PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG SEKSYEN 5
|
|
- Fanny Makmur
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 FASAL 1 NAMA PERSATUAN Persatuan ini dinamakan PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA (TPS) KAJANG, SEKSYEN 5; selepas ini disebut Persatuan. FASAL 2: TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan serta urusan surat menyurat Persatuan ialah di: No. 81, Jalan 5/1E, Seksyen 5, Taman Puncak Saujana, Kajang, Selangor Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Persatuan terlebih dahulu. FASAL 3: LAMBANG DAN LENCANA 1 / 10
2 1. Logo Persatuan menggunakan lambang seperti rumah dengan lima ( 5 ) tona warna iaitu biru, kelabu cerah dan kelabu gelap, pink dan hijau. Ikon rumah dan figura keluarga berwarna kelabu melambangkan penduduk-penduduk TAMAN PUNCAK SAUJANA KAJANG SEKSYEN 5 yang bersatu hati dan bekerjasama. 2. Warna pink untuk tulisan CINTA melambangkan tempat komuniti setempat. Ianya seolah-olah berbentuk ikatan reben bagi mengambarkan penduduk-penduduk yang bersatu dalam apa jua perkara. 3. Manakala teks berwarna biru bertulis PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK SAUJANA KAJANG SEKSYEN 5 yang ditulis di atas adalah sebagai lambang yang memayungi kepentingan penduduk-penduduk yang bernaung di bawah persatuan. 4. Warna hijau pada figura huruf J dan kupu-kupu melambangkan logo umum bagi TAMAN PUNCAK SAUJANA, KAJANG secara keseluruhan. FASAL 4: TUJUAN DAN MATLAMAT 1. Mewujudkan perpaduan dan ikatan muhibah di kalangan penduduk TAMAN PUNCAK SAUJANA KAJANG, SEKSYEN Menggalakkan penduduk setempat menyertai persatuan ini. 3. Merancang program-program untuk pembangunan kawasan setempat. FASAL 5: KEAHLIAN 1. Ahli adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. 2. Ahli adalah dikalangan penduduk TAMAN PUNCAK SAUJANA KAJANG, SEKSYEN Keahlian terbuka kepada kaum Melayu, Cina dan India dan kaum lain. 4. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah mendapat kelulusan dan sokongan daripada Ahli Jawatankuasa. 5. Yuran ahli perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum diterima menjadi ahli Persatuan. 6. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua ( 2 ) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk kelulusan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab. 7. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah segera membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan. 2 / 10
3 FASAL 6: YURAN KEAHLIAN 1. Yuran tahunan untuk keahlian adalah sebanyak RM 1.00 (Satu ringgit sahaja) 2. Bayaran masuk bagi permohonan ahli baru ialah RM 2.00 (Dua ringgit sahaja). 3. Bayaran yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari setiap awal tahun. 4. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga ( 3 ) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya. Seterusnya, akan hilanglah hakhak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan. 5. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi empat ( 4 ) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. 6. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. 7. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir dari membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. FASAL 7: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang ingin berhenti daripada ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua ( 2 ) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha serta perlu menjelaskan semua bayaran yuran tertunggak (jika ada). 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Persatuan atau mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya; bagi suatu tempoh sebagaimana difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. FASAL 8: MESYUARAT AGUNG 1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli atau satu ( 1 ) kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, (mengikut mana yang kurang) hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 3 / 10
4 2. Jika korum tidak mencukupi selepas 1/2 jam daripada waktu ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari). 3. Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting (AGM) bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah: a) Menerima laporan tahunan Jawatankuasa di dalam tahun yang lalu; b) Menerima laporan penyata kewangan daripada Bendahari; dan c) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. 4. Setiausaha hendaklah menghantar memo/notis kepada setiap ahli sekurang-kurangnya tujuh ( 7 ) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 5. Mesyuarat Agung Khas atau Extraordinary General Meeting (EGM) bagi Persatuan ini boleh diadakan apabila diputuskan mustahak oleh Jawatankuasa, atau atas permintaan ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi; dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. 6. Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 8. Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam Perlembagaan Persatuan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan juga terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas (EGM). 9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada ahli satu salinan Minit Mesyuarat bagi setiap Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Khas (EGM) dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 9: JAWATANKUASA 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung (AGM) pada setiap dua (2) tahun sekali. 4 / 10
5 1 orang x Pengerusi 1 orang x Timbalan Pengerusi 1 orang x Setiausaha 1 orang x Timbalan Setiausaha 1 orang x Bendahari 1 orang x Timbalan Bendahari 9 orang x Ahli Jawatankuasa 1 x AJK Keselamatan 1 x AJK Rekreasi, Sukan & Kebun 1 x AJK Kebajikan 2 x AJK Logistik 1 x AJK Hal Ehwal Wanita 1 x AJK Kerohanian 2 x AJK Publisiti 2 orang x Pemeriksa Kira-kira 2. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong; dan pemilihan akan dijalankan dengan cara undian oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). 3. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan tugasan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung (AGM dan EGM). 4. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung (AGM dan EGM) dengan tidak terlebih dahulu merujuk pada ketetapan dicapai pada mesyuarat. 5. Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung (AGM dan EGM). 6. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). 7. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga ( 3 ) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh ( 7 ) hari terlebih dahulu. 8. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat ( 4 ) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. 9. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 10. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran Surat Pekeliling ( circular ). Syarat-syarat 5 / 10
6 seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam Surat Pekeliling/ Circular yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa. b) Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan c) Keputusan hendaklah dengan undi majoriti. 11. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam Minit Mesyuarat. 12. Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga ( 3 ) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 13. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka ahli Jawatankuasa lain berhak melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan. 14. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia juga boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. 15. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. 6 / 10
7 FASAL 10: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Pengerusi Menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung (AGM dan EGM) dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Pengerusi mempunyai suara pemutus dan hendaklah menandatangani Minit Mesyuarat bila ia telah diluluskan. Pengurus hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Bendahari; Membuat keputusan akhir yang tidak boleh dipertikaikan oleh ahli ataupun Ahli Jawatankuasa. 2. Timbalan Pengerusi Hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 3. Setiausaha Hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan dan hendaklah Setiausaha menjalankan perintah Mesyuarat Agung (AGM dan EGM) dan Mesyuarat Jawatankuasa. Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua rekod kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Bertanggungjawab menyimpan semua maklumat ahli seperti nama, tempat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nama majikan dan alamat tiap-tiap ahli. Hendaklah hadir didalam semua Mesyuarat dan membuat catatan Minit Mesyuarat. Bertanggungjawab mengirimkan penyata tahunan kepada Pendaftar Persatuan dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat Agung sebagaimana yang dikehendakki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Persatuan, Timbalan Setiausaha Hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. 7 / 10
8 5. Bendahari Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Bendahari juga hendaklah membuat dan menyimpan rekod kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi. 6. Timbalan Bendahari Hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. 7. Ahli Jawatankuasa Hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya FASAL 11: KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persatuan, kewangan Persatuan ini boleh digunakan dalam perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan termasuk belanja pentadbiran. Walaubagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang di jatuhkan hukuman oleh mahkamah. 2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM (Dua ratus ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu dimestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank hendaklah di atas nama Persatuan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari. 4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM (Ringgit Malaysia Lima Ratus) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1, (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung (AGM dan EGM) terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari 5. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantikdi bawah Fasal 12 Perlembagaan Persatuan, ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. 8 / 10
9 Penyata kira-kira itu. Ia hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli. 6. Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan Berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 12: PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Dua ( 2 ) orang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di Dalam Mesyuart Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira..Mereka akan memegang jawatan selama dua ( 2 ) tahun dan boleh dilantik semula. 2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Meraka juga dikehendaki pada bilabila masa oleh Pengerusi mengaudit akaun Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 13: LARANGAN 1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. 2. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; 3. Faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Persatuan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 14: TAFSIRAN 1. Ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung (AGM dan EGM), Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya Perlembagaan Persatuan ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan Persatuan ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung (AGM dan EGM), keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad. 9 / 10
10 FASAL 15: PINDAAN 1. Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung (AGM dan EGM). 2. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada pendaftar Persatuan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung (AGM dan EGM) meluluskan perubahan atau pindaan dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Persatuan. FASAL 16: PEMBUBARAN PERSATUAN 1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan Persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang dipanggil khas. 2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut Perlembagaan Persatuan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Khas (EGM) berkenaan. 3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Persatuan dalam masa 14-hari dari tarikh pembubaran itu. 10 / 10
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS) Fasal 1 NAMA 1) Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Yayasan
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)
UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008) FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI,
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA
UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA KANDUNGAN FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN. Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak
UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN Kelab Sukan Dan Rekreasi UniKL RCMP Ipoh Perak. (NAMA PERTUBUHAN) KANDUNGAN FASAL 1... NAMA FASAL 2... TEMPAT URUSAN FASAL 3... BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA FASAL 4... TUJUAN
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas
PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas Selepas ini disebut Pertubuhan. FASAL 2 ALAMAT (1) Alamat
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA
UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA PECAMP Malaysia Februari 2006 PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA (Society of Information
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN.
UNDANG-UNDANG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI LANGAT JAYA (PPPLJ) CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN. FASAL 1 NAMA PERSATUAN a) Persatuan Penduduk Pangsapuri Langat Jaya, Cheras, Selangor Darul Ehsan (PPPLJ).
Lebih terperinciContoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata.
Contoh undang-undang ini menepati kehendak Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan disebarkan untuk tujuan pendidikan semata-mata. UNDANG-UNDANG BAGI.. (Nama Penuh Pertubuhan) FASAL 1: NAMA Pertubuhan ini
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84) FASAL 1: NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK.
UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN MURID-MURID TUA SEROLAH CHUNG TUCK KAMPONG SIMEE, IPOH, PERAK. Fasal 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN MURID-MURID TUA SEKOLAH CHUNG TUCK, KAMPONG SIMEE,
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA
PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA (NAMA PERTUBUHAN) FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S.
UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGANUT DEWA SI THIAN KONG, KUALA PILAH, N.S. FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Penganut Dewa Si Thian Kong, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR (PPM-017-10-22092010) mulai 22/9/2010 (2291-10-SEL) - lama FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FASAL 1 : NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR
UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI TAMAN PUNCAK KINRARA TKK 2/3, PUCHONG, SELANGOR FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Pangsapuri Taman Puncak Kinrara
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER
Lebih terperinciPerlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia
Perlembagaan Persatuan Linguistik Malaysia 1 I. Nama dan Alamat Persatuan ini akan dinamakan Persatuan Linguistik Malaysia, yang di bawah ini akan dirujuk sebagai Persatuan. Alamat Persatuan ini adalah
Lebih terperinciPERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.
FASAL 1 NAMA PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. Selepas ini disebut pertubuhan.
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1
UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA MALAYSIAN DEAF MUSLIM ASSOCIATION 1 UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA KANDUNGAN Muka Surat FASAL 1 :
Lebih terperinciUNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA
UNDANG UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA Peraturan 1. Nama dan Tempat Urusan 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SENIFOTO PETALING JAYA, selepas ini disebut Persatuan.
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN PUNCAK UTAMA KAJANG SELANGOR\R\N Selepas ini disebut
Lebih terperinciUNIT KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU
UNDANG UNDANG BAGI KELAB RADIO AMATUR KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU SQUAD 99 (TERENGGANU AMATEUR RADIO DISASTER COMMUNICATION CLUB - SQUAD 99). FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN DASAR PENDIDIKAN TINGGI
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC)
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS 4WDVC) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS
Lebih terperinciPERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN
PERSATUAN PEDAGANG SARANG BURUNG MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali sebagai Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia. Selepas ini disebut PPSB. FASAL
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS , AYER HITAM, JOHOR
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 86100, AYER HITAM, JOHOR PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM KELAS 84 86100, AYER
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH)
KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH) PPM-010-12-14032013 FASAL 1 - NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PENYOKONG LIVERPOOL FC SABAH (THE LIVERPOOL
Lebih terperinci(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN HAL EHWAL DAN PELINDUNG PENGGUNA SABAH (CONSUMERS AFFAIR AND PROTECTION SOCIETY OF SABAH) (CAPS) FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Hal Ehwal Dan Pelindung
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC))
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER MALAYSIA (TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA (TAC)) FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ADVOKASI KESIHATAN KANSER
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ)
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK PETALING JAYA 2017 (MYPJ) Selepas ini disebut pertubuhan. 2. Takrif
Lebih terperinci1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ini ialah:
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN MEMELIHARA DAN MEMAJUKAN TANAH ADAT ASAL (MENTAS) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN MEMELIHARA DAN MEMAJUKAN TANAH ADAT ASAL (MENTAS) Selepas ini
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA)
PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS SWASTA MALAYSIA (ASSOCIATION OF PRIVATE KIDNEY CARE PROVIDERS OF MALAYSIA) FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PERKHIDMATAN DIALISIS
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION)
PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ALUMNI ASSOCIATION) FASAL 1 : NAMA PERTUBUHAN 1. Persatuan hendaklah dikenali sebagai PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA)
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENOLONG AKAUNTAN JANM (PERPENA) Selepas ini disebut "Pertubuhan".
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION)
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ALUMNI ASSOCIATION) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI
Lebih terperinci(2) Selepas ini disebut Persatuan.
UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN PERSATUAN BIOMOLEKULAR TERAPI MALAYSIA (PBMTM) BIOMOLECULAR THERAPY ASSOCIATION MALAYSIA (BMTA) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan BioMolekular
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR
PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR FASAL 1 NAMA PERTUBUHAN Badan Khairat Kelana Jaya FASAL 2 ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN Tempat bagi urusan dan alamat pos ialah : D/a Masjid Al-Hidayah, Jalan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
PERLEMBAGAAN BAGI KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB JURURAWAT PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA Selepas ini disebut pertubuhan.
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK)
1.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN KAKITANGAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PKPK) a) Nama Persatuan ini dinamakan Persatuan Kakitangan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan atau Persatuan Kakitangan POLISAS
Lebih terperinciPERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
PERLEMBAGAAN PAUPM PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PAUPM) KANDUNGAN FASAL PERKARA MUKASURAT FASAL 1 FASAL 2 FASAL 3 FASAL 4 FASAL 5 FASAL 6 FASAL 7 FASAL 8 FASAL FASAL 10 FASAL 11 FASAL 12
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN
PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN FASAL 1 NAMA 1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Selepas ini disebut pertubuhan. MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN 2. Takrif Nama : Akrab atau rakan pembimbing perkhidmatan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA FASAL 1 NAMA 1. Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEMBIMBING IBU MENYUSU MALAYSIA, (MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR ASSOCIATION)
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI
1 UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT D RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI KANDUNGAN FASAL 1 FASAL 2 FASAL 3 FASAL 4 FASAL 5 FASAL 6 FASAL 7 FASAL 8 FASAL 9 FASAL 10 FASAL 11 FASAL 12 FASAL 13 FASAL 14 FASAL
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI
UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI TAMAN DESA JAYA TAMAN EHSAN TAMAN USAHA JAYA TAMAN BUKIT DESA DAN TAMAN DAYA Diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1.0 NAMA 1.1 Institusi Pembangunan Felo, Universiti Teknologi Malaysia dengan nama ringkasnya IPF. Selepas ini disebut IPF. 2.0 ISTILAH
Lebih terperinci8 DISEMBER 2013 (Ahad) Nur Lembah Bestari, Training & Eco Resort Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Baru, Batu Caves, Selangor
PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA (PPM-020-10-19072012) No. 78, Jalan 16/2, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Faks: +603-79609676 E-mel: info@autisme.my Tarikh: Rujukan Kami: 8
Lebih terperinciUNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL)
[PPBM 2111/09] UNDANG-UNDANG PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL) 1 UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) No. Pendaftaran: PPBM 2111/09 FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE 21 MALAYSIA FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN
Lebih terperinciPerlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC
KELAB SUKAN & REKREASI ELTC Perlembagaan Kelab Sukan & Rekreasi ELTC Fasal 1: Maklumat Asas Nama Pertubuhan : Kelab Sukan & Rekreasi ELTC Fasal 2 : Tempat Urusan English Language Teaching Centre, Malaysia
Lebih terperinciKELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.
KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976. UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN FASAL 1: NAMA DAN ALAMAT 1.1 Kelab ini dinamakan KELAB SUKAN BANK RAKYAT, KUALA LUMPUR ringkasnya
Lebih terperinci(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL. Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam. Disediakan Oleh:
(Logo Kelab) Kelab Catur UNISEL Kertas kerja Perlembagaan Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Kampus Shah Alam Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penaja Kelab Catur UNISEL (KECAS UNISEL) Universiti Selangor Kampus
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN SAINS ANALISIS MALAYSIA (MALAYSIAN ANALYTICAL SCIENCES SOCIETY) No. Pendaftaran: 5269/93 (Selangor)
PENERANGAN TENTANG LOGO ANALIS ANALIS KELALANG KON KROMATOGRAM WARNA MERAH WARNA BIRU : Singkatan nama Persatuan Sains Analisis Malaysia : Bergiat dalam penyelidikan sains analisis yang bercorak asas dan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY)
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA ASSOCIATION FOR CELL THERAPY) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SEL PERUBATAN MALAYSIA (MALAYSIA
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN, MALAYSIA (ASSOCIATION OF BUMIPUTERA WOMEN IN BUSINESS AND PROFESSION, MALAYSIA) 1. NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08)
1 PERLEMBAGAAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (NO PPM WKL 0296/08) & NO PPP WKL0023/08) FASAL 1 NAMA 1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016)
PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016) 1 NAMA 1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Selepas ini disebut Pertubuhan. 1.2 Takrif Nama: P Persatuan;
Lebih terperinciBADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR
BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR 1. NAMA PERTUBUHAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA, BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11,SHAH ALAM, SELANGOR.
Lebih terperinciPERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA
AM PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA 1. Membentangkan peraturan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Khas dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang meliputi
Lebih terperinciTiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.
dikehendaki menandatangan ikrar seperti dalam fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan dia
Lebih terperinciPERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016)
PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (Pindaan 12 November 2016) UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA (PERDASAMA) (PINDAAN 12 NOVEMBER 2016) Kandungan Fasal 1. Nama 2. Tempat
Lebih terperinci5.1 Mewujudkan dan menjalinkan perhubungan, kerjasama dan perpaduan di kalangan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya.
1. NAMA Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya Kuala Lumpur (The Association of University of Malaya Laboratory Technologists Kuala Lumpur) (PJMUM) selepas ini
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA
PERLEMBAGAAN BAGI MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN MAJLIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK MALAYSIA KANDUNGAN FASAL 1.. NAMA FASAL 2..
Lebih terperinciPERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR
PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka Melalui Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Lebih terperinciPERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017)
PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERDASAMA (PINDAAN 10 DISEMBER 2017) UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA (PERDASAMA) (PINDAAN 10 DISEMBER 2017) KANDUNGAN Fasal 1. Nama 2. Tempat
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN
PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MAAHAD/ SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) YAYASAN ISLAM KELANTAN Kaedah 1 1.1 Nama & Alamat 1.1.1 Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Persatuan Ibubapa
Lebih terperinciATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile
ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1 KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BHD ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1. TAJUK 1.1 Aturan-Aturan ini boleh disebut sebagai Aturan-Aturan
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN
PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN 1. NAMA Nama pertubuhan ini ialah Badan KHAIRAT Kematian Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Selepas ini disebut sebagai KHAIRAT 2. ALAMAT
Lebih terperinciTABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA
TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN TABUNG KEBAJIKAN, KESATUAN......... NATIONAL UNION OF JOURNALISTS PENINSULAR...... MALAYSIA...... KESATUAN
Lebih terperinciWarna biru adalah melambangkan kehormatan, ketahanan, kemajuan dan daya saing.
PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR Fasal 1 Nama: Nama Pertubuhan ini ialah Persatuan Kebajikan, Sukan Dan Kebudayaan Kakitangan Yayasan Selangor
Lebih terperinciNORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR
NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR 2 KANDUNGAN Pengenalan Kewajipan Pegawai Pertubuhan Pengendalian Mesyuarat Agung Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Penyelenggaraan Rekod-Rekod
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM
UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN ISI KANDUNGAN BAB PERTAMA: NAMA DAN TEMPAT URUSAN... 1 Fasal 1: NAMA... 1 Fasal 2: TEMPAT URUSAN...1 BAB
Lebih terperinci2.1 Warna Persatuan ini ialah Merah, Biru dan Putih.
PERLEMBAGAAN PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR 2011 (PSKPPJ 2011) FASAL 1 Nama: 1.1 Persatuan ini dinamakan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Negeri
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013
BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 23. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan
Lebih terperinciTATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Nama dan Alamat TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN 1. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa bagi Tingkatan, Unit Berunifom, Kelab / Persatuan, Sukan / Permainan
Lebih terperincimesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.
(f) meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada; (g) meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR
UNDANG-UNDANG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA BATU CAVES, SELANGOR 1. NAMA Nama pertubuhan ini ialah: Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina Batu Caves
Lebih terperinciCONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN
CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN FASAL 1. NAMA Badan Sukan ini dikenali dengan nama atau ringkasnya disebut sebagai di dalam Perlembagaan ini. FASAL 2. ALAMAT
Lebih terperinci4. Wilayah Kegiatan Kegiatan PSM meliputi seluruh Malaysia. 5. Bidang Aktiviti PSM tidak boleh melibatkan diri dalam politik.
PERLEMBAGAAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA (pindaan sehingga 23 Julai 2011) 1 PERLEMBAGAAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA BIL. PERKARA PERUNTUKAN 1. Nama a) Persatuan ini dinamakan Persatuan Sejarah Malaysia
Lebih terperinciKELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR BUKU PANDUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NAMA DAN NAUNGAN KELAB SUKAN DAN REKREASI VETERINAR (KSRV) FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UNIVERSITI PUTRA
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013
BAHAGIAN IV KEANGGOTAAN Anggota 10. Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi
Lebih terperinci(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.
(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu. Tugas setiausaha 48. (1) Setiausaha hendaklah menjalankan
Lebih terperinciKANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN (PAKAT) UKM PERKARA MUKA SURAT Nama Persatuan 1 Alamat dan Tujuan Keanggotaan Persatuan 2 Pemberhentian dan Kemasukan Semula 2 Yuran dan Kewajipan Ahli 3 Jawatankuasa Kerja dan Tugas-tugas
Lebih terperinci(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.
(c) aktiviti-aktiviti yang dijalankan. (2) Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod-rekod lain menurut fasal (1), hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari
Lebih terperinciKoperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung
Koperasi 33 BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 36. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan atau arahan atau garis panduan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi
Lebih terperinciSENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan
PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (REGISTRAR OF YOUTH SOCIETIES) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA ARAS 4, MENARA KBS, NO. 27 PERSIARAN PERDANA, Tel : 03-8871 3600 / PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA)
Deraf Pindaan sebelum di bawa ke AGM UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU MALAYSIA (ASTRA) KANDUNGAN Fasal 01 - NAMA Fasal 02 -TEMPAT URUSAN/ALAMAT SURAT MENYURAT / E-MAIL / LAMAN
Lebih terperinciKOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD
ATURAN-ATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN SECARA ISLAM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 1. Tajuk dan mula berkuatkuasa 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan
Lebih terperinciFASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
UNDANG-UNDANG PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA MALAYSIAN ASSOCIATION OF LOCAL AUTHORITIES [MALA] KANDUNGAN MUKASURAT FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA)
PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) FASAL 1 NAMA Kelab ini dikenali dengan nama KELAB SUKAN, SOSIAL DAN KEBAJIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KSSKA) selepas
Lebih terperinciBUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ISI KANDUNGAN HALAMAN 1. PENDAHULUAN 3 2. OBJEKTIF 4 3. KEAHLIAN 5 4. AHLI JAWATANKUASA
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015
1 PERLEMBAGAAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN) PADA 19 FEBRUARI 2015 FASAL 1: NAMA PERTUBUHAN PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA FASAL 2: NAMA RINGKAS PERTUBUHAN IKATAN FASAL 3: ALAMAT PENTADBIRAN Level
Lebih terperinciPARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA
UNDANG UNDANG PERTUBUHAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA KANDUNGAN Pendahuluan FASAL 1 FASAL 2 FASAL 3 FASAL 4 FASAL 5 FASAL 6 FASAL 7 FASAL 8 FASAL 9 FASAL 10 FASAL 11 FASAL
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA
PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM MALAYSIA Selepas ini disebut "Pertubuhan".
Lebih terperinciKOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD. Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT
KOPERASI GURU-GURU LEPASAN MAKTAB/ PUSAT LATIHAN HARIAN PAHANG (KOGURU) BERHAD Peraturan-peraturan AKTIVITI KREDIT 1. a.` Peraturan-peraturan ini adalah dinamakan Peraturanperaturan Aktiviti Kredit Koperasi
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM
PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.0 NAMA 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab Universiti Putra Malaysia. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM. 1.3 Alamat persatuan/kelab ini ialah :
Lebih terperinciKOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN
KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN 1. Tajuk 2. Tafsiran 3. Tujuan 4. Modal Operasi Dan Sumber Kewangan 5. Jenis-jenis Pinjaman
Lebih terperinciBAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN
BAB PERTAMA: MAKLUMAT ASAS PERUBATAN Fasal 1 : Nama Dan Alamat Persatuan ini dinamakan PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN MALAYSIA-MESIR atau dalam Bahasa Inggeris, MALAYSIAN MEDICAL STUDENTS ASSOCIATION
Lebih terperinciATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.
ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN Tajuk 1. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi. Tafsiran 2. Melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan
Lebih terperinciRekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.
persaraan yang mana terdahulu. Kontrak 11. Pekerja yang mendapat kemudahan hendaklah menandatangani perjanjian dengan Koperasi untuk berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun bagi setiap satu (1) tahun
Lebih terperinciRekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.
Rekod 10. Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha. Penyata akaun 11. Lembaga hendaklah menyerahkan pada tiap-tiap
Lebih terperinci