FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU"

Transkripsi

1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : aubrey_austin@oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

2 ISI KANDUNGAN 1. Pendahuluan 1.2 Definisi fonetik Fonetik artikulasi Fonetik akustik Fonetik auditori 1.3 Definisi fonologi 2. Bunyi vokal dan konsonan 2.1 Ciri-ciri bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara 2.2 Daerah artikulasi 2.3 Alat-alat artikulasi 3. Bunyi fonem dan alofon 4. Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kaitannya dengan kemahiran lisan 4.1 Definisi 4.2 Tekanan 4.3 Nada 4.4 Jeda 4.5 Panjang-pendek 5. Kesimpulan 1

3 1.1 Pengenalan Tugasan kami kali ini merupakan satu kajian yang akan menjelaskan kajian mengenai aspek definisi, ciri-ciri, daerah artikulasi, lambang-lambang vokal dan konsonan, fonem dan alofon, ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kepentingannya di dalam pembelajaran kemahiran lisan. Daripada kajian yang telah dibuat, diharpkan akan dapat membantu semua guru terutamanya guru-guru bahasa, agar dapat mengajar murid-murid mengikut kaedahkaedah yang betul dan cara penyampaian yang cekap dan lengkap. 1.2 Definisi Fonetik Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan penyebutannya. Ini diikuti dengan Marsono (1986:1), yang menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Daripada kedua-dua definisi yang dinyatakan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa ilmu fonetik adalah kajian yang dibuat hasil daripada tinjauan terhadap jisim atau bahan fizik yang mewujudkan bentuk ucapan. Dengan kata lain, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran (auditori). Berikut adalah huraian mengenai ketiga-tiga bidang fonetik yang dinyatakan di atas. Jelas ianya mempunyai perkaitan di antara satu sama lain Fonetik artikulasi Untuk lebih jelas, fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses-proses ini sebenarnya dihasilkan dengan 2

4 melibatkan organ-organ manusia seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan akhir sekali bibir. Dapatan daripada kajian ini ialah penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara di dalam paru-paru sehinggalah yang terakhir iaitu melepasi kedua-dua bibir. Sumbangan daripada kajian fonetik artikulasi ini yang jelasnya ialah membantu guru mengenai cara menyebut dan membunyikan sesuatu huruf dengan tepat; yang biasanya diaplikasikan oleh seseorang guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas Fonetik akustik Berlainan dengan fonetik artikulasi, fonetik akustik pula mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan juga gelombang-gelombang bunyi yang dihasilkan oleh seseorang penutur. Aspek-aspek yang biasa dikaji dalam kajian ini ialah nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur menghasilkan bunyi. Untuk menjalankan kajian ini, alat seperti spektogram yang menghasilkan graf gelombang digunakan untuk mengukur dan menganalisis gelombang bunyi bahasa. Dapatan daripada kajian ini banyak membantu penutur agar dapat menuturkan sesuatu bahasa dengan nada dan intonasi yang betul Fonetik auditori Mempunyai persamaan dengan perkataan audio, kajian auditori ini adalah kajian berkenaan dengan pendengaran dan juga proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga seseorang mendengar bunyi bahasa. Kajian ini melibatkan ke semua alat pendengaran luaran dan dalaman telinga. Prosesproses yang dikaji pula adalah proses memungut rangsangan, menyalurkan semua rangsangan ke otak yang kemudiannya dianalisis oleh otak.individu yang mempunyai masalah pendengaran bahasa mendapat faedah dari kajian ini kerana ianya dijadikan sebagai satu kaedah rawatan dan pemulihan. 3

5 1.2.4 Rumusan yang boleh dibuat daripada huraian mengenai kajian fonetik ini ialah kesemuanya dijalankan untuk membantu seseorang penutur agar dapat menuturkan sesuatu bahasa pada aras yang betul dan terbimbing. Ini sudah pastinya dapat membantu murid untuk belajar sesuatu bahasa dengan baik dan berkesan. 1.3 Definisi fonologi Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, fonologi ialah kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Beberapa orang tokoh ilmu fonologi teelah memberikan definisi masing-masing mengenai fonologi. Parker (1974:112) contohnya, menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang meengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Yang pastinya, daripada definisi yang telah dinyatakan, ilmu fonologi ditakrifkan sebagai kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Walaupun sesuatu bunyi itu mempunyai makna, tidak semestinya bunyi tersebut digolongkan sebagai bunyi bahasa melainkan bunyi tersebut dihasilkan oleh alat artikulasi. Apakah alat artikulasi akan dibincangkan di bahagian yang seterusnya nanti. 2. Bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu Dalam bahagian ini, kita akan melihat bagaimanakah bunyi konsonan dan vokal Bahasa Melayu dihasilkan. Bunyi vokal seperti yang semua sedia maklum adalah bunyi yang terhasil daripada lima huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u. Semua huruf vokal ini adalah bunyi oral. Walau bagaimanapun, ada di antaranya yang dinasalkan. Sifat huruf vokal yang lain ialah ianya ialah bunyi bersuara. Bagi menghasilkan bunyi vokal 4

6 pula, udara akan keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat huruf vokal yang seterusnya ialah sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Bunyi konsonan pula berlainan dengan bunyi vokal. Sifatnya yang paling ketara ialah bunyi-bunyi bahasa ini apabila dikeluarkan; akan menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan juga ada yang bersuara dan tidak bersuara. Terdapat sebanyak 22 jenis konsonan dan setiap satunya mempunyai cara bunyian yang berbeza. Di bawah ialah carta konsonan Bahasa Melayu yang biasa digunakan. 2.1 Ciri-ciri bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara pula? Bunyi bersuara sebenarnya ialah bunyi yang dihasilkan terutama apabila seseorang membunyikan huruf vokal. Ianya dipanggil bunyi bersuara karana udara keluar daripada rongga oral tanpa sebarang sekatan. Bunyi-bunyi vokal itu juga dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu vokal hadapan, bunyi belakang dan vokal tengah. 5

7 Manakala bunyi tidak bersuara pula biasanya didapati apabila seseorang membunyikan huruf konsonan. Dalam penghasilan bunyi konsonan biasanya, bunyi-bunyi akan terhasil apabila mekanisma bunyi iaitu bibir dibuka atau ditutup. 2.2 Daerah artikulasi Daerah artikulasi sebenarnya ialah daerah penyebutan. Daerah artikulasi ini terletak di bahagian dalam mulut iaitu di bahagian lelangit keras. 2.3 Alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas. Di antara alat artikulasi yang biasa kita lihat ialah bibir. Bibir terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir ini sebenarnya terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang mana boleh dihampar dan dibundarkan. 6

8 Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah, seperti mana yang dapat dilihat di dalam gambar rajah. Gusi pula adalah olat artikulkasi yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungi sebagai daerah artikulasi. Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersamasama dengan lelangit lembut dalam menentukan sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan sama ada sengau atau tidak. Gigi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif sebab ianya tidak boleh bergerak. Rongga seperti dalam gambar rajah, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu rongga mulut, rongga hidung dan juga rongga tekak. Rongga adalah bahagian lapang yang menjadi teempat laluan udara keluar masuk daripada paru-paru. 3.0 Bunyi fonem dan alofon Apakah sebenarnya bunyi fonem? Bunyi fonem sebenarnya ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Contohnya perkataan tayang dan balang. Jika didengar bunyinya seakan sama tetapi yang membezakannya ialah bunyi fonem [b] dan [l]. Oleh kerana fonem [b] dan [l] menyebabkan perbezaan erti, maka [b] dan [l] ialah fonem. Alofon pula ialah pasangan dua perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum bezanya. Contohnya perkataan /faham/ dan /paham/. Walaupun mempunyai perbezaan, ianya tidak ketara dan variasi bunyi sahaja yang berbeza. 7

9 4.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kaitannya dengan kemahiran lisan 4.1 Definisi Suprasegmental adalah unsur-unsur bahasa yang kita gunakan di dalam pertuturan atau semasa aktiviti lisan. Unsur-unsur bahasa yang dimaksudkan ialah tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Daripada unsur-unsur inilah kita dapat bertutur dengan betul. 4.2 Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / /. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Akan tetapi dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak akan membezakan makna sama sekali.contoh lain yang dapat diberi ialah /kaka?/ 4.3 Nada Nada pula adalah kadar meninggi atau menurunnya pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Kebiasaannya nada akan ditandakan dengan nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Contohnya untuk ayat penyata, ianya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turu hingga 1. Contoh: 2 saya hendak 3 balik Dalam Bahasa Melayu, nada adalah tidak fonemik. Ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifatsifat bunyi seperti pebghasilan sesuatu fonem. 8

10 4.4 Jeda Jeda juga dikenali sebagai persendian, iaitu unsur yang memisahkan antara unsur-unsuir linguistik, sama ada perkartaan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk menunjukkan jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna. Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi# ema?] 4.5 Panjang-pendek Panjang-pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi Bahasa Melayu, unsur ini juga tidak membezakan makna. 5.0 Kesimpulan Daripada apa yang telah dibincangkan dari awal tugasan ini, kajian fonologi dan fonetik serta ciri-ciri fonem banayak membantu dalam proses pengajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah. Sekiranya dapat dipraktikkan dengan baik, nescaya satu hari nanti Bahasa Melayu akan berada di tempat yang tinggi martabatnya kerana ianya dapat diajar dengan berkesan. 9

11 RUJUKAN / REFERENSI Dr Ali Mahmood, dan rakan-rakan (2012). Modul HBML1203 Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, UNITEM : Kuala Lumpur Nik Safiah Karim, dan rakan-rakan (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, DBP : Kuala Lumpur 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER/TAHUN: MEI / 2012 KOD KURSUS: HBML1203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER/TAHUN: MEI / 2012 KOD KURSUS: HBML1203 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER/TAHUN: MEI / 2012 KOD KURSUS: HBML1203 TAJUK KURSUS: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIK : 701113035210001 NO.

Lebih terperinci

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2012 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 001 NO. KAD PENGNEALAN : 750630-12 - 5717 NO. TELEFON : 0138576005 E-MEL : pang5tausug@yahoo.com

Lebih terperinci

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : AHMAD RAZALI BIN BAHARAN NO MATRIKULASI : 830504105141002 NO KAD PENGENALAN : 830504105141

Lebih terperinci

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua

Lebih terperinci

FONETIK DAN FONOLOGI. Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun

FONETIK DAN FONOLOGI. Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun FONETIK DAN FONOLOGI Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun FONETIK DAN FONOLOGI Pengenalan Fonetik dan Fonologi. FONETIK FONOLOGI BIDANG ILMU FONETIK FONETIK Fonetik

Lebih terperinci

KEDUDUKAN ALAT- ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA

KEDUDUKAN ALAT- ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA KEDUDUKAN ALAT- ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA PETUNJUK KEDUDUKAN ALAT- ALAT ARTIKULASI 1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak

Lebih terperinci

Unit ini memberi tumpuan kepada definisi pengantar fonetik dan fonologi

Unit ini memberi tumpuan kepada definisi pengantar fonetik dan fonologi TAJUK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI SINOPSIS Unit ini memberi tumpuan kepada definisi pengantar fonetik dan fonologi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir Unit 2.1 ini pelajar dapat i. Mentakrif dan mengkategori

Lebih terperinci

ANIS SILVIA

ANIS SILVIA ANIS SILVIA 1402408133 4. TATANAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI Kalau kita nmendengar orang berbicara, entah berpidato atau bercakap-cakap, maka akan kita dengar runtutan bunyi bahasa yang terus menerus, kadang-kadang

Lebih terperinci

FONOLOGI BUNYI KONSONAN (Soalan Sebenar STPM: )

FONOLOGI BUNYI KONSONAN (Soalan Sebenar STPM: ) Bahasa Melayu Kertas 1 STPM FONOLOGI BUNYI KONSONAN (Soalan Sebenar STPM: 2006-2010) 01 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Udara tersekat pada dua bibir yang dirapatkan. Udara dilepaskan

Lebih terperinci

Pendahuluan. 4-Nov-16 Adi Yasran, UPM

Pendahuluan. 4-Nov-16 Adi Yasran, UPM Nota Kuliah BBM3202 Pendahuluan Fitur Distingtif (ciri pembeza) ialah unit terkecil nahu yang membezakan makna. Cth: Pasangan minimal [pagi] dan [bagi] yang dibezakan maknanya pada fitur tak bersuara [p]

Lebih terperinci

BAB 4 4. TATARAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI

BAB 4 4. TATARAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI 4. TATARAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI BAB 4 Fonologi adalah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan runtutan bunyi-bunyi bahasa. Fonologi terbentuk dari kata fon = bunyi dan logi

Lebih terperinci

Pengantar. Aspek Fisiologis Bahasa. Aspek Fisik Bahasa 13/10/2014. Pengantar Linguistik Umum 01 Oktober Aspek Fisiologis Bahasa

Pengantar. Aspek Fisiologis Bahasa. Aspek Fisik Bahasa 13/10/2014. Pengantar Linguistik Umum 01 Oktober Aspek Fisiologis Bahasa Pengantar Aspek Fisiologis Bahasa Pengantar Linguistik Umum 01 Oktober 2014 Aspek Fisiologis Bahasa WUJUD FISIK BAHASA Ciri2 fisik bahasa yg dilisankan Aspek Fisik Bahasa Bgmn bunyi bahasa itu dihasilkan

Lebih terperinci

TATARAN LINGUISTIK FONOLOGI

TATARAN LINGUISTIK FONOLOGI Nama : Nugraheni Widyapangesti NIM : 1402408207 TATARAN LINGUISTIK FONOLOGI Runtutan bunyi dalam bahasa ini dapat dianalisis atau disegmentasikan berdasarkan tingkatan kesatuannya yang ditandai dengan

Lebih terperinci

Nama : Hari Agus Prasetyo NIM : Tataran Linguistik (1) : fonologi

Nama : Hari Agus Prasetyo NIM : Tataran Linguistik (1) : fonologi Nama : Hari Agus Prasetyo NIM : 1402408261 4. Tataran Linguistik (1) : fonologi Ketika kita mendengar orang berbicara, tentang berpidato atau bercakapcakap, maka kita akan runtunan bunyi bahasa yang berubah-ubah.

Lebih terperinci

LAPORAN BACA. OLEH: Asep Saepulloh ( ) Hikmat Hamzah Syahwali ( ) Suherlan ( )

LAPORAN BACA. OLEH: Asep Saepulloh ( ) Hikmat Hamzah Syahwali ( ) Suherlan ( ) LAPORAN BACA OLEH: Asep Saepulloh (180210110037) Hikmat Hamzah Syahwali (180210110035) Suherlan (180210110036) Identitas Buku Judul : Linguistik Umum (Bagian 4 TATARAN LINGUISTIK [1]: FONOLOGI halaman

Lebih terperinci

Nama : MAOIDATUL DWI K NIM : BAB 4 FONOLOGI

Nama : MAOIDATUL DWI K NIM : BAB 4 FONOLOGI Nama : MAOIDATUL DWI K NIM : 1402408303 BAB 4 FONOLOGI Fonologi adalah bidang linguistik yang mempelajari tentang runtutan bunyibunyi bahasa. Fonologi dibedakan menjadi dua berdasarkan objek studinya,

Lebih terperinci

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM KEMAHIRAN MENDENGAR & TUTUR Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi

Lebih terperinci

BAB IV TATARAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI

BAB IV TATARAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI NAMA : TAUFIQ SHOFYAN HADI NIM : 1402408291 BAB IV TATARAN LINGUISTIK (1) : FONOLOGI Kalau kita mendengar orang berbicara, entah berpidato atau bercakap-cakap, maka akan kita dengar runtunan bunyi bahasa

Lebih terperinci

BAB 1 WACANA FONOLOGI SECARA UMUM

BAB 1 WACANA FONOLOGI SECARA UMUM BAB 1 WACANA FONOLOGI SECARA UMUM A. PENGANTAR Fonologi adalah ilmu yang mempelajari bunyi bahasa. Fonologi secara Etimologi berasal dari kata fon, yang artinya bunyi dan logi yang berarti ilmu. Fonologi

Lebih terperinci

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim 23 Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Muhammad Faizrin Hashim muhammad_faizrin_hashim@moe.edu.sg Muliana Mohammad muliana_mohammad@moe.edu.sg Sekolah Rendah Jiemin

Lebih terperinci

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sebutan merupakan satu elemen yang penting dalam pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan seringkali diabaikan di

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

PENGENALAN KEPADA RESIPAN

PENGENALAN KEPADA RESIPAN C4008/1/1 UNIT 1 PENGENALAN KEPADA RESIPAN OBJEKTIF Objektif Am : Memahami tentang resipan dalam tanah Objektif Khusus :Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- 1. menyatakan maksud resipan dalam tanah.

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR Nordin Tahir, IPG Ipoh KEMAHIRAN BERTUTUR Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada

Lebih terperinci

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan BAB 3 METODOLOGI 3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan membezakan fonetik bahasa Mandarin dalam proses pembelajaran

Lebih terperinci

1. Menjelaskan Alat Ucap Manusia Dalam Proses Pembentukan Bunyi a. Komponen subglotal b. Komponen laring c. Komponen supraglotal

1. Menjelaskan Alat Ucap Manusia Dalam Proses Pembentukan Bunyi a. Komponen subglotal b. Komponen laring c. Komponen supraglotal 1. Menjelaskan Alat Ucap Manusia Dalam Proses Pembentukan Bunyi Alat ucap dan alat bicara yang dibicarakan dalam proses memproduksi bunyi bahasa dapat dibagi atas tiga komponen, yaitu : a. Komponen subglotal

Lebih terperinci

UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris SEMESTER 1 SESI 2015/2016 PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN PERTUTURAN KOD : KBD3053 KURSUS : PEMULIHAN BAHASA DAN

UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris SEMESTER 1 SESI 2015/2016 PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN PERTUTURAN KOD : KBD3053 KURSUS : PEMULIHAN BAHASA DAN PROGRAM: SULIT SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVEf>.SITY UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 KOD : KBD3053 KURSUS : PEMULIHAN BAHASA DAN PERTUTURAN TARIKH : 2 8 DEC

Lebih terperinci

KAB:3043 PENGAJARAN LITERASI : AWAL MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU UPSI03(A121PJJ)

KAB:3043 PENGAJARAN LITERASI : AWAL MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU UPSI03(A121PJJ) KAB:3043 PENGAJARAN LITERASI : AWAL MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU UPSI03(A121PJJ) NAMA NO.ID NO.TEL KAVITHA A/P MANIAN D20102045518 0163477358 NAMA PENSYARAH: DR.ABDUL RAHIM BIN RAZALLI ISI KANDUNGAN

Lebih terperinci

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Seseorang pendengar yang baik ialah apabila dia dapat mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa dari sekeliling mereka. Kemahiran mendengar

Lebih terperinci

Kandungan. Pendahuluan. Proses Fonologi. Pengajaran Sebutan Kesimpulan. Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif

Kandungan. Pendahuluan. Proses Fonologi. Pengajaran Sebutan Kesimpulan. Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif Nota Kuliah BBM3202 Kandungan Pendahuluan Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif Proses Fonologi Pembentukan Glotal Pelemahan Vokal Perendahan Vokal Pengguguran Getaran Pengajaran

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Teknik Al-Baghdadi merupakan satu pembaharuan dalam usaha membenteras buta al- Quran melalui pendekatan kata kunci sebagai titian ingatan. Kemunculan metod ini

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV Oleh Abdillah Bin Nurdin Asis ABSTRAK Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam

Lebih terperinci

Oleh: Hermanto SP, M.Pd. Hp / Telp. (0274) atau

Oleh: Hermanto SP, M.Pd. Hp / Telp. (0274) atau Oleh: Hermanto SP, M.Pd. Hp 08121575726/ 0274-7817575 Telp. (0274) 882481 Email: hermanuny@yahoo.com atau hermansp@uny.ac.id 1 ORGAN ARTIKULASI Bibir atas (labium superior) Bibir bawah (labium imperior)

Lebih terperinci

IDENTITAS MATA KULIAH 16/03/2008 HERMAN 1

IDENTITAS MATA KULIAH 16/03/2008 HERMAN 1 IDENTITAS MATA KULIAH Mata kuliah Kode mata kuliah Jumlah SKS Prodi/jurusan : Artikulasi : PLB221 : 2 SKS : Pend. Luar Biasa 16/03/2008 HERMAN 1 KOMPETENSI Mahasiswa memiliki pengetahuan dan keterampilan

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Lebih terperinci

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2 Penilaian Holistik Darjah 1 & 2 Penilaian Holistik (HA) Darjah 1 & 2 HA merujuk kepada pengumpulan maklumat yang berterusan dari pelbagai sumber dalam pelbagai aspek pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak 12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg Rosalina Mohamed Taib rosalina_mohamed_taib@moe.edu.sg Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran

Lebih terperinci

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan

Lebih terperinci

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK [Type text] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA : ZUNIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN NO. KAD MATRIKULASI : 821016145780001 NO. KAD PENGENALAN : 821016145780

Lebih terperinci

Siti Nor Azzila Amit

Siti Nor Azzila Amit 1. TAJUK INOVASI Siti Nor Azzila Amit azzilaamit@gmail.com KIT TINGKAT KERJASAMA (Pendidikan Moral) (Penyertaan Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF a. Menghasilkan alat bantu mengajar untuk pengajaran yang

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh huruf (bacaan) adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam membaca al-qur an al-karim. Faktor

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh dipertimbangkan oleh guru, penggubal sukatan, pengarang buku teks khusus untuk murid-murid

Lebih terperinci

BAB 4 TATARAN LINGUISTIK (1): FONOLOGI

BAB 4 TATARAN LINGUISTIK (1): FONOLOGI BAB 4 TATARAN LINGUISTIK (1): FONOLOGI Linguistik adalah ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.pada bidang linguistic yang mempelajari, menganalisis,dan membicarakan

Lebih terperinci

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Abstrak Tujuan utama kajian ini untuk mengkaji permasalahan

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini.

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini. BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Bab ini menyatakan kesimpulan hasil daripada dapatan kajian dan beberapa cadangan bagi mengembangkan lagi kajian ini. 5.1 Kesimpulan Kajian mengenai pembentukan

Lebih terperinci

Nota Kuliah 7 BBM3202

Nota Kuliah 7 BBM3202 Nota Kuliah 7 BBM3202 Pengenalan Analisis sempadan ini penting kerana analisis yang hanya bergantung pada lingkungan segmen sahaja tidak dapat menjelaskan semua proses fonologi. Misalnya: /dia/ [di.ja]

Lebih terperinci

BAB V SIMPULAN DAN SARAN. celah di antara kedua sisi kanan dan kiri dari bibir. Kadang kala malah lebih luas,

BAB V SIMPULAN DAN SARAN. celah di antara kedua sisi kanan dan kiri dari bibir. Kadang kala malah lebih luas, BAB V SIMPULAN DAN SARAN 5.1 Simpulan Labioshizchis atau lebih dikenal dengan bibir sumbing ini merupakan kelainan bawaan yang timbul saat pembentukan janin yang menyebabkan adanya celah di antara kedua

Lebih terperinci

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERTANDINGAN MEMBACA Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak BAGAIMANA MENGGUNAKAN MODUL Modul ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu

Lebih terperinci

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1: HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1: PENULISAN TENTANG PEMIKIRAN KRITIS NAMA NO MATRIK NAMA PENSYARAH : UMI NURFAZILAH BINTI

Lebih terperinci

Konsep Dasar Artikulasi

Konsep Dasar Artikulasi Mata Kuliah Artikulasi dan Optimalisasi Pendengaran Konsep Dasar Artikulasi Pengertian artikulasi berasal dari kata articulation yang artinya adalah pengucapan, maksudnya pengucapan lambang bunyi bahasa

Lebih terperinci

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN OLEH : NUR ALIA ASYURA BINTI HARUN & KUMPULAN KAEDAH MENGAJAR BM 1 PERKARA Modul Tatabahasa Tema/Tajuk

Lebih terperinci

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA Siti Nurul Jannah Fital 1, Mohamad Zaki Abdul Halim 2, Suhaidah Said 3 Universiti Malaysia

Lebih terperinci

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Simdrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut

Lebih terperinci

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas

Lebih terperinci

BAB 2. Landasan Teori

BAB 2. Landasan Teori BAB 2 Landasan Teori Pada Bab 2 ini penulis akan menjelaskan teori-teori yang akan penulis pakai dalam menganalisa data pada Bab 4. Teori-teori ini adalah teori fonologi, teori fonetik dan teori fonem.

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2004/2005. Mac Masa: 3jam

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2004/2005. Mac Masa: 3jam UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2004/2005 Mac 2005 HMT 221 - Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia Masa: 3jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN JAWI Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para pendidik dalam membantu para pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

TUTORIAL PERKASA STPM DAERAH DUNGUN FASA II 2008

TUTORIAL PERKASA STPM DAERAH DUNGUN FASA II 2008 TUTORAL PERKASA STPM DAERAH DUNGUN FASA 2008 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu 01 Antara yang berikut, yang manakah dikaitkan dengan tempat asal bahasa Melayu menurut hipotesis tentang tempat asal

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya. RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) Subjek: Bahasa Melayu Tingkatan/Tahun: Tingkatan 2 Bilangan murid: Masa: Tajuk: Kemahiran/tajuk kecil: Standard Pembelajaran: 12 orang 9.00 pagi 10.00

Lebih terperinci

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 6.0 PENDAHULUAN Pengkaji membahagikan bab keenam ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah rumusan daripada kelima-lima bab yang telah dikemukakan sebelum

Lebih terperinci

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat Kemahiran Belajar KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Kemahiran Mendengar Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. berupa simbol yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bahasa dihasilkan dari alat ucap

BAB I PENDAHULUAN. berupa simbol yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bahasa dihasilkan dari alat ucap 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Menurut Keraf (1997:1) bahasa merupakan alat komunikasi anggota masyarakat berupa simbol yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bahasa dihasilkan dari alat ucap

Lebih terperinci

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat. Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Lebih terperinci

I I I I I I I I I I I I I. ' U{ ran IDR!s. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris SEMESTER 2 SESI2015/2016 PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

I I I I I I I I I I I I I. ' U{ ran IDR!s. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris SEMESTER 2 SESI2015/2016 PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN SULIT ' U{ ran IDR!s,.. : 0 :: C5.!1. SUI.TAN lorts!:ducation UNIVERSITY UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI2015/2016 KOD : BML3033 KURSUS : PSIKOLINGUISTIK TARIKH:.1 3

Lebih terperinci

BAB DUA I LA:L DAN IBDA:L DALAM BAHASA ARAB. daripada tersalah sebutan. Ia juga dapat membantu kita membaca al-quran al-

BAB DUA I LA:L DAN IBDA:L DALAM BAHASA ARAB. daripada tersalah sebutan. Ia juga dapat membantu kita membaca al-quran al- BAB DUA I LA:L DAN IBDA:L DALAM BAHASA ARAB 2.0 Pengenalan Mempelajari ilmu fonetik dan fonologi amat penting kerana menerusinya kita dapat bertutur dengan sempurna dan dapat memelihara lidah daripada

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD ) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD ) UJIAN SARINGAN BAGI MENENTUKAN KEBARANGKALIAN MURID MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAJAN SPESIFIK DISLEKSIA PERINGATAN 1. Instrumen

Lebih terperinci

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan

Lebih terperinci

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL 5.0 PENDAHULUAN Pengkaji telah menjalankan tinjauan kedua kepada 70 orang pejajar yang telah mempelajari MABAUPUMS melalui soal selidik kedua (Sila rujuk Lampiran

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. sistem penulisan tidak dapat menggambarkan bunyi yang diucapkan oleh manusia

BAB I PENDAHULUAN. sistem penulisan tidak dapat menggambarkan bunyi yang diucapkan oleh manusia BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Berbahasa merupakan pengalaman universal yang dimiliki oleh manusia. Bahasa adalah sistem bunyi ujar. Bunyi bahasa yang tidak sesuai diucapkan oleh seorang pengguna

Lebih terperinci

Pendahuluan. 4-Nov-16 Adi Yasran, UPM 2

Pendahuluan. 4-Nov-16 Adi Yasran, UPM 2 Pendahuluan Dialektologi generatif ialah cabang teori nahu transformasi generatif yang menghuraikan dan membandingkan kelainan yang wujud antara dialek. Aspek fonologi merupakan aspek yang paling banyak

Lebih terperinci

SEMESTER 2 SESI 2015/2016

SEMESTER 2 SESI 2015/2016 PROGRAM:---------------------- PENSYARAH:--------------------- SULIT sm:ran IDRIS EDUCATION UNIVERSITY UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDR S PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2015/2016 KOD : KBP3073 KURSUS

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK TEORI SEGITIGA SEMIOTIK Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui, BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN 5.0. Pengenalan Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui, penulis mendapati bahawa Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Lebih terperinci

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 2

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 2 1 (abjad n).3 Mendergar sebutan nama dan.3 Bersoal jawab berdasarkan.1 Menyebut huruf konsonan..2 Membunyikan dua suku kata.1 mudah.3 Mengkoordinasikan pergerakan.2 Menulis huruf kecil dengan cara 1. Tunjukkan

Lebih terperinci

Undang-undang Permainan

Undang-undang Permainan KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula

Lebih terperinci

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL COPYRIGHT 2008 PROCTER & GAMBLE CINCINNATI, OH 45202 U.S.A. AMARAN: Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian risalah ini boleh diterbitkan semula dalam apa jua bentuk atau

Lebih terperinci

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV Oleh Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK Kajian saya bermula apabila saya melihat masalah pembelajaran yang dialami oleh

Lebih terperinci

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN Kognitif TIGA DOMAIN PENGUJIAN - bidang mengenai pengetahuan, faktafakta, teori dan kefahaman - merujuk secara langsung kepada Taksonomi Bloom (pengetahuan,

Lebih terperinci

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK: Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: 1511-9084 KK:499-91413-1213 KANDUNGAN Kata Kerja Bersiri dalam Bahasa Melayu Rogayah A. Razak Norizan Rajak Klasifikasi Aktionsart Predikat Keadaan Bahasa Melayu Noraini

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini

Lebih terperinci

BAB III METODE PENELITIAN

BAB III METODE PENELITIAN BAB III METODE PENELITIAN A. Variabel Penelitian Variabel adalah obyek penelitian, atau apa yang menjadi titik perhatian suatu penelitian (Arikunto, 2006:118). Variabel penelitian merupakan suatu atribut

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan

Lebih terperinci

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2015 HELMI BIN SUMILAN 6653 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN CIMB BANK BERHAD KUALA LUMPUR

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2015 HELMI BIN SUMILAN 6653 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN CIMB BANK BERHAD KUALA LUMPUR PANDUAN MENULIS LAPORAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA, UNIMAS Panduan Penulisan Laporan Akhir Latihan Industri 1. Panduan Umum

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca

Lebih terperinci

BUKU RENCANA PROGRAM KEGIATAN PEMBELAJARAN SEMESTER (RPKPS) DAN BAHAN AJAR FONOLOGI BAHASA NUSANTARA

BUKU RENCANA PROGRAM KEGIATAN PEMBELAJARAN SEMESTER (RPKPS) DAN BAHAN AJAR FONOLOGI BAHASA NUSANTARA BUKU RENCANA PROGRAM KEGIATAN PEMBELAJARAN SEMESTER (RPKPS) DAN BAHAN AJAR FONOLOGI BAHASA NUSANTARA 1. Nama Mata kuliah : Fonologi Bahasa Nusantara 2. Kode/SKS : BDN 120 1/2 SKS 3. Prasyarat : Pengantar

Lebih terperinci

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH C4008/19/1 UNIT 19 PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH OBJEKTIF Objektif Am : Menggunakan Kaedah Taylor dan Kaedah Casagrande bagi mendapatkan pekali pengukuhan,c

Lebih terperinci

2/27/2017. Kemunculan AK; Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan

2/27/2017. Kemunculan AK; Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400

Lebih terperinci