TALKING POINTS YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PADA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI AZAM BERHAD KALI KE-38 1
16 JUN 2019 (AHAD) 9.00 PAGI HOTEL TAIPING PERDANA TAIPING, PERAK Bismillahirrahmaanirrahim 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima Kasih Pengacara Majlis {SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA MAJLIS} 3
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian ASSALAMUALAIKUM W.B.T 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat 4
Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-nya, dapat kita bersama-sama pada pagi yang mulia ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-38 Koperasi Azam Berhad (KAB). 5
2. Sebelum meneruskan ucapan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga KAB kerana menjemput saya merasmikan Mesyuarat Agung ini berserta kehadiran Tuan/Puan dalam Majlis yang berbahagia ini. 6
Hadirin yang dihormati sekalian, 3. Penglibatan Koperasi Azam Berhad dalam bidang perusahaan kayu arang merupakan contoh inisiatif dan alternatif perniagaan terbaik yang boleh diceburi koperasi. Bidang ini jarang diceburi 7
oleh koperasi di negara ini umumnya dan Perak khasnya. Kebanyakan pengusaha bidang ini adalah dari kalangan pemilik tunggal atau syarikat persendirian. 4. Kelebihan ini jika dilihat dari sudut positif dan jangka panjang, 8
memungkinkan koperasi menjana keuntungan lumayan seterusnya mampu memberi pulangan dividen yang tinggi kepada anggotanya. 5. Bagi meningkatkan pendapatan untuk jangka masa panjang, koperasi mungkin boleh 9
menjalinkan kerjasama strategik dengan koperasi lain yang menceburi bidang sama bagi mengusahakan perniagaan ini pada skala yang lebih besar. 6. Saya juga dimaklumkan selain perusahaan kayu arang, Koperasi 10
Azam Berhad juga menceburi bidang pertanian (kelapa sawit) dan sewa kedai. Kepelbagaian perniagaan ini mampu merangsang ekonomi koperasi tanpa bergantung pada satu bidang tertentu. 11
7. Kelangsungan koperasi mampu dipastikan apabila koperasi mempunyai Pelan Korporat Lima Tahun yang mana pelan perniagaan disediakan oleh pihak pengurusan dan dipantau pelaksanaannya oleh Anggota Lembaga Pengarah. 12
Hadirin yang dihormati sekalian 8. Gerakan koperasi di Malaysia merupakan sektor besar yang harus dibanggakan. Berdasarkan statistik SKM sehingga 30 Jun 2018, terdapat lebih 14,000 koperasi dengan keanggotaan melebihi 6 juta orang; 13
syer/yuran melebihi RM 14 bilion; aset lebih RM140 bilion dan perolehan menyumbang lebih RM22 bilion. Menjelang 2020, kerajaan mensasarkan sektor koperasi menyumbang RM50 bilion kepada KDNK negara dan 50 peratus rakyat dewasa negara ini 14
menjadi anggota koperasi tanpa mengira kedudukan mereka. 9. Dengan bilangan koperasi serta keanggotaan seramai ini, koperasi dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi koperasi yang memberangsangkan 15
di samping menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anggota mereka. 10. ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi yang diiktiraf kerajaan bagi menaungi semua koperasi di Malaysia, 16
berperanan menyatukan dan mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. 11. ANGKASA sentiasa komited untuk membantu koperasi menjalankan aktiviti dan 17
perkhidmatan yang dapat memberi pulangan sosio ekonomi yang bermanfaat untuk anggota khasnya dan koperasi amnya. 12. Selaras dengan Deklarasi Putrajaya yang dipersetujui antara ANGKASA, SKM dan MKM, 18
ANGKASA akan membantu koperasi untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi agar koperasi mampu dan bersedia untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang berimpak tinggi. 19
13. Akhir kata, sekali lagi terima kasih kepada warga Koperasi Azam Berhad yang hadir pada hari ini. Saya mengucapkan selamat bermesyuarat untuk semua. Semoga Mesyuarat Agung kali ke- 38 ini membantu anggota membuat perancangan yang 20
dapat menggerakkan KAB ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing. 14. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin pada semua yang hadir. 21
Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim, saya dengan ini merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-38 Koperasi Azam Berhad. Sekian, terima kasih. 22