AL-KAFI #1374: MAKSUD HUBUNGAN SILATURRAHIM

dokumen-dokumen yang mirip
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Pentingnya Menyambung Silaturahmi

Dosa Memutuskan Hubungan Kekeluargaan


LALUAN KEHIDUPAN

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Pendidikan Agama Islam

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Pentingnya Menyambung Silaturahmi

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan urusan kami (tidak ada contohnya) maka (amalan tersebut) tertolak (Riwayat Muslim)

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

REVIEW. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM kelas PKK. Dr. Dede Abdul Fatah, M.Si. Modul ke: Fakultas EKONOMI. Program Studi AKUNTANSI

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Istri-Istri Rasulullah? Adalah Ibunya Orang-Orang Beriman

*** Keadilan Islam ??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

E١١٧ J١٠٩ W F : :

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Bertakwa Kepada Allah dalam Kehidupan Bertetangga

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

*** Tunaikanlah Amanah

Standar Kompetensi : 3. Membiasakan perilaku terpuji.

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Jangan Taati Ulama Dalam Hal Dosa dan Maksiat

Luasnya Rahmat (kasih sayang) Allah Subhanahu wa Ta ala

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan


Di antara jalan untuk mencapai ketenangan jiwa dan hati yang dituntukan oleh syariat adalah menikah. Sebagaimana firman Allah Ta'ala:

Perjalanan Meraih Ridha Ar-Rahman

HAK WARIS DZAWIL ARHAM

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

LAMPIRAN TERJEMAH. No Bab Surah/Hadis Terjemah. 1 I QS. al-baqarah: 132 Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan

Warisan Wanita Digugat!

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Dan beribadahlah kepada Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (kematian). (Al-Hijr : 99)

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

MATAN. Karya Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

GãMñ I RšZ GlZG ƒi' (6) GâƒMÃIºƒG M±H MšZ GlQ IN³š GœI M OZ

Mendidik anak. Jangan takut.

Malam Nisfu Syaaban.

BAB IV ISTINBATH HUKUM DAN NATIJAH. nash yang menerangkan tentang pembagian waris seorang transseksual yang

: : :

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Khutbah Jumat Manfaatkan Nikmat Kehidupan

Pengertian Mawaris. Al-miirats, dalam bahasa Arab adalah bentuk mashdar (infinitif) dari kata waritsa-yaritsuirtsan-miiraatsan.

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

Salah Faham Terhadap Hadith

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Adillah dalam Memperlakukan Anak

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Standar Kompetensi : 4. Membiasakan perilaku terpuji.

Hak-hak Persaudaraan (Ukhuwah) Sesama Muslim

Hari Kiamat, Hari Pembalasan

Renungan Pergantian Tahun

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Kutipan Bab Terjemah

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

Khutbah Jumat: Peringatan dari Bahaya Godaan Harta

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

Bab 2 LANDASAN ETIKA DALAM ISLAM

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

Barangsiapa yang dikaruniai seorang anak, lalu ia menyukai hendak membaktikannya (mengaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya.

Perdamaian Itu Lebih Baik

Merenungi Firman Allah Ta ala

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.

Berbakti Sepanjang Masa Kepada Kedua Orang Tua

Transkripsi:

AL-KAFI #1374: MAKSUD HUBUNGAN SILATURRAHIM Soalan Assalamualaikum SS Mufti. Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan silaturrahim? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Allah SWT berfirman:???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebutyebut namanya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Surah al-nisa (1) 1 / 5

Ibn Kathir berkata: Maksudnya, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mentaati-nya. Kata Ibrahim, Mujahid dan al-hasan: "???????????????????????" ertinya sebagaimana ucapan seseorang: "Aku meminta kepadamu dengan (nama) Allah dan dengan (hubungan) rahim." Al-Dahhak berkata: "Bertakwalah kamu kepada Allah yang dengan-nya kamu saling mengikat janji dan persetujuan, serta takutlah kamu daripada memutuskan silaturrahim, tetapi berusahalah untuk berbuat baik dan menyambungnya." Pentafsiran ini adalah pendapat Ibn Abbas, Ikrimah, Mujahid, al-hasan, al-dahhak, al-rabi' dan ramai ulama' yang lain. Sebahagian ulama membaca "????????? " dengan khafadh (kasrah) sebagai athaf (sambungan) dari dhamir "????", maksudnya kamu saling meminta satu sama lain kepada Allah dan hubungan silaturrahim, sepertimana yang dinyatakan oleh Mujahid dan selainnya. (Lihat Tafsir al-quran al-'azim, 3/332) Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman:???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah al-anfal (75) Ibn Kathir berkata: Bukanlah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT:???????????????????? (orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat) dengan bersifat khusus sepertimana yang dikemukakan oleh para ulama' ahli ilmu faraidh, iaitu kaum kerabat yang tidak hanya mempunyai hak pewarisan secara fardhu dan juga asobah, tetapi semua pewaris seperti ibu saudara dan bapa saudara dari sebelah ibu, ibu saudara dari sebelah ayah, anak lelaki daripada anak perempuan (cucu), anak lelaki daripada saudara perempuan (anak saudara) dan lain-lain sebagaimana yang diakui oleh sebahagian mereka dengan menggunakan dalil ayat al-quran, bahkan mereka meyakini hal itu dengan jelas. Namun, yang benar adalah bahawa ayat tersebut bersifat umum yang merangkumi seluruh kerabat seperti yang ditegaskan oleh Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah, al-hasan al-basri, Qatadah dan ulama yang lain. (Lihat Tafsir al-quran al- Azim, 2/302) Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan bahawa Imam al-qurtubi berkata: Al-Rahim yang disambungkan adalah merangkumi secara umum dan khusus. Adapun yang umum adalah rahim dalam agama, iaitu wajib menyambungkannya dengan mengasihi dan menasihati, bersikap adil dan tidak menzaliminya, serta menunaikan hak-hak yang wajib dan yang dituntut. Manakala al- Rahim yang khusus adalah menambahkan pada nafkah kepada kerabat, serta mengambil cakna hal ehwal mereka serta memberi kemaafan atas kegelinciran dan kesilapan 2 / 5

mereka. (Lihat Fath al-bari, 10/418) Allah SWT juga berfirman:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); - Surah al-ra d (21) Syeikh al-maraghi berkata: Mereka mengikat tali perhubungan silaturrahim sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Lalu mereka bergaul dengan kaum kerabat dengan perasaan penuh kecintaan dan kebaikan. Seterusnya mereka berbuat kebaikan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan pertolongan antara mereka dengan memberikan kebaikan kepada mereka dan menjauhkan bahaya daripada mereka mengikut kemampuan yang mereka ada. (Lihat Tafsir al-maraghi, 7/3510) Perkataan silaturrahim (????????) berasal daripada dua perkataan Arab iaitu??? dan?????. Al-Raghib al-asfahani menyebut:?????????:???????????? (????????????????????).????????????????????????????????????????????????? Al-Rahim yang dimaksudkan adalah rahim wanita iaitu tempat di mana janin berkembang dan terlindung (dalam perut wanita). Dan istilah al-rahim digunakan untuk menyebut kaum kerabat kerana mereka berasal dari satu rahim. (Lihat al-mufradat fi Gharib al-quran, hlm. 347) Antara hadis yang menyebut berkenaan menyambung silaturrahim, sepertimana sabda Rasulullah SAW:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim. Riwayat al-bukhari (5986) dan Muslim (2557) Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis ini berkata: Yang dimaksudkan dengan??????????????????????????? adalah diluaskan dan dijadikan banyak hartanya. Menurut pendapat yang lain, maksudnya diberi keberkatan harta. (Lihat Syarh al-nawawi ala Sahih Muslim, 16/114) 3 / 5

Manakala dalam hadis daripada Abu Ayyub al-ansari R.A, Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda SAW menjawab:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik pada-nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim. Riwayat al-bukhari (5983) Imam Nawawi menyebut: Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya. (Lihat al-minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-hajjaj, 1/287) Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebut: Al-Rahim (?????) secara umum adalah dimaksudkan kepada kaum kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis keturunan (nasab), sama ada berhak mewarisi atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak. Menurut pendapat lain, mereka adalah daripada mahram (kerabat dekat yang haram dinikahi) sahaja. Pendapat pertama lebih kuat kerana menurut batasan kedua, anak-anak saudara dan anak-anak ibu saudara bukan kerabat yang dekat kerana tidak termasuk yang haram dinikahi, sedangkan ia tidaklah sedemikian. (Lihat Fath al-bari, 10/414) Syeikh Mulla Ali al-qari menyebut bahawa silaturrahim adalah ungkapan berkenaan berbuat baik kepada kaum kerabat yang dekat sama ada mengikut garis keturunan atau melalui perkahwinan berlemah lembut dan mengasihi mereka serta mengambil cakna akan hal keadaan mereka. (Lihat Mirqat al-mafatih, 8/645) Ibn al-athir pula menyebut: Banyak hadith yang menyebutkan berkenaan silaturahim. Ia merupakan kinayah (yang memberi maksud secara tidak langsung) untuk perbuatan baik kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan nasab, atau kerabat kerana hubungan pernikahan, dengan berlemah-lembut dan memberi kasih sayang kepada mereka serta mengambil peduli akan hal keadaan mereka. Manakala memutuskan silaturrahim adalah lawan daripada semua perkara itu. (Lihat al-nihayah fi Gharib al-hadith, 5/191-192) Kesimpulan Oleh itu berdasarkan nas dan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa antara maksud silaturrahim adalah menyambung hubungan antara kaum kerabat sama ada melalui garis keturunan atau melalui perkahwinan dengan pelbagai cara seperti mengunjungi mereka, memberi bantuan kepada mereka ketika memerlukan, mengambil cakna akan hal keadaan mereka dan seumpamanya. 4 / 5

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) Kami menutup perbincangan ini dengan sebuah hadis Nabi SAW ketika Baginda sampai ke kota Madinah dengan bersabda:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur, nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat. Riwayat Ibnu Majah (3251) Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-nya termasuklah menyambung silaturrahim dengan sebaiknya. Amin. Source: FATWA TERKINI DARI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 5 / 5