TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN FORUM PEMBIAYAAN HARTANAH KOPERASI DAN PENYERAHAN BANTUAN 1
PROGRAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BINAAN TAHUN 2018 18 DISEMBER 2018 (SELASA) 4.30 PETANG HOTEL GRAND BLUE WAVE SHAH ALAM, SELANGOR 2
Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima Kasih Pengacara Majlis YBhg. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan Naib Presiden ANGKASA 3
YBhg. Dato Hj. Che Mohd Shukree Che Isa Naib Presiden ANGKASA YBrs. Tuan Rusli Jaafar Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Selangor 4
YBrs. Puan Norlelah binti Samsuddin Penolong Ketua Pengarah Sektor Hartanah Suruhanjaya Koperasi Malaysia 5
YBhg. Dato Mohd. Alias Hamzah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor 6
YBrs. Tuan Hj. Zulkifli Jamaludin Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan YBhg. Barisan Ahli Jawatankuasa Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA 7
Tn. Hj. Nasir Khan Yahaya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Tn. Hj. Abdullah Hj Jusoh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi 8
Penasihat-Penasihat Korporat ANGKASA Barisan Pengurusan Kanan ANGKASA 9
Dato -Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian 1. Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-nya jua maka 10
forum Pembiayaan Koperasi Hartanah dan Penyerahan Bantuan Program Pembangunan Perniagaan Pembekal Bahan Binaan 2018 dapat dilaksanakan. 2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan panel forum, 11
wakil-wakil agensi dan semua peserta yang dapat hadir pada petang ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada koperasi yang dipilih untuk menerima bantuan perniagaan pembekal bahan binaan bagi tahun 2018 ini. Selain itu, terima 12
kasih juga kepada para pempamer yang turut serta mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka pada petang ini. 3. Forum ini merupakan lanjutan program jaringan kerjasama koperasi yang terlibat dalam 13
perniagaan hartanah dengan Kementerian, agensi-agensi kerajaan, koperasi serta swasta. Pada hari ini juga bank-bank yang menawarkan pembiayaan kepada koperasi yang menjalankan aktiviti pembangunan hartanah turut dijemput hadir. 14
Hadirin yang dihormati sekalian 4. Sebagai badan puncak yang memayungi gerakan koperasi negara, ANGKASA sentiasa berusaha untuk menyediakan ruang dan peluang melalui jaringan kerjasama perniagaan 15
hartanah antara koperasi dengan swasta. ANGKASA berperanan merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam sektor pembangunan hartanah seterusnya membina rangkaian perniagaan koperasi di peringkat 16
nasional. ANGKASA turut mengaturkan jaringan antara pihak pembiaya dan koperasi yang bergiat dalam bidang pembangunan hartanah dan industri pembinaan. 17
5. Jalinan kerjasama ANGKASA dengan Persatuan Usahawan Hardware Bumiputera Malaysia adalah salah satu medium untuk merangsang koperasi yang terlibat dalam perniagaan pembekalan bahan binaan. Kerjasama ini bergantung kepada persetujuan 18
antara kedua pihak berdasarkan terma dan syarat yang mampu koperasi penuhi demi manfaat anggota, koperasi dan negara. Hadirin yang dihormati sekalian 19
6. Terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi yang terlibat sebagai pemaju dalam bidang pembangunan hartanah dan industri pembinaan, antaranya: 20
i) Koperasi tidak mempunyai modal awalan yang banyak bagi memulakan sesuatu projek pembangunan hartanah. Pembangunan sesuatu projek hartanah merupakan projek mega yang memerlukan modal yang 21
amat besar di samping lain-lain kos yang berkaitan. ii) Kebanyakan koperasi mempunyai tanah yang banyak untuk dimajukan namun tidak mempunyai dana yang mencukupi. 22
iii) Kemudahan pembiayaan daripada syarikat kewangan sukar diperoleh dan anggota sukar mendapatkan pinjaman Bridging Financing untuk melaksanakan sesuatu projek. 23
iv) Tidak dinafikan kesukaran koperasi menyakinkan pihak bank dan institusi kewangan bagi mendapatkan pembiayaan antara isu dan cabaran kritikal yang perlu dihadapi koperasi pembangunan hartanah. 24
v) Pembeli sukar mendapatkan pinjaman perumahan End Financing untuk membeli rumah kerana tidak mempunyai slip gaji dan baki gaji yang ada tidak mencukupi syarat- syarat potongan gaji. 25
vi) Kekurangan penglibatan koperasi dalam perniagaan bekalan bahan binaan bagi koperasi yang menjalankan projek perumahan. Dengan adanya program seumpama ini secara tidak 26
langsung menjadi platform dan peluang terbaik koperasi untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan selain itu, peserta yang hadir dapat mendengar dan bertanya sendiri secara terus kepada pihak pembiaya yang 27
menjadi panel forum kita pada petang ini. 7. Untuk melengkapkan rantaian perniagaan antara koperasi sama ada yang mempunyai tanah milik koperasi atau tanah milik anggota, peranan berikut perlu dilakukan: 28
Koperasi sebagai pemaju; Koperasi sebagai kontaraktor; Koperasi sebagai pembekal (iaitu bahan binaan, jentera, logistik, peralatan dan lain-lain); dan Koperasi sebagai pembiaya kredit (yang memberi pinjaman, 29
pembiayaan projek dan juga pembeli). 8. Manakala sektor pembangunan hartanah yang terlibat dalam bidang utama perkhidmatan pula boleh dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu: 30
Pemilikan bangunan komersial dan kediaman; Pemilikan dan pajakan tanah; Pelaburan hartanah untuk jualan; dan Unit amanah pelaburan hartanah Hadirin Yang Dihormati Sekalian 31
9. Objektif utama Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Dalam merealisasikan citacita ini, kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan keseimbangan pertumbuhan ekonomi yang 32
optimum dan pengagihan ekonomi yang saksama. Ini akan tercapai melalui penggalakkan pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta mengurangkan jurang sosiekonomi antara masyarakat selain menggalakkan perkongsian. 33
10. Bagi gerakan koperasi, perkongsian pintar antara koperasi yang terlibat dalam bidang pembangunan hartanah dan industri pembinaan bukan sahaja meningkatkan daya maju bidang pembinaan koperasi bahkan mampu melonjakkan industri 34
hartanah dan pembinaan Malaysia seterusnya memenuhi permintaan masyarakat terhadap hartanah mampu milik masa kini. 11. Seharusnya koperasi mengambil peluang keemasan ini agar gerakan koperasi yang terlibat 35
mampu berdiri sama tinggi agar setanding dengan sektor pembinaan swasta. 12. Akhir kata, sebagai institusi yang terbina atas dasar kerjasama, saya mahu melihat kejayaan kita didokong oleh kesepaduan dan 36
tindakan kerjasama di peringkat akar umbi antara semua pihak dalam membina kejayaan yang cemerlang dalam bidang hartanah. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada koperasi-koperasi yang berjaya mendapat bantuan perniagaan 37
bekalan bahan binaan tahun 2018. Harapan saya semoga usaha seumpama ini dapat dipertingkat dan diteruskan setiap tahun melalui kerjasama yang lebih strategik. 11. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, saya 38
merasmikan Penutup Forum Pembiayaan Hartanah Koperasi dan Penyerahan Bantuan Program Pembangunan Perniagaan Pembekal Bahan Binaan tahun 2018. Wabillahi Taufik Walhidayah. 39
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. 40