TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA 1
MAJLIS PERASMIAN KIOSK KOPERASI SEKOLAH (COOP NIAGA) SMK KAMIL BERHAD 23 SEPTEMBER 2018 (AHAD) 9.00 PAGI 2
DEWAN AL-RAZI, SMK KAMIL, PASIR PUTEH, KELANTAN Bismillahhirrahmannirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam Sejahtera 3
Terima Kasih Pengacara Majlis [SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA PROGRAM] 1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat 4
ALLAH S.W.T kerana dengan rahmat dan keizinan-nya, kita diberi peluang untuk berhimpun pada hari ini, bagi menyempurnakan Perasmian Kiosk Koperasi SMK Kamil Pasir Puteh Bhd. 5
2. Saya mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan ALK koperasi SMK Kamil Pasir Puteh Bhd yang telah membawa koperasi ke arah kemajuan dan kecemerlangan. 6
3. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan koperasi yang telah menjemput dan memberi peluang kepada saya untuk hadir dan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang bermakna ini. 7
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 4. Statistik koperasi sekolah yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) setakat 30 Jun 2017 berjumlah : 8
Bil Koperasi 2,338 buah Bil Anggota 1.925 juta orang Jumlah Syer RM18.989 juta Aset RM315.091 juta Perolehan RM264.324 juta 9
5. Dalam hal pembangunan koperasi sekolah, ANGKASA sangat mengambil berat kerana telah diberi kepercayaan penuh membangunkan gerakan ini oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pembangunan termasuklah 10
juga membantu membangunkan perniagaan koperasi selaras dengan tanggungjawab yang diamanahkan dalam Deklarasi Putrajaya yang mengskopkan pembangunan perniagaan koperasi di bawah tanggungjawab ANGKASA 11
manakala tanggungjawab pendidikan koperasi dewasa diserahkan kepada Maktab Koperasi Malaysia. 6. Selaras peranan ini, ANGKASA memfokuskan untuk membantu 12
membangunkan dan mengembangkan perniagaan koperasi sekolah dalam usaha untuk melonjakkan pendapatan koperasi supaya turut memberi sumbangan berkesan kepada pendapatan negara yang mensasarkan sektor 13
koperasi menyumbang RM50 bilion menjelang 2020. Dalam hal ini, gerakan koperasi sekolah mempunyai tanggungjawab yang sama dengan koperasi dewasa merealisasikan hasrat ini. 14
7. ANGKASA berhasrat untuk melahirkan lebih banyak koperasi sekolah yang dapat menjana pendapatan melebihi RM 1 juta. Bagi tujuan ini, ANGKASA menyediakan pelbagai peluang seperti kepakaran, kursus dan latihan 15
serta pelbagai lagi bagi memastikan tiada satu pun ahli ANGKASA terlepas peluang ini. Hasrat ini tidak mustahil kerana telah ada beberapa sekolah yang telah berjaya mencapai pendapatan 16
yang tinggi melalui koperasi mereka seperti MRSM Kepala Batas Berhad, MRSM Kubang Pasu Berhad, Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, MRSM Taiping Berhad, MRSM Batu Pahat Berhad dan SMK Kota 17
perolehan menghampiri sejuta (RM900,000 lebih). 8. Ke arah itu, ANGKASA berusaha memperkasakan perniagaan kiosk kepada koperasi-koperasi sekolah, yang kini telah menunjukkan 18
pencapaian membanggakan sejak dilancarkan pada 2016. Kini 100 kiosk telah berjaya dilaksanakan koperasi sekolah di bawah bimbingan dan tunjuk ajar ANGKASA dengan Koperasi SMK (P) Pasir Mas, Kelantan yang tertinggi 19
dengan 10 kiosk, diikuti Koperasi SMK Kota dengan 5 kiosk. Sekarang ini, terdapat 20 kiosk dalam proses pelaksanaan. Pada tahun 2017 sahaja, 28 kiosk telah dirasmikan yang melibatkan 9 buah koperasi sekolah. 20
9. Sejak dilaksanakan, konsep perniagaan kiosk yang ditawarkan ANGKASA mendapat sambutan menggalakkan daripada koperasikoperasi sekolah yang ingin meningkatkan perolehan dan mempelbagaikan aktiviti. 21
Penganjuran bengkel juga mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Kini, ANGKASA dalam usaha menstandardkan kiosk di bawah 22
bimbingan ANGKASA di bawah satu label/jenama COOP NIAGA. 10. Semua koperasi yang berminat dan mampu dari segi kewangan (perolehan RM300 000 dan ke atas) dengan keuntungan 23
bersih tahunan melebihi RM20,000 boleh mendapatkan bimbingan ANGKASA untuk menceburi perniagaan ini. Melalui Bengkel Pembangunan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah yang diadakan selama 3 hari 2 malam yang 24
melibatkan KPM, SKM, ANGKASA, Bank Rakyat dan KOPSYA. Saya menyeru semua koperasi sekolah merebut peluang ini, menceburi perniagaan kiosk di bawah bimbingan ANGKASA. 25
11. Walaupun fokus utama pembangunan koperasi sekolah lebih kepada perniagaan, ANGKASA percaya melalui kejayaan perniagaan koperasi dengan sendirinya pendidikan dan pembelajaran akan dapat 26
diperolehi dengan jayanya oleh pelajar-pelajar. Ia umpama serampang tiga mata yang saling bertimbal balik pendidikan ahli, ahli berilmu akan mengembangkan koperasi dan seterusnya akan mengembangkan perniagaan 27
koperasi. Begitulah sebaliknya jika perniagaan koperasi sekolah berjaya, banyak yang boleh dilakukan koperasi untuk kebaikan ahli-ahli dan komuniti. 28
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 12. Koperasi sekolah telah mencipta sejarah sendiri bukan sahaja di persada dunia, sebagai antara yang terbaik tetapi diakui tempat terbaik untuk membina 29
kemahiran dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Di luar negara, koperasi menjadi pilihan untuk pelajar-pelajar membuat latihan praktikal/industri dan menimba pengalaman bekerja. Contohnya di Ontario, Kanada - 30
kajian yang dijalankan pergerakan koperasi di negara itu, mengesahkan keberkesanan program latihan mereka. Hampir 60 peratus daripada pelatih mendapat pekerjaan sepenuh masa 31
atau kontrak dengan koperasi selepas selesai 26 minggu latihan. Di Itali, satu program inovatif yang menempatkan anak-anak muda dalam koperasi dan perusahaan sosial sebagai sebahagian 32
keperluan perkhidmatan awam mereka, telah membolehkan pendedahan kepada budaya perniagaan koperasi dan pendidikan menyebabkan 10 peratus peserta diambil bekerja oleh koperasi. 33
13. Bagi remaja di bangku sekolah, mereka bukan sahaja mendapat pendidikan dan pengalaman kerja melalui koperasi sekolah, tetapi juga memberi pendedahan kemahiran menjalankan perniagaan. Koperasi 34
sekolah lazimnya terlibat dalam kepenggunaan dengan menyediakan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam dan buku-buku pada harga berpatutan, kafeteria, kedai 35
makan atau terlibat dalam pengeluaran. Pelajar bukan sahaja belajar bagaimana untuk mengembangkan penanaman, penghasilan, pemasaran dan 36
penjualan sayur-sayuran tetapi mengamalkan prinsip bantu diri dan perihatin terhadap alam sekitar. Mereka menjual hasil kepada kafeteria sekolah yang mana dapat meningkatkan nilai pemakanan di sekolah dan juga masyarakat 37
setempat. Sebahagian hasil jualan, mereka gunakan membantu menyokong rakan-rakan pelajar yang yatim atau datang dari keluarga yang tidak mampu makan di sekolah, buku dan uniform. 38
Hadirin Yang Dihormati Sekalian 14. Kita mahu menjadikan kejayaan koperasi negara kita lebih bermakna dan berterusan. Tugas ini menjadi tugas bersama kita semua. Kita juga mengakui kejayaan 39
koperasi sekolah sebelum ini adalah hasil komitmen padu semua pemimpin-pemimpin koperasi di semua peringkat Kementerian Pendidikan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pemimpin-pemimpin koperasi peringkat sekolah dan 40
ANGKASA sendiri. Saya mengharapkan sokongan dan komitmen ini akan berterusan demi pembangunan modal insan koperasi dan gerakan koperasi negara. 41
15. Akhir kata, saya mengharapkan dengan Perasmian Kiosk ini akan memberi impak dan kejayaan besar kepada semua komuniti di sekolah ini. Saya dengan lafaz bismillahirahmanirrahim merasmikan PERASMIAN KIOSK 42
KOPERASI SMK KAMIL PASIR PUTEH BHD. Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah Assalamu alaikum warahmatullah Hiwabarakatuh. 43