halaman: 6

Bencana ini akan lebih dahsyat daripada apa yang pernah dialami oleh nenek moyangmu. Kemudian Musa berpaling lalu pergi. 7 Para pegawai raja berkata kepada raja, Berapa lama lagi orang itu harus menyusahkan kita? Biarkanlah orang Israel pergi supaya mereka dapat beribadat kepada TUHAN, Allah mereka. Lihatlah, negeri kita ini sudah hancur! 8 Oleh itu Musa dan Harun dipanggil semula untuk menghadap raja. Raja bertitah kepada mereka, Kamu boleh pergi untuk beribadat kepada TUHAN, Allah kamu. Tetapi siapakah antara kamu yang akan pergi? 9 Musa menjawab, Kami semua akan pergi, termasuk anak-anak serta orang tua. Anak lelaki dan perempuan, semua domba, kambing, dan lembu akan dibawa kerana kami mesti mengadakan suatu perayaan besar untuk menghormati TUHAN. 10 Raja bertitah kepada mereka, Beta bersumpah demi TUHAN bahawa beta tidak akan membenarkan kamu membawa kaum wanita dan anak-anak! Jelaslah bahawa kamu merancang pemberontakan. 11 Tidak! Hanya kaum lelaki boleh pergi untuk beribadat kepada TUHAN, jika hal itu yang kamu mahu. Selepas itu, Musa dan Harun diusir keluar dari istana. 12 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, Hulurkan tanganmu ke atas tanah Mesir untuk mendatangkan belalang. Belalang akan datang untuk memakan segala tumbuhan yang tidak dimusnahkan oleh hujan batu. 13 Oleh itu Musa mengangkat tongkatnya, dan TUHAN menyebabkan angin timur bertiup ke negeri itu sepanjang hari dan sepanjang malam. Menjelang pagi, angin itu telah membawa belalang. 14 Belalang datang dalam kawanan-kawanan yang besar sehingga meliputi seluruh negeri. Orang belum pernah melihat belalang sebegitu banyak, dan selepas itu pun hal seperti itu tidak terjadi lagi. 15 Belalang meliputi permukaan tanah sampai tanah kelihatan hitam. Belalang memakan segala sesuatu yang tidak dimusnahkan oleh hujan batu, termasuk semua buah di pokok. Di seluruh Mesir, tidak ada sesuatu pun yang hijau tertinggal pada pokok ataupun tumbuhan. 16 Raja segera memanggil Musa dan Harun lalu bertitah, Beta telah berdosa terhadap TUHAN, Allah kamu dan terhadap kamu. 17 Ampunkanlah dosa beta sekali ini saja, dan berdoalah kepada TUHAN, Allah kamu agar Dia menjauhkan hukuman yang dahsyat ini daripada beta. 18 Musa meninggalkan raja lalu berdoa kepada TUHAN. 19 Oleh itu TUHAN mengubah arah angin timur sehingga menjadi angin barat yang sangat kencang. Belalang-belalang ditiup oleh angin Halaman: 7

itu dan dibawa ke Laut Gelagah,Laut Gelagah, maka tiada seekor belalang pun yang tertinggal di seluruh tanah Mesir. 20 Tetapi TUHAN menyebabkan raja tetap berdegil, dan raja tidak membenarkan umat Israel pergi. Kegelapan 21 TUHAN berfirman kepada Musa, Angkatlah tanganmu ke arah langit, maka kegelapan yang pekat akan meliputi seluruh tanah Mesir. 22 Musa mengangkat tangannya ke arah langit, lalu kegelapan yang pekat meliputi seluruh tanah Mesir selama tiga hari. 23 Orang Mesir tidak dapat melihat satu sama lain, dan tiada seorang pun yang keluar dari rumah sepanjang masa itu. Tetapi tempat tinggal orang Israel tetap terang. 24 Kemudian raja memanggil Musa dan bertitah, Kamu boleh pergi dan beribadat kepada TUHAN. Isteri dan anak-anak kamu juga boleh pergi bersama dengan kamu, tetapi kamu tidak boleh membawa domba, kambing, dan lembu kamu. 25 Musa menjawab, Jika demikian, tuanku mesti menyediakan ternakan sebagai korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN,Korban untuk menyenangkan hati TUHAN: Harfiah: korban bakar. Lihat Kamus. Allah hamba sekalian. 26 Hamba semua mesti membawa semua ternakan; seekor pun tidak boleh ditinggalkan. Hamba sekalian mesti memilih ternakan yang akan dipersembahkan kepada TUHAN, Allah hamba semua. Selepas hamba sekalian tiba di sana, barulah hamba semua tahu ternakan mana yang akan dipersembahkan. 27 TUHAN menyebabkan raja berdegil sehingga raja tidak mahu membenarkan orang Israel pergi. 28 Raja bertitah kepada Musa, Pergilah dari sini! Jangan menghadap beta lagi! Jika engkau menghadap beta lagi, engkau akan mati. 29 Seperti titah perintah tuanku, jawab Musa, hamba tidak akan menghadap tuanku lagi. Halaman: 8