HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD. Akaun Junior-i 3 dalam 1. Terma-terma dan Syarat-syarat

dokumen-dokumen yang mirip
HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD. Akaun Junior-i 3 dalam 1. Terma dan Syarat

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN JUNIOR 3-IN-1

TERMA DAN SYARAT AKAUN JUNIOR 3-DALAM-1 HONG LEONG (DIKEMASKINI PADA 2 JANUARI 2014)

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN SIMPANAN HARVEST

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

HONG LEONG BANK BERHAD PROMOSI AKAUN SIMPANAN HARVEST

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

HONG LEONG BANK BERHAD DAN HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD

Kempen #100 Hari Ceria KAD KREDIT HONG LEONG

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

Terma dan Syarat bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i)

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Dikemaskini pada 1 Julai 2015 TERMA & SYARAT AKAUN HONG LEONG PAY&SAVE

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Kempen 1% Pulangan Tunai Kad Kredit Hong Leong

PELUANG UNTUK MEMENANGI BAUCAR HABIB JEWELS BERNILAI SEHINGGA RM8,000 TEMPOH PROMOSI

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT-i HONG LEONG

Mach Debit Card (Dikemaskini pada 1 April 2017)

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

- Akaun Simpanan Asas/-i /Semasa Asas/-i ( BSA/BCA/-i ) - Generic/Junior - Kad Perbankan Prioriti ( PB )

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Terma dan Syarat OCBC SME Access

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

Kempen Double Rewards UOBM Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Kempen 30% Pulangan Tunai pada Hujung Minggu Terma dan Syarat ( T&S )

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT-i HONG LEONG

Terma dan Syarat Kad Touch N Go Zing (Credit) Hong Leong

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

Untuk tujuan kempen ini, Pelanggan yang telah memenuhi semua kriteria di Klausa 2 di atas akan ditakrifkan sebagai Pelanggan Layak.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

TERM DAN SYARAT Berikut adalah Terma dan Syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini ( T&Cs )

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit


Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

2. KESAHAN MATA GANJARAN

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Transkripsi:

HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD Dikemaskini pada September 2018 Akaun Junior-i 3 dalam 1 Terma-terma dan Syarat-syarat Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama secara keseluruhan dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Am Akaun bagi Deposit, Terma dan Syarat Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong (Tawarruq CASA-i), Terma-terma dan Syarat-syarat Hong Leong Deposit Tetap-i (HLFD-i), Terma-terma dan Syarat-syarat Kad Debit-i Hong Leong, Terma-terma dan Syarat-syarat Kemudahan E-penyata, Terma-terma dan Syarat-syarat untuk Hong Leong Connect untuk Perkhidmatan Perbankan Digital Peribadi oleh Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) bersama dengan Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan apa-apa terma dan syarat lain berkaitan yang mungkin dikenakan oleh Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ) dari semasa ke semasa setelah diberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar, serta juga peraturan lain yang mengikat ke atas HLISB. 1.0 Takrifan ATM CASA-i Connect Mesin juruwang automatik yang merupakan terminal elektronik yang dipasang oleh HLB/HLISB atau mana-mana ahli Konsortium MEPS untuk anda melakukan transaksi perbankan anda. Ia menerima kad ATM/Debit atau manamana kad lain yang diluluskan untuk digunakan pada ATM oleh HLBB/HLISB. Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i Hong Leong Perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh HLBB/HLISB untuk membolehkan anda untuk melakukan transaksi perbankan dengan menggunakan terminal komputer peribadi atau apa-apa peranti elektronik melalui pelayar internet dengan Kod Keselamatan (Security Codes); dan termasuk perkhidmatan yang mungkin ditambah, diubah atau ditarik balik oleh HLBB/HLISB pada bila-bila masa, dan dari semasa ke semasa Pelanggan Pemegang Akaun Utama dan Benefisiari Akaun Junior-i 3 dalam 1 Cawangan Domisil Baki Purata Harian Cawangan HLB/HLISB di mana JA-i 3 dalam 1 dibuka dan dikekalkan. Jumlah baki penutup setiap hari dibahagikan dengan bilangan hari dalam satu bulan calendar. HLB Hong Leong Bank Berhad dan termasuk cawangan dan pengganti hak milik dan pemegang serah haknya. 1

HLISB Hong Leong Islamic Bank Berhad dan termasuk cawangannya dan pengganti hak milik serta pemegang serah haknya. IBG Giro Antara Bank 3-in-1 JA-i Akaun Junior-i 3 dalam 1 yang terdiri daripada tiga (3) akaun, iaitu Akaun Simpanan-i Junior, Deposit Tetap-i Junior dan Kad Debit-i Junior. JSA-i JFD-i JDC-i Bulan Cawangan Bukan Domisil Akaun Isian Semula Akaun Simpanan-i Junior dibuka dengan HLB/HLISB Deposit Tetap-i Junior, adalah akaun deposit tetap Dewasa bagi Anak diselenggarakan dengan HLB/HLISB bagi individu berumur bawah lapan belas (18) tahun. Kad Debit-i Junior, adalah kad debit isian semula boleh tambah nilai dikeluarkan kepada ibu atau bapa/penjaga sah bagi kemudahan anak. Kad ini diberi kepada anak dengan keizinan ibu atau bapa/penjaga sah. JDC-i dipautkan kepada Akaun Isian Semula maya. Bulan Kalendar Mana-mana cawangan selain daripada cawangan di mana Akaun Junior-i 3 dalam 1 dibuka dan dikekalkan. Akaun maya yang dipautkan kepada JDC-i. 2.0 Akaun Junior-i 3 dalam 1 ( JA -i 3 dalam 1 ) (a) JA-i 3 dalam 1 ialah akaun Dewasa bagi Anak iaitu ibu atau bapa/penjaga sah adalah Pemegang Akaun Utama bagi akaun itu manakala anak itu adalah benefisiari ( Benefisiari ). Hanya ada satu (1) Benefisiari bagi setiap akaun tersebut. (b) Benefisiari mestilah individu berumur bawah lapan belas (18) tahun. (c) Permohonan akaun tersebut mestilah dibuat oleh ibu atau bapa/penjaga sah Benefisiari itu. (d) JA-i 3 dalam 1 terdiri daripada JSA-i, JFD-i dan JDC-i dan dibuka serentak pada masa pembukaan akaun. Bagi mengelakkan keraguan, ibu atau bapa/penjaga sah boleh mempunyai pilihan penyelenggaraan JFD-i dan Akaun Isian Semula dipautkan kepada JDC-i dengan baki sifar (0). (e) Ibu atau bapa/penjaga sah akan mempunyai kuasa mutlak ke atas JA-i 3 dalam 1. (f) JA-i 3 dalam 1 dikendalikan oleh ibu atau bapa/penjaga sah. 2

3.0 JA-i 3 dalam 1 3.1 Akaun Simpanan-i Junior ( JSA-i ) (a) Minimum Ringgit Malaysia Satu (RM1) diperlukan untuk membuka JSA-i. (b) Keuntungan dalam JSA-i akan dikira dan diakru setiap hari berdasarkan Baki Purata Harian dan dikreditkan ke dalam JSA-i pada hari akhir setiap bulan. (c) Jikalau JA-i 3 dalam 1 ditutup, keuntungannya akan dikira secara prorata berdasarkan bilangan hari akaun itu kekal aktif bagi bulan berkenaan pada hari akaun itu ditutup. 3.2 Deposit Tetap -i Junior ( JFD-i ) (a) Peletakan deposit minimum yang diperlukan bagi JFD-i ialah Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000). (b) JFD-i hanya terdapat bagi tempoh 3, 12, 24, 36, 48 dan 60 bulan ( Tempoh ). HLISB mempunyai budi bicara mutlak untuk mengubah kadar dan Tempoh pada bila-bila masa setelah diberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar. (c) Peletakan JFD-i hanya boleh dilakukan melalui kaunter ( OTC ) di Cawangan Domisil atau melalui arahan tetap ( SI ) daripada JSA-i. (d) Semua keuntungan yang diperolehi bagi JFD-i akan dikreditkan ke dalam JSA-i setiap bulan. (e) Peletakan JFD-i adalah tanpa resit. Semua transaksi dan aktiviti JFD-i akan dipaparkan dalam Penyata Suku Tahunan JFD-i. (f) Penyata Suku Tahunan akan dijana pada Mac, Jun, September dan Disember tahun kalendar dan akan dihantar kepada ibu atau bapa/penjaga sah pada bulan berikutnya pada alamat surat menyurat yang tertera di sistem HLISB. (g) Ibu atau bapa/penjaga sah juga boleh mendaftar untuk E-penyata Suku Tahunan untuk menerima penyata suku tahunan secara elektronik di alamat e-mel khusus mereka. Untuk mendaftar bagi E-penyata Suku Tahunan, kunjungi mana-mana cawangan HLB/HLISB atau hubungi Pusat Panggilan kami 03-7626 8899 atau layari www.hongleongconnect.my 3.2.1 Arahan Tetap ( SI ) bagi Peletakan JFD-i (a) Ibu atau bapa/penjaga sah JA-i 3 dalam 1 boleh melakukan peletakan JFD-i daripada JSA-i melalui SI. (b) Ibu atau bapa/penjaga sah JA-i 3 dalam 1 mestilah menentukan tarikh peletakan bagi peletakan JFD-i daripada JSA-i dengan peletakan minimum Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) atau dalam gandaan Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) sehingga maksimum Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) sahaja sebulan. 3

(c) SI mestilah dibuat di Cawangan Domisil sahaja. (d) Untuk membolehkan peletakan JFD-i daripada JSA-i melalui SI, baki minimum Ringgit Malaysia (RM1,000) mestilah dikekalkan dalam JSA-i selepas peletakan JFD-i tersebut. Jika tidak, SI tidak akan dilaksanakan. (e) Peletakan SI mestilah daripada JSA-i kepada JFD-i dan peletakan hanya dibenarkan sebulan sekali sahaja dan peletakan tersebut boleh dibuat bagi Tempoh itu atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh HLISB pada bilabila masa setelah diberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar. (f) Peletakan JFD-i melalui SI daripada JSA-i akan didasarkan pada kadar semasa JFD-i bagi Tempoh berkenaan dan dipaparkan dalam Penyata Suku Tahunan JFD-i. 3.2.2 Pengeluaran Sebahagian Peletakan JFD-i (a) Ibu atau bapa/penjaga sah boleh melakukan pengeluaran sebahagian awal peletakan JFD-i daripada JFD-i. (b) Pengeluaran sebahagian awal peletakan JFD-i boleh dilakukan di mana-mana cawangan, iaitu Cawangan Domisil atau Cawangan bukan Domisil. (c) Ibu atau bapa/penjaga sah mempunyai pilihan untuk memindahkan dana yang dikeluarkan itu kepada mana-mana Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i ( CASA-i ) HLISB ataupun mengeluarkan wang tunai. (d) Pengeluaran sebahagian awal peletakan JFD-i adalah dibenarkan dengan pengeluaran minimum Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) atau gandaan Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000) atau apa-apa amaun lain yang akan ditentukan oleh HLISB pada bila-bila masa setelah diberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar. (e) Jika sekiranya amaun dalam JFD-i adalah kurang daripada Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000), maka amaun tersebut boleh dikeluarkan semuanya. (f) Sekiranya ibu atau bapa/penjaga sah mengeluar semua atau sebahagian daripada perletakan JFD-i sebelum tarikh matang, ibu atau bapa/ penjaga sah bersetuju untuk pelepasan haknya untuk menuntut Harga Jualan penuh, dan: (i) Sebelum 1 Januari 2019, HLISB berhak membuat pembayaran berdasarkan perkara yang berikut: Tiada keuntungan yang akan dibayarkan pada perletakan JFD-I yang dikeluarkan sebelum tamat tempoh minimum tiga(3) bulan. Bagi peletakan JFD-i yang telah diletakkan dan genap tempoh minimum tiga (3) bulan, separuh daripada kadar keuntungan yang ditetapkan akan dibayar atas amaun yang dikeluarkan itu. Keuntungan yang dibayar akan dipotong daripada amaun pokok JFD-i tersebut. 4

(ii) Berkuatkuasa dari 1 January 2019, HLISB tidak berhak membayar kepada ibu bapa/penjaga yang sah apa-apa keuntungan tanpa mengira bilangan bulan yang lengkap pada masa pengeluaran awal. (g) Jumlah baki deposit yang selebihnya akan terus menerima kadar keuntungan JFD-i yang ditetapkan. 3.3 Kad Debit-i Junior ( JDC-i ) JDC-i dipautkan kepada Akaun Isian Semula a) Keuntungan tidak diberi bagi baki yang dikekalkan dalam Akaun Isian Semula b) Bahagian Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Termaterma dan Syarat-syarat Kad Debit-i Hong Leong dengan beberapa pengecualian berikut:- (i) E-Akaun tidak berkenaan; (ii) Pemegang Akaun Bersama tidak berkenaan; (iii) Penyata tidak disediakan; (iv) Fi Penyata Bulanan tidak berkenaan; dan (v) Kod Keselamatan Hanya PIN ATM akan diberi. 3.3.1 Tambah Nilai Kad Debit-i Junior a) Ibu atau bapa/penjaga sah mestilah tambah nilai ke dalam Akaun Isian Semula untuk menggunakan JDC-i. b) Terdapat dua (2) pilihan tambah nilai yang tersedia bagi JDC-i. Tambah Nilai Automatik (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Ibu atau bapa/penjaga sah mempunyai pilihan untuk melanggani perkhidmatan Tambah Nilai Automatik untuk menambah nilai tunai ke dalam AkaunIsisan Semula. Perkhidmatan Tambah Nilai Automatik hanya tersedia daripada JSA-i kepada AkaunIsian Semula. Apabila JDC-i dikeluarkan, Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50) didebitkan daripada JSA-i dan akan ditambah nilai secara automatik ke dalam Akaun i-isian Semula dengan syarat ibu atau bapa/penjaga sah telah memilih perkhidmatan Tambah Nilai Automatik. Tambah Nilai Automatik akan dilaksanakan apabila baki dalam Akaun Isian Semula jatuh bawah had ambang Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50). Amaun Tambah Nilai Automatik minimum ialah Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50) dan dalam gandaan Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50) sehingga maksimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500) sebulan. Tambah Nilai Automatik tertakluk kepada jadual tambah nilai harian, iaitu 6.00 pagi, 1.00 petang dan 5.00 petang ( Jadual Tambah Nilai ). 5

Sebarang Tambah Nilai Automatik diperlukan selepas 5.00 petang akan dijadualkan kepada Jadual Tambah Nilai pada hari berikut. (vii) Hanya satu (1) Tambah Nilai Automatik dibenarkan dalam sehari. (viii) Perkhidmatan Tambah Nilai Automatik adalah secara percuma. Tambah Nilai Manual (i) Tambah Nilai Manual boleh dilakukan melalui kaunter ( OTC ), Mesin Deposit Tunai ( CDM ), Mesin Juruwang Automatik ( ATM ) dan Connect ke dalam AkaunIsianSemula. (ii) OTC: Ringgit Malaysia Dua (RM2) akan dikenakan bagi Tambah Nilai Manual melalui OTC. Amaun ini akan dipotong daripada amaun tambah nilai (cth. jika ibu atau bapa/penjaga sah menambah nilai Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50), maka amaun yang akan dikreditkan ke dalam Akaun Isian Semula ialah Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan (RM48)). (iii) CDM: Masukkan JDC-i ke dalam CDM atau secara manual tekan nombor JDC-i enam belas (16) digit untuk tambah nilai; dan Tambah nilai melalui CDM adalah percuma. (iv) ATM: Masukkan Kad Debit-i HLISB ibu atau bapa/penjaga sah ke dalam ATM dan tekan nombor JDC-i enam belas (16) digit untuk tambah nilai; dan Tambah nilai melalui ATM adalah percuma. (v) Connect:- Layari www.hongleongconnect.my dan pindahkan daripada manamana CASA-i kepada nombor JDC-i enam belas (16) digit; dan Tambah nilai melalui Connect adalah percuma. 4.0 Transaksi. 4.1 Transaksi dibenarkan di ATM menggunakan JDC-i:- (a) Pertanyaan Baki (untuk AkaunIsian Semula ); (b) Pengeluaran Tunai ATM (daripada AkaunIsian Semula ); (c) Tambah Nilai Prabayar Telefon Bimbit (daripada AkaunIsian Semula ); (d) Tukar PIN ATM; (e) Tukar Had Kredit; (f) Permintaan Penyata Mini; dan (g) Perkhidmatan Pautan Serantau 4.2 Transaksi dibenarkan di Connect:- (a) Bagi pelanggan baru HLISB yang membuka JA-i 3 dalam 1, pendaftaran bagi akses Connect mestilah dibuat oleh ibu atau bapa/penjaga sah yang merupakan Pemegang Akaun Utama JA-i 3 dalam 1. 6

(b) Bagi mengelakkan keraguan, ibu atau bapa/penjaga sah yang telah pun menjadi pengguna Connect dengan mana-mana HLISB CASA-i lain yang sedia ada, maka JA-i 3 dalam 1 akan didaftarkan secara automatik dalam Connect ibu atau bapa/penjaga sah apabila akaun tersebut dibuka. (c) Ibu atau bapa/penjaga sah boleh menyemak baki dan butir-butir transaksi JSAi, JFD-i dan JDC-i. (d) Ibu atau bapa/penjaga sah boleh mengkredit/melakukan IBG ke dalam JSA-i tetapi tidak dibenarkan mendebit daripada JSA-i, JFD-i atau Akaun Isian Semula melalui Connect. 4.3 Pematuhan Syariah: (a) Kad JDC-i tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau aktiviti atau tujuan bukan patuh Syariah yang boleh mengakibatkan Bank menolak transaksi di terminal POS. (b) Kad tersebut tidak boleh digunakan di mana-mana saudagar runcit yang menyediakan barang dan perkhidmatan yang tidak mematuhi Syariah dan/atau untuk apa-apa transaksi yang tidak mematuhi Syariah dikategorikan mengikut Kategori Saudagar seperti yang berikut: 1. Bar, Ruang Istirehat, Koktel, Disko, Kelab Malam dan Kedai Minuman Keras 2. Pakej Bir, Wain dan Minuman Keras 3. Cawangan-cawangan rokok 4. Urusniaga Perjudian 5. Perjudian, Perlumbaan Kuda, Perlumbaan Anjing dan kegiatan bukan sukan seperti Perjudian Dalam Talian/Internet di Antara Negeri 6. Perkhidmatan Janji Teman Sosial Nota: Senarai saudagar runcit dan aktiviti tidak mematuhi Syariah di atas akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan apabila senarai tersebut diubah. 5.0 Transaksi Tanpa Sentuhan 5.1 Terdapat dua jenis Transaksi Tanpa Sentuhan iaitu: i) MCCS Tanpa Sentuhan kaedah pembayaran tanpa sentuhan melalui rangkaian MyDebit yang oleh dilakukan di mana-mana terminal Point-of Sales yang memapakan logo MCCS Tanpa Sentuhan; dan ii) Mastercard Contactless kaedah pembayaran tanpa sentuhan melalui rangkaian Mastercard yang boleh dilakukan di mana-mana terminal Point-of- Sales yang memaparkan logo Mastercard Contactless. 5.2 Setiap Transaksi Tanpa Sentuhan dihadkan pada Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250) bagi setiap transaksi ( Had Transaksi Tanpa Sentuhan ) dengan had Transaksi Tanpa Sentuhan kumulatif Ringgit Malaysia Lapan Ratus (RM800) sahaja atau had lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pemegang Kad pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut Klausa 3.3 ( Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulati ). Jika Had Transaksi Tanpa Sentuhan dan/atau Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif telah dicapai dan/atau dipenuhi, Pemegang Kad dikehendaki untuk memasukkan PIN pada terminal sebelum Pemegang Kad boleh 7

meneruskan transaksi, iaitu Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif akan ditetapkan semula. 5.3 Pemegang Kad boleh menetapkan Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif pilihan mereka dari RM0 RM800 melalui mana-mana cawangan Bank di seluruh negara. Jika Pemegang Kad tidak ingin menggunakan fungsi Transaksi Tanpa Sentuhan, Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif hendaklah ditetapkan kepada sifar, iaitu RM0. 5.4 Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif Pemegang Kad adalah subset kepada had pembelian runcit Pemegang Kad. Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif tidak akan lebih daripada had pembelian runcit yang ditetapkan oleh Pemegang Kad. Jika had pembelian runcit Pemegang Kad adalah kurang daripada Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif, Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif Pemegang Kad secara automatik akan default (tetap) kepada had pembelian runcit. Contoh, jika Pemegang Kad telah menetapkan had pembelian runcit kepada RM0, Had Transaksi Tanpa Sentuhan Kumulatif akan menjadi RM0, iaitu fungsi Transaksi Tanpa Sentuhan akan dipadamkan. 6.0 Penukaran JA 3 dalam 1 apabila Benefisiari berumur lapan belas (18) tahun (a) Apabila Benefisiari mencapai umur lapan belas (18) tahun, segala manfaat yang disediakan di bawah JA-i 3 dalam 1 akan dimansuhkan secara efektif pada bulan berikutnya setelah Benefisiari mencapai umur lapan belas (18) tahun. JSA-i akan ditukarkan secara automatik kepada Akaun Simpanan-i biasa (Akaun Bersama). (b) Nombor akaun JSA-i akan dikekalkan dan diguna pakai kepada Akaun Simpanan-i biasa tersebut (Akaun Bersama). (c) Akaun Simpanan-i (Akaun Bersama) ialah Akaun Simpanan-i atas nama ibu atau bapa/penjaga sah yang dikawal oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Am Akaun Deposit Islamik bagi Akaun Simpanan-i (untuk Dewasa). (d) Peletakan JFD-i (jika ada) akan kekal mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan sehingga matang dan keuntungannya akan dikreditkan secara manual ke dalam Akaun Simpanan-i biasa (Akaun Bersama) tersebut. (e) Apabila matang JFD-i setelah Benefisiari mencapai umur lapan belas (18) tahun, peletakan FD-i akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan-i biasa (Akaun Bersama) tersebut. (f) JDC-i juga tidak lagi sah digunakan. Benefisiari dikehendaki mengunjung ke manamana HLB/HLISB dengan membawa MyKad untuk menggantikan JDC-i dengan Kad Debit-i baru yang akan dipautkan kepada Akaun Simpanan-i biasa (Akaun Bersama) tersebut. (g) Pemberitahuan bertulis akan diberi oleh HLISB kepada ibu atau bapa/penjaga sah pada masa material berhubung dengan penukaran JSA-i kepada Akaun Simpanan-i biasa (Akaun Bersama). 8

7.0 Fi dan Caj (a) Pengeluaran tunai melalui kaunter hanya boleh dibuat menggunakan tanda pengenalan yang boleh diterima oleh HLB, iaitu buku simpanan JSA (jika ada). HLB berhak, atas budi bicaranya yang mutlak, mengubah cara atau kaedah pengeluaran tunai pada bila-bila masa setelah memberi notis awal dua puluh satu (21) hari kalendar. (b) Tiada fi dikenakan bagi pengeluaran pertama melalui kaunter dalam setiap bulan kalendar. Fi perkhidmatan sebanyak Ringgit Malaysia Dua (RM2) akan dikenakan bagi setiap pengeluaran berikutnya dalam bulan yang sama. (c) Transaksi pengeluaran adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada semua transaksi debit seperti pengeluaran tunai, pindahan debit yang dibuat melalui kaunter dan tidak termasuk SI dan penutupan akaun. Penerangan Fi & Yuran Fi/Yuran** Fi Keluaran/Tahunan RM8.00 setiap kad Fi Penggantian Kad (Bagi kerosakan Kad Debit-i Junior disebabkan kesalahan Pemegang Kad dan kehilangan/kecurian) *(Bagi Akaun Simpanan Asas-i/ Akaun Semasa Asas-i) RM18.00 setiap kad RM12.00 setiap kad* Pengeluaran Tunai ATM Dalam Negara ATM Bank ATM Bank lain melalui rangkaian MEPS RM1.00 setiap transaksi Luar Negara Melalui rangkaian ATM MEPS (Indonesia,Thailand, Singapore & Korea) Melalui MasterCard Cirrus Pengeluaran Tunai OTC Pengeluaran Pertama (bagi sesuatu bulan) RM8.00 setiap transaksi RM12.00 setiap transaksi Pengeluaran berikutnya (dalam bulan yang sama) RM2.00 Semak Butir-butir Transaksi JDC-i Melalui Connect 9

Penyata Mini melalui ATM Fi Tambah Nilai Tambah Nilai Automatik (Daripada JSA-i kepada JDC-i) OTC Melalui CDM (Tunai kepada JDCi) Melalui ATM (Daripada manamana CASA-i dengan Kad Debit-i Hong Leong kepada JDC-i) Melalui Connect (Daripada manamana CASA-i kepada JDC-i) Fi Dapatan Semula Draf Jualan Fi Penukaran bagi Transaksi Luar Negara RM2.00 RM20.00 setiap salinan Transaksi dalam mata wang asing akan ditukarkan pada kadar pertukaran asing dan penyebaran, jika ada, sebagaimana yang telah ditentukan oleh MasterCard Worldwide, ditambah 1% kadar tambahan yang dikenakan oleh Bank. **Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan Layak dilindungi oleh PIDM 10