16 TH KPJ GAMES 2019 2-5 AUGUST 2019, KOMPLEK SUKAN NEGARA SHAH ALAM RISING TOGETHER Peraturan Permainan BOLA TAMPAR (LELAKI & WANITA) 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Antarabangsa (FIVB) dan Persatuan Malaysia (MAVA). 2. PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini berlangsung. 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 11 orang pemain dan seorang Pengurus Pasukan. 3.2 Pemain yang didaftarkan mestilah terdiri daripada pekerja yang telah bekerja tidak kurang dari 6 bulan di agensi / kumpulan hospital terlibat 3.3 Semua pemain hendaklah membawa Pas Kejohanan masingmasing sebelum sesuatu perlawanan bermula,jika terdapat sebarang bantahan Kad Pengenalan dan Kad Pekerja perlu ditunjukkan bagi tujuan pengesahan 3.4 Semua pemain dikehendaki menyerahkan Pas Kejohanan (termasuk Pengurus Pasukan) kepada Sekretariat Kejohanan (JK Pengelola) 30 minit sebelum perlawanan bermula mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan. 1
3.5 Jurulatih Pasukan (jika ada) tidak dibenarkan bermain kecuali ianya layak berdasarkan Peratuaran Am 16 th KPJ Games 2019. 3.6 Pertukaran senarai nama pemain hanya boleh dilakukan sebelum atau semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan dan sebarang pertukaran selepas itu adalah tidak dibenarkan. 3.7 Peraturan-peraturan lain yang dinyatakan dalam Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 4 dan Perkara 5. 3.8 Hanya pemain yang namanya tercatat dalam score sheet dibenarkan untuk memasuki gelanggang dan bermain untuk sesuatu pertandingan. 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 8. 4.2 Pertandingan pada pusingan awal dan separuh akhir akan ditentukan dengan dua (2) set dari 3 permainan (Best of three sets). Pada pusingan Akhir pertandingan akan dijalankan dalam bentuk best of 5 sets. 4.3 Kiraan mata adalah 25 dan sekiranya deuce (24 24) kiraan mata 2 0 akan diambilkira atau mata penamat ialah 27 mata. 4.4 Pasukan digalakkan menggunakan pemain libero 4.5 Pertukaran pemain boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang perlawanan dengan kebenaran pengadil 4.6 Jawatankuasa penganjur berhak meminda sebarang jadual pertandingan. 5. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 5.1 Cara pemberian mata adalah merujuk kepada Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 9. 5.2 Pada peringkat kumpulan, jika terdapat pasukan yang mempunyai bilangan mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan mengikut kaedah berikut:- 2
5.2.1 Nisbah set tertinggi (S) S = Jumlah set menang (semua perlawanan) Jumlah set kalah (semua perlawanan) 5.2.2 Jika masih seri, kaedah kedua akan digunakan (Nisbah Mata Tertinggi) (M= Nisbah mata) M = Jumlah mata menang (semua perlawanan) Jumlah mata kalah (semua perlawanan) 5.2.3 Jika masih seri, S1 = Jumlah set menang (Antara pasukan terlibat) Jumlah set kalah (Antara pasukan terlibat) 5.2.4 Jika masih seri, M1 = Jumlah mata menang (Antara pasukan terlibat) Jumlah mata kalah (Antara pasukan terlibat) 5.2.5 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua-dua pasukan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang pernah menang di perlawanan tersebut dikira menang. 5.2.6 Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan. 3
6. PAKAIAN 6.1 Pakaian yang bersesuaian dengan permainan bola tampar. 6.2 Jersi mestilah mempunyai nombor di hadapan dan belakang. 6.3 Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 13. 7. MENARIK DIRI / KELEWATAN / KEMENANGAN PERCUMA 7.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari acara yang disertai selepas undian dijalankan. 7.2 Sekiranya sesuatu pasukan gagal menghadirkan diri di gelanggang permainan selepas 15 minit permainan itu dijadualkan bermula, kemenangan percuma (walk over) akan diberi kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 3 mata dan jaringan 25-0, 25-0. Jika kedua-dua pasukan gagal menghadirkan diri dalam tempoh waktu yang ditetapkan, kedua-dua pasukan akan diisytiharkan kalah. 7.3 Hanya Pengadil Pertandingan serta pihak penganjur berhak membuat keputusan walk over dan keputusannya adalah muktamad. 8. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN 8.1 Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, sekiranya tidak melebihi 4 jam keputusan berikut diikuti semula : 8.1.1 Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama, set yang tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama. 8.1.2 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya. 4
8.1.3 Sekiranya perlawanan dimainkan di gelanggang lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan dimainkan semula dengan pemain-pemain yang sama. 8.1.4 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya. 8.2 Sekiranya gangguan perlawanan melebihi 4 jam, keseluruhan perlawanan dimainkan semula. 9. BANTAHAN Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 19. 10. PENGADIL Pihak penganjur akan menyediakan pengadil bagi setiap perlawanan dan semua keputusan pengadil adalah muktamad. 11. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 10. organisasi dibenar mendaftar hanya satu pasukan sahaja. 5