Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

dokumen-dokumen yang mirip
Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir,

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak;

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), UniMAP

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

TALKING POINT BRIG. JEN. DATUK PROF. DR

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

Kebawah Duli Yang Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah al-haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom;

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA ENCIK TAJUDDIN ATAN, KETUA EKSEKUTIF BANK SIMPANAN NASIONAL,

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR USIM SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN PELAN STRATEGIK USIM

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Transkripsi:

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI KUALITI & INOVASI 2016 PADA HARI JUMAAT, 6 MEI 2016, PUKUL 9:00 PAGI DI ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG SALUTASI Saudara Pengacara Majlis, Encik Khairul Amri Abdul Aziz; Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Zakie Haji Ahmad Shariff, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang; Rakan-rakan saya: Yang Hormat Profesor Dato Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Yang Hormat Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); Yang Hormat Profesor Dato Dr. Ishak Ismail, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti); Profesor Dr. Zulkefli Yaacob, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat); Encik Abd Hamid Majid, Pendaftar; Encik Zainuddin Othman, Bendahari; Haji Ruslan Che Pee, Ketua Pustakawan; Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab;

Para penerima anugerah yang diraikan; Tuan-tuan dan puan-puan; Warga UMP yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-nya, maka kita dapat bertemu pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, sempena Majlis Perasmian Hari Kualiti & Inovasi UMP 2016. 2. Terlebih dahulu, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga Universiti ini, saya ingin mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Zakie Haji Ahmad Shariff, Ahli Lembaga Pengarah UMP selaku tetamu kehormat kita pada pagi ini.

3. Sebagai sebuah acara tahunan Universiti, sambutan Hari Kualiti & Inovasi berfungsi sebagai medan pengiktirafan kepada warga kerja dan pusat tanggungjawab yang telah membuktikan kecemerlangan perkhidmatan mereka dalam pelbagai lapangan. 4. Pengiktirafan ini adalah satu bentuk dorongan kepada warga kerja kita untuk meningkatkan daya saing mereka sebagai penjawat awam yang cemerlang dengan pencapaian yang boleh dicontohi rakan-rakan sekerja mereka. Dengan galakan dan motivasi sedemikian, saya percaya bahawa warga kerja kita mampu menyumbangkan khidmat yang jauh mengatasi ekspektasi pihak pengurusan, sekaligus meningkatkan lagi kualiti dan reputasi pusat tanggungjawab di mana mereka ditempatkan.

5. Keseronokan bekerja yang sedemikian, pada hemat saya, hanya akan dapat direalisasikan dengan kejelasan, ketelusan dan ketulusan nawaitu dalam jiwa setiap warga kerja di Universiti ini. Apabila kerja dilihat sebagai ibadah, jawatan dilihat sebagai tanggungjawab dan perkhidmatan dilihat sebagai satu bentuk pengabdian kepada Allah Ta ala, maka serumit atau sesulit mana pun sesuatu tugas akan dipermudahkan penyelesaian atau jalan keluarnya. Kesucian hati dan ketelusan nawaitu adalah prasyarat utamanya. PEMBUDAYAAN KUALITI DAN INOVASI 6. Tuan-tuan dan puan-puan, Sejajar dengan namanya sendiri, pelaksanaan acara ini turut membuktikan komitmen berterusan pihak pengurusan dan warga kerja UMP untuk mengamalkan budaya kerja cemerlang yang berpaksikan kualiti dan inovasi secara optimum. Inilah juga yang dihasratkan oleh kerajaan melalui pekeliling khas mengenai Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam bertarikh 29 Januari 2010.

7. Dengan agenda transformasi yang kini diberikan perhatian serius oleh kerajaan, UMP tidak terkecuali untuk turut mendukung aspirasi perdana tersebut dalam setiap perencanaan dan tindakan strategiknya. Malah, sifat UMP sebagai sebuah menara gading dan gedung ilmu pengetahuan itu sendiri menuntut dinamika dan pragmatisme pihak pengurusan dan warganya untuk menerajui kegemilangan dengan kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh Universiti ini. 8. Maka itulah, kita di UMP akur bahawa hasrat kerajaan untuk meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam adalah amat mustahak dalam konteks empat rasional berikut iaitu: Pertama, keperluan memenuhi perubahan ketara dalam kehendak rakyat secara lebih berkesan; Kedua, keperluan meningkatkan kecekapan dan mengawal kos dalam menangani kekangan sumber kewangan semasa;

Ketiga, keperluan memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu apabila kaedah-kaedah semasa didapati kurang berkesan; dan Keempat, keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum. 9. Kesedaran mengenai kepentingan untuk menguruskan perubahan secara terarah, terstruktur dan sistematik bagi mengekalkan kemandirian Universiti ini dalam ekosistemnya secara lestari telah dilaksanakan melalui Agenda Transformasi Pengurusan dan Pentadbiran pada tahun 2008 yang seterusnya turut mendasari semangat Pelan Strategik UMP 2011-2015 dan Pelan Strategik UMP 2016-2020. 10. Kesedaran tersebut bertitik-tolak daripada pendekatan pengurusan yang berasaskan nilai, berfokuskan strategi dan berpandukan prestasi yang menunjangi perencanaan dan tindakan strategik di Universiti ini. Dengan menyaring dan mengenalpasti keutamaan yang sebenar-benarnya mustahak, maka pihak pengurusan berupaya menentukan trajektori strategik bagi UMP bagi maksud pencapaian jangka pendek dan jangka panjang.

11. Tentu sekali, status autonomi yang dimiliki oleh UMP sejak 11 Ogos 2015 yang lalu turut mencabar pihak pengurusan untuk meneliti agenda tranformasi tadbir urus secara lebih terarah dengan menjunjung prinsip integriti, akauntibiliti dan ketelusan tanpa gagal. Justeru, disiplin, kualiti dan inovasi merupakan faktor pengupaya yang kritikal bagi maksud tersebut. MELESTARIKAN UNIVERSITI, MEMASYARAKATKAN TEKNOLOGI 12. Tuan-tuan dan puan-puan, Kesatuan pemikiran dan tindakan dalam kalangan warga kerja Universiti ini adalah prasyarat utama yang menentukan keberkesanan, kecekapan dan kejayaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang kini sedang dilaksanakan. Dalam konteks tersebut, pihak pengurusan UMP memberikan tumpuan yang serius terhadap aspek pembangunan bakat cemerlang yang berupaya memberikan sumbangan yang terbilang ke arah kegemilangan Universiti ini.

13. Antara ciri utama bakat cemerlang tersebut ialah kemampuan untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif bagi maksud peningkatan kualiti produktiviti penyampaian perkhidmatan. Ideaidea tersebut boleh diperolehi dari dalam luar institusi melalui proses penyelidikan, penandaanaras (benchmarking) atau pembelajaran dalam organisasi (organizational learning). 14. Dalam hubungan tersebut, kreativiti warga kerja di pelbagai pusat tanggungjawab di Universiti ini sentiasa dialu-alukan pihak pengurusan. Inovasi yang ditampilkan melalui inisiatif sedia ada seperti Amalan 5S dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berupaya memberi impak kepada penambahbaikan kualiti sistem penyampaian, prestasi pekerja dan produktiviti organisasi. 15. Maka jelaslah bahawa dalam iklim universiti seperti di sini, tuntutan penerokaan pengetahuan, kajian ilmiah, inovasi proses dan kreativiti pemikiran itu tidaklah terhad dalam kalangan komuniti akademia sahaja, tetapi menyeluruh sifatnya, meliputi semua peringkat dan segmen pekerjaan, skim, gred dan kumpulan perkhidmatan.

16. Apa yang penting, inovasi yang ditampilkan, sama ada dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Dengan cara inilah, maka tema Hari Kualiti dan Inovasi 2016 kali ini iaitu Melestarikan Universiti, Memasyarakatkan Teknologi dapat direalisasikan dengan berkesan. PENGHARGAAN DAN PENUTUP 17. Tuan-tuan dan puan-puan, Sukalah saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggitinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para warga kerja dan juga pusat-pusat tanggungjawab yang terpilih sebagai penerima anugerah bagi pelbagai kategori yang telah dikenalpasti sempena Hari Kualiti & Inovasi 2016 ini. 18. Semoga pengiktirafan yang diberikan ini akan meningkatkan lagi motivasi para penerima untuk terus berkhidmat cemerlang sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab, berdedikasi dan berintegriti tinggi.

19. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih turut dirakamkan buat para staf dan pusat-pusat tanggungjawab dalam Jawatankuasa Pelaksana Hari Kualiti & Inovasi 2016 atas komitmen dan penglibatan bagi menjayakan penganjuran dan pengelolaan acara pada hari ini dengan lancar dan teratur. 20. Mudah-mudahan Allah Ta ala akan terus melimpahkan rahmat peliharaan-nya kepada kita semua, Universiti ini dan negara Malaysia dengan naungan kesejahteraan, keselamatan, kemakmuran dan kecemerlangan, Amin. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.