TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN DAN MENANDATANGANI MOU PROGRAM TAKLIMAT PHARMA WELLNESS ANGKASA 1
13 APRIL 2019 (SABTU) 8.30 MALAM HOTEL SERI MALAYSIA, GENTING HIGHLANDS, PAHANG Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamulaikum WBT dan Salam Sejahtera 2
Terima Kasih Pengacara Majlis 1. YBhg. Datuk Mohamad Ali Hasan Naib Presiden merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA 3
2. YBhg. Tuan Haji Amrahi Buang Presiden Persatuan Farmasi Malaysia merangkap Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA 4
3. YBhg. Dato Syed Ali Syed Mohammad Pengerusi Pahang Zon 3 4. Encik Abdul Aziz Jamaludin Pengerusi Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad 5
5. Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. 1. Pertama sekali saya bagi pihak ANGKASA mengucapkan rasa syukur kepada ALLAH S.W.T. di atas limpah dan kurnianya, kita semua dapat berkumpul pada hari ini 6
bagi menyempurnakan Program Taklimat Projek Pharma Wellness bersama Koperasi-Koperasi Farmasi Muslim Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang diadakan selama 3 hari dan 2 malam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. 7
2. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para hadirin kerana sudi hadir ke program ini. 3. Untuk makluman, Projek Perniagaan Pharma Wellness ANGKASA ini adalah projek 8
kerjasama antara ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad (KOPFAM) yang merupakan pilot projek sebelum dipanjangkan ke negeri-negeri lain. Projek ini juga adalah di bawah kelolaan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA. Untuk makluman juga, 9
Koperasi ini dianggotai oleh Pemilik-pemilik Farmasi, Ahli-Ahli Farmasi dan juga Ahli-Ahli Akademik Farmasi di seluruh Negeri Pahang. Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Para Hadirin yang dihormati sekalian, 10
4. ANGKASA selaku badan APEX dalam gerakan Koperasi di Malaysia, akan sentiasa memberi perhatian dan sokongan kepada gerakan koperasi bukan sahaja untuk memastikan koperasi dapat bergerak dengan baik, malah ANGKASA juga turut memberikan penekanan kepada peluang- 11
peluang perniagaan dan pelaburan seperti ini yang dapat memberi manfaat kepada koperasi. 5. Industri kesihatan adalah salah satu industri yang dapat memberikan pulangan yang 12
lumayan jika dapat dijalankan dengan cara yang betul. Bidang Farmaseutikal domestik telah dikenal pasti sebagai industri yang berpotensi dalam pelan pembangunan ekonomi baharu negara. Nilai pasarannya merangkumi RM7.5 bilion sehingga suku tahun ke-3 2018. 13
6. Dasar kerajaan telah menetapkan bahawa keperluan ubat-ubatan berkualiti haruslah berpatutan untuk semua rakyat. Kosnya tidak boleh menjadi penghalang bagi memastikan ubat-ubatan mudah diperoleh oleh setiap penduduk negara ini. 14
Sehubungan itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk mewujudkan persaingan sihat secara adil, telus dan mapan bagi tujuan kos rawatan berkesan. 7. Kelompongan dasar harga telah mengakibatkan pihak pengilang, pengedar dan peruncit 15
menetapkan harga sewenangwenangnya. Kewujudan pembekal tunggal telah menyebabkan berlaku dominasi dan monopoli pasaran sektor itu sekali gus menyebabkan harga menjadi tidak kompetitif. Hak eksklusif diberikan kepada pihak- 16
pihak tertentu untuk menaikkan harga sehingga wujud jurang perbezaan melampau antara sektor awam dan swasta. Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 ketika ini hanya melibatkan komoditi-komoditi tertentu. 17
8. Inilah antara peranan yang akan dimainkan oleh farmasifarmasi komuniti dimana sebanyak 39 outlet Farmasi di Pahang bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini, mereka ini terdiri daripada Anggota Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad. 18
Terdapat 3 lagi Koperasi Farmasi Negeri di negara ini iaitu Koperasi Farmasi Komuniti Kelantan Berhad, Koperasi Farmasi Muslim Selangor Berhad dan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad. 9. Dalam masa terdekat, akan muncul lagi 1 Koperasi Farmasi di 19
kawasan Utara yang akan mengumpulkan 100 outlet Farmasi di mana ANGKASA akan membantu untuk menubuhkan Koperasi dan seterusnya akan memberikan galakan untuk menyertai projek Pharma Wellness ANGKASA ini. Jika digabungkan 20
kesemuanya, bilangan outlet Farmasi yang bernaung di bawah Koperasi mencecah 300 outlet dan ini merupakan antara Jaringan Farmasi yang terbesar di Malaysia. Dato-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Para Hadirin yang dihormati sekalian, 21
10. Premis Farmasi dengan jenama CoopFarmasi akan di bangunkan oleh PHARMA WELLNESS ANGKASA ini akan menjadi jenama farmasi koperasi pertama di Malaysia dan akan menjadi pemangkin kepada Gerakan koperasi di Malaysia kerana buat masa ini tidak banyak 22
koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan Farmasi dan dalam masa yang sama dengan kewujudan Premis Farmasi dengan jenama CoopFarmasi yang telah dipatenkan oleh ANGKASA akan menjadi 1 penanda aras terbaru di dalam gerakan Koperasi di 23
Malaysia. Seterusnya koperasikoperasi di luar akan ditawarkan untuk membangunkan Premis CoopFarmasi dengan cara dan konsep yang sama di seluruh Malaysia. Selain dari itu dengan adanya projek Hub-Pembelian berpusat Pharma Wellness yang 24
akan dibangunkan, maka outletoutlet ni dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping dapat mendapatkan stok produk dengan harga yang kompetitif. 11. Kewujudan projek ini juga dapat menghapuskan eksploitasi dan 25
penindasan yang dilakukan oleh orang tengah terhadap pengusaha-pengusaha Farmasi yang juga adalah anggota Koperasi. 12. Impak kepada gerakan koperasi di Malaysia adalah sangat besar, 26
ketika ini masih tidak banyak koperasi yg menceburkan diri dalam bidang kesihatan khususnya di dalam bidang Farmasi. ANGKASA melalui Syarikat Pharma Wellness ini akan bertindak sebagai pelopor perkidmatan Farmasi dan pembekalan produk-produk 27
Farmaseutikal dan kesihatan yang berpotensi pada masa hadapan. 13. Dengan wujudnya Pharma Wellness ini juga ianya memberikan peluang kepada koperasi-koperasi yang berminat untuk membuka perniagaan Farmasi, tetapi tidak 28
mempunyai kepakaran. Maka PHARMA WELLNESS ini akan membantu dari awal hingga Farmasi ini beroperasi dan akan dipantau setiap masa. 14. Manakala impak kepada masyarakat pula Projek ini dapat memenuhi permintaan masyarakat 29
terhadap ubat-ubatan di setiap pelusuk tempat dengan harga yang berpatutan selain dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan diri dan kesihatan disamping Meningkatkan jenama CoopFarmasi kepada 30
masyarakat iaitu Gerakan Koperasi kini mempunyai 1 jaringan Farmasi yang terbesar di negara. 15. Dari sudut sosial pula kewujudan Projek Hub Pembelian Berpusat Pharma wellness memberi peluang pekerjaan kepada graduan lepasan Universiti atau Kolej. Di 31
dalam sesebuah premis Farmasi, 4 6 orang kakitangan diperlukan untuk beroperasi sepenuhnya dan ianya bergantung juga kepada saiz keluasan Farmasi tersebut. 32
Dato-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Para Hadirin yang dihormati sekalian, 16. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan menyeru kepada semua Koperasi untuk saling bekerjasama dan 33
menyokong aktiviti serta perkhidmatan diantara Koperasi. 17. AKHIR KATA SAYA DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM SAYA MERASMIKAN PROGRAM TAKLIMAT PROJEK PHARMA WELLNESS BERSAMA KOPERASI- 34
KOPERASI FARMASI MUSLIM PAHANG, SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN. SEKIAN, ASSALAMMUALAIKUM WBT DAN TERIMA KASIH. 35