UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA 6 APRIL 2019 (SABTU) 6.00 PETANG BENGKEL PEMANTAPAN KOPERASI OKU 2019 HOTEL PANVIEW, KUCHING, SARAWAK Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.K.T, Salam Sejahtera dan Salam Satu Koperasi. Yang Berusaha Tuan Hj. Usof Hj. Samah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak Pegawai-Pegawai ANGKASA Tuan-Tuan, Puan-Puan dan para hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin dan limpah 1
rahmatnya dapat kita berkumpul bersamasama pada pagi ini dalam Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Koperasi OKU tahun 2019 di Hotel Panview Kuching Sarawak. Pertama sekali jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Koperasi PEKA Terengganu Berhad di bawah kepimpinan Tuan Haji Ismail Muda selaku konsultan pada Bengkel pada kali ini yang begitu komited bagi menjayakannya. Tidak ketinggalan juga kepada Tuan-Tuan dan Puan- Puan, peserta Bengkel ini kerana dapat meluangkan masa untuk turut terlibat sama dalam menimba ilmu dan kemahiran keusahawanan seterusnya menjayakan program ini. Harapan saya agar penganjuran Bengkel ini mampu merangsang aktiviti keusahawanan yang menggalakkan dan dapat melahirkan usahawan yang berilmu serta berkemampuan untuk bersaing di peringkat tempatan dan global. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, bagi tahun 2019, ini merupakan Bengkel yang kelima dilaksanakan oleh ANGKASA dengan kerjasama Koperasi PEKA Terengganu Bhd. Saya 2
difahamkan juga jumlah peserta untuk Bengkel pada kali ini adalah seramai 20 orang. Ini menunjukkan sambutan anggota-anggota koperasi terhadap Bengkel ini amat baik sekali. Bengkel yang berkonsepkan HANDS ON ini sememangnya sangat praktikal untuk golongan istimewa ini. Justeru usaha meningkatkan prestasi koperasi OKU perlu dilakukan secara berterusan kerana ia boleh memberi impak besar terhadap usaha melahirkan bakal usahawan dalam kalangan anggota. Dalam hal ini, peranan dan kerjasama Anggota Lembaga Koperasi sangat penting ke arah merealisasikan aspirasi ini. Syabas dan tahniah diucapkan dan semoga sambutan yang sebegini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Sebagai badan puncak dalam gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa merancang dan membangunkan program-program berbentuk keusahawanan bagi melahirkan usahawan koperasi yang antara lain dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2020. 3
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Dalam proses melahirkan seorang usahawan, kita sememangnya akui bahawa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Cabaran ini menjadi semakin hebat dengan ekonomi global yang tidak stabil pada ketika ini. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif untuk melahirkan usahawan sematamata tetapi perlu juga memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk membentuk usahawan yang berkualiti dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi. Justeru para usahawan yang akan lahir dari bimbingan Bengkel ini perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan tetapi juga kekuatan mental dan kerohanian bagi mengharungi cabaran dan persaingan dunia keusahawanan sebenar yang semakin kompetitif. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 4
Manfaat daripada Bengkel ini juga ialah koperasi dapat merealisasikan Teras Strategik yang ke-tiga dalam Dasar Koperasi Negara iaitu mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi. Pelaksanaan Bengkel ini mampu membentuk anggota-anggota koperasi yang berfikiran kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan. Selain mereka juga lebih professional dalam apa jua bidang terutamanya pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Koperasi disarankan untuk lebih aktif dalam menguruskan pembelajaran yang berterusan kepada anggota-anggota koperasinya. Anggota-anggota koperasi hendaklah dapat menguasai ilmu koperasi sebaiknya supaya kejayaan dan kemakmuran koperasi terjamin selamanya. Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang dihormati sekalian. Saya amat berbangga dengan penglibatan anggota-anggota koperasi OKU pada Bengkel ini kerana ianya akan menjadi langkah awal dalam memacu pembangunan sosio-ekonomi diri, koperasi dan negara secara inklusifnya. 5
Koperasi di Malaysia kini telah mengorak langkah ke hadapan dengan menyertai pelbagai bidang komersil berimpak tinggi dan kompetitif dengan memperolehi pulangan yang lebih tinggi. Transformasi dalam sektor koperasi ini telah menunjukkan bahawa masyarakat bertambah yakin dengan kemampuan gerakan koperasi untuk menjana pertumbuhan ekonomi anggotanya khasnya dan negara amnya. Kekuatan yang ada dalam sesebuah koperasi seharusnya diterjemahkan kepada konsep kerjasama dan penyatuan rakyat pelbagai kaum kerana konsep berkoperasi merentasi sempadan agama, bangsa, dan perbezaan ideologi. Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang dihormati sekalian. Sektor koperasi di Malaysia tidak seharusnya berasa selesa dengan pencapaian yang ada. Usaha-usaha berterusan perlu dilaksanakan secara strategik bagi memastikan sektor koperasi terus kompetitif dan kekal lestari. Ini termasuk mewujud dan memperluaskan lagi jaringan perniagaan, berinovasi dalam pasaran 6
serta menerokai sumber-sumber baharu yang boleh menambah nilai produk serta perkhidmatan sedia ada. Pembangunan perniagaan yang berterusan tidak akan dapat dicapai tanpa adanya sistem tadbir urus yang baik. Dengan wujudnya kerangka perundangan koperasi yang mantap, ia bukan sahaja menjadikan sektor koperasi membangun dengan lebih teratur malah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat kepada gerakan koperasi. Sekali lagi saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Bengkel Pemantapan Koperasi OKU 2019 ini. Kerjasama dan komitmen dari semua pihak diucapkan syabas dan tahniah. Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin yang dihormati sekalian. Dengan lafaz BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM, saya Merasmikan Bengkel Pemantapan Koperasi OKU 2019. 7
Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah Wasalamulaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. 8