GARIS PANDUAN AKREDITASI PERUSAHAAN SOSIAL (SOCIAL ENTERPRISE ACCREDITATION GUIDELINES)

dokumen-dokumen yang mirip
JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN ZONING (LOKASI) BAGI PENUBUHAN UNIT/ PUSAT HEMODIALISIS SWASTA

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

PANDUAN MENAMBAH BAIK PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MENERUSI PENGGUNAAN KIOS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAB 14 AUDIT DALAMAN

HARI MISI KESINAMBUNGAN BISNES 2017 : JCORP INTRAPRENEUR 2.0 CHALLENGE

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pendahuluan

i-secure Soalan Lazim:

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Ke Arah Menjadi Remisier

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

MAHKAMAH DAERAH AMERIKA SYARIKAT DAERAH SELATAN NEW YORK BUKTI TUNTUTAN DAN BORANG PELEPASAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN UNTUK MEMPERBADANKAN SYARIKAT TEMPATAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

PELUPUSAN SYER DALA M SYARIKAT HARTA TANAH MULAI 1 J ANUARI

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

PANDUAN RANCANGAN PERNIAGAAN TAHUN 2015

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 2007

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

PELAN PERNIAGAAN. 1. RINGKASAN EKSEKUTIF (tidak lebih daripada 1 halaman)

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN Borang hendaklah di cetak, diisi dengan lengkap dan dikembalikan bersama bayaran penuh kepada: -

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.8 TAHUN 2011

MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Transkripsi:

GARIS PANDUAN AKREDITASI PERUSAHAAN SOSIAL (SOCIAL ENTERPRISE ACCREDITATION GUIDELINES)

Garis panduan ini untuk menerangkan tatacara, prosedur dan syarat yang terlibat dalam mengemukakan permohonan bagi akreditasi perusahaan sosial serta hal-hal lain yang berkaitan.

Definisi Perusahaan Sosial (SE) Di Malaysia, SE ditakrifkan sebagai: Entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah sebarang undang-undang bertulis di Malaysia yang menghasilkan impak sosial atau alam sekitar yang positif secara proaktif dan pada masa yang sama mempunyai kemampuan kewangan yang mampan.

Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) diwujudkan untuk mengesahkan status sesuatu perusahaan sosial bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada pelbagai sokongan dan peluang yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan. Secara umumnya, melalui proses akreditasi ini sesebuah organisasi yang berstatus Perusahaan Sosial Yang Diiktiraf [Accredited Social Enterprise] akan disenaraikan dalam direktori atas talian (online platform) SE.A MED bagi memberi akses kepada pelanggan dan orang awam untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perusahaan sosial (SE) dengan lebih efisien. Faedah yang diperolehi daripada SE.A Organisasi yang diakreditasi melalui SE.A akan menerima faedah berikut: Disenaraikan dalam direktori awam yang membolehkan bakal pelanggan mendapat akses maklumat mengenai sesuatu perusahaan sosial. Dimasukkan dalam kempen Buy-for-Impact, bagi menggalakkan sektor swasta dan sektor awam untuk mendapatkan produk/servis daripada perusahaan sosial. Mendapat akses kepada pembiayaan dan sokongan - dari semasa ke semasa, MED dan agensi bakal menawarkan pelbagai bentuk sokongan tambahan untuk SE yang diiktiraf tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Menyertai jaringan perusahaan sosial ternama di Malaysia memperoleh akses kepada pelbagai program, rangkaian dan peluang kerjasama serta pertukaran ilmu dan pengalaman dengan perusahaan SE yang ternama di Malaysia.

Kriteria Utama bagi Akreditasi Perusahaan Sosial Bagi melayakkan organisasi diakreditasikan sebagai perusahaan sosial, organisasi perlu memenuhi tiga (3) kriteria utama berikut: Mewujudkan impak sosial atau alam sekitar yang positif secara proaktif Organisasi mestilah ditubuhkan dengan matlamat dan objektif yang jelas dalam memberi impak sosial atau alam sekitar. Menyumbangkan sumber yang signifikan kepada matlamat sosial atau alam sekitar Organisasi mestilah memperuntukkan sejumlah besar sumber ke arah matlamat sosial atau alam sekitar. Mempunyai kemampanan kewangan Hasil jualan melalui barangan atau perkhidmatan perlulah sekurangkurangnya mencapai lebih daripada 50% (separuh) daripada jumlah pendapatan tahunan dan bukannya melalui sumbangan atau geran. Bagi perusahaan start-up pula, perlu mempunyai model perniagaan yang boleh dipercayai untuk menjana pendapatan.

1. Mewujudkan Impak Sosial atau Alam Sekitar yang Positif Secara Proaktif Matlamat sosial atau alam sekitar : Matlamat organisasi mesti dinyatakan dengan jelas pada laman web organisasi dan/atau dalam perlembagaan syarikat.

01 Matlamat sosial / alam sekitar ini tidak semestinya menjadi matlamat utama atau menjadi keutamaan organisasi. Organisasi yang bermatlamatkan keuntungan juga layak memohon. Walau bagaimanapun, matlamat sosial / alam sekitar perlu dinyatakan secara jelas. 02 Sebaiknya, matlamat perlu menjelaskan impak sosial atau alam sekitar yang hendak dicapai oleh organisasi (contohnya, perubahan sebenar yang ingin dicapai oleh organisasi). Walau bagaimanapun adalah memadai sekiranya matlamat menyatakan tujuan organisasi adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik: Impak positif terhadap sosial / alam sekitar adalah merujuk kepada perubahan yang ingin disasarkan berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Sebagai contoh, Sasaran impak kami adalah untuk meningkatkan kesejahteraan ibu tunggal berpendapatan rendah atau Matlamat kami adalah untuk mengurangkan jumlah pembuangan sampah yang dihantar ke tapak pelupusan. 03 Selain itu, perubahan yang ingin dicapai oleh organisasi tidak perlu dinyatakan secara spesifik, tetapi memadai dengan menyatakan tujuan organisasi adalah untuk memberikan sokongan atau bantuan kepada golongan tertentu yang kurang bernasib baik. Contohnya, Kami menyediakan perkhidmatan bersubsidi untuk isi rumah berpendapatan rendah ; atau Kami bertindak sebagai suara untuk kumpulan etnik minoriti.

04 Permohonan Akreditasi SE adalah terbuka kepada semua organisasi yang menyokong rakyat Malaysia dan/atau warga asing, sama ada di dalam ataupun di luar Malaysia. 05 Permohonan bagi Akreditasi SE turut dibuka kepada organisasi yang tidak memberikan sokongan secara langsung kepada golongan yang kurang bernasib baik tetapi organisasi turut menyumbang dalam penambahbaikan sistem kerja, contohnya dengan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu sosial dan alam sekitar atau memberikan sokongan untuk meningkatkan kapasiti badan amal atau SE yang lain.

2. Menyumbangkan Sumber yang Signifikan kepada Misi Sosial atau Alam Sekitar Memperuntukkan sejumlah besar sumber ke arah matlamat sosial atau alam sekitar : Organisasi perlu menunjukkan bahawa kos yang dibelanjakan bagi kerja-kerja sosial/alam sekitar adalah signifikan berbanding dengan keuntungan tahunan mereka atau kos menjalankan perniagaan. 01 02 Pada dasarnya, SE adalah organisasi yang mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan manfaat sosial atau alam sekitar yang lebih positif dan tidak hanya sekadar memaksimumkan keuntungan semata-mata. 03 Secara umumnya, SE hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 51% daripada keuntungan mereka untuk matlamat sosial atau alam sekitar atau dengan mewujudkan dasar pengambilan pekerja dari kalangan golongan yang tidak berkemampuan pada nisbah 51:49 (walau bagaimanapun, setiap permohonan akan dipertimbangkan mengikut kes). Disamping itu, SE hendaklah menyatakan komitmen terhadap matlamat dalam memberi impak sosial/alam sekitar dengan mengintegrasikan impak sumbangan dalam model perniagaan mereka. Dalam kes ini, peruntukan sekurang-kurangnya 35% daripada kos produk/perkhidmatan (langsung dan operasi), hendaklah digunakan bagi golongan kumpulan sasar atau bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam matlamat sosial/alam sekitar mereka.

Secara ringkasnya, SE perlu memenuhi salah SATU kriteria berikut: 51% tenaga kerja adalah daripada golongan yang kurang bernasib baik; dan/atau 35% kos perniagaan disalurkan untuk menyediakan pendapatan, latihan atau subsidi barangan atau perkhidmatan kepada golongan yang kurang bernasib baik; dan/atau 35% daripada bahan mentah atau sumber pengeluaran dibelanjakan untuk mencapai misi alam sekitar; dan/atau 51% daripada keuntungan diperuntukkan untuk mencapai misi sosial/alam sekitar.

3. Mempunyai Kestabilan Kewangan Lebih daripada 50% (separuh) daripada jumlah pendapatan tahunan yang diperolehi oleh organisasi hendaklah melalui hasil jualan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan dan bukannya melalui sumbangan atau geran; manakala untuk perusahaan start-up pula, perlukan model perniagaan yang boleh dipercayai untuk menjana pendapatan. Pendapatan ditakrifkan mengikut Piawaian Perakaunan Malaysia Standard 9: Pendapatan. SE akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan yang dilaporkan dalam penyata kewangan mereka yang terkini. 4. Peringkat-peringkat Pelaksanaan SE.A Terdapat 3 peringkat utama bagi pelaksanaan SE.A seperti berikut: 4.1) Tahap I - Status Akreditasi SE Asas SE Asas merupakan peringkat di mana SE mengisytiharkan organisasi mereka sebagai perusahaan sosial melalui platform akreditasi perusahaan sosial MED. SE Asas adalah langkah pertama dalam proses akreditasi perusahaan sosial.

Tatacara permohonan bagi SE Asas Untuk dipertimbangkan sebagai SE Asas, pemohon perlu membuat permohonan melalui platform atas talian SE.A MED. Pemohon perlu mewujudkan akaun asas dan mengisi borang yang disediakan. Borang ini akan disemak dan sekiranya lengkap, pemohon SE akan diberikan status SE Asas dan notifikasi status permohonan dimaklumkan melalui platform SE.A MED dan e-mel. Tempoh proses Notis Kelulusan/Penolakan akan diberikan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penyerahan borang secara atas talian. Faedah yang diperolehi Perusahaan sosial dengan status SE Asas akan diiktiraf sebagai perusahaan sosial dan didaftarkan dalam pangkalan data SE.A MED. Bagi peringkat SE Asas, penderma yang menyumbang sumbangan tunai tidak layak menerima insentif potongan cukai di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan. Organisasi yang mendapat akreditasi SE Asas boleh memohon untuk akreditasi ke peringkat seterusnya, iaitu Status Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A).

4.2) Tahap II - Status Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Status Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) akan diberikan kepada SE Asas yang telah diaudit berdasarkan kriteria kelayakan (Kriteria 1-3) yang telah disenaraikan. Tatacara permohonan Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Untuk layak diakreditasi sebagai SE.A, pemohon perlulah diiktiraf sebagai SE Asas terlebih dahulu. Selepas menerima pengiktirafan SE Asas, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang lengkap untuk tujuan audit. Dokumen yang lengkap perlu ditanda tangani oleh SE dan dimuat naik ke platform SE.A MED untuk tujuan penilaian. Selepas menerima kelulusan daripada pihak Jawatankuasa, SE akan dianggap sebagai SE.A yang telah diiktiraf. Notifikasi kelulusan akan dilakukan melalui e-mel dan sijil akreditasi akan dikeluarkan kepada SE yang diluluskan. Tempoh Proses Selepas menghantar kesemua dokumen yang diperlukan, notis kelulusan/penolakan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran dokumen yang lengkap dikemukakan. Notis penangguhan akan dikeluarkan kepada pemohon sekiranya tempoh lanjutan diperlukan atas pelbagai sebab. Faedah yang diperolehi Organisasi yang diiktiraf SE.A adalah layak memohon untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi penderma yang menyumbang sumbangan tunai di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan.

Tempoh sah akreditasi Akreditasi SE.A adalah sah untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun, tertakluk kepada pematuhan terhadap keperluan pelaporan yang dinyatakan di bawah. Mengemukakan penyata audit yang dikemas kini Mengemukakan penyata Akaun Mengurus yang memperincikan perbelanjaan yang dibuat berkaitan impak (jika berkenaan) Laporan pencapaian impak oleh perusahaan sosial untuk tahun kalendar sebelumnya 4.3 Tahap III - Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Plus SE.A Plus adalah tahap terakhir akreditasi yang akan mengesahkan status organisasi sebagai perusahaan sosial dengan pengiktirafan Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Tatacara permohonan bagi SE.A Plus Untuk memohon SE.A Plus, pemohon perlu memperolehi pensijilan akreditasi SE dari MED (sijil fizikal dijana daripada platform SE.A MED selepas kelulusan Jawatankuasa). Seterusnya, permohonan perlu dibuat kepada Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan kelulusan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967. Faedah yang diperolehi Organisasi yang diiktiraf SE.A Plus layak mengeluarkan resit kepada penderma individu dan korporat.

Carta Alir Proses Permohonan Bagi Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Tahap I - Status Akreditasi SE Asas Tahap II - Status Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Tahap III - Akreditasi Perusahaan Sosial (SE.A) Plus Permohonan oleh organisasi melalui platform atas talian SE.A MED *Proses dalam tempoh 14 hari bekerja Pemohon mengemukakan dokumen yang diperlukan secara atas talian *Penilaian oleh Jawatankuasa dalam tempoh 30 hari bekerja Permohonan kepada Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1 2 3 4 5 Notis Kelulusan/ Penolakan Notis Kelulusan/ Penolakan

Garis panduan ini adalah tertakluk kepada penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya Malaysia. No. Telefon : 03-8000 8000 Faks : 03-8889 3712 E-mel : webmaster@med.gov.my