TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI 1
ANTARA ANGKASA DENGAN KOMARDI 21 FEBRUARI 2019 (KHAMIS) 9.00 PAGI BILIK SADIK, ANGKASA 2
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum WBT Terima Kasih Pengacara Majlis Dr. Yuslan Saruddin Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Tenusu, Bahagian 3
Pembangunan Komoditi Ternakan, Veterinar YBhg. Barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Perladangan, Pertanian Dan Industri Asas Tani ANGKASA 4
YBhg. Dato Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan Hj Mohammad Azmi Omarudin Dr.Hj. Mohd Azlan Yahya 5
Dato Hj. Che Mohd Shukree Che Isa Tn Hj. Nasir Khan Yahya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 6
Datuk Hj Md Yusof Hj Shamsudin Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) Pengurus-Pengurus Besar Pegawai-Pegawai Kanan ANGKASA 7
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian 1. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah Subhanawa Ta ala kerana diberi kesempatan untuk 8
kita mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KOMARDI dengan ANGKASA. 2. Tahniah saya ucapkan kepada pihak ANGKASA khasnya kepada Sektor Pertanian dan 9
Industri Asas Tani kerana berjaya mengwujudkan jalinan kerjasama dalam industri tenusu dengan KOMARDI. 3. ANGKASA sentiasa mengalualukan kerjasama seumpama ini, bukan sahaja sesama koperasi 10
tetapi dengan sektor awam dan juga swasta. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 4. Industri ternakan di Malaysia merupakan antara sektor penting 11
dalam pembangunan dan menyumbangkan nilai bilion ringgit kepada sektor pertanian dan pengeluaran makanan negara. Ia juga merupakan antara 6 bidang keberhasilan utama negara yang disarankan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 2020 yang melibatkan 12
penternakan lembu, kerbau, kambing, bebiri, ayam, itik, lembu tenusu dan burung walit. 5. Koperasi antara yang terlibat secara langsung dalam projek ternakan lembu tenusu. Ini selaras dengan matlamat yang digariskan 13
di bawah National Key Economic Area (NKEA). ANGKASA sentiasa berusaha meningkatkan penglibatan koperasi dalam bidang penternakan lembu dengan mewujudkan koloni-koloni di bawah projek berkelompok koperasi. 14
6. Melalui kerjasama ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berjaya berganding bahu membentuk koloni-koloni di bawah projek berkelompok koperasi iaitu: 15
a. Koloni Mersing - gabungan 10 buah Koperasi b. Koloni Gadong - KOMARDI c. Koloni Londah - 3 buah koperasi 16
7. Kesinambungan dari kejayaan membentuk koloni-koloni ini, ANGKASA dengan KOMARDI akan mengadakan usahasama membangunkan projek heifers park iaitu mengeluarkan baka lembu tenusu sendiri. Justeru itu, projek Heifers Park ini dipilih 17
menjadi program CEP 1 bagi Sektor Pertanian Dan Industri Asas Tani. 8. Pelan pembangunan ini dilihat dapat memberi banyak manfaat dan faedah kepada pihak koperasi dan penternak-penternak lembu susu. Di antaranya kualiti 18
baka bermutu tinggi setanding luar negara, kos belian baka lebih murah dan pengeluaran susu yang tinggi. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 19
9. Bagi merealisasikan pembangunan industri tenusu ini, banyak kemudahan yang disediakan pihak kerajaan melalui agensi-agensi seperti Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA), SKM, Jabatan Veterinar, MARDI dan Lain-lain. Saya menyeru 20
koperasi mengambil peluang mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan. 10. Di samping itu, pihak ANGKASA juga akan menjalinkan kerjasama dengan pihak NACF Korea dari segi pemindahan 21
teknologi dan kepakaran ke arah penternakan yang lebih sistematik. Melalui kerjasama ini, diharapkan akan menjadi titik permulaan bagi pembangunan industri tenusu yang lebih produktif dan mampu meningkatkan pendapatan koperasi. 22
11. Untuk makluman, trend permintaan susu negara meningkat terutama di bandar menyebabkan import susu meningkat. Negara mengeluarkan kira-kira 25 juta liter susu setahun, namun 95 % permintaan susu dan produk susu masih melalui import. Suatu tahap 23
sara diri diperlukan dalam negara untuk industri ini. Peratusan sara diri pengeluaran susu Malaysia 9.30 %, selebihnya terpaksa diimport dari luar negara. 12. Justeru, ANGKASA akan terus berusaha mencari jalan untuk 24
membantu meningkatkan penglibatan koperasi dalam industri ini. Kejayaan gerakan koperasi tidak dijayakan oleh sebuah koperasi sahaja tetapi oleh seluruh gerakan koperasi di Malaysia. 25
13. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak KOMARDI dan agensi-agensi yang terlibat kerana sudi berkerjasama dengan pihak ANGKASA dalam usaha membangunkan industri tenusu 26
untuk disalurkan kepada koperasikoperasi. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. 27
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 28