TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-13 1
PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (PAUUM) TAHUN 2018 13 APRIL 2019 (SABTU) 9.30 PAGI EDC HOTEL, KL 2
Bismillahirrahmaanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima Kasih Pengacara Majlis {SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA MAJLIS} 3
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian ASSALAMUALAIKUM W.B.T 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat 4
Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat kita bersamasama pada pagi yang mulia ini dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (PAUUM) tahun 2018. 5
2. Sebelum saya meneruskan ucapan, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga PAUUM kerana menjemput saya Merasmikan Mesyuarat Agung ini berserta kehadiran tuan/puan dalam Majlis yang berbahagia ini. 6
Hadirin yang dihormati sekalian 3. Alumni (siswazah atau lepasan sesebuah institusi pembelajaran Kamus Dewan Edisi Keempat). Jadi, Alumni mempunyai tanggungjawab terhadap institusi yang telah dihadiri kerana 7
membawa nama institusi tersebut. 4. Setiap graduan adalah alumni kepada universiti (alma mater) masing-masing. Alumni perlu menjadi sebuah keluarga yang kuat agar bermanfaat kepada kelestarian universiti. 8
5. Alumni yang kuat berupaya membantu universiti mereka dari segi kepakaran, khidmat nasihat, kewangan, membuka ruang kerjasama universiti dan lain-lain. 6. Keakraban alumni membantu meningkatkan kebajikan sesama 9
alumni. Jika berlaku musibah atau bencana, alumni antara yang terawal menghulur sumbangan dan bantuan. Hadirin yang dihormati sekalian, 7. Jika dilihat, tiada beza antara 10
alumni dengan koperasi yang mana dianggotai oleh sebilangan individu yang mempunyai kepentingan yang sama untuk menjaga kebajikan sesama ahli/anggota/masyarakat. 8. Justeru, dengan keahlian 11
PAUUM berdaftar yang melebihi 69,000 (sehingga September 2013), orang sejak 16 Jun 1992, wajar untuk PAUUM menubuhkan koperasi sendiri. 9. PAUUM mempunyai produk sendiri seperti t-shirt, tali leher, 12
keychain dan sticker. Antara aktiviti dijalankan bakti siswa, ibadah korban, berbuka puasa dengan anak-anak yatim, riadah berbasikal dan banyak lagi. 10. PAUUM boleh menjalinkan kerjasama dengan Koperasi 13
Universiti Utara Malaysia Berhad. Selain itu boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bahkan ANGKASA untuk penubuhan koperasi Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia. 14
11. Gerakan koperasi di Malaysia merupakan sektor besar yang harus dibanggakan. Berdasarkan statistik SKM sehingga 30 Jun 2018, terdapat lebih 14,000 koperasi dengan keanggotaan melebihi 6 juta orang; syer/yuran melebihi RM 14 bilion; aset lebih RM140 bilion dan 15
perolehan menyumbang lebih RM22 bilion. Menjelang 2020, kerajaan mensasarkan sektor koperasi menyumbang RM50 bilion kepada KDNK negara dan 50 peratus rakyat dewasa negara ini menjadi anggota koperasi tanpa mengira kedudukan mereka. 16
12. Dengan bilangan koperasi serta keanggotaan seramai ini, koperasi dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi koperasi yang memberangsangkan di samping menyediakan 17
perkhidmatan terbaik untuk anggota mereka. Hadirin yang dihormati sekalian, 13. ANGKASA adalah badan puncak gerakan koperasi yang diiktiraf kerajaan bagi menaungi 18
semua koperasi di Malaysia. ANGKASA menyatukan dan mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. 14. ANGKASA sentiasa komited untuk membantu koperasi 19
menjalankan aktiviti dan perkhidmatan yang dapat memberi pulangan sosio ekonomi yang bermanfaat untuk anggota khasnya dan koperasi amnya. 15. Selaras dengan Deklarasi Putrajaya yang dipersetujui antara 20
ANGKASA, SKM dan MKM, ANGKASA akan membantu koperasi untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi agar koperasi mampu dan bersedia untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang berimpak tinggi. 21
16. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada warga Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia yang hadir pada hari ini. Saya mengucapkan selamat bermesyuarat untuk semua. Semoga Mesyuarat Agung kali ke- 13 ini dapat membantu ahli 22
membuat perancangan yang dapat membantu menggerakkan PAUUM ke arah yang lebih produktif dan berdaya saing. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim, saya dengan ini merasmikan Mesyuarat 23
Agung Kali ke-13 Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia Tahun 2018. Sekian, terima kasih. 24