TAKRIF PROGRAM KURSUS TRAINED NEPALESE GUARD (TNG). Semua peserta kursus adalah tertakluk kepada arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). 1. Lapor diri (1.1) Peserta kursus wajib beruniform lengkap semasa melapor diri. (1.2) Lapor diri bermula jam 07.30 pagi hingga jam 09.00 pagi. Peserta kursus dikehendaki melapor diri mengikut masa yang ditetapkan. * (1.3) Semasa lapor diri peserta kursus,hendaklah berambut pendek potongan no 2.* 2. Taklimat kursus (2.1) Taklimat kursus oleh pegawai penyelaras/urusetia akan diadakan pada hari lapor diri. Tempat taklimat akan dimaklumkan oleh pusat latihan.* (2.2) Pakaian semasa taklimat ialah pakaian baju kameja-t beserta cap (dibekalkan oleh pikm). Kehadiran adalah diwajibkan. 3. Pakaian semasa kursus (3.1) Pakaian semasa kuliah pakaian seragam baju kameja-t beserta cap (dibekalkan oleh pikm) serta kasut sukan. (3.2) Pakaian kuliah malam / dewan makan pakaian harian kursus. (3.3) Pakaian perbarisan tamat latihan pakaian seragam baju putih dan seluar hitam (seperti senarai yang dibekalkan syarikat). 4. Penginapan / kelengkapan peribadi (4.1) Peserta akan ditempatkan di asrama yang disediakan. (4.2) Peserta kursus dikehendaki membawa kelengkapan peribadi masing-masing (tuala mandi/berus & ubat gigi) termasuk pakaian yang mencukupi dan mengikut keperluan selama dua hari. (4.3) Peserta akan dibekalkan sehelai cadar / sarung bantal.
5. Pengangkutan / kenderaan (5.1) Pengangkutan pergi dan balik diuruskan oleh syarikat masing-masing. Peserta kursus tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri.* 6. Lain lain arahan: Peserta kursus dikehendaki membawa dan mengikuti serta mematuhi peraturan berikut. (6.1) Peserta kursus hendaklah berpakaian kemas dan mengikut peraturan ditetapkan sepanjang kursus. (6.2) Peserta kursus yang menghidap penyakit serius hendaklah membawa surat pengesahan daripada pegawai perubatan dan bekalan ubatan yang mencukupi serta maklumkan kepada urusetia di pusat latihan (6.3) Peserta kursus tidak dibenarkan bercuti kecuali atas sebab cuti sakit /kebajikan atau kecemasan. * (6.4) Sebarang senjatapi / pisau lipat dan peralatan tajam DILARANG sama sekali dibawa bersama. (6.5) Peralatan elektrik seperti pemanas air (heater jug) / penggosok baju tidak dibenarkan bawa. (6.6) Peserta dibenarkan membawa telefon bimbit dan tidak dibenarkan menggunakannya semasa sesi latihan kursus (kelas serta aktiviti luar) berlangsung.* (6.7) Peserta dikehendaki mengistiharkan ubat-ubatan dan barangan yang dibawa kepada urusetia di pusat latihan. (6.8) Lawatan ahli keluarga atau tetamu tidak dibenarkan sepanjang kursus berjalan. (6.8) Peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan latihan sepanjang kursus dijalankan. (6.9) Peserta kursus adalah tertakluk dan dikehendaki mematuhi semua peraturan dan disiplin yang ditetapkan di PIKM sepanjang mengikuti kursus. 7. PESERTA KURSUS PERLU MEMASTIKAN TEMPOH JAM KREDIT KURSUS CSG MENCUKUPI (16 JAM UNTUK KELAS DAN AKTIVITI LUAR.) UNTUK MELAYAKKAN PENERIMAAN SIJIL TAMAT LATIHAN. (7.1) Kegagalan peserta mengikuti arahan-arahan diatas dan mematuhi larangan mungkin akan menyebabkan peserta kursus ditamatkan latihan serta-merta.
KELAYAKAN PESERTA Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun. Miliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah. Sekurang kurangnya 2 bulan sebelum tamat. Rekod Fomema atau Laporan Perubatan yang Disahkan Sihat Cergas oleh Doktor perubatan.(rekod kesihatan terkini). Tiada Rekod Penyakit Mental, Sawan dan penyakit kritikal. (Pengesahan doktor) Pengawal yang berdisiplin dan mempunyai rekod perkhidmatan baik. Sihat tubuh badan dan sempurna sifat.
KELENGKAPAN SERAGAM YANG DIBEKALKAN OLEH PIKM. BIL BUTIRAN KUANTITI 1. T Shirt Polo TNG 1 Pasang 2. Seluar T - Bottom 1 Pasang 3. Topi Baseball Satu 4. Buku Nota Latihan Satu 5. Pen Satu 6. ID card TNG Satu 7. Sijil Tamat Latihan Satu Nota ; Kelengkapan berikut tertakluk kepada perubahan dan keperluan dari masa ke masa.
KELENGKAPAN YANG DIBEKALKAN OLEH SYARIKAT. (WAJIB) BIL BUTIRAN KUANTITI 1 Uniform Lengkap (Putih) dan seluar hitam. Sepasang 3 Kasut Potong Hitam Sepasang 4 Kasut sukan Sepasang 5 Sarung tangan putih Sepasang 6 Lanyard Merah Satu 7 Wisel perak Satu 8 Tali Pinggan Hitam Satu 9 Epaulette Hitam Sepasang CONTOH KELENGKAPAN YANG DIBEKALKAN OLEH SYARIKAT
LAPOR DIRI PESERTA DI PUSAT LATIHAN SESI LAPOR DIRI PESERTA ( 7.30 9.00 PAGI ) PIKM KAUNTER 1 PENDAFTARAN SYARIKAT KAUNTER 2 PENDAFTARAN PESERTA KAUNTER 3 PHOTO SHOT ID CARD KAUNTER 3 PAKAIAN & ALATAN KAUNTER 5 PENDAFTARAN ASRAMA KELAS BERMULA