SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313"

Transkripsi

1 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 INSTITUSI AGAMA KULIAH MINGGU 13

2 KONSEP AGAMA Agama merupakan set kepercayaan dan pandang dunia (worldview), iaitu idea-idea tentang sifat kewujudan (nature of existence), matlamat kewujudan, masalah kewujudan dan cara mengatasi masalah tersebut. Pandang dunia sesuatu agama mencerminkan perkara yang dihargai dan sebaliknya nilai-nilai berkaitan persoalan rohaniah, akhlak dan sosial yang didokong oleh agama berkenaan. Agama mempunyai lambang-lambang teras (core symbols) yang merupakan embodiment dan pengucapan kepercayaan dan nilai-nilai utama yang ingin diterapkan ke dalam masyarakat (Sharifah Zaleha, 2012). Sosiologis mengertikan agama sebagai set kepercayaan, simbol dan amalan yang dihubungkaitkan dengan sesuatu yang kudus (sacred), yang dianggap sangat penting. Ia dipercayai mempunyai kuasa luar biasa, bermakna dan diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat (Abdul Halin, 2003).

3 KONSEP AGAMA Bagi masyarakat yang bertamadun tinggi, agama merupakan sebuah struktur institusi penting sehingga agama dikatakan sebagai seluruh sistem sosial. Persoalan yang berkaitan dengan agama adalah berbeza dengan persoalan bukan agama seperti ekonomi, politik, kenegaraan kerana ke semuanya bersifat material (benda) Agama bersifat abstrak, ia adalah `dunia luar, pengalaman transenden atau the beyond. Agama merangkumi sistem kepercayaan dan amalannya sekali. Setiap amalan agama mempunyai fungsinya (peranan) tersendiri yang kebanyakannya dikaitkan dengan pandangan dunia masyarakatnya. Pengkaji antropologi keagamaan telah menekankan kajian mereka kepada sistem kepercayaan masyarakat yang mengandungi perasaan berani, hormat dan takut yang dianggap oleh manusia terhadap alam ini selain daripada objek dan pengalaman secara langsung (Abdullah Taib, 1985).

4 KONSEP AGAMA Pendapat ini, banyak memberikan sumbangan ke atas pembentukan teori keagamaan yang dikemukakan oleh Emile Durkheim dalam karyanya, The Elementary Forms of the Religious Life pada Durkheim menghujah bahawa penganut agama tidak bertanya bagaimana agama wujud, akan tetapi ialah bagaimana cara melakukan sesuatu dengan cara yang betul. Agama juga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti penghalang kemajuan dan agama sebagai sesuatu yang bersifat reaksional. Agama juga dikaitkan sebagai pencetus atau punca fanatisme, fundalmentalisme, radikalisasi, anti-rasional dan pelbagai label negatif. Malah atas nama agama juga berlaku pergaduhan, peperangan, kemusnahan harta benda dan nyawa. Malah ada juga individu atau kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Kefahaman mengenai asas agama amat penting agar manusia tidak memberikan label dan persepsi yang negatif mengenai agama dalam masyarakat.

5 PERANAN AGAMA Para sosiologis cuba memahami agama dari segi peranannya dalam mengesani kehidupan ahlinya dan juga bagaimana ahli masyarakat tersebut sendiri pula mempengaruhinya. Sosiologis tidak mengkaji agama dari segi benar atau tidak benarnya ajaran agama itu, atau sama ada Tuhan wujud atau tidak. Agama berperanan dan berpotensi dalam mempengaruhi jati diri dan identiti seseorang atau kelompok. Agama boleh melakukan empat perkara. Agama boleh mendorong manusia menubuhkan komuniti iman (faith community) yang berbeza dari segi amalan dan tingkah lakunya daripada kumpulan lain. Agama boleh menentukan dengan siapa ahli komuniti tersebut boleh atau tidak boleh berinteraksi dan berhubungan. Agama boleh menggalak manusia membandingkan komuniti yang mereka anggotai dengan kumpulan atau komuniti lain; Agama boleh menanam keinginan mendalam dalam kalangan ahli kelompok untuk memberi pernyataan kepada keyakinan mereka.

6 PERANAN AGAMA Agama juga dikenali sebagai tenaga penyatu (unifying force) terhadap aspirasi manusia yang paling murni sehingga membentuk idealisme Agama dianggap sebagai sejumlah himpunan nilai-nilai moral Agama dianggap sebagai benteng ketahanan masyarakat dan kedamaian individu yang menjadi asas penting untuk menegakkan keagungan peradaban dan tamadun manusia. Tanpa agama, sudah tentu manusia akan mengalami pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka. Secara ringkas, agama berperanan dalam mengikat penganutnya ke dalam satu kesatuan yang kukuh dan kemampuannya mewujudkan kestabilan dalam masyarakat.

7 PERSPEKTIF SOSIOLOGI TERHADAP AGAMA

8 PERSPEKTIF FUNGSIONALIS Perspektif fungsionalis ini berdasarkan pandangan sosiologis Durkheim yang melihat agama dari segi fungsinya dalam memenuhi keperluan masyarakat. Bagi Durkheim, agama merupakan satu sistem kepercayaan dan ritual berhubung dengan sesuatu yang suci atau kudus, bukan sesuatu yang bersifat duniawi (profane). Durkheim menjelaskan agama berfungsi kerana ia mengikat (menyatukan) orang bersama sebagai kelompok penganut. Perkara tersebut boleh dicapai kerana pengikut agama berkongsi nilai dan kepercayaan moral yang serupa yang membentuk satu kesedaran kolektif (collective consciousness). Kesedaran kelompok seperti ini menjadi asas kepada keteraturan sosial, pengawalan tindakan dan kerjasama serta perpaduan kelompok. Penyembahan keagamaan secara kolektif, misalnya berfungsi mengukuhkan hubungan sesama ahli masyarakat, kerana masing-masing sebenarnya berkongsi kepercayaan dan juga simbol yang disembah. Durkheim juga melihat agama sebagai memberi makna dan tujuan kepada hidup dalam kalangan pengikutnya (Macionis, 1999).

9 PERSPEKTIF INTERAKSIONISME SIMBOLIK Perspektif interaksionisme simbolik menjelaskan bahawa agama berkuasa dan mempunyai pengaruh pada kehidupan masyarakat. Hal ini kerana adanya komitmen ahli masyarakat sendiri kepada kepercayaan keagamaan. Juga kerana kesediaan mereka untuk sentiasa menghubungkaitkan segala tindakan mereka dengan kepercayaan tersebut (Macionis, 1999; Turner, 1985). Agama mempunyai simbol-simbol tertentu yang dianggap kudus, luar biasa dan mulia oleh komuniti penganutnya. Lambang (simbol) tersebut memberi identiti tersendiri kepada komuniti penganut berkenaan serta berperanan besar dalam mewujudkan perpaduan penganut (Henslin, 2001). Dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai agama, misalnya institusi masjid, gereja, kuil, gurdwara merupakan simbol perpaduan yang jelas dan berfungsi. Sebenarnya ritual agama juga merupakan simbol yang mengikat penganut ke dalam satu komuniti Komuniti yang terbentuk oleh ikatan kepercayaan agama, yang diadun dengan nilai-nilai mulia dan suci, serta simbol-simbol agama merupakan entiti yang berkuasa dan berpengaruh. Dari sudut perspektif interaksionisme simbolik, komuniti mampu mengawal tindakan ahlinya sehingga ke tahap menyisihkan ahli yang bersalah daripada kumpulan.

10 PERSPEKTIF KONFLIK Perspektif konflik memperlihatkan pandangan sosiologis Karl Marx tentang rol agama dalam menyokong dan mengekalkan hierarki sosial (Macionis, 1999). Menurut Marx agama memuliakan kumpulan elit yang memerintah, mengesahkan kedudukan mereka dan menekankan kewajaran golongan bawahan untuk mentaati mereka. Menurut Marx agama adalah candu masyarakat, iaitu sesuatu yang mengkhayalkan masyarakat sehingga menerima susun lapis sosial, ketaksamaan ekonomi dan kuasa serta perbezaan status dan kelas sosial sebagai kehendak Tuhan (Browne, 1992). Marx juga menghujah bahawa apabila wujud pengagihan sumber yang tidak adil dalam masyarakat, akan berlaku penindasan dan alienasi (pengasingan) kelompok tertentu. Marx menegaskan akan berlaku penindasan dan peminggiran pekerja oleh golongan pemodal (borjuis) sehingga agama menjadi alat yang meredakan derita penindasan dan penekanan. Agama menjadi seperti pelindung agar orang menjadi lebih sabar dan tahan keperitan apabila teringatkan agama. Agama juga merupakan satu mekanisme kawalan sosial yang menghalang berlakunya konflik antara penindas dengan golongan yang ditindas. Namun, ia terus menjadi pengekal stratifikasi sosial dan penindasan dalam masyarakat.

11 IDENTITI BERKAITAN AGAMA Identiti sesuatu masyarakat amat berkait dengan agama dan budaya. Agama dan identiti tidak dapat dipisahkan kerana setiap penganut mempunyai identiti agama yang tersendiri. Pentingnya identiti kerana ia melambangkan hubungan individu serta keakuran (kepatuhan) dengan agamanya. Setiap kumpulan etnik mempunyai ciri budaya dan agama yang melambangkan identiti dan menentukan sempadan etnik mereka. Seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli etnik tertentu mengidentifikasikan dirinya sebagai ahli kumpulan tersebut, berkongsi nilai agama dan budaya yang sama dan mempunyai keahlian yang boleh dikenal pasti oleh orang lain.

12 IDENTITI BERKAITAN AGAMA Menurut Shamsul (1996) setiap realiti sosial sebagai terbentuk daripada dua pendekatan yang saling melengkapi, iaitu pendekatan tafsiran autoriti (authority-defined) dan tafsiran harian (everydaydefined). Realiti sosial tafsiran autoriti adalah pendekatan yang melihat sesuatu fenomena sosial menerusi kaca mata ahli-ahli yang mempunyai kedudukan yang berautoritatif, tetapi tidak terbabit dalam fenomena sosial tersebut secara langsung. Kepelbagaian etnik dalam masyarakat, apabila dilihat melalui pendekatan ini, cenderung digambarkan sebagai umum, seragam dan statik. Gambaran mengenai sesebuah kategori etnik misalnya, dibina berdasarkan identiti kolektif yang menekankan penanda-penanda identiti etnik yang paling menyerlah untuk membezakannya dengan kategori etnik lain.

13 IDENTITI BERKAITAN AGAMA Akibatnya, pendekatan tafsiran autoriti tidak mampu memberikan gambaran kepelbagaian etnik dalam masyarakat yang dinamik lagi pelbagai yang wujud dalam kehidupan harian. Kepelbagaian etnik dalam kehidupan seharian hanya dapat diserlah atau dilihat menerusi satu lagi pendekatan yang lebih mikro, iaitu tafsiran harian. Melalui pendekatan ini, identiti etnik digambarkan sebagai artikulasi pengalaman peribadi di mana gambaran tentang siapa diri pelaku sebagai ahli kumpulan etnik, terbit dan dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui mereka dalam kehidupan seharian (Shamsul 1996). Wacana identiti yang dibahas oleh Shamsul (1996) berasaskan dua pendekatan, iaitu authority-defined dan everyday-defined penting dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya. Perlu ditegaskan, identiti seseorang dalam sesuatu keadaan tidak mutlak. Identiti adalah sesuatu ciptaan sejarah dan bersifat dinamik.

14 KEAKURAN AGAMA Setiap agama mempunyai matlamat, tanpa mengira agama masyarakat mudah (simple) atau kompleks. Keakuran agama bermaksud kepatuhan individu dalam ajaran agama masingmasing. Keakuran juga boleh diertikan sebagai kesetiaan individu dalam menjalani kehidupan sebagai penganut agama masing-masing. Setiap penganut apa juga agama, sosiologis perhatikan, mempunyai matlamat mendapatkan keselamatan di dunia ini atau di kedua-dua dunia, yang sekarang dan yang akan datang (Johnson, 1996). Bezanya adalah dari segi cara keselamatan itu diperoleh serta bentuk keselamatan yang diharapkan oleh pengikut sesuatu agama. Cth Rukun Islam Norma keagamaan atau cara yang diakui dan dipatuhi masyarakat untuk memperoleh keselamatan, sebenarnya berfungsi menstabilkan keadaan masyarakat itu sendiri (Abdul Halin, 2003).

15 MASALAH RADIKALISASI AGAMA Konsep radikalisasi adalah kepercayaan pada sebuah gagasan atau prinsip radikal dalam melakukan perubahan secara ekstrem terhadap institusi politik dan sosial. Dalam pengertian politik, gagasan ini muncul pertama kali dari Charles James Fox ( ), yang menginginkan suatu reformasi radikal untuk membela kebebasan dan penghapusan perdagangan kanak-kanak. Sejak itu, gagasan radikalisasi ini telah meluas dalam pelbagai bidang seperti sosiologi dan sains politik. Radikalisasi dapat dibezakan dalam dua peringkat, iaitu peringkat pemikiran dan peringkat tindakan. Pada peringkat pemikiran, radikalisasi masih berupa wacana, konsep dan gagasan (idea) yang masih dalam perbincangan mengenai aspek penggunaan cara-cara kekerasan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Manakala pada peringkat tindakan pula, radikalisasi wujud dalam aspek sosio-politik dan agama.

16 MASALAH RADIKALISASI AGAMA Dalam aspek politik, fahaman radikalisasi ini kelihatan daripada tindakan memaksakan pendapatnya dengan cara-cara yang bertentangan dengan undang-undang (perlembagaan). Dalam peringkat tindakan, kelompok ini dapat mengerakkan (mobilise) pengikutnya untuk memenuhi kepentingan politik tertentu dan situasi ini seterusnya berakhir dengan konflik sosial dalam masyarakat. Dalam bidang keagamaan pula, fenomena radikalisasi agama dapat dilihat daripada tindakan yang bersifat destruktif dan huru hara (anarki) atas nama agama dari sekelompok orang terhadap kelompok pemeluk agama lain (external) atau kelompok seagama (internal) yang berbeza dan dianggap sesat. Termasuk dalam tindakan radikalisasi agama adalah aktiviti untuk memaksakan pendapat, keinginan, dan cita-cita keagamaan dengan jalan kekerasan yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran agama sebenar. Radikalisasi agama ini boleh menjangkiti semua penganut agama.

17 MASALAH RADIKALISASI AGAMA Radikalisasi dalam sebuah ideologi dan agama biasanya berlaku kerana beberapa faktor, seperti kegagalan individu/kelompok memahami mesej agama secara bersepadu (integral) dan menyeluruh (comprehensive), sehingga ada yang memilih melakukan tindakan ekstrem. Ada juga radikalisasi diciptakan oleh golongan elit untuk kepentingan politik. Perkara tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan antara penganut agama bukan sahaja di negara yang mengalami masalah dalam menguruskan radikalisasi agama malah juga di seluruh dunia. Penyebaran fahaman radikalisasi agama telah berubah daripada sebaran majalah dan buku kepada penggunaan bahan melalui internet. Selain menggunakan media cetak, kelompok radikal juga memanfaatkan dunia maya untuk menyebarluaskan informasi, misalnya mengenai konsep jihad. Radikalisasi agama ini memerlukan perhatian semua pihak terutama kerajaan dan institusi sosial dalam membendung fenomena ini agar tidak menjejaskan kestabilan masyarakat dan keselamatan serta ketahanan negara.

18 TERIMA KASIH

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 PERUBAHAN SOSIAL, KONFLIK DAN KEAKURAN KULIAH MINGGU 14 PENGENALAN Perubahan adalah fenomena sejagat kerana berlaku dalam semua masyarakat pada bila-bila masa. Perubahan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

Lebih terperinci

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

19/10/2016 PENGENALAN

19/10/2016 PENGENALAN PENGENALAN Memberi kefahaman tentang istilah sosiologi yang digunakan. Memudahkan seseorang memahami fenomena hubungan etnik di Malaysia. Sosiologi ilmu pengetahuan dalam bidang sains sosial a) Melihat

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan

Lebih terperinci

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh BAB 6 PENUTUP 6.1 KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian,

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 14 KONSEP ETIKA DAN MORAL DISEDIAKAN OLEH: FATIMAH BINTI HUSSIN A 144901 DISEDIAKAN

Lebih terperinci

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. - Dato

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 Draf FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 PENGENALAN TEORI ILMU SOSIAL MODEN KULIAH MINGGU 2 MEMAHAMI MAKSUD TEORI/PERSPEKTIF Kerja-kerja ahli sosiologi dan antropologi sosial adalah diasaskan dan dipandu oleh

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TAHUN 4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

Lebih terperinci

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.) Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel :

Lebih terperinci

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN Pendidikan pelbagai budaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang

Lebih terperinci

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat, Kamus Dewan. Konsep yang

Lebih terperinci

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN DATO HAJI MOHD YUSOF BIN DIN PENGARAH INSTITUT WASATIYYAH MALAYSIA (IWM) JABATAN PERDANA MENTERI GARIS MASA : MALAYSIA

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SEJARAH TINGKATAN 4 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam. KENYATAAN MEDIA MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI ISU TUNTUTAN COMANGO DAN PELABURAN ASN DAN ASB Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 0 PENDIDIKAN MORAL Dua jam tiga puluh minit SKEMA JAWAPAN a) Hemah tinggi Bertanggungjawab Kesederhanaan

Lebih terperinci

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi Objektif Memahami konsep segrigasi dan integrasi dalam hubungan etnik di Malaysia Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik Menghargai peranan

Lebih terperinci

BAB VI PENUTUP. Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka

BAB VI PENUTUP. Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka BAB VI PENUTUP Berdasarkan kepada perbincangan pada Bab V, dan pada Bab-Bab sebelumnya, maka boleh dikemukakan beberapa kesimpulan yang sekaligus merupakan penemuan dalam penyelidikan ini. 1. Menurut Giddens

Lebih terperinci

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan:

10 JUN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI menyatakan: NO. SOALAN: 128 PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LIS AN DARIPADA Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG (SIBUTI) TARIKH 10 JUN 2014 SO ALAN Y.B. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG minta PERDANA MENTERI

Lebih terperinci

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendikan pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan

Lebih terperinci

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Lebih terperinci

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK 4 Falsafah Pendidikan Barat Essentialisme Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Perennialisme Progressivisme Falsafah Pendidikan Barat Moden Eksistensialisme

Lebih terperinci

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM Pendahuluan Islam adalah agama yang sering disalahtafsir oleh orang bukan Islam dan orang Islam Menyebabkan keunggulan Islam tidak terserlah dan indah s/a dari segi ilmiah

Lebih terperinci

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat MUKADIMAH... Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak sama rata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan

Lebih terperinci

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Perkembangan Sosial-Emosi Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced

Lebih terperinci

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT PENGENALAN KANDUNGAN BAB 7 7.1 7.2 7.3 7.4 Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenal pasti cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Lebih terperinci

CHIA CHONG YANG A143398

CHIA CHONG YANG A143398 PERANCANGAN PROJEK Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi: Memperkenalkan program

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA 2012 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan FALSAFAH di Malaysia PENDIDIKAN adalah satu KEBANGSAAN

Lebih terperinci

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA TAJUK 6 Latar Belakang FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan,

Lebih terperinci

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN 2 BAB 7 HUBUNGAN ETNIK DI Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenalpasti cabarancabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting dalam

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN MATLAMAT Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 PENGENALAN Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan membincangkan kesimpulan dan saranan-saranan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010 Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu

Lebih terperinci

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 MASYARAKAT TRADISIONAL, MODEN & PASCA MODEN KULIAH MINGGU 8 & 9 KEHIDUPAN SOSIAL LUAR BANDAR Tiada garis pembahagian yang khusus antara masyarakat bandar dengan desa.

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab

Lebih terperinci

Prinsip Pembangunan Komuniti

Prinsip Pembangunan Komuniti Prinsip Pembangunan Komuniti Prinsip - Apa itu prinsip? Pegangan Mempengaruhi tindakan Mempengaruhi cara berfikir Membuat keputusan Amalan (bertingkah laku dan bertindak seseorang) Prinsip Prinsip juga

Lebih terperinci

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) MODUL 1 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 ( 5226/2 ) Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1 PENGENALAN Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari

Lebih terperinci

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan

Lebih terperinci

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Di MAJLIS PELANCARAN SERAH KUNCI BAGI PEMILIKAN KOSONG RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) OLEH KECK SENG (MALAYSIA) BERHAD TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

Lebih terperinci

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas 1. Pendahuluan Kami di PU telah mengembara bersama-sama semenjak pertemuan pertama kami pada 5 Julai 2012. Kami bermula dengan dua buah objektif,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) SINOPSIS - Modul

Lebih terperinci

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Dikeluarkan pada September 2005 Disemak semula pada April 2012 Disemak semula pada Oktober 2017 Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Epson akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan mengamalkan kelakuan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu

Lebih terperinci

H U B U N G A N E T N I K. Dasar Ekonomi Baru

H U B U N G A N E T N I K. Dasar Ekonomi Baru PELAN TINDAKAN DAN DASAR KERAJAAN PENGENALAN 6.1 Hasil Pembelajaran 6.2 6.3 6.4 KANDUNGAN BAB 6 Menganalisis kepentingan program perpaduan dan integrasi nasional demi kestabilan dan kesejahteraan sosiakl

Lebih terperinci

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran HUBUNGAN ETNIK. emkay 1

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran HUBUNGAN ETNIK. emkay 1 MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.my PENGENALAN 6.1 6.2 6.3 6.4 KANDUNGAN BAB 6 Hasil Pembelajaran Menganalisis kepentingan program perpaduan dan integrasi nasional demi kestabilan dan kesejahteraan

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA KOD KURSUS : MPU 3123 / MPU312 TEMPOH : 1 JAM ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA (3) bahagian:

Lebih terperinci

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201 Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201 KULIAH 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN PENGENALAN Definisi pengurusan dan pembuatan keputusan Kepentingan kemahiran pengurusan dan pembuatan

Lebih terperinci

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH 90 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Rahmah M.A.* Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak tahun 1967, sebagai satu rancangan bersepadu dan komprehensif

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAF MAC KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT BAHAGIAN

Lebih terperinci

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti Pengenalan Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI ELEMEN SAINS STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 TAHUN TIGA http://bahankssrdst.blogspot.com www.facebook.com/kssrdst

Lebih terperinci

PERJUANGAN DAN PENCAPAIAN UMNO telah ditubuhkan di dalam tahun 1946. Pada 1 lhb. Mei lalu UMNO telah mencapai usia 35 tahun. UMNO tel?h ditubuhkan bagi menggembeling tenaga Melayu untuk menumpas gagasan

Lebih terperinci

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif : Objektif : TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer 2. Memahami prinsip etika komputer 3. Memahami etika profesional TM 4. Mengetahui fungsi kod etika

Lebih terperinci

Taklimat untuk Guru BM

Taklimat untuk Guru BM Taklimat untuk Guru BM Memahami Kandungan Subjek dan Matlamat Memahami Pelajar dan Pembelajaran Amalan-amalan Pedagogi Memahami Pengajaran Amalan Pengajaran Singapura (STP) Falsafah Kurikulum Singapura

Lebih terperinci

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971) PENGAJARAN KONSEP PENGAJARAN Aktiviti / proses yg dirancang / dikelola / disampaikan / dibimbing / dinilai dgn tujuan penyebaran ilmu pengetahuan / kemahiran secara berkesan. Thomas F. Green : The Activitis

Lebih terperinci

Seterusnya, semua agama didapati mempunyai peranan untuk memenuhi beberapa keperluan psikologi dan sosial yang penting. Antaranya ialah agama

Seterusnya, semua agama didapati mempunyai peranan untuk memenuhi beberapa keperluan psikologi dan sosial yang penting. Antaranya ialah agama Pemupukan negara bangsa, yakni rakyat yang bersatu dan pembinaan negara itu sendiri agar terus maju dalam masyarakat berbilang kaum perlu didorong oleh satu matlamat murni yang menjangkaui kepentingan

Lebih terperinci

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahim Bin Hamdan, Jamaluddin Bin Ramli dan Nor Salis Bte Samingan

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI GEOGRAFI TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya ialah hukum pelaksanaan bay al- inah adalah dilarang di sisi majoriti

Lebih terperinci

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Junjung Amanah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 2003 Isi Kandungan FALSAFAH PELAJARAN KEBANGSAAN iii. MISI KPM iii. OBJEKTIF KPM iii. PENDAHULUAN 1.

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menginstitusikan TPP oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dianggotai oleh dua belas negara telah

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

JKA 101- Pengantar Antropologi dan Sosiologi

JKA 101- Pengantar Antropologi dan Sosiologi Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003 Februari/Mac 2003 JKA 101- Pengantar Antropologi dan Sosiologi Masa : [3 jam] Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji akan merumuskan keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan. Pengkaji juga akan membuat

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH. MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH. Oleh: Khalid Abdul Samad Muqaddimah. Pada tahun 2002 Kerajaan telah memutuskan pengunaan Bahasa Inggeris

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah FEM3331 komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah mempunyai visi dan berusaha untuk mencapainya

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan

Lebih terperinci

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA TOPIK PERBINCANGAN. 3.1 Pengenalan 3.2 Konsep Melayu 3.3 Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu 3.6 Pencapaian Dalam Pelbagai Bidang 3.5 Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Lebih terperinci

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah Ulasan makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu,

Lebih terperinci