AL-KAFI #1187: MEWAKAFKAN HARTA KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

dokumen-dokumen yang mirip
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Hak Cipta Terpelihara :

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Dosa Memutuskan Hubungan Kekeluargaan

Selain itu hukum wajib atas Khutbah Jum'at, dikarenakan Nabi tidak pernah meninggalkannya. Hal ini termasuk dalam keumuman hadits:

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

: : :

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Puasa Sunah Asyura: Waktu dan Keutamaannya

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

E٤٢ J٣٣ W F : :

Jangan Taati Ulama Dalam Hal Dosa dan Maksiat

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 13 Tahun 2011 Tentang HUKUM ZAKAT ATAS HARTA HARAM

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Berbakti Sepanjang Masa Kepada Kedua Orang Tua

HALAL, HARAM & SYUBHAT

10 Amalan Yang Pahalanya Terus Mengalir

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

Dusta, Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

Salah Faham Terhadap Hadith

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Macam-Macam Dosa dan Maksiat

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Waris Tanpa Anak. WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006)

Tiga Yang Diridhai Allah dan Tiga Yang Dia Benci

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

Malam Nisfu Syaaban.

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Bukti Cinta Kepada Nabi

Kultum Ramadhan: Menjalin Cinta Abadi Dalam Rumah Tangga

Kecemburuan Seorang Suami Kepada Istri

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Maksudnya : Surah al-isra : 82

Oleh: Hafidz Abdurrahman, Lajnah Tsaqafiyah DPP HTI

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Mari Berbuat Kebajikan

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Al-Wadud Yang Maha Mencintai Hamba-Hamba-Nya Yang Shaleh

Tegakkan Shalat Dengan Berjamaah

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

Perjalanan Meraih Ridha Ar-Rahman

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

Peperangan Antara Sahabat-Sahabat Nabi: Suatu Penilaian

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Seribu Satu Sebab Kematian Manusia

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

E٧٠ J٦٥ W F : :

: : :

Diantara perintah Allah Azza wa Jalla kepada kita adalah perintah agar kita mengikuti Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam.

Umrah dan Haji Sebagai Penebus Dosa


1 Copyright 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy

Kematian Lebih Baik Bagi Seorang Mukmin

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

: :

KHILAFAH DAN KESATUAN UMAT

*** Bahaya Vonis Kafir

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

PMI. Ketika Kita Sakit. Pemuda Mencari Iman. Kultum. Rachmad Chandra Wardana

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

MACAM-MACAM MAHRAM 1. MAHRAM KARENA NASAB Allah berfirman:

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Tafsir Surat Al-Kautsar

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Surat Untuk Kaum Muslimin

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Fadhilat Berbaik Sangka

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H


Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam (Ali Imran: 19)

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Kitab Tentang Sumpah (Qosamah), Kelompok Penyamun, Kisas Dan Diyat 1. Qasamah (sumpah)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

Transkripsi:

AL-KAFI #1187: MEWAKAFKAN HARTA KEPADA ORANG BUKAN ISLAM SOALAN Saya mempunyai kawan baik yang tidak beragama Islam. Bolehkah saya ingin mewakafkan sebahagian harta saya kepada kawan saya itu sebagai tanda terima kasih kerana dia banyak membantu saya selama ini? Mohon penjelasan Tuan Mufti. JAWAPAN Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat. Amalan mewakafkan harta merupakan satu amalan mulia yang sangat digalakkan dalam Islam. Wakaf termasuk salah satu daripada bentuk sedekah jariah yang berkekalan ganjarannya walaupun selepas kematian seseorang itu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:???????????????????????????????????????????????????????????:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah amalan daripadanya melainkan 1 / 5

tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya. Riwayat Muslim (1631) Wakaf dari segi bahasa bermaksud????? iaitu menahan. Dari segi istilah syara, wakaf bermaksud menahan sesuatu harta yang tidak berkurang fizikalnya serta boleh digunakan dan diambil manfaat darinya dengan cara menyerahkan hak miliknya kepada seorang pengguna yang wujud dan harus menggunakannya. Rujuk Mughni al-muhtaj (2/376). Kami sudah menjawab persoalan mengenai hukum menerima wakaf daripada orang bukan Islam dalam al-kafi li al-fatawi edisi ke-837[1], adapun mengenai persoalan yang diajukan, iaitu hukum orang Islam mewakafkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang bukan Islam, kami akan menjawabnya secara ringkas pada edisi kali ini. Ulama bersepakat bahawa diharuskan untuk orang Islam mewakafkan harta mereka kepada orang bukan Islam. Mereka mengharuskannya dengan beberapa syarat, iaitu: Orang bukan Islam tersebut bukan terdiri daripada mereka yang menentang dan memerangi Islam Orang bukan Islam tersebut itu bukan merupakan seorang yang telah murtad daripada Islam Tidak mewakafkan mushaf al-qur an dan yang seumpama dengannya seperti buku-buku agama kepada orang bukan Islam Tidak mewakafkan sesuatu kepada orang bukan Islam yang secara jelas boleh membawa kepada perbuatan maksiat atau perkara yang dilarang dalam Islam seperti mewakafkan harta kepada penjaga kuil atau gereja untuk mereka gunakan bagi memberikan perkhidmatan di kuil atau gereja tersebut Tidak mewakafkan harta kepada orang bukan Islam jika terdapat ahli keluarga yang miskin dan lebih memerlukan bantuan daripadanya Rujuk Mughni al-muhtaj (3/528-531), Tuhfah al-muhtaj (6/244), Fath al-qadir (3/325), Syarh Mukhtasar al-khalil (7/80), al-mughni (5/377) Dalil keharusan mewakafkan harta kepada orang bukan Islam adalah bersandarkan kepada al- Qur an, hadith Nabi SAW dan athar sahabat, antaranya ialah: 1. Al-Qur an?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? 2 / 5

??????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil Surah al-mumtahanah: 8 Sebahagian ahli tafsir meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan kepada Asma binti Abu Bakar RA yang datang bertemu Nabi SAW dan bertanya adakah dia boleh berbuat baik terhadap ibunya yang datang kepadanya dalam keadaan masih lagi belum memeluk agama Islam. Ibu Asma tersebut adalah Qutailah dan telah diceraikan oleh Abu Bakar RA ketika zaman Jahiliyyah. Rujuk al-jami li Ahkam al-qur an, Tafsir al-qurtubi (18/59). Telah berkata Sheikh Abdur Rahman as-sa adi Rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik, menyambung silaturrahim, memberi ganjaran dan berlaku adil kepada orang yang bukan Islam, sama ada ahli keluarga kamu ataupun tidak, selagi mana mereka tidak memerangi agama kamu dan tidak menghalau kamu dari negerimu" Rujuk Taisir al-karim ar-rahman fi Tafsir Kalam al-manan (hlm. 856). 2. Hadith Nabi SAW:???????????????????????????????????????????:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????:????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????:???????????????????????????????????????????????:?????????????????????????? Maksudnya: Sessungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika mana seorang lelaki dalam perjalanan, ia merasa sangat haus. Maka dia masuk ke dalam sebuah telaga, lalu minum air dari telaga tersebut. Kemudian dia keluar dari telaga tersebut dan melihat seekor anjing yang 3 / 5

menjulurkan lidahnya serta menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Lelaki itu pun berkata: Anjing ini sedang merasai apa yang telah aku rasai. Lalu dia turun kembali ke dalam telaga tersebut dan memenuhkan sepatunya dengan air, membawanya ke atas dengan menggigit sepatu itu, dan seterusnya memberikan anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, jika kami mengasihi binatang, adakah kami memperolehi pahala? Baginda SAW bersabda: "Pada setiap jiwa yang bernyawa terdapat padanya pahala. Riwayat al-bukhari (2363) dan Muslim (2244) Al-Hafiz Ibn Hajar al- Asqalani Rahimahullah telah berkata: Daripada hadith ini terdapat padanya galakan untuk berbuat baik antara sesama manusia. Ini kerana jika seseorang itu memperoleh keampunan disebabkan memberi minum kepada anjing, maka memberi minum kepada orang Islam lebih besar ganjarannya dan ia menjadi dalil bahawa harus memberi sedekah kepada orang Musyrik (orang bukan Islam) Rujuk Fath al-bari Syarh Sahih al-bukhari (5/42) 3. Athar Sahabat: Imam ad-darimi, al-baihaqi dan ibn Abi Syaibah Rahimahumullah meriwayatkan dengan lafaz yang hampir sama bahawa isteri Nabi SAW, Sofiyyah binti Huyay RA pernah mewakafkan sebahagian hartanya kepada saudara lelakinya yang tidak beragama Islam (Yahudi). Rujuk Sunan ad-darimi (2/517), Sunan a- Kubra (6/281), Musannaf ibn Abi Syaibah (6/212) Ulama juga bersepakat bahawa orang Islam tidak boleh dan tidak sah mewakafkan harta mereka kepada orang bukan Islam jika orang bukan Islam tersebut terdiri daripada golongan yang kuat menentang dan memerangi Islam atau merupakan seorang yang telah murtad daripada Islam. Rujuk Mughni Muhtaj (3/529), Tuhfah al-muhtaj (6/244), Syarh Mukhtasar Khalil (7/81), Hasyiyah Ibn Abidin (4/342), Kasyaf al-qina (4/247). Para ulama memberikan beberapa hujah di atas perkara ini, antaranya ialah: 1. Keumuman makna ayat al-qur an dalam surah al-mumtahanah, ayat ke-9:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT melarang kamu menjadikan mereka yang memerangi 4 / 5

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari negerimu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu sebagai teman rapat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapat, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim Surah al-mumtahanah: 9 2. Salah satu daripada syarat waqaf adalah tidak mewaqafkan harta dalam perkara-perkara maksiat. Mewakafkan harta kepada mereka yang menentang Islam atau keluar daripada Islam akan membawa kepada maksiat kerana akan menyebabkan mereka kekal dalam kekufuran dan juga membantu mereka secara tidak lansung untuk menyerang Islam 3. Wakaf adalah salah satu bentuk sedekah jariah, sedangkan golongan yang menentang Islam dan keluar daripada Islam adalah golongan-golongan yang diperintahkan oleh syara untuk diperangi. Maka, tidak boleh memberikan apa-apa bentuk sedekah kepada mereka. 4. Pemberian wakaf kepada dua golongan ini adalah bertentangan dengan kemuliaan Islam yang perlu dipelihara. Kesimpulan Harus bagi orang Islam mewakafkan sebahagian daripada harta mereka kepada orang bukan Islam jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama. Namun begitu, kami berpandangan adalah lebih utama untuk mewakafkan harta bagi kepentingan umat Islam secara khusus. Jika terdapat keperluan mewakafkan harta yang boleh dimanfaatkan oleh semua tanpa mengira agama seperti mewakafkan tempat untuk proses pembelajaran, mewakafkan mesin hemodialisis, penapis air, tempat berteduh dan lain-lain, maka ia merupakan suatu yang baik untuk dilakukan. Semoga pahala daripada amal kebajikan yang dilaksanakan berpanjangan dan terus mengalir tanpa henti. Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin. [1] http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2651-al-kafi-837-hukum-menerima-wakafdaripada-non-muslim?highlight=wyj3ywthziisiid3ywthzijd Source: Al-KAFILI AL-FATAWI 5 / 5