TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL PROGRAM CADANGAN PELANGGAN RED CARPET BANKING (RCB) Program Cadangan Pelanggan Red Carpet Banking (RCB) ( Program ) ini dilancarkan oleh Public Bank Berhad [6463-H] ( PBB ). Terma dan syarat yang berikut mengawal Program ini yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. 1. Tempoh Program 1.1 Program ini akan berlangsung dari 7 Disember 2018 hingga 30 Jun 2018 [termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Program )]. PBB berhak untuk menukar tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh berakhirnya Tempoh Program ini. 2. Kelayakan 2.1 Program ini terbuka kepada semua ahli RCB PBB sedia ada ( Pencadang ) dan penyertaan mestilah dari mana-mana Pusat RCB ( Pusat RCB yang Mengambil Bahagian ) di cawangan PBB. 2.2 Kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak PBB, Public Islamic Bank Berhad ( PIBB ) dan Public Investment Bank Berhad ( PIVB ) TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Program ini. 3. Mekanisma Program 3.1 Untuk layak menyertai Program ini, Pencadang mesti mencadangkan Pelanggan Baharu kepada Bank ( Pelanggan Baharu ) untuk menjadi ahli RCB PBB di bawah Program ini. Borang Program Cadangan Pelanggan Red Carpet Banking ( Borang Rujukan ) mesti dilengkapkan dan dihantar ke mana-mana Pusat PCB yang mengambil bahagian selewatlewatnya pada 30 Jun 2019. 3.2 Pelanggan Baharu ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa Akaun Deposit dengan PBB/PIBB, dalam tempoh 12 bulan yang lepas sebelum Pelanggan Baharu mendaftar sebagai ahli RCB di bawah Program ini. Akaun Deposit dengan PBB/PIBB merujuk mana-mana satu atau kombinasi Deposit Tetap Mata wang Asing (yang setara dengan Ringgit), Akaun Semasa Mata wang Asing /-i (yang setara dengan Ringgit), Akaun Semasa /-i, Akaun Simpanan /-i, Deposit Tetap / e-deposit Tetap atau Deposit Bertempoh / e-deposit Bertempoh. 1
Pelanggan Baharu mesti memenuhi kriteria kelayakan keahlian RCB berdasarkan status keahlian yang berikut yang mesti dikekalkan selama tempoh minimum 3 bulan secara berterusan. Deposit Agregat Minimum* Status Keahlian RM300,000 hingga di bawah RM1,000,000 RCB Gold RM1,000,000 dan ke atas RCB Elite * Kekalkan kombinasi sama ada Deposit Tetap Mata wang Asing (yang setara dengan Ringgit), Akaun Semasa Mata wang Asing /-i (yang setara dengan Ringgit), Akaun Semasa /-i, Akaun Simpanan /-i, Deposit Tetap / e-deposit Tetap atau Deposit Bertempoh / e-deposit Bertempoh dan buka/senggara Akaun Premier ACE. 3.3 Sekiranya Pelanggan Baharu membuka Akaun Semasa bersama atau Akaun Simpanan yang mana pemegang akaun bersama itu juga dicadangkan oleh Pencadang, Pencadang hanya akan mendapat satu (1) Hadiah Tunai sekiranya cadangannya diterima di bawah Program ini. 3.4 Sekiranya dua (2) atau lebih daripada 2 orang Pencadang mencadangkan Pelanggan Baharu yang sama, Hadiah akan diberi kepada Pencadang yang pertama mengemukakan Borang Rujukan kepada Pusat RCB yang Mengambil Bahagian berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat dalam rekod PBB dan dengan syarat permohonan keahlian itu berjaya. 3.5 PBB tidak akan mendedahkan status permohonan kepada mana-mana orang selain daripada Pelanggan Baharu itu sendiri. PBB akan memaklumkan kepada Pencadang yang cadangannya itu berjaya melalui notis bertulis yang dihantar ke alamat surat-menyurat, alamat e-mel atau melalui mesej pesanan ringkas kepada Pencadang yang terdapat dalam rekod PBB. 3.6 PBB mempunyai hak mutlak untuk menolak permohonan keahlian RCB tanpa memberi sebab atau merujuknya kepada Pencadang. 3.7 Pencadang layak untuk mendapat Hadiah Tunai apabila permohonan RCB oleh Pelanggan Baharu di bawah Program ini berjaya: Bil. Rujukan yang Berjaya Hadiah Tunai^ untuk Pencadang Satu (1) orang ahli RCB Gold RM300 Satu (1) orang ahli RCB Elite RM500 ^ Hadiah Tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa/Simpanan Pencadang seperti yang ditunjukkan dalam Borang Rujukan Contoh Senario 1: Pencadang A berjaya memperkenalkan satu (1) orang ahli RCB Gold baharu, dengan ini beliau layak menerima Hadiah Tunai sebanyak RM300. 2
4. Hadiah Contoh Senario 2: Pencadang B berjaya memperkenalkan satu (1) orang ahli RCB Gold dan satu (1) orang ahli RCB Elite baharu, dengan ini beliau layak menerima Hadiah Tunai sebanyak RM800. Hadiah Tunai ini akan dikreditkan dalam tempoh satu (1) bulan apabila deposit bulanan minimum dikekalkan selama tempoh minimum tiga (3) bulan secara berterusan, iaitu 3 bulan dari tarikh Pelanggan memperoleh keahlian dalam RCB, seperti yang dikehendaki dalam Perkara 3.2 di atas. 4.1 Hadiah Tunai tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dirundingi dan tidak boleh ditukar dengan apa-apa jua sekalipun, sebahagiannya atau sepenuhnya. 4.2 PBB berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan apa-apa Hadiah Tunai dengan hadiah yang sama nilainya pada bila-bila masa dan/atau untuk menambah atau mengurangkan nilai Hadiah Tunai tersebut. 4.3 Pencadang bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai, kos sampingan dan/atau caj lain yang berkaitan dengan Hadiah Tunai berkenaan. PBB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa cukai, kos sampingan, dan/atau caj yang disebabkan oleh Hadiah Tunai itu. 5. Liabiliti dan Tanggungjawab 5.1 PBB TIDAK akan bertanggungjawab dalam apa juga cara, terhadap apaapa kejadian yang diakibatkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat-masuk kerja, tindakan perusahaan, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, apa juga gangguan teknikal atau sistem, campur tangan manusia tanpa kebenaran dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengendalian dan pemprosesan Program ini. 5.2 PBB tidak akan dipertanggungjawabkan, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kehilangan dan kerosakan atau/atau apa juga sekalipun yang dialami oleh Pencadang, sepenuhnya atau sebahagian, disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Program ini. 5.3 Apa-apa risiko kehilangan Hadiah Tunai tersebut akan dipindahkan kepada Pencadang selepas kredit Hadiah Tunai tersebut dihantar kepada Pencadang. PBB tidak akan dipertanggungjawabkan bagi atau diwajibkan untuk mengakui atau menggantikan mana-mana Hadiah Tunai yang hilang atau dicuri. 3
6. Hak PBB 6.1 PBB berhak mengikut budi bicara budi bicara mutlaknya untuk meminda, memotong dan/atau membuat penambahan pada mana-mana Terma dan Syarat dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar melalui laman web PBB atau apa-apa kaedah komunikasi lain yang PBB anggap sesuai dan pindaan, potongan atau penambahan sedemikian hendaklah berkuat kuasa pada tarikh sebagaimana yang akan ditetapkan oleh PBB. Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Pencadang dianggap bersetuju untuk terikat dengan pindaan, potongan atau penambahan Terma dan Syarat seumpama itu seperti yang dinyatakan di atas. 6.2 Kelayakan Pencadang ke atas Hadiah Tunai itu adalah atas budi bicara PBB. Keputusan PBB berhubung dengan semua perkara berkaitan dengan Program ini adalah muktamad dan mengikat dan tiada surat-menyurat atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut akan dilayani. 6.3 Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penangguhan Program ini oleh PBB tidak memberi hak kepada Pencadang untuk apaapa tuntutan atau ganti rugi daripada PBB bagi apa-apa dan semua kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau yang dialami oleh Pencadang secara langsung atau tidak langsung berikutan daripada perubahan tempoh semasa atau tarikh tamat atau tindakan pembatalan, penamatan atau penangguhan tersebut. 7. Lain-lain 7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Pencadang mengesahkan bahawa:- a) Pencadang telah memperoleh keizinan Pelanggan Baharu untuk mendedahkan data peribadinya seperti nama dan nombor telefon untuk membolehkan PBB menghubunginya; b) PBB berhak untuk menghubungi Pelanggan Baharu berkaitan dengan apa-apa maklumat dalam Borang Cadangan dan/atau Program ini melalui apa juga kaedah komunikasi; dan; c) PBB dibenarkan untuk mendedahkan nama Pencadang sekiranya Pelanggan Baharu bertanya mengenai sumber rujukan untuk Program ini. 4
7.2 Untuk membaca Notis Kerahsiaan Bank mengenai bagaimana kami menggunakan maklumat anda atau sekiranya anda ingin mendapat maklumat mengenai produk dan perkhidmatan termasuk tawaran promosi dan bahan pemasaran Bank dan rakan sekutunya, sila layari www.pbebank.com atau kunjungi mana-mana cawangan Bank. ****************************************************************** Halaman Selebihnya Pada Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong ****************************************************************** 5