Ulasan Buku/Book Review

dokumen-dokumen yang mirip
BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Ulasan Buku/Book Review

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 3)

RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAAT Oleh: Norazman bin Alias Abdul Muhaimin bin Ahmad Muhammad Hafiz bin Saleh

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

BAB SATU PENGENALAN. topik perbincangan dalam kajian morfologi ( ) perlu diketengahkan. fonologi yang berlaku dalam pembentukan kata bahasa Arab.

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Program Sarjana Dan Kedoktoran

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN NO. I PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT SENAT) 1998

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

BAB VI PENUTUP. akan cuba didedahkan beberapa dapatan kajian. Selain beberapa pengamatan yang boleh

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Belajar Ilmu Hadis (1) Pendahuluan

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

Manhaj Ahl al-hadith: Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

Written by Andi Rahmanto Wednesday, 29 October :49 - Last Updated Wednesday, 29 October :29

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

PENDAHULUAN METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM TAFSIR BAHASA MELAYU : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-MISHBAH DAN TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

Ay Al-Qur an dan Ta wilat Ahl Al-Sunnah adalah merupakan dua buah kitab tafsir

Dengan nama Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

HALAL, HARAM & SYUBHAT

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

SISTEM PENCARIAN HADITH MENGGUNAKAN CIRI ASAS KATA KUNCI DAN KATEGORI

BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

SUMBER HUKUM ISLAM 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENUTUP: KESIMPULAN DAN SARANAN

Usuluddin (931) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Jabatan Usuludin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Dusta, Dosa Besar Yang Dianggap Biasa

Transkripsi:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM Jurnal Hadhari 10 (1) (2018) 149-153 ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN 1985-6830 eissn 2550-2271 Ulasan Buku/Book Review Hadis Palsu Kajian Ringkas Komprehensif oleh Syed Abdul Majid Ghouri. 2017. Darul Syakir Enterprise. Institut Kajian Hadis (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Diulas oleh 1 SHAMSUL AZHAR YAHYA 1 Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Buku ini adalah sebuah buku yang telah diterjemah oleh tiga orang iaitu Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Siti Mursyidah Mohd Zain dan Khairul Munzir Ibrahim. Ia adalah salah satu buku yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh Institut Kajian Hadis (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Penulis asal buku ini adalah Syed Abdul Majid Ghouri yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Nadwatul Ulama Lucnow. Kemudian Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Buku ini mengandungi empat bahagian besar yang mempunyai tajuk-tajuk kecil yang mengisahkan tentang topik-topik penting mengenai hadis palsu. Pada bahagian pertama penulis membahagikan bahagian ini kepada lapan topik kecil. Topik pertama ini lebih ditumpukan kepada pemahaman istilah hadis dari sudut istilah dan bahasa. Hadis palsu atau hadis al-maudu adalah hadis-hadis yang direndahkan dijatuhkan atau ditempelkan. Ia adalah hadis yang selayaknya ditinggalkan. Ahli hadis mengungkapkan bahawa hadis al-maudu adalah hadis yang telah direka dan disandarkan kepada Nabi SAW. Topik kedua dalam bahagian ini membicarakan tentang sebab pemalsuan hadis terbahagi kepada dua iaitu adakah kerana sengaja atau kerana kecuaian. Penulis telah menyenaraikan beberapa orang yang begitu berani dan sengaja menjadikan apa juga kata-kata yang dirasakan bagus sebagai hadis Nabi SAW. Ada pemalsu hadis Corresponding author: Shamsul Azhar Yahya, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia, mel-e: hjshamsul@ukm.edu.my Diserahkan:12 Februari 2018 Diterima: 27 April 2018 JHadari Bab 10 Ulasan.indd 149

Jurnal Hadhari 10 (1) (2018) 149-153 ini telah dihukum bunuh. Mereka berpendapat bahawa apa yang mereka lakukan ialah untuk kemaslahatan bukan kemudaratan. Mereka juga berpendapat bahawa penipuan yang diharamkan ialah penipuan untuk menjatuhkan Baginda Nabi SAW dan melemahkan Islam. Begitu juga apabila seseorang itu meriwayatkan secara agak-agak atau dalam keadaan ingatannya yang lemah dan bercelaru maka hadis begini dianggap sebagai periwayatan yang cuai. Topik ketiga membicarakan tentang hukum memalsukan hadis dan meriwayatkan hadis yang palsu. Terdapat empat fasal dalam topik ini yang menghuraikan tentang hukum yang berkaitan dengan pemalsuan dan periwayatan. Fasal pertama ialah dosa melakukan pendustaan ke atas Rasulullah SAW. Fasal kedua pula membahas tentang hukum memalsukan hadis. Fasal ini menjelaskan bahawa ulama sepakat mengatakan bahawa hukum memalsukan hadis adalah haram. Fasal seterusnya ialah hukum menerima riwayat pemalsu hadis selepas kematiannya. Imam al-nawawi menjelaskan bahawa sesiapa yang telah memalsukan satu hadis Nabi SAW secara sengaja maka di telah jatuh fasiq dan riwayatnya ditolak dan terbatal hujahnya. Fasal keempat pula menyatakan tentang hukum meriwayatkan hadis palsu. Fasal ini menjelaskan bahawa terdapat larangan Nabi SAW yang meriwayatkan sesuatu hadis yang palsu dan tergolong dalam golongan mereka yang melakukan pendustaan ke atas Nabi SAW. Topik keempat membincangkan sejarah dan fenomena penipuan dan pemalsuan hadis. Terdapat lima fasal yang terkandung dalam topik ini yang merangkumi larangan Nabi SAW agar jangan berdusta ke atas Baginda, fenomena pemalsuan hadis di zaman sahabat, peranan Syiah al-rafidah dalam pemalsuan hadis dan peranan sebahagian ahli sufi yang mereka-reka dan menyebarkan hadis-hadis palsu. Fasal ini menjelaskan betapa bahayanya kelompok Syiah al-rafidah dan juga sebahagian ahli sufi yang mereka dan menyebarkan hadis-hadis palsu. Topik kelima mengisahkan faktor-faktor yang mendorong berlakunya aktiviti pemalsuan hadis. Faktor yang diketengahkan dalam topik ini termasuklah faktor politik, perselisihan akidah dan mazhab, sikap fanatik terhadap bangsa, kabilah, bahasa dan negeri. Faktor ingin melakukan kejahatan ke atas umat Islam juga adalah penyumbang kepada suburnya kegiatan pemalsuan hadis. Sikap terlalu meraikan pemerintah, sultan dan pemimpin menjadikan banyak hadis palsu tersebar. Selain daripada itu ada juga yang menyebarkan atau memalsukan hadis ini kerana merasakan ia untuk memberi galakan kepada umat Islam untuk melakukan kebaikan dan menganggap ia sebagai ibadah juga. Topik keenam membicarakan mengenai ciri-ciri golongan pemalsu hadis. Penulis menyenaraikan 11 ciri pemalsu hadis antaranya ialah mereka menyangka bahawa 150 JHadari Bab 10 Ulasan.indd 150

Ulasan Buku/Book Review mereka akan beroleh pahala terutama mereka yang menyangka bahawa ia dari hal agama terutama dalam hadis-hadis yang berkaitan dengan fadilat dan kelebihan. Selain daripada itu terdapat juga pemalsu hadis ini menjadikan kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah orang Arab lalu disandarkan kepada Baginda Nabi SAW. Sebahagian pemalsu hadis ini menjadikan kisah-kisah yang terhasil dari hadis palsu ini sebagai punca rezeki. Topik ketujuh pula membicarakan tentang pendirian ulama hadis terhadap pemalsu hadis. Topik ini menjelaskan betapa para ulama hadis tersohor telah berusaha membongkar kesesatan pemalsu hadis. Menjelaskan kepada masyarakat perbezaan antara hadis yang sahih dan palsu. Mereka telah berperanan sebagai benteng mempertahankan hadis dari golongan yang mengubah, merosak dan menipu ke atas Nabi SAW dan agama Islam. Para ulama tidak menerima semua hadis palsu dan mereka menghabiskan seluruh masa hidup mereka untuk meneliti setiap perawi dalam proses untuk menilai sesuatu hadis. Pengamatan mereka terhadap perawi ini begitu teliti sehingga mereka mengetahui bagaimana sifat dan sikap seseorang perawi itu dari segi menjaga agama, menjaga akal, menjaga maruah dan dari siapa mereka mendengar hadis. Perawi yang betul dapat menyebut nama guru-guru yang mereka ambil hadis tersebut, negara dan tarikh wafat guru mereka. Begitulah telitinya ulama dalam menilai dan meneliti sesebuah hadis agar terhindar dari kecacatan dan penipuan. Topik kelapan menyatakan tentang hasil daripada hadis palsu ini yang telah mendorong ulama hadis bermusafir mencari hadis dan perawi yang betul, mengumpulkan hadis-hadis palsu dan menjelaskan kepada masyarakat kedudukannya. Hasil yang paling besar oleh para ulama hadis ini ialah melakukan pengumpulan hadis dan dibukukan seperti Kitab Sunan, al-muwatta al-masanid dan lain-lain lagi. Mereka bukan sekadar mengumpulkan hadis-hadis sahih tetapi juga mengumpulkan hadis-hadis palsu dan menjelaskan keadaannya, mengkritik sanad dan matan hadis. Mereka turut membongkar keadaan para pemalsu hadis seperti mana yang telah dilakukan oleh Imam al-bukhari di mana beliau telah mengarang dua buah kitab yang menceritakan latar belakang perawi yang lemah dan tidak diterima hadis daripada mereka. Bahagian kedua pula membincangkan kaedah mengenali hadis palsu. Bahagian ini membincangkan kaedah untuk mengenali hadis palsu sama ada pada sanad hadis, matan dan beberapa kaedah yang umum boleh kita mengenali bahawa sesuatu hadis tersebut adalah palsu. Melalui sanad misalnya, perawi akan meriwayatkan daripada syeikh yang akan dipastikan berlaku pertemuan antara kedua mereka. Terdapat periwayatan ini berlaku selepas wafatnya syeikh dan pertemuan di tempat yang tidak mungkin sampai untuk bertemu antara satu sama lain. Ini jelas membuktikan 151 JHadari Bab 10 Ulasan.indd 151

Jurnal Hadhari 10 (1) (2018) 149-153 bahawa ia adalah hadis yang palsu dari penilaian sanad. Begitu juga dari segi matan, penulis menjelaskan bahawa hadis dinilai melalui bahasa tidak teratur yang tidak dapat diterima oleh akal bahawa ia adalah hadis Nabi SAW. Terdapat beberapa hadis yang tidak masuk akal dan tidak baik dari sudut bahasa dimasukkan oleh penulis sebagai contoh hadis palsu yang direka oleh pemalsu hadis. Bahagian ketiga pula penulis menyatakan tentang bahaya menyebarkan hadishadis palsu dan kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan. Bahagian ini menjelaskan kelemahan umat Islam masa kini terutama dari sudut ilmu pengetahuan. Perkaraperkara khurafat dan dusta mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Akibat kejahilan, masyarakat disajikan dengan maklumat tanpa tapisan, menerima apa sahaja yang didengarnya terutamanya melalui media massa. Bertebaranlah hadis-hadis yang tidak diketahui kebenarannya. Oleh sebab itu, bahagian ini menjelaskan kaedah membendung hadis-hadis palsu ini. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjelaskan kepada masyarakat tentang bahaya penggunaan hadis palsu, memberi peringatan agar waspada terhadap hadis-hadis masyhur yang menjadi sebutan dalam kalangan orang awam. Begitu juga kepada penceramah yang berdakwah agar berwaspada dalam menggunakan hadis yang tidak disandarkan kepada sumber yang tepat dan betul. Bahagian keempat pula penulis mengenalkan kepada pembaca kitab-kitab hadis palsu yang sedia ada. Penulis telah membahagikan kitab-kitab ini kepada dua kategori iaitu kategori kitab khas hadis palsu dan kitab hadis masyhur secara lisan. Penulis telah menyenaraikan 24 buah kitab pada kategori pertama dan 12 kitab bagi kategori yang kedua. Perbincangan penulis seterusnya dalam bahagian ini ialah menyenaraikan kitab yang banyak hadis-hadis palsu antaranya yang dipetik ialah Tafsir Abdullah bin Abbas, Qasas al-anbiya karangan al-tha labi, Abi Ishaq Ahmad bin Muhammad al-nasysaburi, kitab Tafsir al-ahlam oleh al-imam Muhammad bin Sirin Abi Bakr al-basri dan beberapa buah kitab lagi. Topik terakhir dalam bahagian keempat ini ialah topik mengenai istilah yang diguna pakai dalam frasa penulisan ahli hadis dalam mengkritik hadi dalam kitab hadis palsu. Antara istilah yang diguna pakai ialah, yang membawa maksud tiada sumber, saya tidak mengetahui akan asal usul hadis ini dan istilah-istilah yang yang lebih berhikmah dan teliti. Imam al-sayuti menjelaskan bahawa selepas zaman pembukuan hadis dan terdapat rujukan langsung kepada kitab-kitab yang dikarang, adalah sukat sekali seorang pakar hadis yang terkemuka tidak dapat menemui sesuatu sumber hadis dan jika mereka tidak bertemu dengan sesuatu hadis bermakna bahawa hadis tersebut memang tidak wujud. 152 JHadari Bab 10 Ulasan.indd 152

Ulasan Buku/Book Review Kesimpulan, buku ini adalah baik untuk memahami mengenai kedudukan hadis palsu sama ada dari sudut hukum mahupun hal-hal yang menyebabkan berkembangnya hadis palsu dalam sejarah Islam. Penulis menggunakan pendekatan yang tersusun dalam menjelaskan keadaan hadis, kedudukan hadis dan pandangan ulama mengenai kedudukan hadis palsu. Selain daripada itu buku ini sesuai untuk dibaca oleh orang yang terlibat secara langsung dengan penilaian hadis, kajian hadis dan juga penceramah yang terlibat secara langsung dengan kitab-kitab hadis. Tidak ada kaedah yang membenarkan hadis palsu digunakan untuk mendorong umat Islam agar cintakan Islam kerana ia adalah satu pendustaan ke atas Baginda Nabi SAW. Oleh itu buku ini amat bermanfaat sebagai panduan kepada semua pihak mengenai hadis palsu yang ada di sekeliling kita. 153 JHadari Bab 10 Ulasan.indd 153

Jurnal Hadhari 10 (1) (2018) 149-153 154 JHadari Bab 10 Ulasan.indd 154