HAK SUAMI KE ATAS ISTERI 1) MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

SUMBER HUKUM ISLAM 1


Munakahat ZULKIFLI, MA

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Suatu ketika Rasulullah harus sedikit menegur Aisyah ketika sang Humaira cemburu berat.

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

LALUAN KEHIDUPAN

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

LAMPIRAN TERJEMAH. No Bab Surah/Hadis Terjemah. 1 I QS. al-baqarah: 132 Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Waris Tanpa Anak. WARISAN ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK Penanya: Abdul Salam, Grabag, Purworejo. (disidangkan pada hari Jum'at, 10 Februari 2006)

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

HUBUNGAN SEKSUAL SUAMI-ISTRI Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Pertanyaan:

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Ust. H. Ahmad Yani, Lc. MA. Urgensi Menjaga Lisan

Bolehkah istri diperlakukan sebagai properti, seperti yang diakui oleh Manohara?

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

SIFAT MALU (Al Haya) Editor: Nunung NS Disajikan Oleh: M. Rofiqi Redi Sofiadi Rika Siti Syahidah

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING


??????????????????????????????????:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

KAYA TAPI ZUHUD. Oleh: Dr. Marzuki, M.Ag. (Dosen PKn dan Hukum FIS UNY)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Salah Faham Terhadap Hadith

Sebab Apa Wanita Ramai Masuk NERAKA...????? by PaPa N MaMa on Wednesday, July 28, 2010 at 1:43am

PENGAJIAN PENCERAH LAZISMU & MAJELIS TABLIGH PDM SURABAYA

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Pendidikan Agama Islam

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

KEWAJIBAN SUAMI TERHADAP ISTERI

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Isilah 10 Hari Awal Dzul Hijjah dengan Ketaatan

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

SIKAP MUSLIM MENGHADAPI MUSIBAH. Ust. H. Ahmad Yani, MA. Kondisi Manusia Menghadapi Musibah

Keutamaan Bulan Dzul Hijjah

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

ISTRI-ISTRI PENGHUNI SURGA

BAB 5 DOSA DAN MAKSIAT

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Fatwa Seputar Badal Haji dan Umrah. Serta Hukum Melaksanakan Umrah Berkali-Kali Bagi Jama'ah Haji Saat Berada di Makkah

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

HAK ISTERI ATAS SUAMI. Dr. Yusuf Qardhawi PERTANYAAN

SUNNAH SEBAGAI SUMBER AJARAN ISLAM

*** Keadilan Islam ??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

4. Rasulullah Saw melarang laki-laki yang menolak kawin (sebagai alasan) untuk beralih kepada ibadah melulu. (HR. Bukhari)

Pendidikan Anak Dimulai dari Rumah

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib.

Mengenal Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Bab 4 باب الصدق. Kebenaran

Lailatul Qadar. Rasulullah SAW Mencontohkan beberapa amal khusus terkait Lailatul Qadar ini, di antaranya:

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

Renungan Pergantian Tahun

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Sistem Sosial Dalam Islam

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

ISTILAH MUNAKAHAT. Oleh: Meor Shukri Panduan ini adalah PERCUMA. Persediaan Perkahwinan Istilah Munakahat

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku`lah beserta orangorang yang ruku (Al Baqarah : 43)

Transkripsi:

HAK SUAMI KE ATAS ISTERI Tanggungjawab merupakan satu tugas yang mesti dilaksanakan bagi melengkapkan kehidupan. Sesuai dengan namanya, setiap orang akan ditanya atau diminta menjawabnya di hadapan Allah kelak seandainya tugas itu tidak dapat disempurnakan. 1) MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI Wajib ke atas suami memberi nafkah ke atas isteri sama ada isteri berkemampuan atau sebaliknya. Isteri mempunyai hak untuk menuntut nafkah dari suami menurut peruntukan yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam walaupun masih dalam ikatan perkahwinan. Namun begitu, nilainya perlu mengikut kemampuan suami menurut perbelanjaan semasa. Suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk menidakkan keupayaannya bagi mencari pendapatan menurut keupayaan sebenar yang diukur dari sudut masa, usia, tenaga dan kesihatan. Contohnya, suami mampu mencari pendapatan tambahan tetapi tidak mahu dengan alasan seperti malas. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Talak ayat 7 yang bermaksud: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan

Nafkah yang dimaksudkan ialah seorang suami mesti menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan hidup kepada isteri. Namun begitu, seorang isteri perlu sedar bahawa hak nafkah akan hilang sekiranya mereka nusyuz terhadap suami iaitu tidak taat kepada suami seperti meninggalkan rumah suami dan enggan berpindah mengikut suami. Isteri juga tidak boleh menuntut nafkah yang keterlaluan dari suami terhadap keperluan-keperluan yang tidak sepatutnya. 2) MEMIMPIN DAN MEMELIHARA ISTERI DENGAN NASIHAT DAN PENGAJARAN Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin isteri ke jalan yang diredhai Allah. Suami mempunyai kuasa mendidik isteri melalui nasihat dan pengajaran yang baik. Suami hendaklah menegur kesilapan dan memperbetulkan kesalahan isteri dengan kasih sayang dan belas kasihan. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Berilah pengajaran yang baik kepada kaum wanita, kerana kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk. Adapun tulang rusuk yang paling bengkok ialah tulang rusuk yang paling atas, yang apabila engkau luruskan ia akan patah dan apabila engkau biarkan ia tetap bengkok. Oleh itu berilah pengajaran kepada kaum wanita dengan cara yang baik. [Riwayat Bukhari & Muslim] 3) MEMBERI KEADILAN KEPADA ISTERI TERUTAMA BAGI SUAMI YANG BERISTERI LEBIH DARI SEORANG Seorang suami wajib berlaku adil terhadap isteri terutama bagi suami yang beristeri lebih dari seorang. Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Dan sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik pada isterinya. [Riwayat Tirmizi & Abu Daud]

Bagi suami yang beristeri lebih dari seorang pula, mereka mestilah menyamakan hak dan bergaul dengan baik terhadap isteri-isteri mereka. Keadilan ini meliputi segala aspek melainkan pada perkara yang berkaitan dengan kecenderungan hati dan perasaan kerana ia bukan kehendak dan kekuasaan manusia. Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud: Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang saja. 4) MENGGEMBIRAKAN HATI ISTERI Seorang suami berhak untuk menggembirakan hati isteri yang telah bekerja untuk suami dalam menguruskan rumahtangga. Diriwatkan dari Aisyah r.a., bahawa pada suatu hari beliau pernah ditanya: Bagaimanakah sikap baginda Rasul s.a.w. ketika di dalam rumah? Maka Aisyah menjawab: Baginda Rasul adalah orang yang paling lemah lembut, sering tersenyum dan sering pula tertawa. [Riwayat Ibnu Saad]

HAK ISTERI KE ATAS SUAMI ADALAH menjadi tanggungjawab seorang isteri bagi menunaikan hak-hak suaminya. Di antaranya ialah; 1) TAAT PADA SUAMI DAN PATUH TERHADAP NASIHATNYA Isteri wajib mentaati dalam segala perintah suami melainkan pada perkara-perkara maksiat dan larangan terhadap Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. pernah melarang kepada Muaz bin Jabal ketika beliau bersujud kepada baginda kerana mengikut amalan ahli Syam: Jangan kamu lakukan sebagaimana mereka, maka sesungguhnya aku, sekiranya aku diberi suatu perintah agar seseorang bersujud kepada selain dari Allah, sudah pasti akan aku perintahkan seorang isteri untuk bersujud kepada suaminya. Hadith ini telah menerangkan kepada kita bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah suatu perkara yang wajib. Para isteri janganlah merasakan ketaatan kepada suami merupakan suatu perkara yang boleh membebankan dirinya, kerana walaupun ia berat untuk dilaksanakan, tetapi Allah s.w.t. telah menjanjikan balasan yang terbaik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwatkan oleh Ibnu Majah dan Tirmizi yang bermaksud : Mana-mana wanita yang mati sedangkan suaminya redha akannya, maka dia akan masuk syurga. Manakala di dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Ahmad dan selainnya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Sekiranya seseorang wanita sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan taat akan suaminya, akan dikatakan padanya masuklah kamu dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.

2) MEMELIHARA MARUAH SUAMI DAN HARTANYA SAMA ADA KETIKA KEHADIRANNYA ATAU KETIADAANNYA Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang isteri agar memelihara maruah, rahsia dan harta suami kerana suami merupakan ketua rumahtangga yang mengetuai dan menguruskan segala urusan yang berkaitan dengannya. Perkara ini telah disebut di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya dari Abi Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : dan janganlah seorang wanita membelanjakan harta suaminya melainkan dengan izinnya. Manakala hadith lain daripada Ibn Umar dan Ibn Abbas r.a. Janganlah seorang wanita mensedekahkan sesuatu harta dari rumah suaminya melainkan dengan izinnya, maka sekiranya dilakukannya juga, adalah bagi suaminya pahala dan ke atasnya (isteri) dosa 3) MEMBANTU SUAMI DALAM MENGURUSKAN URUSAN-URUSAN RUMAHTANGGA Adapun isteri telah dicipta kejadiannya untuk mengandung dan melahirkan anak. Oleh itu, sesuai dengan fitrah kejadian wanita terhadap tugas-tugas yang diamanahkan, seorang isteri perlu membantu suami dalam menguruskan rumahtangga seperti memelihara anak-anak dan menjalankan urusan-urusan di dalam rumah. Inilah hikmah Allah s.w.t. yang telah ditetapkan dengan meletakkan setiap kumpulan ahli dalam pekerjaannya. Setiap lelaki dan wanita dipertanggungjawabkan dengan pekerjaan yang munasabah dan sesuai dengan kejadiannya sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka dengan cara yang sepatutnya.

4) MEMINTA IZIN SUAMI DALAM PERKARA-PERKARA TERTENTU Adalah menjadi kewajipan bagi seorang isteri untuk meminta izin terlebih dahulu dari suami dalam perkara-perkara tertentu seperti untuk membenarkan seseorang yang lain memasuki rumah dan berpuasa sunat. Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud : Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya menyaksikannya melainkan dengan izin suaminya, dan tidak mengizinkan seseorang memasuki rumah kecuali dengan izin suaminya 5) TINGGAL BERSAMA SUAMI DI TEMPAT TINGGAL YANG DISEDIAKAN Wajib bagi seorang isteri tinggal bersama suami di tempat tinggal yang telah disediakan bagi perkahwinan mereka. Para isteri tidak boleh keluar dari rumah suaminya atau enggan tinggal bersama suaminya melainkan dengan izin suaminya. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya boleh mengundang fitnah dan ia turut merosakkan nilai-nilai kekeluargaan seperti mendatangkan syak wasangka pada suami dan lain-lain kecelakaan yang lebih besar. Oleh sebab itu, suami mempunyai hak untuk menahan isteri agar tidak keluar dari rumah melainkan dengan izinnya atau pada perkara-perkara yang penting seperti menunaikan fardu haji dengan syarat bermahram kerana ia merupakan suatu perintah Allah yang mendahului perintah suami atau menziarahi ibu bapanya kerana larangan suami terhadap isteri daripada menziarahi ibu bapanya akan membawa kerosakan yang lebih besar lagi iaitu terputusnya silaturrahim.

HAK BERSAMA (SUAMI & ISTERI) Hubungan Kelamin Di Antara Suami Dan Isteri Sesungguhnya dibolehkan bagi kedua-dua suami dan isteri untuk mendapatkan hak hubungan kelamin di antara satu sama lain menurut batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah. Kedua-dua suami dan isteri berkewajipan menunaikan hak ini bila mana salah seorang daripada mereka cenderung ke arahnya. Haram bagi seorang suami menyibukkan diri dengan amalan-amalan dan ibadah-ibadah setiap masa sehingga mengabaikan isterinya sehingga tidak dapat memberikan haknya kepadanya kerana yang demikian itu akan mengundang kemudaratan kepada isterinya. Telah diriwayatkan bahawa isteri Abdullah b. Amru b. Al-Asr telah mengadu perihal suaminya kepada Rasulullah s.a.w. bahawa sesungguhnya dia (Abdullah) telah berpuasa pada siang hari dan bangun bertahajjud di malam hari. Maka Rasulullah s.a.w. telah menghantar utusan kepada Abdullah. Ketika Abdullah hadir di hadapan Rasulullah, berkata baginda kepadanya : Wahai Abdullah, Tidakkah Aku ingin khabarkan sesungguhnya engkau berpuasa di siang hari dan bangun bertahajjud di malam hari? Kemudian baginda s.a.w. bersabda, janganlah engkau lakukan sedemikian, hendaklah ada sebilangan hari engkau berpuasa dan engkau berbuka (tidak berpuasa) pada sebilangan yang lainnya, dan bangunlah pada sebilangan waktu dan tidurlah di ketika yang lain kerana sesungguhnya bagi dirimu itu ke atasnya hak (bagi isteri kamu) dan bagi isterimu ke atasnya hak bagi kamu. Hak Mendapatkan Pergaulan Yang Baik Di Antara Suami Dan Isteri Hak pergaulan merupakan perkara yang perlu dikongsi di antara suami dan isteri. Setiap suami dan isteri mestilah memperelokkan pergaulan mereka di antara satu sama lain sehingga membuahkan semangat bekerjasama, toleransi, hormatmenghormati dan kehidupan yang baik. Pergaulan baik ini akan rosak sekiranya suami atau isteri meminta pasangannya melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka seperti isteri yang meminta sesuatu di luar kemampuan suaminya atau suami menyuruh isteri melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan isteri. Pergaulan yang baik iaitu setiap suami dan isteri tidak melakukan sesuatu perkara

yang bertentangan dengan syara dan muamalah (pergaulan) kedua-duanya mestilah baik dari sudut kata-kata dan tingkahlaku seperti suami memberi kegembiraan dan bersenda gurau dengan isterinya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersenda gurau dengan isteri-isterinya dan baginda juga tidak terlepas daripada membantu isteriisterinya dalam melakukan dalam melakukan kerja-kerja rumah sebagaimana hadith yang terdapat dalam sahih Bukhari dari Al-Aswad bin Yazid katanya : Aku telah bertanya kepada Aisyah r.a. : Apakah yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah ketika di rumah? Jawab Aisyah r.a. : Adalah baginda Rasulullah melakukan apa yang dilakukan oleh ahli rumahnya(isteri), maka apabila baginda mendengar azan baginda akan keluar(ke masjid). Pergaulan baik ini dapat dilaksanakan sekiranya kedua-dua pihak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Suami dan isteri akan mendapat manfaat yang besar jika hak ini terlaksana kerana kedua-duanya akan memperoleh ketenangan, kasih sayang, kebahagiaan, kedamaian dan rahmat (belas kasihan) sebagaimana yang telah Allah s.w.t. janjikan di dalam firmannya dalam Surah Ar- Rum ayat 21 yang bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.