TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB PREMIER HIGH YIELD FIXED DEPOSIT

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Terma dan Syarat OCBC SME Access

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT AKAUN JUNIOR 3-DALAM-1 HONG LEONG (DIKEMASKINI PADA 2 JANUARI 2014)

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

Layak menerima perlindungan oleh PIDM

PELUANG UNTUK MEMENANGI BAUCAR HABIB JEWELS BERNILAI SEHINGGA RM8,000 TEMPOH PROMOSI

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Terma & Syarat Kempen Bila-bila Masa, Di Mana Jua dengan affinonline

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

1. Terbuka kepada semua pendeposit individu Bank Rakyat yang baru dan sedia. 2. Warga kerja Bank Rakyat adalah tidak layak untuk menyertai kempen ini

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMA DAN SYARAT KEMPEN CUTI-CUTI BSN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Terma & Syarat Kempen Pembaharuan dan Penambahan Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD)

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Transkripsi:

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB PREMIER HIGH YIELD FIXED DEPOSIT Kempen PB Premier High Yield Fixed Deposit [ Kempen ] ini dilancarkan oleh Public Bank Berhad ( PBB ) dan Public Islamic Bank Berhad ( PIBB ). Terma dan syarat yang berikut mengawal Kempen ini yang ditawarkan kepada Peserta yang Layak, seperti yang ditakrifkan selepas ini:- 1. Kempen 1.1 Kempen ini akan berlangsung dari 15 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019 [termasuk kedua-dua tarikh ( Kempen )]. 2. Kelayakan 2.1 Kempen ini hanya terbuka kepada pelanggan Perbankan Red Carpet (RCB) baharu dan sedia ada ( Peserta yang Layak ) dan deposit/pelaburan mesti dibuat di manamana Pusat RCB ( Pusat RCB yang Mengambil Bahagian ) di cawangan PBB. 2.2 Kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak PBB, PIBB dan Public Investment Bank Berhad ( PIVB ) TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 2.3 Untuk akaun bagi pihak, Peserta yang Layak adalah ibu atau bapa/penjaga yang sah dalam akaun berkenaan dalam rekod PBB/PIBB. 2.4 Akaun bukan individu iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab, sekolah dan pertubuhan TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. 2.5 Deposit/Pelaburan yang dibuat di bawah Kempen ini tidak boleh dan dilarang untuk diuntukkan atau digunakan untuk kempen lain yang dijalankan serentak semasa Kempen, atau apa-apa lanjutan daripadanya, termasuk tetapi tidak terhad pada Kempen PowerInvest Fixed Deposit (Deposit Tetap) dan Kempen PB Golden Fortune. 2.6 Dana yang digunakan untuk peletakan Deposit Tetap PLUS ( DT PLUS ) / Deposit Bertempoh-i ( DB-i ) untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini mestilah dana baharu. Dana baharu merujuk pada dana yang bukannya daripada dana sedia ada yang disimpan dalam mana-mana akaun deposit Peserta yang Layak dengan PBB atau PIBB. [1]

2.7 Sumber dana baharu yang boleh diterima bagi peletakan di bawah DT PLUS / DBi ini adalah seperti yang berikut:- a) Tunai yang diterima daripada sumber luar; b) Prosid yang diterima daripada pendebitan suatu akaun (dengan syarat sumber dana adalah dana baharu yang didepositkan dalam akaun berkenaan); c) Prosid daripada Cek Sendiri daripada pihak ke-3; d) Prosid daripada Cek Tempatan; dan/atau e) Prosid daripada Pindahan Telegraf (TT) / GIRO Antara Bank (IBG) / RENTAS daripada bank-bank lain. 2.8 Dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas dana baharu ini dipindahkan ke PBB/PIBB dalam mana deposit disimpan, Peserta yang Layak mesti mengunjungi Pusat RCB untuk memaklumkan / membenarkan Pusat RCB untuk melaksanakan peletakan DT PLUS / DB-i tersebut. 2.9 Deposit/Pelaburan yang dibuat menggunakan cek tertakluk pada penjelasan cek dan akan hanya dianggap sebagai deposit/pelaburan oleh Peserta yang Layak selepas cek tersebut dibayar atau dijelaskan dan jika tidak dipulangkan atau adalah cek tak laku. 2.10 Kempen ini tidak sah dengan promosi produk lain yang ditawarkan serentak oleh PBB dan/atau PIBB. 3. Ciri-ciri Kempen 3.1 Produk yang Layak di bawah Kempen ini adalah seperti yang berikut:- Bil. 1 Produk yang Layak Dana Ekuiti / Berimbang / Aset Campuran Siri PB (UA) [ Dana yang Layak ] 2 Deposit Tetap PLUS ( DT PLUS )* 3 Deposit Bertempoh-i ( DB-i )* *Layak untuk perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia ( PIDM ) 3.2 Kempen ini merangkumi peletakan pelaburan dan deposit yang dibuat oleh Peserta yang Layak semasa Kempen dalam gabungan Produk yang Layak iaitu UA dan DT PLUS / DB-i (mana-mana yang berkenaan). [2]

3.3 Peserta yang Layak dikehendaki untuk membuat jumlah amaun peletakan minimum ke dalam kedua-dua UA dan DT PLUS / DB-i masing-masing pada nisbah 2 : 1 atau 5 : 1 seperti yang berikut: Amaun Peletakan Nisbah Minimum UA : DT PLUS / DB-i UA DT PLUS / DB-i RM150,000 2 : 1 RM100,000 RM50,000 RM300,000 5 : 1 RM250,000 RM50,000 TIADA peletakan maksimum di bawah Kempen ini. 3.4 Kadar faedah / keuntungan promosi yang ditawarkan di bawah Kempen ini adalah seperti yang berikut: Amaun DT PLUS / DB-i RM50,000 hingga kurang daripada RM100,000 RM100,000 hingga kurang daripada RM300,000 RM300,000 dan ke atas Kadar Faedah / Keuntungan Promosi (% setahun) Nisbah UA: DT PLUS / DB-i (2 : 1) Nisbah UA: DT PLUS / DB-i (5 : 1) 6 bulan 12 bulan 6 bulan 12 bulan 5.05 4.10 10.55 6.85 7.05 5.10 15.55 9.35 9.05 6.10 20.55 11.85 3.5 Bagi akaun bersama, pemegang akaun UA mestilah salah SEORANG pemegang akaun DT PLUS / DB-i. 4. Pelaburan UA 4.1 Pelaburan UA di bawah Kempen ini mesti mula-mula sekali dibuat sebelum peletakan DT PLUS / DB-i dibuat. Peletakan DT PLUS / DB-i mesti dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja mulai dari tarikh pelaburan UA. 4.2 Pelaburan UA dan peletakan DT PLUS / DB-i mesti dibuat di Pusat RCB yang sama. 4.3 Peletakan DB-i hanya diterima pakai bagi pelaburan dalam Dana Ekuiti / Berimbang / Aset Campuran Siri PB yang berasaskan Syariah. 4.4 Peserta yang Layak dibenarkan untuk membuat pelaburan UA dalam pelbagai Dana yang Layak pada hari yang sama di Pusat RCB yang sama dengan syarat memenuhi kehendak Kempen. [3]

4.5 Pelaburan UA yang berikut TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini:- a) Tukar ganti daripada dana beban ke dalam Dana yang Layak; b) Pelaburan yang dibuat menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); dan/atau c) Pelaburan yang dibuat melalui platform dalam talian iaitu Public Mutual Online. 4.6 Pelaburan dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) dikecualikan daripada menyertai Kempen ini. 4.7 Sekiranya Peserta yang Layak membatalkan Pelaburan UA semasa tempoh bertenang (hanya diterima pakai untuk pelaburan kali pertama), kadar faedah / keuntungan promosi akan dikembalikan kepada tempoh 6 bulan atau 12 bulan pada kadar kaunter semasa PBB/PIBB. PBB dan/atau PIBB tidak perlu memberi Peserta yang Layak notis terlebih dahulu mengenai pertukaran tersebut. bertenang bagi UA ditakrifkan seperti yang berikut:- a) selama enam (6) hari perniagaan mulai tarikh penerimaan borang permohonan dan pembayaran b) Hanya diterima pakai sekali untuk mana-mana Peserta yang Layak yang membuat pelaburan kali pertama dalam mana-mana UA dengan Public Mutual Berhad (PMB). Hak tempoh bertenang tidak diterima pakai bagi apa-apa pelaburan berikutnya dalam PMB oleh Peserta yang Layak yang sama. c) Bagi mereka yang menggunakan hak bertenangnya, mereka akan menerima bayaran balik sepenuhnya bagi pelaburan yang dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari dari penerimaan notis bertenang oleh PMB. 5. Peletakan DT PLUS / DB-i 5.1 Peserta yang Layak dibenarkan untuk membuat peletakan DT PLUS / DB-i dalam resit berganda (dalam amaun dan tempoh peletakan yang sama) dengan syarat memenuhi kehendak Kempen. 5.2 Peletakan DT PLUS / DB-i itu hanya untuk 6 bulan atau 12 bulan sahaja. Kadar faedah/keuntungan promosi diterima pakai untuk satu (1) pusingan sahaja. Apabila matang, peletakan DT PLUS / DB-i itu akan diperbaharui secara automatik bagi tempoh 6 bulan atau 12 bulan pada kadar kaunter semasa PBB/PIBB dengan faedah DT PLUS / keuntungan DB-i (mana-mana yang berkenaan) ditambah kepada amaun pokok atau dikreditkan ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan Konvensional / Islamik (CASA / CASA-i) yang ditetapkan milik Peserta yang Layak. 5.3 Faedah atau keuntungan (mana-mana yang berkenaan) dikira berdasarkan bilangan hari sebenar. 5.4 Kadar faedah / keuntungan promosi ini ditetapkan berdasarkan penyertaan / peletakan. [4]

5.5 Apabila matang, faedah DT PLUS / keuntungan DB-i (mana-mana yang berkenaan) akan ditambah kepada amaun pokok atau dikreditkan ke dalam CASA / CASA-i milik Peserta yang Layak menurut peraturan pengendalian biasa PBB / PIBB bagi pengkreditan faedah DT PLUS / keuntungan DB-i ke dalam CASA / CASA-i. 5.6 Peletakan deposit di bawah Kempen ini yang dikeluarkan sebelum matang, sebahagiannya atau sepenuhnya, semasa tempoh masa berkenaan, tidak layak untuk mendapat apa-apa juga faedah / keuntungan (mana-mana yang berkenaan). Syarat di atas akan terus diterima pakai apabila peletakan DT PLUS / DB-i itu diperbaharui. 5.7 Pengeluaran sebahagian peletakan dalam DT PLUS / DB-i tidak dibenarkan. 5.8 Sekiranya berlaku perubahan pada Kadar Dasar Semalaman (OPR), kadar faedah / keuntungan promosi akan disemak. 5.9 Semua arahan bagi pengeluaran peletakan DT PLUS / DB-i mesti dibuat dengan memberi arahan bertulis yang jelas dan tepat dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh penandatangan yang dibenarkan bagi akaun tersebut berkaitan dengan pengeluaran dan pelupusan peletakan berkenaan. PBB dan PIBB berhak untuk menolak /mengelak daripada melaksanakan arahan tersebut sekiranya tandatangan pada dokumen seumpama itu, pada pandangan PBB atau PIBB berbeza daripada tandatangan contoh yang diberi. Semua pindaan dalam arahan tersebut hendaklah disahkan dengan tandatangan seperti mana tandatangan contoh. 5.10 Apa-apa peletakan yang dibuat dalam Produk yang Layak di bawah Kempen ini tidak dibenarkan untuk dicagarkan untuk apa-apa overdraf / kemudahan tunai-i / kemudahan atau pembiayaan lain. 6. Hak PBB dan/atau PIBB 6.1 Tanpa prejudis terhadap peruntukan dalam Perkara 5.8 di atas dan melainkan bagi kadar faedah / keuntungan promosi DT PLUS / DB-i yang dinyatakan dalam Perkara 3.4 di atas yang ditetapkan semasa penyertaan / peletakan tersebut, PBB dan/atau PIBB boleh meminda, memotong dan/atau membuat penambahan pada mana-mana Terma dan Syarat dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar melalui laman web PBB dan/atau PIBB atau apa-apa kaedah komunikasi lain yang diluluskan dan pindaan, pemotongan atau penambahan sedemikian hendaklah berkuat kuasa pada tarikh sebagaimana yang akan ditetapkan oleh PBB dan/atau PIBB. Dengan terus mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk terikat dengan pindaan, pemotongan atau penambahan Terma dan Syarat seumpama itu seperti yang dinyatakan di atas. [5]

7. Lain-lain 7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta yang Layak:- a) bersetuju bahawa terma dan syarat ini akan diguna pakai bersama-sama dengan Peraturan-peraturan yang mengawal pembukaan dan pengendalian Produk yang Layak dengan PBB dan/atau PIBB, yang sesalinannya telah diberikan kepada Peserta yang Layak. Sekiranya terdapat konflik atau percanggahan antara terma dan syarat ini dengan Peraturan-peraturan yang mengawal pembukaan dan pengendalian Produk yang Layak tersebut, terma dan syarat ini akan diberi keutamaan dan didahulukan; b) bersetuju dan membenarkan maklumat berkenaan dengan Produk yang Layak itu untuk diproses, dikumpul, digunakan dan disimpan oleh PBB dan/atau PIBB bagi tujuan Kempen ini; dan c) bersetuju bahawa keputusan PBB dan/atau PIBB adalah muktamad. 7.2 Untuk membaca Notis Kerahsiaan PBB atau PIBB mengenai bagaimana PBB atau PIBB menggunakan maklumat anda atau sekiranya anda ingin mendapat berita mengenai produk dan perkhidmatan PBB atau PIBB termasuk tawaran promosi dan bahan pemasaran PBB dan/atau PIBB, sila layari www.pbebank.com atau www.publicislamicbank.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan PBB atau PIBB. ********************************************************************* Ruang Selebihnya pada Muka Surat ini Sengaja Dibiarkan Kosong ********************************************************************* [6]