PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN PMM KE-12 (29 JUN 2013) DEWAN PLATINUM, POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA Dikemaskini pada : 19 APRIL 2013
1 AHLI JAWATANKUASA PENYEDIAAN PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN PMM KE-12 PENAUNG En. Mohd Yuhaizad Bin Yusoff (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik) PENASIHAT En. Zainol Bin Othman (Ketua Jawatankuasa Pendaftaran Graduan) EDITOR Pn. Fauziah Binti Aliman (Jawatankuasa Pendaftaran Graduan) URUSETIA Pn. Fidah Binti Taslim (Jawatankuasa Pendaftaran Graduan)
2 ISI KANDUNGAN MUKASURAT A. Senarai Semak Pendaftaran Graduan Konvokesyen ke-12 3 B. Panduan Dan Peraturan 4-6 C. Lampiran 1 : CARTA ALIR PROSES E-GRADUAN 1L5G 7
3 A. Senarai Semak Pendaftaran Graduan Konvokesyen ke-12 BIL. PERKARA TANDAKAN (/) 1. Membuat bayaran Konvokesyen Ke-12 di Maybank ; No. Akaun : 5540 5350 2490 Nama Akaun (Semasa) : Tabung Konvokesyen & Alumni Politeknik Merlimau Hadir RM 230.00 Pos RM 100.00 Ambil Sendiri/Wakil * RM 90.00 2. Melengkapkan dan menghantar Borang Jawapan Konvokesyen Ke-12 melalui cara berikut : Pos (u.p : Unit Latihan & Pendikan Lanjutan) atau Email kepada graduan@pmm.edu.my Borang Jawapan mesti sampai sebelum 7 JUN 2013. 3. Menyemak sidang majlis konvokesyen saudara/i (ada dua sidang). Nama bagi setiap sidang akan dimuatnaik di www.pmm.edu.my selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh konvokesyen. 4. Mendaftar dan menghadiri raptai pada 28 Jun 2013, 8.30 pagi di jabatan masing-masing. Sila bawa salinan slip bayaran Konvokesyen Ke-12 yang asli untuk pengesahan. 5. Mematuhi Jadual Pengambilan dan Pemulangan Jubah. Sila bawa item berikut ketika mengambil jubah : i. Slip Pengesanan Kajian Graduan (Slip E-GRADUAN 1L5G). ii. Borang Pendaftaran Keahlian Alumni 6. Mematuhi Panduan dan Peraturan Majlis Konvokesyen
4 B. Panduan Dan Peraturan Para graduan yang ingin menghadiri majlis ini hendaklah mematuhi perkara berikut:- 1. Menyempurnakan Borang Jawapan Konvokesyen dan mengembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan bersama salinan fotostat slip Maybank sebagai bukti bayaran. 2. Mendaftar dan menghadiri raptai pada 28 Jun 2013, 8.30 pagi di jabatan masing-masing. Kegagalan menghadiri raptai boleh menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan mengikuti majlis konvokesyen. 3. Menyerahkan item berikut semasa mengambil jubah (jika tidak mematuhinya, JUBAH TIDAK akan diberi) : a) Slip Pengesanan Kajian Graduan (Slip E-GRADUAN 1L5G). Sila rujuk Lampiran 1 untuk Carta Alir Proses E-Graduan 1L5G. b) Borang Pendaftaran Keahlian Alumni 4. Satu program High-tea Alumni akan diadakan sejurus selepas majlis raptai di Dewan Platinum. 5. Berpakaian dan rupa diri yang sopan seperti berikut:- i. Graduan lelaki a) Rambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan. Jika tidak mematuhinya, JUBAH TIDAK akan diberi. b) Pakaian - pakaian kebangsaan lengkap bersampin serba hitam dan songkok hitam atau kemeja putih berlengan panjang dan berkot hitam, tali leher berwarna gelap serta seluar slack hitam.
5 c) Kasut dan stokin warna hitam (kasut sukan & sandal tidak dibenarkan) ii. Graduan perempuan a) Pakaian sepasang baju kurung warna bebas dan (tudung putih disediakan) atau blouse warna putih dan skirt labuh, plain dan warna gelap. a) Kasut - bertutup dan berwarna gelap (kasut sukan / platform / sandal tidak dibenarkan) iii. Pengiring (Ibu/Bapa/Pengiring yang masuk dewan) hendaklah membawa Pas Masuk dewan dan berpakaian sesuai untuk majlis rasmi. a) Lelaki (baju batik / kemeja) berlengan panjang. b) Perempuan baju kebangsaan yang sopan dan tidak jarang. Peringatan:- Pakaian kurang sopan seperti jarang, ketat, mendedahkan dan yang tidak sesuai untuk majlis rasmi adalah tidak dibenarkan. Graduan juga hendaklah berpakaian yang sesuai (seperti untuk kuliah) sewaktu majlis raptai. 6. Memakai jubah (hijau kebiruan) yang disediakan oleh pihak Politeknik seperti yang diarahkan.
6 PERHATIAN: 1. Ibu/bapa/pengiring yang membawa Pas Masuk dewan hendaklah memasuki dewan pada 7.45-8.10 pagi bagi sesi pagi atau 2.00 2.20 petang bagi sesi petang. 2. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dilarang memasuki dewan. 3. Hadirin tidak dibenarkan keluar/masuk dari dewan setelah majlis dimulakan. 4. Hadirin tidak dibenarkan mengambil gambar ketika majlis berjalan (jurugambar profesional disediakan). 5. Hadirin dilarang merokok di dalam dewan. 6. Hadirin hendaklah mematikan telefon bimbit semasa berada di dalam dewan. 7. Hadirin dilarang sama sekali berbual-bual atau membuat bising semasa majlis sedang berjalan. 8. Diploma/Sijil hanya akan diserahkan selepas pengesahan pemulangan jubah dibuat. Kegagalan mengembalikan jubah akan mengakibatkan penahanan Diploma/Sijil anda. Anda akan diminta membayar sepenuhnya kos jubah sekiranya berlaku kehilangan.
7 Lampiran 1 : CARTA ALIR PROSES E-GRADUAN 1L5G MULA Log in http://www.1l5g.com Klik Log Masuk Graduan Kemaskini Maklumat Klik Simpan Cetak TAMAT * WAJIB Sila bawa slip yang telah dicetak semasa mengambil jubah.