TEKS UCAPAN RAMAH MESRA BERSAMA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMINAR KEPIMPINAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI NEGERI TERENGGANU 1
20 FEBRUARI 2019 (RABU) 8.30 MALAM HOTEL PERMAI, KUALA TERENGGANU TERENGGANU Bismillair Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 2
Saudara/i Pengacara Majlis YBhg. Tuan Haji Mohamed Yusoff, Pengerusi JPAN Terengganu dan Barisan Ahli Jawatankuasanya Yang Dihormati Barisan Penceramah dan Koperator- Koperator Koperasi Selaku Peserta 3
Seminar Kepimpinan ALK Koperasi Negeri Terengganu Sekalian 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk bersama-sama menghadiri 4
majlis Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi peringkat Negeri Terengganu. 2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu yang 5
mengambil inisiatif menganjurkan seminar ini. 3. Saya juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah memberi komitmen penuh sepanjang seminar ini berlangsung. 6
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 4. Kepimpinan merupakan satu aspek penting yang sering dikaitkan dengan kejayaan sesebuah organisasi/koperasi. Ini kerana kepimpinan merupakan tulang belakang pembentukan semangat 7
berpasukan yang membawa kepada kejayaan pelaksanaan dasar dan juga sasaran yang telah ditetapkan. 5. Konsep kepimpinan seperti digariskan dalam RMK-11 ialah mereka yang mampu memberi 8
motivasi kepada orang bawahan dan mampu melahirkan modal insan berminda kelas pertama. 6. Di dalam konteks koperasi, kepimpinan yang berkesan dan cemerlang juga dituntut dalam membawa perubahan yang 9
signifikan kepada sektor koperasi. Apabila kita merujuk kepada pemimpin koperasi bermaksud para barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan kepimpinan yang 10
cemerlang dalam melahirkan koperasi yang disegani. 7. Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan merasmikan Hari Koperasi Negara 2003 menyatakan bahawa kepimpinan koperasi 11
perlulah jujur, dinamik dan progresif serta berupaya membawa koperasi dari takuk lama dan pemikiran zaman lalu, ke tahap lebih moden, lebih maju dan lebih cemerlang. Pemimpin-pemimpin koperasi juga perlu sedia mengamalkan kaedah- 12
kaedah terbaik di dalam setiap aspek koperasi. 8. Perlu diingat bahawa kepimpinan yang berkesan merupakan salah satu faktor yang mendorong kejayaan sesebuah koperasi. Sifat kepimpinan yang 13
cemerlang oleh pemimpin koperasi akan menjadi ikutan anggotaanggotanya. Ianya secara tidak langsung akan memastikan kualiti perkhidmatan dan pencapaian koperasi dapat dikekalkan. 14
9. Dalam kes Koperasi Arya Hair Repair Women Co-operatives di Iran, faktor kepimpinannya yang bervisi jauh dalam membangunkan perniagaan dan pengalaman yang luas dalam perniagaan mendorong kemajuan koperasi itu. Kelebihan ini digunakan sepenuhnya untuk 15
membangunkan koperasi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitarnya. 10. Selain itu, sifat pemimpinnya yang sentiasa terbuka dan mampu menerima pandangan pekerja bawahannya 16
menyebabkan hubungan baik di antara pemimpin dan pekerja dapat dibentuk. Ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada pekerja memberi perkhidmatan yang terbaik kepada koperasi. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 17
11. Apa yang dapat disimpulkan, kepimpinan merupakan sesuatu yang kompleks dan menuntut seseorang pemimpin supaya lebih tabah dan sentiasa memperbaiki dirinya sebagai bekalan untuk membawa para pengikutnya ke arah yang lebih 18
baik. Dalam konteks koperasi, setiap pengikut adalah anggota yang juga merupakan pemilik koperasi. 12. Akhir kata, saya berharap seminar ini sedikit sebanyak membuka minda pemimpin 19
koperasi untuk melangkah ke hadapan dengan terus cemerlang. 20