TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA HARI APRESIASI D SEVEN SMK SEKSYEN 7 TAHUN 2018 1
2 NOVEMBER 2018 (JUMAAT) DEWAN TERBUKA, SMK SEKSYEN 7 SHAH ALAM Bismillahhirrahmanirrahim 2
Assalamulaikum WBT, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Terima Kasih Pengacara Majlis YBrs., Pengetua, SMK Seksyen 7 3
Yang Dihormati,, Yang Dipertua PIBG, SMK Seksyen 7 Barisan Penolong Kanan Barisan Ketua Bidang Guru-guru, Para ibu bapa, dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. 4
1. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Apresiasi D Seven, SMK Seksyen 7 bagi tahun 2018. 5
2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya menghadiri majlis gilanggemilang ini. 3. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan 6
kerana ianya memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan juga akademik. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar 7
lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing. 4. Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh warga sekolah yang telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis anugerah ini. 8
Sesungguhnya anugerah seumpama ini telah memberi peluang terbaik kepada pelajarpelajar, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk mempamerkan keupayaan dan kemampuan sebenar pelajarpelajar kita untuk meraih gelaran di 9
peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Mencari dan memberi anugerah kepada best of the best sudah pastinya sukar bagi jawatankuasa penilaian. Hanya orang yang benar-benar layak sahaja akan menerima ganjarannya. 10
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 5. Bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi, pihak Kementerian Pendidikan dan ANGKASA sebagai penggerak gerakan koperasi di Malaysia, sentiasa bekerjasama 11
menjadikan koperasi sekolah wadah/platform terbaik ke arah itu. 6. Oleh sebab itu, programprogram pembangunan koperasi sekolah mendapat sokongan padu Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya. Alhamdulilah komitmen 12
dan kesungguhan ini telah memberi impak yang besar kepada negara, gerakan koperasi dan pembangunan sekolah. 7. Di peringkat antarabangsa, gerakan koperasi sekolah Malaysia mendapat pengiktirafan dunia 13
antara yang terbaik dan modelnya menjadi rujukan dunia. 8. Di peringkat nasional, bilangannya sangat besar. Pada 2017 terdapat lebih 2,300 buah koperasi sekolah dengan keanggotaan melebihi 1.8 juta 14
orang, modal syer/yuran melebihi RM25 juta, aset lebih RM 345 juta dan telah menyumbang perolehan melebihi RM382 juta. 9. Menjelang 2020, kita mensasarkan semua sekolah menengah mempunyai koperasi 15
dan 50 buah menyumbang perolehan melebhi RM 1 juta. Sebelum ini, 9 buah koperasi sekolah telah mencapai perolehan melebihi RM 1 juta. Bagi 2017, 6 buah sekolah berjaya mencapai perolehan melebih sejuta tetapi bilangannya mungkin lebih sebab 16
pengauditan belum selesai sepenuhnya. 10. Walaupun kita meletakkan sasaran perolehan untuk koperasi sekolah, tetapi nilai mulia, terbaik yang kita ingin terapkan dalam 17
pembentukan jati diri pelajar tetap menjadi keutamaan. 11. Akhir sekali, saya berharap anugerah yang diterima akan menjadi pendorong dan perangsang kepada murid-murid manakala guru guru pula perlu terus 18
berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui kerjasama padu berteraskan semangat espirit de corps sebagai tonggak kejayaan organisasi. 12. Saya dengan lafaz suci bismillahirramanirahim merasmikan 19
HARI APRESIASI SMK SEKSYEN 7 TAHUN 2018. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t. 20