Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

dokumen-dokumen yang mirip
Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Yang Berhormat Dato Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya;

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Presiden dan Naib Canselor, Infrastructure University Kuala Lumpur

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis;

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak;

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PPIPT DAN PELANCARAN BUSINESS ON WHEEL UniMAP 8 FEBRUARI 2012

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

TEKS UCAPAN Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN OLEH YBHG PROFESOR DR AHMAD YUSOFF. BIN HASSAN, NAIB CANSELOR UTeM SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM LAWATAN UNIVERSITI DIAN NUSWANTORO (UDINUS),

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

Teks Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Tahun 2010

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA 3 JANUARI 2010 DI DEWAN 2020

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Kebawah Duli Yang Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah al-haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TALKING POINT BRIG. JEN. DATUK PROF. DR

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR USIM SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN PELAN STRATEGIK USIM

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TEKS UCAPAN ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Transkripsi:

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HARI KUALITI & INOVASI 2016 PADA HARI JUMAAT, 19 MEI 2017, PUKUL 10:00 PAGI DI ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG SALUTASI Saudara Pengacara Majlis; Yang Hormat Dato Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang; Rakan-rakan saya: Yang Hormat Profesor Dato Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Yang Hormat Profesor Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); Encik Abd Hamid Majid, Pendaftar; Yang Hormat Profesor Dato Dr. Ishak Ismail, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti); Profesor Dr. Jamil Ismail, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat); Encik Zainuddin Othman, Bendahari; Haji Ruslan Che Pee, Ketua Pustakawan; Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab; Para penerima anugerah yang diraikan;

Tuan-tuan dan puan-puan; Warga UMP yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-nya, maka kita dapat bertemu dalam Majlis Perasmian Hari Kualiti & Inovasi UMP 2017 pada hari Jumaat yang penuh barakah ini. 2. Terlebih dahulu, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga Universiti ini, saya ingin mengalu-alukan Yang Hormat Dato Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP atas kesudian beliau melapangkan masa bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini.

3. Sebagai sebuah acara tahunan Universiti, sambutan Hari Kualiti & Inovasi berfungsi sebagai medan pengiktirafan kepada warga kerja dan pusat tanggungjawab yang telah membuktikan kecemerlangan perkhidmatan mereka dalam pelbagai lapangan. 4. Pengiktirafan tersebut dimanifestasikan melalui sepuluh kategori hadiah dan anugerah sempena Hari Kualiti & Inovasi 2017 iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarakat, Anugerah Tokoh Masyarakat, Anugerah Kecemerlangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Anugerah Sukan, Hadiah Kumpulan Inovatif & Kreatif, Hadiah Persekitaran Berkualiti, Hadiah ICT (K-Portal) dan Hadiah Penerbitan. 5. Kepelbagaian skim, kumpulan dan gred perkhidmatan para penerima anugerah dan hadiah pada hari ini turut membuktikan komitmen berterusan pihak pengurusan untuk mengiktiraf bakat-bakat cemerlang yang dimiliki UMP sebagai pemacu produktiviti Universiti ini ke arah keunggulan.

MEMACU KECEMERLANGAN MELALUI INOVASI 6. Yang Hormat Dato Sri, tuan-tuan dan puan-puan, Sebagai sebuah Universiti Awam yang merupakan sebahagian daripada jentera perkhidmatan awam di negara ini, UMP sentiasa komited untuk memacu kecemerlangan melalui budaya kerja unggul yang berasaskan nilai dan berfokuskan strategi dengan dipandu prestasi. 7. Perubahan masa dan peredaran zaman turut mencabar kita untuk mentransformasi kaedah pengurusan dan pendekatan pentadbiran dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian di Universiti ini kepada para pemegang taruh dan pelanggannya.

8. Hal ini tentu sekali menuntut daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam kalangan warga kerja pelbagai peringkat di Universiti ini. Oleh yang demikian, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan diperkenalkan oleh pihak pengurusan bagi merangsang produktiviti dan prestasi warga kerja di Universiti ini, termasuklah Pay For Performance dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020. 9. Komitmen ini merupakan respon strategik pihak pengurusan terhadap agenda transformasi perkhidmatan awam yang dihasratkan kerajaan melalui pekeliling khas mengenai Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 2010 lagi. 10. Kesedaran mengenai kepentingan untuk menguruskan perubahan secara terarah, terstruktur dan sistematik bagi mengekalkan kemandirian Universiti ini dalam ekosistemnya secara lestari telah dilaksanakan melalui Agenda Transformasi Pengurusan dan Pentadbiran pada tahun 2008 yang seterusnya turut mendasari semangat Pelan Strategik UMP 2011-2015 dan Pelan Strategik UMP 2016-2020.

11. Dengan menyaring dan mengenalpasti keutamaan yang sebenarbenarnya mustahak, maka pihak pengurusan berupaya menentukan trajektori strategik bagi UMP bagi maksud pencapaian jangka pendek dan jangka panjang. 12. Justeru, pihak pengurusan melihat bahawa inovasi berterusan dalam konteks transformasi pengurusan dan pentadbiran di Universiti ini melalui budaya tinggi (culture of high values) sepertimana yang dirumuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Kongres Budaya 2017 baru-baru ini perlu mendukung aspirasi berikut iaitu: Pertama, keperluan memenuhi perubahan ketara dalam kehendak rakyat secara lebih berkesan; Kedua, keperluan meningkatkan kecekapan dan mengawal kos dalam menangani kekangan sumber kewangan semasa; Ketiga, keperluan memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu apabila kaedah-kaedah semasa didapati kurang berkesan; dan

Keempat, keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum. 13. Apa yang penting, inovasi yang ditampilkan, sama ada dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. MEMASYARAKATKAN TEKNOLOGI, AGENDA KETERAMPILAN UMP 14. Yang Hormat Dato Sri, tuan-tuan dan puan-puan, Antara ciri utama bakat cemerlang yang ingin dijana UMP ialah kemampuan untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif bagi maksud peningkatan kualiti produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea ini boleh diperolehi dari dalam luar institusi melalui proses penyelidikan, penandaanaras (benchmarking) atau pembelajaran dalam organisasi (organizational learning).

15. Selain itu, bakat-bakat tersebut sewajarnya turut berperanan dengan proaktif untuk memaknakan agenda Memasyarakatkan Teknologi yang mendasari Pelan Strategik UMP 2016-2020 melalui sumbangan kepakaran dan perkhidmatan mereka yang relevan dengan keperluan umum. 16. Maka itulah, pihak pengurusan melihat bahawa penggemblengan bakat-bakat ini secara strategik dan sistematik sebenarnya mampu mengangkat agenda Memasyarakatkan Teknologi tersebut sebagai satu tanda mutu yang membuktikan keterampilan UMP sebagai sebuah Universiti Awam yang komited mentransformasi komuniti. 17. Oleh kerana istilah keterampilan itu merujuk kepada perihal kecekapan dan kemampuan yang tinggi, khususnya dalam pelaksanaan sesuatu tindakan atau penyelesaian sesuatu masalah, maka UMP tercabar untuk menilai melihat skala sumbangan dan faktor pengupaya yang berkenaan untuk merealisasikan agenda ini dengan berkesan.

18. Hal ini memerlukan kerangka pemikiran yang khusus dengan disiplin yang tersendiri dalam kalangan warga UMP. Justeru, saya melihat bahawa pengupayaan agenda ini memerlukan anjakan paradigma dalam bentuk revolusi minda dan budaya bagi membentuk disiplin tersebut. PENGHARGAAN DAN PENUTUP 19. Yang Hormat Dato Sri, tuan-tuan dan puan-puan, Sukalah saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggitinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para warga kerja dan juga pusat-pusat tanggungjawab yang terpilih sebagai penerima anugerah bagi pelbagai kategori yang telah dikenalpasti sempena Hari Kualiti & Inovasi 2017 ini. 20. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih turut dirakamkan buat para staf dan pusat-pusat tanggungjawab dalam Jawatankuasa Pelaksana Hari Kualiti & Inovasi 2017 atas komitmen dan penglibatan bagi menjayakan penganjuran dan pengelolaan acara pada hari ini dengan lancar dan teratur.

21. Mudah-mudahan Allah Ta ala akan terus melimpahkan rahmat peliharaan-nya kepada kita semua, Universiti ini dan negara Malaysia dengan naungan kesejahteraan, keselamatan, kemakmuran dan kecemerlangan, Amin. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.