TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PRA PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA PROGRAM 1
PEMBEKALAN BARANGAN ASAS 100 (BA100) ANGKASA 5 MEI 2019 (AHAD) 9.30 PAGI 2
MASJID SAUJANA UTAMA, JALAN KEMBOJA 2, TAMAN SAUJANA UTAMA 2, SUNGAI BULOH, SELANGOR Bismillahirahmanirahim. 3
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Koperasi [SALUTASI LENGKAP DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM SEBELUM MAJLIS BERMULA] 4
Dato-Dato, Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan, Tuan -Tuan dan Puan- Puan Yang Dihormati Sekalian. Pertamanya, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan 5
keizinannya, dapat juga kita bersama-sama dalam Majlis ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad yang sudi memberi 6
kerjasama kepada ANGKASA untuk menjayakan Majlis ini. Peluang ini amat bermakna untuk ANGKASA memperkenalkan dan berkongsi kemajuan gerakan 7
koperasi Malaysia dalam sektor pemborongan dan peruncitan. Program BA100 adalah gerakan koperasi bersepadu di mana ANGKASA akan membeli barangan asas secara pukal dari 8
pembekal/pengeluar dan penghantaran tempahan secara terus kepada peruncit. Dengan cara ini, kedai atau peruncit koperasi akan bergabung untuk menawarkan jualan barangan asas 9
dengan harga berpatutan, bukan sekadar promosi bersifat sementara. Nawaitu Projek BA100 ini adalah untuk membantu rakyat dalam gerakan koperasi. Hasrat ANGKASA dalam perlaksanaan projek ini tidak 10
lain untuk menjadi sebahagian dari usaha Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, pemilihan awal koperasi-koperasi yang terlibat adalah di kalangan yang hampir dengan golongan B40. 11
Projek pilot akan dijalankan meliputi Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum dikembangkan ke seluruh negara. Tujuan perlaksanaan projek pilot ini adalah untuk menganalisa penerimaan koperasi dari segi pilihan produk dan tinjauan harga 12
serta lain-lain isu yang perlu dipastikan solusinya. Saya yakin BA100 akan memberi manfaat sosio-ekonomi kepada gerakan koperasi. Koperasi yang menyertai Projek ini akan dapat 13
menambahbaik pengurusan kedai terutamanya operasi jualan dan kawalan stok. Satu sistem telah dibangunkan dan boleh dimuat turun untuk kemudahan pengguna dan peruncit. 14
Pengurusan kedai akan dimodenkan melalui teknologi untuk menghasilkan pengurusan peruncitan kedai koperasi yang lebih efisyen dan mantap. Kemajuan koperasi-koperasi peserta akan juga dapat membuka peluang pekerjaan 15
dan peluang keusahawanan kepada anggota. Koperasi juga dapat meningkatkan prestasi jualan dan keuntungan melalui pakej-pakej promosi yang 16
sentiasa dikemas kini mengikut kesesuaian pasaran harga semasa. Latihan untuk peruncit dan anggota akan dibekalkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengurusan peruncitan. ANGKASA 17
akan memantau prestasi dan komitmen koperasi peserta melalui analisa yang dihasilkan oleh sistem yang telah dibangunkan. ANGKASA amat-amat berharap agar koperasi terutamanya 18
anggota-anggota koperasi menyokong gerakan ini dengan menjadi pelanggan setia kepada peruncit-peruncit. Sokongan padu dan kesepakatan dalam gerakan ini dapat memastikan kos barangan asas makin dapat dikurangkan. 19
Saya penuh yakin usaha ini, mampu mengurangkan kos sara hidup masyarakat, secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan koperasi tuan-tuan. Sokongan gerakan koperasi ini juga akan menjamin peningkatan pendapat 20
pembekal-pembekal koperasi yang terlibat dalam rantaian pembekalan Projek BA100. Dengan ini saya Merasmikan Majlis Pra Pelancaran dan Sidang Akhbar 21
Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100). Terima kasih. Wassalamualaikum. 22