Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?"

Transkripsi

1 SOALAN 5(a) Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda? Beri sebab-sebab bagi menyokong pilihan anda. Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah: 1- Teori Pembelajaran Behavioris Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman. Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya apabila gutru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu

2 rangsangan (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman. Manakala E.L.Thorndike ( ) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas. Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing laparyang diletakkan dalam sangkar. Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum uatama iaitu hukum kesediaan, hukumlatihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya,murid yang belum bersedia untuk bertindak akan berasa kecewa. Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi. Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini sebenarnya boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini. 2- Teori Pembelajaran Sosial Alber Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa

3 pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja. Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu: i) memberi perhatian ii) iii) iv) mengekalkan maklumat menghasilkan tingkah laku motivasi dan peneguhan Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian,tingkah laku dan bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: a) memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya. b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan mula menjeritkan jawapan. c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun

4 mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tiadak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul. 3- Teori Humanistik Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lainaspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang anak didiknya. 4- Teori Pembelajaran Kognitif Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kank-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut: i) Pembelajaran isyarat Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan.misalnya, apabila loceng berbunyi pulul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan mereka akan terus berdiri serta

5 memberikan penghormatan kepada guru yang masuk.ini merupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran. ii) Pembelajaran mengganggu gerak balas Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati. iii) Rangkaian Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk melengkapi satutugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam permainan tennis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayunkan rakat dengan gaya yang betul agar bola tennis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian. iv) Pertalian berbahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya.misalnya,apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola. v) Pembelajaran diskrimanasi Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan antara fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting. vi) Pembelajaran Konsep Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan menggolongkan kuning, merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk. vii) Pembelajaran hokum

6 Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hokum. viii) Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hokum. Gagne telah menggunakan urutanurutan penyelesaian masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey. Urutan langkah itu seperti berikut: a) mengenal masalah b) mencari maklumat c) membuat hipotesis d) menguji hipotesis e) membuat rumusan 5- Teori Konstruktivisme Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosisl, adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. TEORI PEMBELAJARAN IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara. Cara belajar dibahagikan kepada mazhab behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Mazhab behavioris

Lebih terperinci

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1 Teori Pembelajaran 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1 Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara. Cara belajar dibahagikan kepada mazhab behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Mazhab behavioris menganggap

Lebih terperinci

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Pengenalan Perkembangan Bahasa Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

CONTOH-CONTOH SOALAN EDU 3103

CONTOH-CONTOH SOALAN EDU 3103 Jawab semua soalan dalam bahagian ini CONTOH-CONTOH SOALAN EDU 3103 1. Konsep komuniti pembelajaran mula diperkenalkan oleh Peter Senge yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan prestasi dan keuntungan

Lebih terperinci

Isi Kandungan. No. Perkara Muka Surat 1. Pendahuluan

Isi Kandungan. No. Perkara Muka Surat 1. Pendahuluan Isi Kandungan No. Perkara Muka Surat 1. Pendahuluan 2. Konsep Prinsip-prinsip Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah 3.

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Ramlah dan Mahani (2002), konstruktivisme bukanlah suatu konsep baru. Ia berasal daripada falsafah dan telah diaplikasikan dalam bidang sosiologi, antropologi

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN _... -._-----_._..._--------_._---_... -.-.---_._._,..-- -----.------.--.-...--------'-----.,-..--.----.-.-.---.--------... -.,.--.. "..--.. --.--".-.--,--.---"- ----._-_._._--- PROGRAM:----------------------

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN 1 PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN Psikologi kognitif merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses maklumat

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 313 Psikologi Pendidikan Definisi Pembelajaran Ciri-ciri pembelajaran Prinsip pembelajaran Proses pembelajaran Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Objektif

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN SOSIAL

MODEL PENGAJARAN SOSIAL MODEL PENGAJARAN SOSIAL Model Pengajaran sosial merupakan model yang diterbitkan melalui teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura. Proses model ini dilakukan atau dapat diperhatikan melalui pemerhatian

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam

Lebih terperinci

UNIT 2 PSIKOLINGUISTIK

UNIT 2 PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik 1 UNIT 2 PSIKOLINGUISTIK HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. menjelaskan definisi psikolinguistik, 2. menerangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertama;

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk 8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua

Lebih terperinci

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN 3 KECERDASAN Azizi Yahaya PENGENALAN Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada akhir tahun 1800-an. Galton merupakan sepupu kepada tokoh teori evolusi yang terkenal, Charles Darwin.

Lebih terperinci

RPH PENDIDIKAN KESIHATAN

RPH PENDIDIKAN KESIHATAN RPH PENDIDIKAN KESIHATAN Tarikh : 12/8/2016 Kelas : 4 Arif Masa : 8.00am-8.30am (30 minit) Bilangan Murid : 37 orang Modul : Kesihatan Fizikal Standard Kandungan : 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan

Lebih terperinci

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Seseorang pendengar yang baik ialah apabila dia dapat mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa dari sekeliling mereka. Kemahiran mendengar

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna

Lebih terperinci

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN Nordin Tahir JIP Konsep Pertumbuhan Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long : Perubahan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

PENDIDIKAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KOKURIKULUM 0 Program Klinik Bola Jaring yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid terutama ahli Kelab Bola Jaring untuk mempelajari asas- asas dan teknik dalam

Lebih terperinci

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Posted on February 21, 2011 by admin Pengenalan Tajuk ini akan membincangkan berkaitan pendekatan, kaedah, teknik

Lebih terperinci

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik

Langkah : pengetahuan teori perkembangan /psikologi kanak-kanak/ pemerhatian sistematik Pengurusan bilik darjah merupakan fakktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses P/p serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah. Jacob kounin (1970), bilik

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya. RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) Subjek: Bahasa Melayu Tingkatan/Tahun: Tingkatan 2 Bilangan murid: Masa: Tajuk: Kemahiran/tajuk kecil: Standard Pembelajaran: 12 orang 9.00 pagi 10.00

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1313 Psikolgi Pembelajaran DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK1313 Psikolgi Pembelajaran Minggu 2 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) PENILAIAN PEMBELAJARAN

Lebih terperinci

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

REFLEKSI ERLLEY LILLEY REFLEKSI ERLLEY LILLEY Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana tugasan yang diberikan kepada saya dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu DR. Tey

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan

Lebih terperinci

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet 76 Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet Tong Li Xiang1 Chin Chee Keong2 1 SJK( C) Yoke Hua, Air Mawang 73100 Johol, Negeri Sembilan. 2 IPG Kampus

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN LAMPIRAN 3-9 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MD BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata

Lebih terperinci

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM DEFINISI PS Hidup manusia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh orang lain dan

Lebih terperinci

KONSEP KENDIRI (Part 5)

KONSEP KENDIRI (Part 5) Azizi Yahya / Konsep Kendiri (Part 5). 2011 10 KONSEP KENDIRI (Part 5) Azizi Hj Yahaya Definisi Remaja Dan Pembentukan Konsep Kendiri Konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK213 Psikologi Islam dan Barat (Minggu 1) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD PERBINCANGAN Definisi Psikologi Barat dan Islam menekankan fungsi akal

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN LAMPIRAN 2-18 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN BORANG PR1/MD BIDANG TERAS Nama Pelajar Program PISMP PDPLI SM PDPLI SR No. K/P PDPM Lain-lain Ambilan Praktikum

Lebih terperinci

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN 8 MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN Mohamad Khair Johari Noraini Abdullah Hee Zubaidah Zainal Abidin Sekolah Rendah Rivervale Abstrak Jabatan

Lebih terperinci

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada Soalan 2 Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut : Teori-teori perkembangan manusia

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM i Cetakan Pertama 2012 Kementerian

Lebih terperinci

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04) Aspek 4.1 PANDUAN PENAN PENCERAPAN P & P (PK04) Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Penglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan Hampir keseluruhan murid terlibat

Lebih terperinci

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Simdrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut

Lebih terperinci

TAJUK 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

TAJUK 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh TAJUK 2 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Pengertian Pengajaran & Pembelajaran Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian iaitu, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang

Lebih terperinci

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN APA YANG DI LIHAT 4.1 Penglibatan Murid Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH : HJ SHAARI BIN HJ OMAR KJ JABATAN SAINS IPG KAMPUS KOTA KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Memahami perkataan kognitif Jean Piaget: Bila kita berfikir, menilai dan mencuba merasai

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut? LATIHAN 5.1 SOALAN 1 KAJIAN TEMPATAN Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut? Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga komponen

Lebih terperinci

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP MODEL KURIKULUM Nordin Tahir IPIP Pembentukan Model Kurikulum Tyler Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: 1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? 2. Apakah pengalaman Pendidikan yang

Lebih terperinci

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala

Lebih terperinci

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh FRAMEWORK PENGAJARAN 5minit Set Induksi Langkah Pengajaran Kemahiran mengajar 30minit Perkembangan *PBD Kaedah & teknik Aktiviti Pembelajaran 5 minit Penutup PENDEKATAN & STRATEGI *PBD (Pengurusan Bilik

Lebih terperinci

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C. ARAHAN KEPADA CALON: 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: Bahagian B: Bahagian C: 30 soalan objektif 3 soalan struktur 4 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga

Lebih terperinci

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak 07 Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus Zarina Sidik zarina_sidik@moe.edu.sg Nur Adawiyah Rosli nur_adawiyah_rosli@moe.edu.sg Sekolah Rendah Ang Mo Kio Abstrak Murid

Lebih terperinci

Taklimat untuk Guru BM

Taklimat untuk Guru BM Taklimat untuk Guru BM Memahami Kandungan Subjek dan Matlamat Memahami Pelajar dan Pembelajaran Amalan-amalan Pedagogi Memahami Pengajaran Amalan Pengajaran Singapura (STP) Falsafah Kurikulum Singapura

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK [Type text] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA : ZUNIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN NO. KAD MATRIKULASI : 821016145780001 NO. KAD PENGENALAN : 821016145780

Lebih terperinci

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Perkembangan Sosial-Emosi Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced

Lebih terperinci

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal Topik 5 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep kemahiran interpersonal; 2. Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal;

Lebih terperinci

Unit 5 Pendekatan Tematik

Unit 5 Pendekatan Tematik Unit 5 Pendekatan Tematik Pengajaran dan Pembelajaran KBSR Yang Bersepadu dan Tematik Modul Lati han Guru Tahun 1 Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun I 67 PERANCANGAN SESI PENDEKATAN TEMATIK Unit

Lebih terperinci

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Soalan 1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Teknik Al-Baghdadi merupakan satu pembaharuan dalam usaha membenteras buta al- Quran melalui pendekatan kata kunci sebagai titian ingatan. Kemunculan metod ini

Lebih terperinci

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri - PhD Objektif Pembelajaran Di akhir modul para peserta: 1. Memahami bahawa

Lebih terperinci

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT : KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT : ARAHAN KEPADA CALON. 1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 30 soalan objektif Bahagian B

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia

BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia 1 BAB4 PENGAMATAN PENGENALAN Pengamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia tidak

Lebih terperinci

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Dikeluarkan pada September 2005 Disemak semula pada April 2012 Disemak semula pada Oktober 2017 Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Epson akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan mengamalkan kelakuan

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Lebih terperinci

Dr Tajularipin Sulaiman

Dr Tajularipin Sulaiman Konsep Pengajaran Dr Tajularipin Sulaiman tajulas@putra.upm.edu.my Definisi Pengajaran PENGAJARAN Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh gurudan muridnya. Pengajaran

Lebih terperinci

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan ATIKAN, 1(1) 2011 NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan ABSTRAK: Tiada satu pendekatan pun yang boleh

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN PERENGGAN PENDAHULUAN Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu: Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan

Lebih terperinci

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN JAWI Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para pendidik dalam membantu para pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

Lebih terperinci

Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan. dan keadaannya tenang. Selepas sahaja loceng rehat berbunyi, keadaan di

Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan. dan keadaannya tenang. Selepas sahaja loceng rehat berbunyi, keadaan di TAJUK 3: SOALAN TUTORIAL Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut: Bunyi yang anda dengar : Sebelum loceng rehat

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Metodologi kajian dalam buku komik Doraemon adalah berdasarkan kaedah kualitatif

Lebih terperinci

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum

Lebih terperinci

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah : Borang PR1/PRA BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL Nama Pelajar : No. K.P.: No.Matrik : Kohort&Group : Pengkhususan/Major: Praktikum (Tandakan ): Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3 Sekolah : Mata Pelajaran

Lebih terperinci

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM PRASEKOLAH (PR1) Nama Pelajar : No. K.P.: No.Matrik : Kohort&Group : Pengkhususan/Major: Praktikum (Tandakan / ): Penyeliaan 1 Penyeliaan

Lebih terperinci

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM Prof. Sidek Mohd Noah SOAL SELIDIK PERSONALITI WARNA Bil Item Ya Tidak. 1 Saya cepat menyesuaikan diri dengan situasi baru. 2 Saya lebih tua dari umur sebenar saya

Lebih terperinci

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti Pengenalan Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan

Lebih terperinci

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat) LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat) Lampiran 1 NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH : :. :. NAMA PROJEK/AKTIVITI:. TEMPOH PELAKSANAAN:. OBJEKTIF : 1).. 2).. 3)... STRATEGI PELAKSANAAN:

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PENGENALAN Murid-murid yang mengambil subjek Bahasa Melayu di Sekolah Mee Toh merangkumi kurang daripada 3%. 70% daripada mereka lebih kerap

Lebih terperinci

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR NordinTahir IPG Kampus Ipoh Jenis-jenis Gaya Belajar Gaya Belajar Visual Gaya Belajar Audiotory Learners Gaya Belajar Tactual Learners Gaya Belajar Kinestatik Gaya Belajar

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI LAMPIRAN 3-3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1 PEMULIHAN BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah Mata Pelajaran

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN LAMPIRAN 3-5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PR1/MP BIDANG TERAS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN Nama Pelajar No.K/P Program PDPLI SM PDPLI SR Ambilan Pengkhususan Sekolah

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada

Lebih terperinci

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU Isu-isu Etika Guru Maksud

Lebih terperinci

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan Konsep Tingkah Laku Bermasalah Jenis Disruptif Pendahuluan Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu

Lebih terperinci