UCAPAN ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PEMERKASAAN KOPERASI BERLANDASKAN 1
SEMANGAT KERJASAMA DAN KEUSAHAWANAN 12 JANUARI 2019 (SABTU) 12.00 TENGAHARI BALLROOM 1, 2 & 3, HOTEL TENERA BANGI, SELANGOR 2
Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamulaikum WBT dan Salam Sejahtera Terima Kasih Pengacara Majlis (salutasi seperti disediakan) 3
Yang Berhormat Menteri, Dato - Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. 1. Pertama kali, saya bagi pihak ANGKASA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, yang telah sudi 4
hadir ke satu program yang penting kepada gerakan koperasi negara. 2. Untuk makluman YB Menteri, Konvensyen yang diadakan pada dua hari satu malam ini, dihadiri oleh hampir 700 orang koperator yang mewakili hampir 400 buah koperasi 5
dari pelbagai fungsi, sektor atau bidang. Konvesnyen ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan koperasi mengikut fungsi-fungsi dan mengenal pasti isu-isu atau halangan yang dihadapi oleh koperasi untuk 6
memperkembangkan perniagaan koperasi. 3. Konvensyen yang sarat dengan pembentangan kertas kerja oleh mereka yang pakar dalam bidangnya, diharap dapat membuka minda koperator untuk 7
lebih kreatif dan meneroka bidangbidang baru perniagaan. 4. Konvensyen ini dirangka dengan teliti bersama kumpulan PEMIKIR yang di ketuai oleh yang Berbahagia Prof. Dato Dr Sudin Haron, merupakan usaha serius 8
yang diterajui oleh ANGKASA untuk memperkasa gerakan koperasi negara untuk memberikan sumbangan yang signifikan kepada KDNK negara. 5. Setiap isu akan dikupas dan dicanai dalam bengkel-bengkel 9
yang khusus untuk membincangkan isu tersebut sebelum dirangkumkan sebagai satu resolusi yang akan membantu pihak kementerian merangka dasar-dasar baru koperasi di bawah kerajaan baru. 10
6. Pada konvensyen kali ini juga, ANGKASA menjemput semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat di dalam lapan (8) sektor koperasi, terutamanya agensiagensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan. 11
Yang Berhormat Dato Seri, Tuan- Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian 7. Lapan (8) sektor yang kini giat dilaksanakan oleh ANGKASA kepada semua koperasi adalah: 12
a. Sektor Perkhidmatan Kewangan; b. Sektor Pemborongan dan Peruncitan; c. Sektor Pelancongan, Kesihatan dan Penjagaan Diri; 13
d. Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani; e. Sektor Perladangan; f. Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan; g. Sektor Inovasi dan Teknologi; dan 14
h. Sektor Komuniti. 8. Setiap koperasi menerusi sektorsektor, akan mempunyai agensiagensi kerajaan yang terlibat secara langsung apabila koperasi ingin menceburi bidang perniagaan tertentu. 15
9. Dengan adanya penglibatan agensi kerajaan melalui konvensyen ini, ianya akan menjadi satu platform untuk mewujudkan senergi yang lebih efektif dan efisen di antara koperasi dan agensi-agensi kerajaan yang dinaunginya. 16
10. ANGKASA merasakan sinergi ini perlu diperkukuh dan dimantapkan supaya koperasi boleh menjadi pemain utama untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dan dalam masa yang sama mengurangkan kos sara hidup. 17
11. Ini kerana penyertaan individu dalam mana-mana koperasi adalah terbuka mengikut sasaran dan ruang lingkup koperasi. Berdasarkan kepakaran atau pengkhususan setiap anggota dan koperasi ini, koperasi boleh meneroka bidang-bidang yang 18
lebih mencabar dan memberikan impak besar kepada ekonomi koperasi. 12. Ianya hanya boleh dilaksanakan dengan adanya senergi yang baik di antara koperasi dan agensi- 19
agensi kerajaan serta sokongan padu daripada pihak kerajaan. 13. Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA akan terus berperanan sebagai pemangkin yang berkesan kepada koperasi yang mempunyai 20
semangat untuk meningkatkan rating koperasi, daripada mikro kepada kecil, daripada kecil kepada sederhana dan daripada sederhana kepada kategori koperasi besar. 21
Yang Berhormat Dato Seri, Tuan- Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian 14. Konvensyen yang diadakan pada kali ini adalah titik tolak kepada gerakan koperasi untuk mempamerkan kesungguhan dan 22
sokongan padu kepada khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan, yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato Seri dan kerajaan baru amnya. 15. Gerakan koperasi negara memerlukan satu suntikan baru 23
daripada YB Dato Seri dan ANGKASA yakin, idea-idea pembaharuan yang ingin dibawa oleh YB Dato Seri akan memberi kesan menyeluruh kepada senario koperasi di negara ini. 24
16. ANGKASA akan menyokong dan bekerja sama secara rapat dengan Kementerian Pembangunan Usahawan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lainnya, untuk memastikan agenda 25
pembangunan koperasi menjadi satu yang dominan di Malaysia. 17. Sekali lagi, saya bagi pihak ANGKASA dan gerakan koperasi negara mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri yang dapat 26
hadir merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Koperasi pada kali ini. 18. Terima kasih juga kepada para pembentang kertas kerja dan PEMIKIR yang telah bersama-sama ANGKASA yang menjayakan konvensyen penting ini. 27
19. Terima kasih kepada seluruh koperator yang datang daripada utara, selatan, timur, barat, Sabah dan Sarawak yang bersama-sama dan bersemangat untuk membangunkan koperasi. 28
20. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t - TAMAT - 29