TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR MEMPERKASA INTEGRITI KOPERASI: KEPERLUAN STANDARD 1
DAN PEMATUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 DAN MAJLIS PERTUKARAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA ANGKASA DENGAN JABATAN STANDARD MALAYSIA DAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI 2
23 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) 2.15 PETANG HOTEL TENERA, BANGI, SELANGOR Bismillahirrahmanirrahim 3
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Terima Kasih Pengacara Majlis Tuan Tuan, Puan-Puan, Para Hadirin Sekalian. 4
1. Syukur Alhamdulillah ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-nya dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Seminar Memperkasa Integriti Koperasi: Keperluan Standard & Pematuhan pada petang ini. 5
2. Tujuan diadakan seminar ini adalah bagi meningkatkan kesedaran, kepercayaan dan keyakinan terhadap penggunaan produk koperasi melalui Standard Malaysia. Di samping itu juga, ia bagi menggalakkan amalan integriti, kebertanggungjawaban 6
dan pengurusan program antirasuah yang bersesuaian yang boleh diguna pakai oleh komuniti koperasi dan korporat. Tujuan lain adalah bagi mengukuhkan lagi tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam 7
urusan operasi harian bagi proses dan prosedur perniagaan koperasi. Hadirin Yang Dihormati Sekalian 3. Selama 47 tahun ANGKASA telah berkhidmat kepada koperasi bermula dari bidang pendidikan 8
sehingga ke pembangunan perniagaan koperasi. Ini berdasarkan kepada Deklarasi Putrajaya yang ditandatangani pada 13 Julai 2012 yang menyelaras fungsi dan peranan tiga agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi 9
Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia dan ANGKASA sendiri. 4. Bagi memastikan koperasi dapat menjadi penyumbang secara berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 10
menjadi salah satu tonggak pembangunan sosio-ekonomi negara, koperasi perlu memperkemaskan tadbir urusnya selaras dengan standard ISO tanpa mengabaikan Garis Panduan tadbir urus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 11
5. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga 30 Jun 2018, koperasi yang telah didaftarkan adalah sebanyak 14,094 buah. Daripada jumlah tersebut sektor koperasi telah menjana perolehan hampir 12
sebanyak 22.53 bilion dan aset melebihi 140.39 bilion. 6. Berdasarkan kepada pencapaian ini, ANGKASA memikirkan perlu diwujudkan satu mekanisma untuk memastikan 13
kesinambungan perkembangan ini selari dengan pembangunan negara tanpa menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap tadbir urus koperasi. 7. Oleh yang demikian, ANGKASA berhasrat dan telah pun 14
mendapatkan akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia untuk membolehkan ANGKASA menjadi badan persijilan bagi sektor koperasi di Malaysia. Ini bertujuan memudahkan proses bimbingan penggunaan standard kepada koperasi dapat dibuat. Ia juga 15
menjamin kos bimbingan pada kadar yang berpatutan memandangkan kos industri pembangunan standard adalah tinggi untuk dibiayai oleh sektor koperasi. 16
8. Selain itu, Seminar pada hari ini juga adalah hasil usaha ANGKASA dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (JSM) secara pro-aktifnya membolehkan pembangunan standard tadbir urus 17
di peringkat koperasi dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Yang Dihormati Sekalian 9. Bagi menjayakan kerjasama ini beberapa bidang utama telah 18
dikenalpasti dan salah satunya ialah mempromosikan penggunaan standard yang berkaitan dengan Standard Malaysia kepada gerakan koperasi. Perkara ini perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada sektor koperasi tentang standard- 19
standard yang boleh digunapakai oleh koperasi mengikut aktiviti atau fungsi koperasi itu sendiri. 10. Penggunaan standard dalam tadbir urus membolehkan koperasi dapat meningkatkan keyakinan anggota dan 20
masyarakat tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Ini selaras dengan Teras Stategik Keempat dalam Dasar Koperasi Negara iaitu 'Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Terhadap Gerakan Koperasi.' 21
11. Untuk menjadi pelopor kepada perkembangan standard dalam sektor koperasi, ANGKASA sendiri telah pun menggabungkan beberapa standard untuk membentuk satu set sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyerap isu-isu dalaman dan 22
luaran yang boleh menyebabkan ketidakcapaian Visi dan Misi yang telah ditetapkan. 12. ANGKASA telah menggunapakai Standard ISO 9001 dalam pengurusan bermula pada tahun 1999 dan standard tersebut 23
berubah dari semasa ke semasa. Pada tahun 2017, ANGKASA telah diiktiraf sebagai pengguna standard ISO yang baru iaitu 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) oleh SIRIM. 24
13. Bagi menghadapi cabaran besar pada masa kini, ANGKASA memperkukuhkan lagi tadbir urusnya dengan menambah 2 lagi standardnya iaitu ISO 27001:2013 (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat) dan ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Anti 25
Rasuah). Bagi Standard ISO Sistem Pengurusan Anti Rasuah, ANGKASA adalah antara 12 organisasi di Malaysia yang pertama mendapat pengiktirafan sedemikian daripada SIRIM. 26
14. Diharapkan agar dengan adanya usaha sebegini ia akan dapat memberi manfaat yang besar kepada warga koperasi dan yang paling penting manfaat kepada gerakan koperasi di negara ini. 27
Sekian, Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamu alaikum warahmatullah hitaala Hiwabarakatuh. 28