PERADUAN MENANG PERCUTIAN DENGAN SHELL 2018 TERMA DAN SYARAT

dokumen-dokumen yang mirip
4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh dan Kaedah Penyertaan

TERMA & SYARAT PERADUAN

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

NESTLE# # #LEE AH MOY# #RM41.20

Hadiah-Hadiah 1 Hadiah-Hadiah:

Syarat & Peraturan Peraduan Penganjur & Kelayakan Tempoh Kriteria Kelayakan dan Penghantaran Penyertaan melalui Aplikasi WhatsApp atau MMS TIADA

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN MIGHTY BITE

1.3 Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31 Julai 2015 pada pm akan dianggap tidak sah.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN RASA & MENANG

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.


2. KESAHAN MATA GANJARAN

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

Terma & Syarat. 1 Penganjuran & Kelayakan. 2 Tempoh Peraduan. 3 Kriteria Kelayakan

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

RHB Investment Bank Berhad Terma dan Syarat Peraduan Dagang & Menang

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Terma & Syarat Kempen MyDebit

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

PETRONAS DAGANGAN BERHAD RACE TO WIN TERMA & SYARAT Peraduan

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

Terma & Syarat. 1.3 Hanya transaksi menggunakan kad ATM/Debit layak untuk menyertai promosi ini.

PROJEK BLISS: TRANSFORMASI DIRIKU TERMA DAN SYARAT

JomPAY epayment Campaign Terma & Syarat

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

Kempen Auto-billing TEMPOH KEMPEN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

Transkripsi:

PERADUAN MENANG PERCUTIAN DENGAN SHELL 2018 TERMA DAN SYARAT 1. Peraduan Menang Percutian dengan Shell 2018 ( Peraduan ) dianjurkan bersama oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (No. Syarikat 6087-M) dan Shell Timur Sdn Bhd (No. Syarikat 113304-H), secara bersama dikenali sebagai Shell. 2. Tempoh Peraduan adalah dari 17 Disember 2018 (12:01 pagi) hingga 31 Mac 2019 (11:59 malam), termasuk kedua-dua tarikh, yang boleh dilanjutkan oleh Shell tanpa memberikan notis terlebih dahulu 3. Peraduan ini hanya dibuka kepada semua pelanggan Shell di Malaysia yang merupakan warganegara Malaysia yang berusia tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun ( Peserta ) kecuali bagi kategori orang berikut: (a) Kakitangan tetap dan/atau kontrak ( Kakitangan ) Shell dan Syarikat Gabungannya serta ahli keluarga terdekat mereka iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik ( Ahli Keluarga Terdekat ); (b) Penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh Shell dan Syarikat Gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pengiklanan, agensi promosi, syarikat percetakan dan agensi pengurusan acara), dan Kakitangan serta Ahli Keluarga Terdekat mereka; dan (c) Wakil penjual, pedagang atau pengedar mana-mana Produk Shell termasuk Peruncit Stesen Petrol Shell dan Kakitangan serta Ahli Keluarga Terdekat mereka. 4. Untuk menyertai Peraduan dan merebut peluang memenangi satu daripada Hadiah Peraduan, Peserta mestilah: (a) membuat sebarang Pembelian Layak di Stesen Runcit Shell seperti yang tertera pada Klausa 5; (b) melengkapkan butiran berikut pada Borang Pendaftaran Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, dan Destinasi Percutian (pilih salah satu antara berikut: Percutian Prestasi di Itali, Percutian Pengembaraan di New Zealand atau Percutian Ceria di Korea); (c) jawab soalan pada Borang Peraduan dengan betul; dan (d) menghantar Borang Peraduan beserta bukti pembelian dalam bentuk resit dengan memasukkan Borang Peraduan pada kotak pengumpulan yang terdapat di mana-mana Stesen Petrol Shell. Nota Penting: Semua langkah tertera di atas wajib dipenuhi. Borang Peraduan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi kriteria akan dikecualikan daripada peringkat pemilihan. 5. Pembelian Layak: pembelian mana-mana Produk berikut sehingga mencapai perbelanjaan minimum Empat Puluh Ringgit Malaysia (RM40.00) sahaja akan melayakkan Peserta mendapat satu penyertaan Peraduan: (a) sebarang Minyak Shell; (b) sebarang Pelincir Shell berikut (Shell Helix, Shell Advance atau Shell Rimula); atau (c) sebarang Kerosin Shell kecuali Jet A1; (d) sebarang produk dijual dalam Shell Select atau premis Kedai Shell di Stesen Petrol Shell kecuali produk rokok, produk E-Pay (U-Mobile, Hotlink, Digi, Celcom dll) dan pembelian Touch N Go. Nota Penting: (1) resit bukti pembelian sah boleh dikumpulkan hingga mencapai nilai perbelanjaan minimum Pembelian Layak pada hari yang sama di Stesen Petrol Shell

yang sama. (2) Resit bukti pembelian yang berasingan layak untuk penyertaan Peraduan lebih dari satu untuk Pembelian Layak yang melebihi jumlah perbelanjaan minimum Empat Puluh Ringgit Malaysia (RM40.00). (3) Sekiranya resit bukti pembelian asal diperlukan untuk tujuan tuntutan syarikat atau tidak boleh dicetak akibat masalah teknikal, resit bukti pembelian pendua boleh diterima sekiranya resit bukti pembelian pendua telah dicop mengikut nama syarikat Stesen Petrol Shell di mana pembelian dilakukan. (4) Pembelian menerusi outlet pandu lalu, penempat bersama dan kiosk pelincir yang terletak di Stesen Petrol Shell tidak termasuk Pembelian Layak untuk tujuan Peraduan ini. (5) Pembelian Layak yang dibayar menerusi penebusan Mata Bonuslink layak untuk menyertai sekiranya kriteria perbelanjaan minimum telah dipenuhi. 6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu Borang Peraduan dalam Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Borang Peraduan mesti dikepilkan dengan bukti pembelian yang mengandungi Pembelian Layak. Setiap Peserta hanya layak memenangi satu (1) unit Hadiah Peraduan dalam Tempoh Peraduan. 7. Peserta yang memenuhi semua langkah yang tertera dalam Klausa 4 akan berpeluang memenangi salah satu daripada lima belas (15) Hadiah Peraduan: percutian ke Destinasi Percutian yang hanya termasuk perkara berikut: (a) dua (2) tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur, Malaysia (berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) ke Destinasi pilihan untuk Pemenang dan pasangan Pemenang; (b) penginapan hotel untuk dua (2) orang; (c) pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel (hanya di Destinasi pilihan); (d) makanan penerbangan pratempah; dan (e) jadual perjalanan yang telah ditetapkan (jadual perjalanan terperinci akan diberikan sebelum tarikh berlepas). Nota Penting: Semua perbelanjaan lain hendaklah ditanggung sendiri oleh Pemenang. Destinasi Percutian ditawarkan mengikut ketersediaan. Pemenang akan dikecualikan dalam menerima Hadiah Peraduan sekiranya beliau tidak dapat memasuki Destinasi atau tidak boleh meninggalkan Malaysia atas apa jua sebab sekalipun; atau tidak dapat menyertai percutian pada tarikh yang telah diberi. 8. Syarat Terdahulu sebelum menerima Hadiah Peraduan: setiap Pemenang Hadiah Peraduan diwajibkan untuk mengisi Borang Tanggungan yang berpihak pada Shell, sekiranya gagal, Pemenang akan dikecualikan daripada menerima Hadiah Peraduan. 9. Pemilihan Pemenang Hadiah Peraduan akan dilakukan seperti berikut: (a) Pemenang pertama akan dipilih pada penghujung Minggu pertama Tempoh Peraduan dan berikutnya dua (2) Pemenang akan dipilih pada penghujung setiap dua (2) minggu pada baki keseluruhan Tempoh Peraduan ( Tempoh Pemilihan ). (b) Untuk setiap Tempoh Pemilihan, peti pengumpulan dari setiap Stesen Petrol Shell akan diberikan nombor siri secara rawak. (c) Jumlah nombor siri setiap peti pengumpulan pada penghujung setiap Tempoh Pemilihan akan dibahagi 2 untuk memilih Peti Pengumpulan di mana Pemenang akan dipilih. Nombor bersiri yang dipilih selepas pembahagian adalah nombor bulat rendah terdekat cth. sekiranya terdapat sejumlah 949 peti pengumpulan, nombor ini akan dibahagi 2

dan dibulatkan pada nombor rendah terdekat cth. 474. Peti Pengumpulan yang dipilih adalah peti bernombor siri 474. (d) Daripada Peti Pengumpulan terpilih, setiap penyertaan dengan jawapan yang tepat dalam Borang Peraduan akan diberikan nombor siri secara rawak. (e) Jumlah nombor siri penyertaan tepat daripada Peti Pengumpulan terpilih akan dibahagi 2 untuk memilih Pemenang. Semua nombor siri yang dipilih selepas pembahagian adalah nombor bulat rendah terdekat cth. sekiranya terdapat sejumlah 10,011 nombor siri, jumlah nombor siri ini akan dibahagi 2 dan dibulatkan pada nombor rendah terdekat cth. 5,005. Pemenang terpilih adalah pemenang dengan nombor siri 5,005. (f) Pemenang terpilih akan dihubungi dan diberitahu menerusi panggilan telefon mengikut nombor telefon yang tertera pada Borang Peraduan. Sekiranya percubaan pertama untuk menghubungi Pemenang terpilih gagal cth. tidak berjawab, sambungan gagal dsb, 2 lagi percubaan akan dilakukan dalam 2 jam seterusnya dalam panggilan pertama untuk Pemenang terpilih. Sekiranya semua percubaan gagal, pihak Shell berhak untuk memilih Pemenang yang mempunyai nombor siri seterusnya cth. sekiranya Pemenang dengan nombor siri 5,005 tidak dapat dihubungi, Peserta dengan nombor siri 5,006 akan dipilih sebagai Pemenang dan akan dihubungi. (g) Mana-mana Pemenang yang tidak dapat menyertai percutian pada tarikh yang ditetapkan tidak akan menerima Hadiah Peraduan. Peserta dengan nombor siri seterusnya akan dipilih. (h) Pemenang Hadiah Peraduan akan dihubungi oleh wakil sah agensi media yang telah dipilih oleh Shell. (i) Pemenang Hadiah Peraduan akan diumumkan pada Laman Web Shell Malaysia pada www.shell.com.my/percutianimpian dan Laman Facebook Shell Malaysia. 10. Terma dan syarat berikut dikenakan ke atas Hadiah Peraduan: (a) Hadiah Peraduan disediakan dalam keadaan Sedia Ada dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga (b) Sekiranya Hadiah Peraduan tidak dapat disediakan, Shell berhak untuk menggantikan Hadiah Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu. (c) Hadiah Peraduan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan. 11. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta secara nyata bersetuju dan memberi izin untuk: (a) mengambil bahagian dalam Peraduan dan terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan, termasuk semua keputusan Shell berhubung dengan Peraduan; (b) membolehkan Shell, Syarikat Gabungan dan agensinya untuk memproses dan mendedahkan kepada mana-mana pihak ketiga semua data peribadi Peserta yang diberikan oleh Peserta bagi Peraduan ini untuk sebarang dan semua tujuan berkaitan Peraduan dan dalam semua aktiviti berkaitan dengan atau berhubung dengan urusan perniagaan Shell dan syarikat Gabungannya; (c) membenarkan Shell untuk mengumpul, mendedahkan dan berkongsi antara mereka dan penyedia perkhidmatan mereka yang berkenaan, data peribadi Peserta, termasuk gambar atau audio-video atau rakaman lain Peserta untuk publisiti dan/atau pengiklanan merentasi semua media, dalam format asal atau diedit, dan sama ada untuk mempromosi Peraduan atau selainnya tanpa pemberitahuan, imbuhan atau ganjaran; (d) memberi kebenaran kepada Shell untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan di bawah Peraduan ini menurut Dasar Privasi Promosi yang membentuk sebahagian penting daripada Terma dan Syarat Peraduan;

12. Semua keputusan Shell tentang segala hal termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Peserta, Ciri-Ciri Peraduan dan/atau Hadiah Peraduan untuk Peraduan ini atau sekiranya berlaku sebarang pertikaian, adalah muktamad dan mengikat dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan. 13. Shell berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, tindakan Shell membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ini tidak akan melayakkan manamana pihak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Shell bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh manamana pihak sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 14. Dalam apa jua keadaan sekali pun, Shell tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau muhibah, ganti rugi yang timbul secara langsung atau tidak langsung, berkaitan, turutan, teladan, punitif atau khas termasuk kepada pihak ketiga, walau bagaimana ia timbul sama ada menerusi kontrak, tort, kecuaian atau selainnya, berhubung dengan Peraduan, walaupun jika Shell telah memaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua kerosakan tersebut dikecualikan secara nyata. 15. Semua Peserta bertanggungjawab secara peribadi terhadap semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau sebarang caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan Peraduan ini. 16. Shell berhak atas budi bicara mutlaknya untuk meminda, menggugurkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari masa ke masa tanpa notis terlebih dahulu. 17. Terma dan Syarat ini, seperti yang mungkin dipinda dari masa ke semasa, akan diguna pakai mengatasi sebarang peruntukan dan pernyataan yang terkandung di dalam manamana iklan bahan promosi lain Peraduan ini. 18. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Shell di 1300-88-1808. 19. Sekiranya terdapat ketidakseragaman, percanggahan, kesamaran atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai Permainan Ganjaran Pilihan Shell SELECT Terma dan Syarat: (a) Tempoh Permainan Ganjaran Pilihan adalah dari 1 hingga 15 Januari 2019 yang boleh dilanjutkan oleh Shell tanpa memberikan notis terlebih dahulu. (b) Peserta yang membuat mana-mana Pembelian Layak akan melayakkan peserta untuk menyertai Permainan Ganjaran Pilihan Shell SELECT ( Permainan Ganjaran Pilihan ) sekali sehari semasa Tempoh Permainan Ganjaran Pilihan. (c) Permainan Ganjaran Pilihan boleh diakses dengan mengimbas Kod QR permainan

di outlet Shell SELECT menerusi mana-mana peranti berikut: telefon bimbit dan tablet termasuk ipad. (d) Untuk mula bermain Permainan Ganjaran Pilihan, Peserta mesti menjawab Soalan Permainan pada laman pendaftaran platform Permainan Ganjaran Pilihan. (e) Peserta yang menyertai Permainan Ganjaran Pilihan berpeluang untuk memenangi Ganjaran Serta-merta misteri yang akan ditunjukkan apabila mereka selesai bermain Permainan Ganjaran Pilihan. (f) Terma dan syarat berikut dikenakan ke atas Ganjaran Serta-merta: (i) Ganjaran Serta-merta disediakan dalam keadaan Sedia Ada sementara stok masih ada. (ii) Ganjaran Serta-merta tidak termasuk sebarang aksesori atau item yang ditunjukkan dalam bahan promosi kerana dipaparkan untuk tujuan ilustrasi sahaja. (iii) Sekiranya Ganjaran Serta-merta tidak dapat disediakan, Shell berhak untuk menggantikan sebarang item dengan apa-apa hadiah yang sama nilainya tanpa memberikan notis terlebih dahulu. (iv) Hadiah Peraduan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan. (v) Shell tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, kecederaan atau kemalangan yang mungkin berlaku dalam penebusan atau penggunaan Hadiah Peraduan. (vi) Sejauh mana yang dibenarkan di bawah undang-undang, Shell tidak membuat, mengecualikan dan menafikan dengan nyata sebarang pernyataan, jaminan, atau sokongan, secara tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sebarang tujuan berhubung dengan Ganjaran Serta-merta. (vii) Item Ganjaran Istimewa boleh diperiksa untuk sebarang kerosakan dan permohonan segera boleh dilakukan untuk penggantian semasa penebusan di outlet Shell SELECT tersebut sahaja. (g) Dengan menyertai Permainan Ganjaran Pilihan dan menerima Ganjaran Sertamerta, Peserta bersetuju untuk mematuhi semua Terma dan Syarat Permainan Ganjaran Pilihan Shell SELECT. Terma dan Syarat Tambahan Ganjaran Baucar Minyak Shell: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Tempoh pemberian Ganjaran Baucar Minyak Shell tambahan ( Ganjaran Baucar Minyak ) adalah dari 18 Februari 2019 (12:01 pagi) hingga 31 Mac 2019 (11:59 malam) yang boleh dipinda oleh Shell tanpa sebarang notis awal. Peserta yang memenuhi semua langkah tertera pada Klausa 4 Terma dan Syarat juga layak memenangi Ganjaran Baucar Minyak bernilai RM500 untuk satu pemenang dalam Tempoh Ganjaran Baucar Minyak. Tambahan ke atas Klausa 3 Terma dan Syarat, Pemenang Hadiah Peraduan tidak layak untuk mendapat Ganjaran Baucar Minyak dan begitu juga sebaliknya. 10 pemenang akan dipilih setiap minggu untuk Ganjaran Baucar Minyak. Klausa 9 Terma dan Syarat adalah terpakai untuk pemilihan pemenang Ganjaran Baucar Minyak. Pemenang Ganjaran Baucar Minyak akan diumumkan di Laman Web Shell Malaysia di www.shell.com.my/percutianimpian dan laman Facebook Shell Malaysia. Pemenang Ganjaran Baucar Minyak akan dihubungi oleh wakil sah agensi media Shell

(h) yang dilantik. Terma dan syarat berikut adalah terpakai ke atas Ganjaran Baucar Minyak: (i) Ganjaran Baucar Minyak disediakan dalam keadaan Sedia Ada dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga (ii) Shell berhak untuk menggantikan Ganjaran Baucar Minyak tanpa memberikan notis terlebih dahulu. (iii) Ganjaran Baucar Minyak tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan. (i) Terma dan syarat berikut adalah terpakai ke atas penebusan Baucar Minyak: (i) Baucar hanya sah sehingga pukul 11.59 malam mengikut tarikh luput yang tertera pada Baucar Minyak. (ii) Baucar ini dikeluarkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd ( SHELL ) dan hanya sah untuk penebusan di stesen runcit Shell ( Stesen Shell ) di Malaysia. (iii) Baucar ini boleh digunakan untuk menebus mana-mana minyak Shell (Shell V- Power Racing, Shell V-Power 97, Shell FuelSave 95, Shell FuelSave Diesel, Shell FuelSave Diesel Euro 5) ( Minyak Shell ) bernilai sehingga Lima Puluh Ringgit Malaysia (RM50.00) dan maksimum hanya dua (2) baucar boleh ditebus dalam satu (1) transaksi. Ini bermakna: a. sekiranya kos sebenar Minyak Shell yang diisi oleh pelanggan adalah kurang daripada RM50.00 (cth. RM48.00) dalam satu transaksi, baki RM2.00 tidak akan dipulangkan kepada pelanggan dalam apa jua bentuk sekalipun dan baucar berikut tidak boleh digunakan lagi untuk menebus sebarang Minyak Shell; dan b. sekiranya kos sebenar Minyak Shell yang diisi oleh pelanggan adalah melebihi RM50.00 (cth. RM53.00) dalam satu transaksi, jumlah tambahan bernilai RM3.00 perlu ditanggung oleh pelanggan. (iv) Untuk menebus Minyak Shell, pelanggan harus menunjukkan baucar asal kepada kaunter juruwang di Stesen Shell untuk tujuan pengesahan dan penebusan sebelum pengisian DAN pelanggan mesti diiringi oleh sekurang-kurangnya SATU (1) kakitangan Stesen Shell yang bertanggungjawab untuk mengawasi dan melihat pengisian Minyak Shell. (v) Hanya baucar asal yang diterima untuk tujuan penebusan dan baucar salinan atau rosak tidak akan diterima. (vi) Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai (separuh atau keseluruhan), barangan lain atau perkhidmatan. (vii) Semua keputusan Shell mengenai baucar tersebut adalah muktamad dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan. (viii) Shell berhak atas budi bicara mutlaknya untuk meminda, menggugurkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari masa ke masa tanpa notis terlebih dahulu. (ix) Terma dan Syarat ini, seperti yang mungkin dipinda dari masa ke semasa berhubung Klausa viii di atas, akan diguna pakai mengatasi sebarang peruntukan dan pernyataan yang terkandung di dalam mana-mana iklan atau bahan untuk promosi ini. (x) Shell berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Ganjaran Baucar Minyak ini dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, tindakan Shell membatalkan, menamatkan atau menggantung Ganjaran Baucar Minyak ini tidak akan melayakkan mana-mana

(xi) pihak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Shell bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh mana-mana pihak sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Dalam apa jua keadaan sekali pun, Shell dan Anggota gabungan Shell tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau muhibah, ganti rugi yang timbul secara langsung atau tidak langsung, berkaitan, turutan, teladan, punitif atau khas termasuk kepada pihak ketiga, walau bagaimana ia timbul sama ada menerusi kontrak, tort, kecuaian atau selainnya, berhubung dengan baucar, walaupun jika Shell telah memaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua kerosakan tersebut dikecualikan secara nyata. (xii) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Shell di 1300-88- 1808 atau e-mel ke generalpublicenquiries-my@shell.com Dasar Privasi Promosi Dasar Privasi Promosi ini memberikan maklumat tentang pemprosesan data peribadi anda kerana menjadi (i) salah seorang peserta Promosi, (ii) salah seorang pelanggan kami dan/atau (iii) pengunjung Laman Web Shell Malaysia untuk mengakses Promosi ( Laman Web ). Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti supaya anda dapat memahami cara kami mengumpul dan menggunakan data peribadi yang anda berikan kepada kami. Dengan mengemukakan data peribadi untuk melayakkan anda untuk Promosi, anda dianggap telah memberikan persetujuan, jika perlu dan berkenaan, untuk pendedahan yang dirujuk dalam Dasar Privasi ini. 1. Bilakah Dasar Privasi ini terpakai? Dasar Privasi ini terpakai untuk pemprosesan data peribadi anda kerana menjadi (i) salah seorang peserta Promosi, (ii) salah seorang pelanggan kami dan/atau (iii) pengunjung Laman Web. Di Laman Web tersebut, anda akan menemui beberapa pautan ke laman web lain. Walaupun laman web ini dipilih dengan teliti, kami tidak bertanggungjawab terhadap pemprosesan data peribadi anda melalui laman web ini. Oleh itu, Dasar Privasi ini tidak terpakai untuk penggunaan laman web tersebut. 2. Siapakah pengawal data anda? Pengawal bagi pemprosesan data peribadi anda adalah: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 6087-M dan tempat perniagaan utamanya di Menara Shell, No. 211, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia; dan Shell Timur Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 113304-H dan tempat perniagaan utamanya di Bangunan Shell Timur, Titanium Tower, Lot 1, Brighton Square, Jalan Song, 93350, Kuching, Sarawak. 3. Apakah tujuan kami memproses data peribadi anda? Dalam Dasar Privasi ini, kami menerangkan data peribadi yang kami proses dan tujuan ia diproses.

3.1 Khidmat pelanggan dan pengurusan hubungan Sekiranya anda menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk membuat pertanyaan atau aduan, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat tertentu bagi mengenal pasti diri anda dan membantu kami menjawab pertanyaan anda. Kami menggunakan apa-apa data peribadi yang diberikan hanya untuk tujuan ini dan untuk menambah baik perkhidmatan sokongan pelanggan kami. Apakah data peribadi yang kami proses untuk tujuan ini? Bagi membolehkan kami menjawab pertanyaan atau memberi maklum balas terhadap aduan anda dengan sewajarnya, kami mencatat butiran pertanyaan atau aduan anda dalam pangkalan data pelanggan kami. Kami juga mungkin meminta maklumat perhubungan anda bagi memastikan anda sentiasa dimaklumkan tentang status pertanyaan atau aduan anda. 3.1 Penyertaan Promosi Shell sering mengadakan promosi untuk pelanggannya. Dalam sesetengah kes, kami akan meminta anda memberikan kami data peribadi anda melalui borang pendaftaran, iklan atau laman web untuk menyertai promosi tersebut. Apakah data peribadi yang kami proses untuk tujuan ini? Jika anda memilih untuk menyertai promosi tersebut, kami mungkin memproses data peribadi yang anda berikan (termasuk nama, nombor telefon bimbit, umur, alamat dan alamat e-mel anda) bagi mendaftarkan atau mengesahkan penyertaan anda, menentukan sama ada anda memenuhi syarat promosi dan menghantar kepada anda apa-apa hadiah atau manfaat. Bergantung pada promosi, kami juga mungkin memproses maklumat tentang penyertaan anda dalam promosi, seperti mata, penyerahan atau hadiah/manfaat yang dimenangi. 3.2 Tawaran untuk Produk dan Perkhidmatan Shell Sebagai pelanggan Shell, anda mungkin menerima tawaran dan maklumat daripada Shell ( Tawaran ). Tawaran tersebut mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada pemberian: surat berita elektronik yang mengandungi tawaran dan maklumat am; minyak Shell atau baucar beli-belah; kupon diskaun untuk produk kedai Shell. Anda mungkin menerima Tawaran melalui pos biasa, e-mel, SMS, media sosial, kupon, melalui Laman Web atau mana-mana saluran digital lain yang anda gunakan. Apakah data peribadi yang kami proses untuk tujuan ini? Untuk menghantar Tawaran kepada anda, kami mungkin memproses data peribadi yang anda berikan (termasuk nama, alamat dan alamat e-mel). Bagi membolehkan kami memberi anda Tawaran yang lebih diperibadikan, Shell mungkin menganalisis sejarah pembelian anda (termasuk data tentang (i) produk tertentu yang anda beli, (ii) jumlah pembelian anda bagi setiap urus niaga, (iii) masa dan tempat pembelian yang anda buat, dan (iv) kaedah pembayaran yang anda gunakan), penggunaan Laman Web oleh anda, e-mel yang anda terima daripada Shell, lokasi berdasarkan alamat IP anda, penyertaan anda dalam promosi dan jawapan kaji selidik anda. Bagi menentukan pilihan anda, Shell juga mungkin menggabungkan data peribadi anda yang telah pun diketahui oleh anggota gabungan Shell, termasuk data yang diperolehi

melalui laman web, aplikasi, kupon, media sosial, kaji selidik, promosi dan saluran digital yang lain; kad minyak jenama Shell dan kad pembayaran lain di tapak runcit Shell, berserta pembelian yang dibuat oleh pelanggan yang mempunyai minat yang sama dan maklumat sosiodemografi tambahan tentang diri anda daripada sumber pihak ketiga untuk menganalisis pembelian yang anda buat sebelum ini. Memilih untuk tidak lagi menerima Tawaran Anda boleh berhenti daripada menerima Tawaran pada bila-bila masa dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-1808. 3.3 Pentadbiran Promosi Kami memproses data peribadi anda untuk mentadbir penyertaan anda dalam Promosi. Apakah data peribadi yang kami proses untuk tujuan ini? Kami mungkin memproses mana-mana atau kesemua data peribadi yang anda berikan semasa anda mendaftar dan menyertai Peraduan, seperti nama, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel anda. 3.4 Pengurusan teknikal dan fungsi Laman Web Apabila anda mengunjungi atau menggunakan Laman Web, kami memproses beberapa maklumat teknikal tentang diri anda (seperti alamat IP anda) untuk menyediakan fungsi perkhidmatan dalam talian kami kepada anda dan mengurusnya. Dengan maklumat teknikal ini, kami dapat mengurus Laman Web, contohnya, menyelesaikan kegagalan teknikal atau menjadikannya lebih andal. Apakah data peribadi yang kami proses untuk tujuan ini? Kami memproses data teknikal seperti alamat IP komputer, tablet atau telefon pintar, butiran laman yang anda kunjungi di Laman Web, pelayar web yang anda gunakan untuk melayari Laman Web, laman web yang anda kunjungi sebelum/selepas itu dan tempoh kunjungan/sesi anda. 3.5 Mencegah, mengesan dan menyiasat fraud Shell mungkin menggunakan data peribadi yang anda berikan kepada Shell untuk mencegah, mengesan dan menyiasat fraud, serta menguatkuasakan Terma dan Syaratnya. 4. Siapakah yang mempunyai akses terhadap data anda? Shell mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana yang berikut: Syarikat pihak ketiga yang diberi kuasa yang terlibat dalam pengendalian Peraduan, seperti mana-mana syarikat lain yang dibenarkan untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada peserta-perserta Promosi; Mana-mana ejen, penyedia perkhidmatan dan/atau subkontraktor Shell dan anggota gabungannya; Mana-mana orang yang kepadanya Shell bercadang hendak memindahkan mana-mana hak dan/atau kewajipannya.

Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, kami tidak akan mendedahkan atau memproses mana-mana data peribadi anda tanpa kebenaran anda, melainkan kami berhak di sisi undang-undang atau dikehendaki oleh kontrak untuk berbuat demikian, atau jika kami percaya bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk melindungi dan/atau mempertahankan hak, harta atau keselamatan diri kami dan hak, harta atau keselamatan pengguna/pelanggan kami atau individu lain. Data peribadi anda akan diberikan kepada agensi penyeliaan, pihak berkuasa fiskal dan agensi siasatan hanya jika Shell dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang. Jika pada bila-bila masa, anda ingin kami berhenti memproses Data Peribadi anda untuk manamana atau kesemua tujuan di atas, sila pilih keluar (opt-out) dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di di 1-300-88-1808. Kami akan menghentikan penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut seberapa segera yang mungkin. 5. Berapa lama data peribadi anda akan disimpan? Data peribadi anda akan diproses selagi tujuan-tujuan perniagaan sah yang tersebut di atas masih wujud dan untuk jangka masa yang munasabah selepasnya. Kami juga akan menutup akaun anda (jika terpakai) seberapa segera yang mungkin apabila perhubungan komersial anda dengan Shell telah tamat. Kami akan menutup atau menyahaktifkan akaun yang cara penggunaannya melanggar Dasar Privasi ini atau Terma dan Syarat yang terpakai. Di bawah keadaan tertentu, seperti pencegahan fraud, kami akan menyimpan data peribadi daripada akaun yang ditutup atau dinyahaktifkan untuk tempoh masa yang lebih lama, atau selainnya mengambil tindakan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. 6. Apakah kuki (Cookie) yang digunakan oleh Shell? Laman Web menggunakan kuki atau teknologi yang serupa. Kuki ialah fail teks kecil yang dihantar kepada pelayar Internet anda supaya kami dapat mengecam pelayar anda apabila anda kembali ke laman web kami. Shell dan penyedia perkhidmatannya yang diberi kuasa mungkin menggunakan imej grafik kecil yang dikenali sebagai GIF jelas (clear GIF) yang bekerjasama dengan kuki untuk mengenal pasti diri anda dan penggunaan Laman Web dan/atau Aplikasi oleh anda. Shell dan penyedia perkhidmatan tersebut juga mungkin menggunakan teknologi lain untuk menyimpan maklumat dalam pelayar anda dengan menggunakan objek perkongsian setempat atau storan setempat, seperti kuki HTML 5, kuki kilat (flash cookies) dan kaedah perisian aplikasi web yang lain. Dengan menggunakan teknologi ini, kami dapat mengumpul data tentang penggunaan Laman Web, seperti laman yang dikunjungi, interaksi anda dengan maklumat di Laman Web dan tempoh kunjungan anda. Kuki fungsian Shell menyimpan kuki yang penting untuk menyediakan fungsi Laman Web dan/atau Aplikasi. Sebagai contoh, kuki mengingati pilihan anda, seperti bahasa dan rantau, yang kekal sebagai seting lalai anda apabila anda mengunjungi semula Laman Web dan/atau Aplikasi. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menolak atau menyekat kuki yang ditetapkan oleh Shell, jika anda ingin berbuat demikian, dengan mengubah seting pelayar anda lihat fungsi Help dalam pelayar anda untuk butiran lanjut. Kuki analisis web Shell mungkin menggunakan kuki pihak ketiga untuk analisis web. Kuki tersebut membolehkan Shell menganalisis penggunaan Laman Web dan/atau Aplikasi. Analisis ini bergantung pada data statistik teragregat yang diberikan kepada Shell oleh penyedia perkhidmatan Shell yang diberi kuasa dan membolehkan Shell memahami cara anda menggunakan Laman Web dan/atau Aplikasi. Shell dan penyedia perkhidmatan tersebut hanya boleh memberikan data tersebut kepada pihak ketiga jika dikehendaki oleh undang-undang. Kuki pengiklanan Shell mungkin menggunakan kuki pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan. Shell mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa untuk menyediakan

iklan di Laman Web dan/atau Aplikasi serta laman web lain di Internet. Penyedia perkhidmatan tersebut mungkin meletakkan kuki pada pelayar anda, dan mungkin mengumpul maklumat yang membantu mereka mengenal pasti peranti anda, seperti alamat IP, atau pengenal unik atau pengecam peranti yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan pelayar menerima kuki secara automatik, jadi jika anda tidak mahu kuki digunakan, anda perlu menghapuskan atau menyekat kuki secara aktif. Anda juga boleh melayari www.allaboutcookies.org untuk butiran tentang cara menghapuskan atau menolak kuki dan maklumat lanjut tentang kuki secara umum. Untuk maklumat tentang penggunaan kuki dalam pelayar telefon bimbit dan butiran tentang cara menolak atau menghapuskan kuki tersebut, sila rujuk manual telefon bimbit anda. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa jika anda menolak penggunaan kuki, anda masih boleh melayari laman web kami, tetapi sesetengah fungsi mungkin tidak berfungsi dengan betul dan anda mungkin tidak lagi dapat menggunakan semua fungsi Laman Web. 7. Notis Khas jika anda berumur bawah 18 tahun? Shell tidak mengumpul data peribadi individu yang berumur bawah 18 tahun dengan sengaja. Jika anda berumur bawah 18 tahun, jangan hantar data peribadi anda kepada kami (contohnya, nama, alamat dan alamat e-mel anda). Jika anda berumur bawah 18 tahun dan anda ingin menanyakan soalan atau menggunakan Laman Web dengan apa-apa cara yang memerlukan anda mengemukakan data peribadi anda, minta ibu/bapa atau penjaga anda berbuat demikian bagi pihak anda. 8. Bagaimanakah kami melindungi data peribadi anda? Kami telah melaksanakan teknologi dan dasar dengan objektif melindungi privasi anda daripada akses tanpa kebenaran dan penggunaan yang tidak wajar. 9. Kepada siapakah pertanyaan dan permintaan untuk mengakses, memadam dan sebagainya perlu dikemukakan? Matlamat kami adalah untuk memastikan data kami tentang anda adalah setepat yang mungkin. Jika anda ingin menyemak semula, mengubah atau memadam butiran yang telah anda berikan kepada kami, sila hantar permintaan anda dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-1808. 10. Pengubahsuaian dan Percanggahan Dasar Privasi ini mungkin diubah dari semasa ke semasa. Anda dinasihatkan supaya selalu menyemak Dasar Privasi ini untuk mengetahui perubahan yang mungkin dibuat. Jika terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu notis ini, versi bahasa Inggeris hendaklah digunakan.