16 TH KPJ GAMES 2019 2-5 AUGUST 2019, KOMPLEK SUKAN NEGARA SHAH ALAM RISING TOGETHER Peraturan Permainan BOLA JARING (WANITA) 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan Antarabangsa (INF) dan Persatuan Malaysia (PBJM). 2. PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini berlangsung. 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Tiap-tiap dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 11 orang pemain dan seorang Pengurus Pasukan. 3.2 Pemain yang didaftarkan mestilah terdiri daripada pekerja yang telah bekerja tidak kurang dari 6 bulan di agensi / kumpulan hospital terlibat 3.3 Semua pemain hendaklah membawa Pas Kejohanan masingmasing sebelum sesuatu perlawanan bermula,jika terdapat sebarang bantahan Kad Pengenalan dan Kad Pekerja perlu ditunjukkan bagi tujuan pengesahan. 3.4 Semua pemain dikehendaki menyerahkan Pas Kejohanan (termasuk Pengurus Pasukan) kepada Sekretariat Kejohanan (JK Pengelola) 30 minit sebelum perlawanan bermula mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan. 1
3.5 Jurulatih Pasukan (jika ada) tidak dibenarkan bermain kecuali ianya layak berdasarkan Peratuaran Am 16 th KPJ Games 2019. 3.6 Pertukaran senarai nama pemain hanya boleh dilakukan sebelum atau semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan dan sebarang pertukaran selepas itu adalah tidak dibenarkan. 3.7 Peraturan-peraturan lain yang dinyatakan dalam Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 4 dan Perkara 5. 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 8. 4.2 Masa permainan ialah : 7 minit (Separuh masa pertama) x 1 minit (rehat) x 7 minit (Separuh masa kedua). Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan. Perlawanan akhir akan dijalankan selama 10 minit (Separuh masa pertama) x 3 minit rehat x 10 minit (Separuh masa kedua). 4.3 Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan pada waktu rehat sahaja kecuali jika berlaku kecederaan ketika perlawanan sedang berlangsung. 4.4 Pemain yang cedera dan telah dikeluarkan boleh masuk dan bermain semula dalam perlawanan berkenaan. 4.5 Setiap pertukaran pemain semasa perlawanan hendaklah dimaklumkan kepada Pengadil dan Ketua Pasukan lawan. 4.6 Jawatankuasa penganjur berhak meminda jadual perlawanan. 2
5. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN 5.1 Semasa Liga Dalam Kumpulan 5.1.1 Cara pemberian mata, sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 8. 5.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: 5.1.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. 5.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol yang terbanyak dikira menang. 5.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal dikira menang. 5.1.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan. 5.2 Semasa Peringkat Kalah Mati: 5.2.1 Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat Separuh Akhir, Tempat ke 3 dan ke 4 serta peringkat akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut : 5.2.1.1 Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit. 3
5.2.1.2 Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah dan gol. 5.2.1.3 Permainan diteruskan dengan 3 hantaran tengah dibuat secara bergilir-gilir. 5.2.1.4 Keputusan muktamad ditentukan selepas hantaran tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan gol. 6. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dijalankan, atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. 7. PAKAIAN 7.1 Rujuk Undang-Undang Antarabangsa. 7.2 Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain. GS - Penjaring Gol - Goal Shooter GA - Penyerang Gol - Goal Attack WA - Penyerang Sayap - Wing Attack C - Pemain Tengah - Center WD - Penangkas Sayap - Wing Defence GD - Penahan Gol - Goal Defence GK - Penjaga Gol - Goal Keeper 7.3 Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 13. 4
8. MENARIK DIRI / KELEWATAN/ KEMENANGAN PERCUMA 8.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari acara yang disertai selepas undian dijalankan. 8.2 Sekiranya sesuatu pasukan gagal menghadirkan diri di gelanggang permainan selepas 15 minit permainan itu dijadualkan bermula, kemenangan percuma (walk over) akan diberi kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 3 mata dan jaringan 10-0. Jika kedua-dua pasaukan gagal menghadirkan diri dalam tempoh waktu yang ditetapkan, kedua-dua pasukan akan diisytiharkan kalah. 8.3 Hanya Pengadil Pertandingan serta pihak penganjur berhak membuat keputusan walk over dan keputusannya adalah muktamad. 9. BANTAHAN Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 19. 10. PENGADIL Pihak penganjur akan menyediakan pengadil bagi setiap perlawanan dan semua keputusan pengadil adalah muktamad. 11. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Sila rujuk Undang-Undang & Peraturan Am 16 th KPJ Games 2019 Perkara 10. 5