TALKING POINTS UCAPAN PENUTUP YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA KONVENSYEN KEBANGSAAN KEWANGAN ISLAM 2019 AMALAN SYARIAH DALAM GERAKAN KOPERASI 27 FEBRUARI 2019 (RABU) 11.00 PAGI HOTEL TENERA, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR 1. Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-nya, kita dapat melalui konvesyen dua hari ini dengan jayanya. 2. Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang dapat hadir menjayakan majlis selama 2 hari 1 malam. Semoga ianya memberi manfaat kepada sektor kewangan dan kredit dalam gerakan koperasi, untuk terus 1
mempertingkatkan pematuhan syariah dalam sistem kewangan mereka. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 3. Melalui Garis Panduan 28 : Tadbir Urus Syariah (GP28), ANGKASA telah dilantik secara rasmi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Konsultan Syariah Luaran bagi gerakan koperasi. Pelantikan ini membuktikan dua perkara dasar, iaitu :- i. SKM begitu komited memartabatkan Pematuhan Syariah di dalam gerakan koperasi. ii. Kredibiliti ANGKASA selaku badan puncak dalam gerakan koperasi dinilai dengan begitu positif dan mempunyai peranan yang besar. 4. Kekuatan ANGKASA bagi memenuhi aspirasi SKM untuk memberikan pengiktirafan Pematuhan Syariah dengan disiplin yang sangat ketat kepada gerakan koperasi juga dinilai dengan kredibiliti Jawatankuasa Syariah ANGKASA itu sendiri. Mereka terdiri daripada kumpulan golongan pakar di dalam Syariah 2
Muamalat dan juga bidang-bidang berkaitan dengannya, iaitu : i. YBhg. Prof. Madya Dato Mohd. Mokhtar Shafii Pengerusi. ii. iii. YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Muhammad Ahli. YBhg. Dato Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa Ahli. iv. YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron Ahli. v. YBhg. Prof. Madya Dr. Salmy Edawati Yaacob Ahli. 5. ANGKASA juga begitu komited untuk membuat transformasi Kewangan Islam daripada kaedah konvensional yang terlibat dengan elemen riba, gharar (ketidak pastian), maisir (perjudian) dan syubhah (kesamaran) kepada kaedah Patuh Syariah dengan menggunakan apa jua teknologi terkini. 6. Dengan penyerahan Sijil Pematuhan Syariah sebentar tadi, diharapkan ia menjadi pemangkin kepada gerakan koperasi untuk 3
berusaha mendapatkan pengiktirafan Pematuhan Syariah. Ia penting bagi memastikan perjalanan hidup berkoperasi kita di Rahmat Illahi. Pada konvensyen kali ini, 74 koperasi menerima sijil pematuhan syariah. Pada 2018, 121 sijil telah dikeluarkan kepada koperasi yang layak. Pada 2019, ANGKASA mensasarkan mengeluarkan 144 sijil pematuhan syariah kepada koperasi. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 7. Berdasarkan Tinjauan Ekonomi 2019, industri kewangan Islam terus kukuh. Jumlah aset berkembang 11.5 % (RM687 bilion) pada akhir Julai 2018. Pertumbuhan ini dipacu oleh pembiayaan berasaskan syariah kepada isi rumah, perniagaan, insuran dan hartanah. 8. Kerajaan sedang memberi tumpuan untuk menyokong pelaksanaan dan operasi pematuhan piawaian syariah yang efektif, khususnya dalam memperluaskan tawaran rangkaian produk dan aplikasi pelbagai kontrak syariah bagi memenuhi pelanggan yang pelbagai. 4
9. Justeru dengan peningkatan permintaan kewangan patuh syariah dan tumpuan Kerajaan ini, koperasi seharusnya mengambil peluang ini dalam menawarkan pelbagai produk patuh syariah. Ini kerana bank-bank utama telah mengambil peluang ini mempromosikan kewangan Islam sebagai pilihan utama pembiayaian. Di peringkat global, Malaysia kekal sebagai peneraju inovasi kewangan Islam. 10. Satu kelebihan koperasi mempunyai pelanggan tersedia daripada kalangan ahlinya yang kebanyakkan adalah muslim. Kelebihan ini seharusnya direbut koperasi sebagai peluang perniagaan, malahan ianya merupakan suatu tuntutan dalam Islam. 11. Saya mengharapkan konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini memberi manfaat kepada semua yang hadir dalam mempertingkatkan pematuhan syariah dalam koperasi dan menginovasikan kewangan Islam. 12. Saya dengan lafaz bismillahirahmanirahim merasmikan 5
penutupan Konvesyen Kewangan Islam Peringkat Kebangsaan 2019. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. 6