MALAYA ARCHERY No. 11-1, Jalan Seri Putra ½, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. Tel No : 014-5129191 Email : sales@malayaarchery.com.my Rujukan Kami: SMAPKMA/08/2017/PMU12001 Tarikh: 13 Julai 2017 Kepada, Semua yang berkenaan. Tuan/Puan, PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN BERSAMA SMAPK-MALAYA ARCHERY 2017 (UNDER 12) Izinkan saya merujuk perkara di atas. Untuk makluman semua, Malaya Archery bersama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang akan menganjurkan kejohanan tersebut pada tarikh dan tempat seperti berikut: TARIKH : 06 Ogos 2017 (Ahad) TEMPAT : Lapang Sasar Memanah SMAPK-MALAYA Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengambil kesempatan untuk mengundang para pemanah (Kategori Bawah 12 Tahun) untuk mengambil bahagian dalam kejohanan ini nanti. Borang pendaftaran dan maklumat pertandingan adalah seperti yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En Saufi Siron 017-230 0931 atau Coach Mira 017-255 3060. Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. ------------------------------- SAUFI SIRON PENGANJUR Together We Strive Towards Excellence
MAKLUMAT KEJOHANAN NAMA KEJOHANAN PENGANJUR KEJOHANAN MEMANAH SMAPK-MALAYA 2017 (UNDER 12) MALAYA ARCHERY DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG FORMAT PERTANDINGAN TEMPAT TARIKH 06 OGOS 2017 RECURVE DOUBLE 30M (RM, RW), Target Face 122, PUSINGAN KELAYAKAN Lapang Sasar Memanah SMAPK-MALAYA Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor. Batu 13, Jalan Cheras, Kampung Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia YURAN HADIAH PEMANAH: RM40/SEORANG 1- Sijil Penyertaan 2- Wang Tunai No #1: RM 150.00 RM, RW No #2: RM 100.00 RM, RW No #3: RM 50.00 RM, RW 3- Medal Tempat #1 hingga ke #8 (Pusingan Kelayakan) TARIKH TUTUP 26 JULAI 2017 / atau sehingga penuh PERTANYAAN Saufi Siron 017-2300931 Coach Mira 017-255 3060
TENTATIF PROGRAM KEJOHANAN MEMANAH SMAPK-MALAYA 2017 (UNDER 12) TARIKH MASA AKTIVITI 06 OGOS 2017 (Ahad) 8.00am 9.00am Pendaftaran Peserta RECURVE MEN RECURVE WOMEN 8.30am 9.00pm 9.00am 12.00pm 2.00am 2.30pm 2.30am 5.30pm 6.00am 7.00pm Official Practice / Sighters Pusingan Kelayakan Recurve Men (RM) Round 1 Round 2 Official Practice / Sighters Pusingan Kelayakan Recurve Women (RW) Round 1 Round 2 Penyampaian Hadiah Penutup
PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut undang-undang dan peraturan am World Archery Federation (WA) 2.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery Federation (WA) yang berkuatkuasa pada masa kini. Sekiranya timbul sebarang perselisihan faham dari segi penafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa inggeris yang terkini akan dipatuhi. 2.1 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan dipuruskan seperti berikut: 2.1.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan Peraturan Am Sukan Memanah. 2.1.2 Sebarang persilisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada undangundang World Archery Federation (WA). 3.0 KELAYAKAN Semua peserta yang merupakan warganegara adalah layak menyertai pertandingan memanah. Penyertaan terbuka kepada peserta yang berumur 12 (dua belas) tahun ke bawah. 4.0 PENDAFTARAN PEMAIN 4.1 Tiada limit permain untuk setiap pasukan, namun ianya terhad kepada maksimum kuota. 4.2 Pendaftaran hanya melalui atas talian sahaja (online) di www.malayaarchery.com.my/gba 5.0 REFERI KEHORMAT / KETUA PENGADIL / PENGADIL Pengadil dan pengarah pertandingan akan ditentukan oleh pihak pengurusan yang mana akan dilantik daripada mereka yang berpengalaman dan bertauliah. 6.0 PAKAIAN DAN PERALATAN 6.1 Kesemua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan, berseluar track atau cargo dan ber stocking 6.2 Bagi peserta yang tidak membawa peralatan memanah, pihak penganjur tidak menyediakan peralatan untuk disewa.
7.0 SISTEM PERTANDINGAN Mengikut standard World Archery kebanyakkannya namun diolah sedikit kerana tujuan penganjuran adalah untuk pendedahan awal kepada pemanah - pemanah baru (beginner) ke arena pertandingan:- Qualification round, 72 arrows at 30 meters on 122cm target face Tiada pusingan Olympic 8.0 Bantahan Dan Tatatertib 8.1 Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia satu Ratus Sahaja). 8.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar. 8.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua Delegat Teknikal dalam masa tiga puluh (30) minit selepas keputusan diumumkan. 8.4 Jawatankuasa Bantahan/ Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan 8.5 Jawatankuasa Bantahan/ Tatatertib akan bersidang dalam masa satu (1) jam setelah menerima laporan daripada Ketua Delegat Teknikal dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil. Segala keputusan adalah muktamad. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah - tempat pertandingan - rumah. 9.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan diatas akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola dan keputusan adalah muktamad.
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN BERSAMA SMAPK-MALAYA ARCHERY 2017 (UNDER 12) KUMPULAN: KATEGORI INDIVIDU BIL NAMA PESERTA KATEGORI NOMBOR TEL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Yuran Pendaftaran: Kategori Individu RM 40.00/ATLIT Sila daftar secara atas talian : www.malayaarchery.com.my/gba Akuan: Kami / Saya mengakui telah memahami dan akan mematuhi setiap peraturan sepanjang pertandingan ini berlangsung. Yang Benar,. Wakil Kumpulan Jawatan : :