GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MENCIPTA REKA BENTUK LANDMARK UiTM CAWANGAN KEDAH, KAMPUS SUNGAI PETANI 1.0 PENGENALAN Berinisiatif mewujudkan penjenamaan Kolej Kediaman untuk mudah dikenali, beridentiti tersendiri dan tampak lebih korporat, semua warga kolej dipelawa menyertai pertandingan mencipta reka bentuk landmark 5 Kolej Kediaman di UiTM Cawangan Kedah. Hal ini juga selaras dengan visi dan misi universiti untuk menjadikan kolej tempat penginapan yang kondusif dan berkualiti serta bertaraf dunia. 2.0 PENYERTAAN Terbuka kepada semua pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani. 3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Warga UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani secara individu pun berkumpulan (maksima 6 orang ahli). 3.2 Setiap peserta kumpulan HANYA BOLEH menghantar SATU penyertaan sahaja. 3.3 Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah mengikut peraturan berikut: a) Kertas bersaiz A3 (ukuran 42cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik; i. Dilekatkan pada kertas tebal mounting board (Hardcopy); dan ii. Disediakan dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustration) JPeG resolusi minimum 1280 x 960 dalam format Adobe Photoshop menggunakan software terkini yang bersesuaian. iii. Peserta perlu membuat kajian pebelanjaan dan memastikan anggaran kos membina Landmark sebenar adalah TIDAK MELEBIHI RM 2,000.00.
3.4 Peserta hendaklah memberi keterangan dan penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk konsep bagi reka bentuk Landmark serta warna yang digunakan. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. 3.5 Reka bentuk perlu mengambil kira imej Korporat UiTM yang boleh memberi impak kepada pada pengunjung dan menjadikannya sebagai mercu tanda kewujudan dan identiti sesebuah kolej kediaman. 3.7 Hasil ciptaan mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur sensitiviti kaum, budaya dan agama. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya ciptaan adalah tidak asli sepertimana di dalam akuan Borang Penyertaan. 4.0 HADIAH PERTANDINGAN Hadiah Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark diberi hanya kepada pemenang tempat pertama sahaja mengikut kolej kediaman dan semua perserta yang menyertai pertandingan akan diberi sijil penyertaan. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut: 1) Tempat Pertama Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark Kolej Malinja : Wang Tunai RM 300.00 2) Tempat Pertama Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark Kolej Mahsuri : Wang Tunai RM 300.00 3) Tempat Pertama Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark Kolej Masria : Wang Tunai RM 300.00 4) Tempat Pertama Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark Kolej Murni : Wang Tunai RM 300.00 5) Tempat Pertama Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark Kolej RPTU : Wang Tunai RM 300.00 Landmark yang memenangi pertandingan ini akan menjadi model dan binaaan di lima (5) lokasi Kolej Kediaman strategik iaitu di Kolej Malinja, Kolej Mahsuri, Kolej Murni, Kolej Masria dan Rumah Pelajar Taman Universiti (RPTU). 5.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN 5.1 Keputusan Panel Penilai adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan bantahan tidak akan dilayan. 5.2 Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat penyertaan yang ditetapkan. 5.3 Panel Penilai berhak mengubahsuai meminda reka bentuk landmark sekiranya perlu. Reka bentuk landmark yang terpilih akan diguna pakai dan semua reka bentuk yang dihantar akan menjadi hak milik UiTM Cawangan Kedah. 5.4 Peserta yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi pembentangan sekiranya diperlukan. 5.5 Semua pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia pertandingan.
6.0 PENGHANTARAN BORANG PERTANDINGAN Borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut : Urusetia Pertandingan Mencipta Reka Bentuk Landmark Pejabat Unit Pengurusan Kolej Kediaman & Non Resident Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman. Tel : 04 456 2257 / 2262 / 2260 / 2258 Atau 1. Pejabat Kolej Kediaman Mahsuri Tel : 04 456 2354 / 2349 2. Pejabat Kolej Kediaman Masria Tel : 04 456 2347 / 2350 3. Pejabat Kolej Kediaman Murni Tel : 04 456 2592 / 2594 4. Pejabat Kolej Kediaman Malinja Tel : 04 456 2254 / 2259 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani 08400 Merbok, Kedah Darul Aman Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di talian seperti dinyatakan di atas. 7.0 TARIKH PENYERTAAN Tarikh mula penyertaan pada 14 Oktober 2018 (Ahad) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 24 Oktober 2018 (Isnin)
LAMPIRAN 1 BORANG PENYERTAAN (INDIVIDU) PERTANDINGAN MENCIPTA REKA BENTUK LANDMARK UiTM CAWANGAN KEDAH, KAMPUS SUNGAI PETANI Reka bentuk Landmark : Kolej Malinja / Kolej Mahsuri / Kolej Masria / Kolej Murni / RPTU Sila bulatkan pada ruangan Kolej yang berkaitan. A. BUTIRAN PESERTA B. PENGAKUAN PESERTA Adalah saya dengan ini memparakui bahawa idea, konsep dan penerangan reka bentuk landmark yang saya perolehi serta hasil karya reka bentuk landmark yang saya sertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha saya sendiri yang asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak dan diambil daripada manamana pihak hasil kerja orang lain. Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan secara serta merta jika saya melanggar peraturan ini dan akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang tuntutan apa jua tindakan oleh mana-mana pihak berkaitan rekabentuk landmark ini. Saya juga bersetuju bahawa jika terpilih, rekaan saya ini akan menjadi hak milik UiTM Cawangan Kedah sepenuhnya dan saya tiada hak ke atasnya selepas ini. Tandatangan : (Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama hasil karya reka bentuk landmark)
LAMPIRAN 2 BORANG PENYERTAAN (KUMPULAN) PERTANDINGAN MENCIPTA REKA BENTUK LANDMARK UiTM CAWANGAN KEDAH, KAMPUS SUNGAI PETANI Reka bentuk Landmark : Kolej Malinja / Kolej Mahsuri / Kolej Masria / Kolej Murni / RPTU Sila bulatkan pada ruangan Kolej yang berkaitan. A. BUTIRAN PESERTA PESERTA 1 PESERTA 2 PESERTA 3
PESERTA 4 PESERTA 5 PESERTA 6
B. PENGAKUAN PESERTA Adalah kami dengan ini memparakui bahawa idea, konsep dan penerangan reka bentuk landmark yang kami perolehi serta hasil karya reka bentuk landmark yang kami sertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha kami sendiri yang asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak dan diambil daripada manamana pihak hasil kerja orang lain. Kami juga faham bahawa penyertaan kami akan dibatalkan secara serta merta jika kami melanggar peraturan ini dan akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang tuntutan apa jua tindakan oleh mana-mana pihak berkaitan rekabentuk landmark ini. Kami juga bersetuju bahawa jika terpilih, rekaan kami ini akan menjadi hak milik UiTM Cawangan Kedah sepenuhnya dan kami tiada hak ke atasnya selepas ini. Tandatangan Peserta 1 : Tandatangan Peserta 2 : Tandatangan Peserta 3 : Tandatangan Peserta 4 : Tandatangan Peserta 5 : Tandatangan Peserta 6 : (Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama hasil karya reka bentuk landmark)