PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN"

Transkripsi

1 PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa. MINGGU 12 1

2 Kesopanan Berkomunikasi Berdasarkan Neka Bahasa Neka Bahasa Mengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial. Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155). 2

3 Jenis-jenis Neka Bahasa Abdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut: 1. Neka Baku 2. Neka Istana 3. Neka Tempatan (Dialek) 4. Neka Basahan 5. Neka Sopan 6. Neka Mesra 7. Neka Remaja 8. Neka Manja 9. Neka Kasar 10. Neka Pasar 3

4 Pengelasan Bahasa Mengikut Neka Pengelasan neka bahasa mengikut taraf penggunaannya boleh dibuat berdasarkan: Kegunaan rasmi: neka baku dan neka istana. Kegunaan tidak rasmi: neka tempatan (dialek), neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka manja, neka remaja, neka kasar, dan neka pasar. 4

5 Pemilihan Neka Pemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal jika mempunyai ciri yang berikut: Tempat yang rasmi Upacara yang rasmi Kehadiran rasmi Tujuan rasmi 5

6 Penentuan Neka Penggunaan neka yang betul amat perlu diberikan perhatian. Hal ini disebabkan kesilapan memilih atau menggunakan neka yang betul untuk keadaan tertentu dianggap melakukan kesilapan yang serius daripada kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain, kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna tidak tahu menggunakan tatabahasa sosial (social grammar). Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengguna bahasa Melayu perlulah: 1. Mengenal pasti neka bahasa Melayu. 2. Mengetahui peraturan tentang masa dan tempat yang sesuai untuk menggunakan sesuatu neka bahasa. 6

7 Peraturan Pemilihan Neka Bahasa Kata Ganti Nama Penggunaannya Saya i. Bersifat rasmi secara lisan ii. Bersifat rasmi secara tulisan iii. Bercakap dengan orang yang lebih tua atau muda tetapi dimuliakan iv. Bercakap dengan orang yang tidak dikenali Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya awak, engkau atau rakan yang akrab. ii. Bercakap dengan orang yang lebih muda atau lebih rendah tarafnya. 7

8 Anda i. Bersifat rasmi secara lisan ii. Bersifat rasmi secara tulisan iii. Khalayaknya banyak Beliau i. Bersifat rasmi secara tulisan ii. Bersifat rasmi secara lisan iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau muda tetapi dihormati Dia i. Bersifat rasmi secara tulisan ii. Bersifat rasmi secara lisan iii. Orang yang dirujuk dianggap sama taraf atau lebih rendah Saudara, Saudari i. Bersifat rasmi secara lisan ii. Bersifat rasmi secara tulisan iii. Orang yang dirujuk masih muda dan dimuliakan iv. Orang yang dirujuk sebaya atau lebih tua 8

9 Jenis-jenis Neka Bahasa Neka bahasa yang diklasifikasikan mengikut taraf penggunaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Mengikut Abdullah Hassan (1997: ), neka bahasa dibahagikan kepada: 1. Neka Baku 2. Neka Istana 3. Neka Tempatan 4. Neka Basahan 5. Neka Sopan 6. Neka Mesra 7. Neka Remaja 8. Neka Manja 9. Neka Kasar 10. Neka Pasar 9

10 Neka Baku Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku atau bahasa standard Digunakan dalam situasi formal (rasmi) Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses pendidikan formal kerana neka baku tidak mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda 10

11 Neka Istana Sejenis bahasa yang digunakan dalam istana atau oleh kerabat diraja dalam upacara seperti pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan akan menggunakan neka istana dalam majlis formal atau rasmi. Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada hendak menggunakan neka istana atau tidak apabila berkomunikasi dengan rakyat. Bagaimanapun, rakyat perlu menggunakan neka istana apabila berkomunikasi dengan golongan raja. Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang bersifat khusus, contohnya: beta bersiram santap beradu istana titah kurnia murka gering mangkat dirgahayu perkenan 11

12 Neka Tempatan Bentuk penggunaan bahasa berdasarkan negeri atau daerah, dan digunakan dalam kalangan anggota dialek yang serupa. Anggota dialek yang sama boleh menggunakan neka dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan rasmi). Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau di padang bola. Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang berbeza berkomunikasi, mereka akan menggunakan neka basahan apabila berkomunikasi dalam situasi tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, mereka menggunakan neka baku. 12

13 Neka Basahan Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, neka bahasa tidak boleh digunakan. Neka basahan tidak digunakan dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam wacana lisan. Ciri-ciri neka basahan: Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap. Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka basahan ialah imbuhan aktif me. Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan dalam neka basahan. Pengguguran imbuhan transitif i dan per- 13

14 Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan antara neka baku dengan neka basahan, iaitu: Perbezaan kata yang berbeza untuk makna yang serupa Neka Baku Neka Basahan beliau ibu guru anda bagaimana mengapa oleh sebab daripada minat sila sedang dia emak cikgu awak macam mana kenapa sebab dari14 suka jemput tengah 14

15 Bentuk kependekan perkataan Neka Baku Neka Basahan hendak sudah ini mahu nak dah ni mau Perubahan bunyi Neka Baku Neka Basahan kecil kah biji nasi bawa bapa juga pula kecik ke bijik nasik bawak bapak jugak pulak 15

16 Neka Sopan Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari segi penggunaan kata ganti diri. Digunakan apabila seseorang penutur atau pengguna bahasa bercakap atau menulis kepada orang yang lebih tinggi tarafnya. Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti nama diri kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut kedudukan atau taraf sosial. Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak boleh digunakan dalam komunikasi formal yang melibatkan bukan anggota keluarga. 16

17 Neka Mesra Neka yang digunakan oleh orang yang mempunyai ikatan hubungan persahabatan yang rapat. Kata ganti nama yang digunakan dalam neka mesra ialah seperti aku, engkau, atau dalam bentuk dialek seperti hang, demo, dan lain-lain. Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut usia, seperti kakak, abang, pak cik, along dan sebagainya. Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana dianggap sebagai biadap. Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak cik, mak ngah hanya boleh digunakan untuk orang yang ada hubungan rapat dengan penyapa, misalnya orang sekampung atau yang sangat dikenali. 17

18 Neka Remaja Dikenali juga sebagai neka kutu. Mengandungi kata dan perkataan yang mempunyai makna tersendiri, contohnya: bergetah mambang awek cun mengancam tangkap cintan cinabeng Perkataan yang digunakan berstatus rendah Kata dan frasa berubah mengikut generasi 18

19 Neka Manja Digunakan dalam kalangan anggota dalam sesebuah keluarga untuk memperlihatkan kemanjaan. Ciri utama neka manja ialah penggantian kata ganti nama orang pertama dengan nama diri, misalnya Fatimah akan membahasakan dirinya Mah atau Timah. Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur atau artis dalam wawancara atau temu bual di khalayak ramai dianggap perbuatan mengadangada kerana mereka bukan bercakap dengan anggota keluarga mereka. 19

20 Neka Kasar Neka kasar digunakan dalam suasana emosi yang negatif seperti marah, benci atau tersinggung, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang disapa. Dua ciri utama neka kasar ialah: 1. Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu, awak, dan engkau. 2. Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar, misalnya: otak untuk fikiran jantan lelaki betina binatang pelesit nak mampus

21 Neka Pasar Neka pasar atau bahasa pasar digunakan apabila salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa Melayu jati. Neka pasar juga digunakan apabila kedua-dua penutur bukan penutur jati bahasa Melayu. Neka pasar digunakan untuk tujuan tidak formal. Neka pasar mempunyai ciri tatabahasa dan kosa kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing, seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil, contohnya: 1. Lu mana mau pigi? 2. Ibu besar punya rumah, siapa punya? 21

ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA

ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA Aspek Bahasa Corak bahasa Melayu dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi, iaitu: i. Bentuk (lisan dan tulisan). Tahap Penguasaan i Tahap Penggunaan iv. Mutu bahasa

Lebih terperinci

DINAMIKA BAHASA MELAYU VARIASI BAHASA (Soalan Sebenar STPM: )

DINAMIKA BAHASA MELAYU VARIASI BAHASA (Soalan Sebenar STPM: ) DINAMIKA BAHASA MELAYU VARIASI BAHASA (Soalan Sebenar STPM: 1992-2000) 01 Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah yang merupakan bentuk bahasa formal? I Tuan-tuan dan puan-puan boleh bekerjasama dengan

Lebih terperinci

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang. BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Dalam bab ini pengkaji akan merumuskan secara keseluruhan dapatan kajian dalam bab empat dan juga memberi pendapat pengkaji termasuk cadangan yang perlu diketengahkan

Lebih terperinci

DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN

DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN 1. PENGENALAN Budaya individu mempengaruhi amalan

Lebih terperinci

Jenis-jenis Wacana Lisan

Jenis-jenis Wacana Lisan Jenis-jenis Wacana Lisan Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam BM, antaranya: 1. Perbahasan 2. Perbincangan 3. Perundingan 4. Ceramah 5. Ucapan 6. Taklimat MINGGU 13 1 Perbahasan Mengikut Asmah Haji

Lebih terperinci

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2 Penilaian Holistik Darjah 1 & 2 Penilaian Holistik (HA) Darjah 1 & 2 HA merujuk kepada pengumpulan maklumat yang berterusan dari pelbagai sumber dalam pelbagai aspek pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Lebih terperinci

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument

Lebih terperinci

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian) Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu A.Sifat makna B.Kelas makna C.Lewah dalam makna A.Sifat makna Makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis-boleh berubah-rubah Evolusi-boleh berkembang Terdapat

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

1 [ II t \II el PEPERIKSAAN AKHIR. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015J SULIT SULIT

1 [ II t \II el PEPERIKSAAN AKHIR. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015J SULIT SULIT PROGRAM:--------------------- KUMPULAN ------------------ SULIT SULTAN loris EDUCATION UNIVERSITY UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 KOD : BML3073 KURSUS : SOSIOLINGUISTIK

Lebih terperinci

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN Nasimah Abdullah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Lubna Abd. Rahman Universiti Sains Islam Malaysia Norfazila Ab. Hamid Murni Syakirah Musa

Lebih terperinci

HMA PENGANTAR BAHASA MALAYSIA

HMA PENGANTAR BAHASA MALAYSIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HMA 101 - PENGANTAR BAHASA MALAYSIA Masa : 3 jam Sila pastikan kertas peperiksaan ini mengandungi

Lebih terperinci

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU Untuk membolehkan bahasa Melayu terus berkembang, beberapa usaha telah dirancangkan, terutamanya dari segi peluasan kosa kata. Usaha ini dilakukan melalui beberapa proses

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL Semester I 2016-2017 TUGASAN INDIVIDU NAMA : QHAIRUN IZZATY BINTI AZIZ NO MATRIK : A149099 SET KURSUS : 6 1. Apakah perbezaan antara adab dan etika? Adab adalah suatu istilah

Lebih terperinci

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa

Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa Unit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Perkataan Perkataan boleh didefinisikan sebagai bentuk

Lebih terperinci

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM KEMAHIRAN MENDENGAR & TUTUR Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi

Lebih terperinci

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Pengenalan Perkembangan Bahasa Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Bahasa adalah suatu sistem lambang bunyi, bersifat arbitrer, digunakan

BAB I PENDAHULUAN. Bahasa adalah suatu sistem lambang bunyi, bersifat arbitrer, digunakan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Bahasa adalah suatu sistem lambang bunyi, bersifat arbitrer, digunakan suatu masyarakat tutur untuk bekerja sama, berkomunikasi, dan mengidentifikasi diri. Sebagai

Lebih terperinci

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: )

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU MODEN (Soalan Sebenar STPM: ) SJRH & PRKMNGN HS MLYU HS MLYU MON (Soalan Sebenar STPM: 1992-2000) 01 erbanding dengan bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu moden I mengalami proses perancangan dan pembinaan bahasa yang pesat II menerima

Lebih terperinci

WD1113 : Metodologi Kajian Ilmiah Minggu 6

WD1113 : Metodologi Kajian Ilmiah Minggu 6 WD1113 : Metodologi Kajian Ilmiah Minggu 6 Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) 1 SAMBUNGAN BAHAGIAN KETIGA Ustazah Dr Nek Mah Batri

Lebih terperinci

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KONSEP ASPEK TATABAHASA Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata

Lebih terperinci

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-38 PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 Tel : 06-7625351 Faks : 06-7619906 Emel : hksbp2011@gmail.com Web : www.hksbp.tkc.edu.my 1.0 GARIS PANDUAN PERANAN PEMBAHAS PERATURAN

Lebih terperinci

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU

1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU 1.3 STATUS & FUNGSI BAHASA MELAYU Bahasa adalah satu sistem lambanglambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari (sewenangwenangnya) untuk menyampaikan fikiran, pendapat, dan perasaan.

Lebih terperinci

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910) Bahasa Malaysia (910) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 32 266 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 72.93%, meningkat sebanyak 0.11% berbanding

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Rumusan Dapatan Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau pemilihan bahasa dalam laman jaringan sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Lebih terperinci

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat: 1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis. 2. Bahasa yang berkesan. 3. Bahasa yang indah.

Lebih terperinci

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "Ibu, duit hilang," kata Umair kepada ibunya. A kita C saya 2 Darus dan Intan bersahabat karib. tinggal sekampung. A Dia B Kita C Kami D Mereka 3

Lebih terperinci

1. Baca senyap sekurang-kurangnya empat kali. Ini membantu mengurangkan kesilapan membaca dan mempertingkatkan kelancaran.

1. Baca senyap sekurang-kurangnya empat kali. Ini membantu mengurangkan kesilapan membaca dan mempertingkatkan kelancaran. Bacaan BAHAGIAN A BACAAN LANTANG 20 MARKAH PENERANGAN Calon membaca teks dengan gaya dan intonasi yang betul mengikut modus (mood) jalan cerita. Calon perlu membaca dengan menggunakan bahasa Melayu baku.

Lebih terperinci

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA 1 PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN BAHAGIAN A Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan.

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN MATLAMAT Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Lebih terperinci

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kurikulum kebangsaan perlu dikaji

Lebih terperinci

TEMA / UNIT FOKUS UTAMA FOKUS SAMPINGAN

TEMA / UNIT FOKUS UTAMA FOKUS SAMPINGAN / TEMA / UNIT FOKUS UTAMA FOKUS SAMPINGAN TEMA 1: KELUARGA BAHAGIA Unit 1: Saya dan Keluarga Baik hati 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, dalam ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan

Lebih terperinci

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018 SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018 A. Padankan frasa yang betul berpandukan gambar.( 5 X 2 % =10 % ) sentiasa

Lebih terperinci

Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut:

Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: 1. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu 2. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun 3. Kosa Kata Bahasa Asing Tatacara

Lebih terperinci

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat BAB 5 ANALISIS FAKTOR PERGAULAN LUAS DALAM ASPEK PERINGKAT UMUR, TARAF PENDIDIKAN DAN TARAF EKONOMI TERHADAP PERALIHAN BUNYI 5.0 Pengenalan Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji

Lebih terperinci

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

TAKLIMAT. 3 Mac 2018 TAKLIMAT 3 Mac 2018 OBJEKTIF TAKLIMAT INI Memperkasa ibu bapa mengenai format peperiksaan Berkongsi strategi dan panduan pembelajaran untuk membantu ibu bapa dalam persiapan anak mereka menjelang peperiksaan

Lebih terperinci

MEMBANTU ANAK ANDA MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN LISAN

MEMBANTU ANAK ANDA MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN LISAN SELAMAT DATANG KE BENGKEL MEMBANTU ANAK ANDA MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN LISAN PEPERIKSAAN TAMAT SEKOLAH RENDAH (PSLE) 7 FEBRUARI 2015 à BAHASA MELAYU ASAS à BAHASA MELAYU à BAHASA MELAYU LANJUTAN

Lebih terperinci

Cerpen kahwin paksa dengan anak orang kaya

Cerpen kahwin paksa dengan anak orang kaya Cerpen kahwin paksa dengan anak orang 16 Nov 2012. Saya Siti Nur Misha, orang panggil saya Misha je... Kamu dah kahwin?. Mana tahu saya boleh jodohkan kamu dengan anak saya tu. Aku cukup kagum dengan Datin

Lebih terperinci

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX SULIT 6351/1 NO. KAD PENGENALAN/ NO. SIJIL KELAHIRAN ANGKA GILIRAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Bahagian B JANGAN BUKA

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

Nur Hafiza Osman (Fiza O) DUTA BAHASA 2015 Datuk Ramli Sarip Datuk Ramli Sarip, yang juga dikenali dengan gelaran Papa Rok, memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi utama kumpulan muzik tempatan, Sweet Charity, yang ditubuhkan

Lebih terperinci

Bab 11. Ganti Nama Diri dan Deiksis

Bab 11. Ganti Nama Diri dan Deiksis Bab 11 Ganti Nama Diri dan Deiksis Kamila Ghazali Pengantar Bab ini menerangkan bentuk dan fungsi ganti nama diri yang terdapat dalam bahasa Mah Meri. Bab ini juga memberi pengenalan ringkas mengenai bentuk

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur. BAB 3 : METODOLOGI 3.0 Pengenalan Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pemilihan bahasa oleh komuniti Bugis di Kg. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Kemahiran Mendengar Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,

Lebih terperinci

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii.

i. Kekeliruan Ejaan: Yang Dipertua, Yang di-pertua, Yang Dipertuan, dan Yang di-pertuan ii. Soal Jawab Masalah Tatabahasa iii. PEDOMAN BAHASA PRAKATA Salah satu khidmat yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyelesaikan masalah bahasa yang dihadapi oleh pengguna bahasa ialah Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Melalui

Lebih terperinci

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK

Lebih terperinci

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8 LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8 TAJUK: ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR IPT DISEDIAKAN OLEH: NORAINSYIRAH BINTI MOHAMED NORDIN A151588 DISEDIAKAN UNTUK: DR. MARINA BINTI ZAHARI PENGENALAN Cara berpakaian di

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Metodologi kajian dalam buku komik Doraemon adalah berdasarkan kaedah kualitatif

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang dibina bagi membawa makna khusus yang disepakati penerimaannya dalam bidang-bidang tertentu (Mah mu:d

Lebih terperinci

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016 Keperluan Komunikasi 1.0 Kemahiran Komunikasi 1.4 Ciri-ciri Komunikasi yang Berkesan Kajian daripada pakar-pakar psikologi dan pakar-pakar komunikasi mendapati kemahiran berkomunikasi memainkan peranan

Lebih terperinci

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Oleh. Nurnee Bukehmatee Idris Mohd Radzi Abu Hassan Abdul Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH: PERBANDINGAN KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN (SMK) DENGAN SEKOLAH AGAMA SWASTA (SAS) DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THAILAND (WSST) Oleh Nurnee Bukehmatee Idris

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Bahasa yang berkembang di masyarakat sangat beragam. Ragam

BAB I PENDAHULUAN. Bahasa yang berkembang di masyarakat sangat beragam. Ragam BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Bahasa yang berkembang di masyarakat sangat beragam. Ragam bahasa tersebut digunakan sesuai kondisi yang ada. Preston dan Shuy (dalam Chaer, 2002: 105) mengatakan ragam

Lebih terperinci

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017 Bahasa Melayu Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017 1 Matlamat Taklimat Kurikulum BM Penilaian Holistik Panduan Ibu Bapa guna buku CEKAP 2 Kurikulum

Lebih terperinci

2/27/2017. Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat & Peranan BMK

2/27/2017. Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat & Peranan BMK Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat & Peranan BMK Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Lebih terperinci

Salah faham tentang maksud IKHLAS

Salah faham tentang maksud IKHLAS Salah faham tentang maksud IKHLAS Gambar Hiasan : Sebahagian dari anak-anak yatim dan asnaf di RPWP sedang mendirikan solat berjemaah Kelmarin, saya lihat di FB Warga Prihatin ada melancarkan Wakaf Bas.

Lebih terperinci

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR TEMA Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari 2015 1900-2130 Markah Keseluruhan Kefahaman Mendengar Lisan Kertas 1 Kertas 2 Jumlah BM 20 50 40 46 + 44 200 BML - - 40 60 100 BMA 30 60-10 100

Lebih terperinci

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan Pendahuluan Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terima kasih kerana anda telah pun mendaftar di laman ini untuk mendapatkan panduan dan tips-tips yang berkaitan

Lebih terperinci

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

KESALAHAN UMUM TATABAHASA KESALAHAN UMUM TATABAHASA 1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri 2. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan 3. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan 4. Kesalahan dalam Kata Sendi 5. Kesalahan dalam

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 02/2 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SKEMA BAHASA MELAYU SET A Kertas 1 dan Kertas 2 1 [ Lihat sebelah PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA

Lebih terperinci

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.

Lebih terperinci

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN TOPIK UTAMA PENGENALAN KATA ALU-ALUAN PRAKATA TEKS UCAPAN KESIMPULAN PENGENALAN Sesebuah teks yang berformat mesti mempunyai pelbagai dokumen

Lebih terperinci

ETIKA DAN ETIKET DALAM KOMUNIKASI

ETIKA DAN ETIKET DALAM KOMUNIKASI ETIKA DAN ETIKET DALAM KOMUNIKASI 2014 PENGENALAN ETIKA Etika (falsafah moral) daya intelek manusia yang membolehkan mereka menggunakan taakulan bagi perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka seharian

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, BAB I PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan untuk meninjau fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, jelas sekali

Lebih terperinci

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008 SKEMA BAHASA MELAYU Kertas 1 dan Kertas 2 JAWAPAN KERTAS 1 1 D 11 D

Lebih terperinci

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri Bahagian dari presentasi ini dihasilkan oleh Cik Yoshie Dan (JOCV) United Voice Persatuan Advokasi Diri Orang Bermasalah Pembelajaran Selangor & Kuala Lumpur Kenapa

Lebih terperinci

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID? BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID? Rasa-rasanya, ilmu tajwid sukar atau mudah? Mungkin ramai yang rasa ia sukar. Tetapi ramai juga yang merasakan, ilmu tajwid mudah. Ia bergantung kepada tahap

Lebih terperinci

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

hangat hangat hangat  hanyut hanyut hanyut  haus haus haus hangat (a) panas Ayah membasuh cawan itu menggunakan air yang hangat meriah, sambutan hebat Pertandingan nyanyian itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai hanyut (a) dibawa mengalir oleh air Bangkai

Lebih terperinci

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah ) Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah ) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan aktiviti gotong-royong.

Lebih terperinci

Kandungan. Pendahuluan. Proses Fonologi. Pengajaran Sebutan Kesimpulan. Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif

Kandungan. Pendahuluan. Proses Fonologi. Pengajaran Sebutan Kesimpulan. Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif Nota Kuliah BBM3202 Kandungan Pendahuluan Sebutan Baku Sebutan Standard (ala Johor-Riau) Fonologi Generatif Proses Fonologi Pembentukan Glotal Pelemahan Vokal Perendahan Vokal Pengguguran Getaran Pengajaran

Lebih terperinci

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Pendahuluan Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. Ini penting supaya

Lebih terperinci

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak 38 Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar Hasnah Hassan hasnah_hassan@moe.edu.sg Sekolah Menengah First Toa Payoh Noreen Mahmood Noreen@acsbr.org Sekolah Anglo-Chinese (Barker Road) Abstrak

Lebih terperinci

Semantik NORDIN BIN TAHIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Semantik NORDIN BIN TAHIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH Semantik NORDIN BIN TAHIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH Bahasa Fonetik Tatabahasa Semantik Sintaksis Morfologi 2 Pendahuluan: Semantik Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.

Lebih terperinci

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU 2003 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

Lebih terperinci

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA DAERAH DUNGUN 2010 BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1)

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA DAERAH DUNGUN 2010 BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1) PROGRAM PENNGKATAN PRESTAS SJL TNGG PERSEKOLAHAN MALAYSA DAERAH DUNGUN 2010 +++++++++++++++++ +++++++++++++++++ BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1) +++++++++++++++++ ++++++++++++++++ A. MORFOLOG 1. Yang manakah

Lebih terperinci

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008 Angka Giliran: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2007 12008 April2008 JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV Masa: 2 jam Markah yang diperoleh Soalan Bahagian A: Karangan (70 markah) Soalan

Lebih terperinci

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH: NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH: PROF DR. MOHAMED AMIN BIN EMBI 1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan

Lebih terperinci

Cikgu Norrehan Jabbar. (Guru Bahasa Melayu - P2) - Sekolah Rendah Henry Park -

Cikgu Norrehan Jabbar. (Guru Bahasa Melayu - P2) - Sekolah Rendah Henry Park - Cikgu Norrehan Jabbar (Guru Bahasa Melayu - P2) - Sekolah Rendah Henry Park - Di akhir Primari 2, murid-murid diharapkan : dapat bertutur dengan berbahasa Melayu. dapat menggunakan bahasa Melayu dalam

Lebih terperinci

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi

Lebih terperinci

Bengkel Ibu Bapa Hari Sabtu. Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie

Bengkel Ibu Bapa Hari Sabtu. Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie Bengkel Ibu Bapa 31.01.2015 Hari Sabtu Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie Peperiksaan Lisan Pembacaan Lantang Penerangan Berdasarkan Gambar Perbualan Berkaitan

Lebih terperinci

BAB 6 KATA KERJA BAHASA MELAYU. berlari dan keadaan terkandung dalam perkataan seperti berfikir dan tidur. Kata

BAB 6 KATA KERJA BAHASA MELAYU. berlari dan keadaan terkandung dalam perkataan seperti berfikir dan tidur. Kata BAB 6 KATA KERJA BAHASA MELAYU 6.0 PENDAHULUAN Kata kerja ialah perkataan yang mengandungi perbuatan atau menunjukkan keadaan perbuatan. Perbuatan ialah aktiviti yang terkandung dalam perkataan seperti

Lebih terperinci

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH 16 PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH Rosnita Hamid Sekolah Rendah East Spring Sarifah Hassan Sekolah Rendah Greendale Abstrak Antara matlamat penerapan sastera ialah untuk mengukuhkan

Lebih terperinci

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Seseorang pendengar yang baik ialah apabila dia dapat mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa dari sekeliling mereka. Kemahiran mendengar

Lebih terperinci

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN ID Penemubual: - Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia Penilaian Kempen Tak Nak Dan Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN Soalan

Lebih terperinci

KOMUNIKASI BERKESAN & PERHUBUNGAN AWAM FAIRUZ MUCHTAR BAWAZE ER TIMBALAN PENDAFTAR FAKULTI SAINS

KOMUNIKASI BERKESAN & PERHUBUNGAN AWAM FAIRUZ MUCHTAR BAWAZE ER TIMBALAN PENDAFTAR FAKULTI SAINS KOMUNIKASI BERKESAN & PERHUBUNGAN AWAM FAIRUZ MUCHTAR BAWAZE ER TIMBALAN PENDAFTAR FAKULTI SAINS Hari Pertama KOMUNIKASI BERKESAN Apa itu Komunikasi? Proses & Fungsi Konflik & Halangan Tips komunikasi

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 (PPT) 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2012 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 TINGKATAN 5 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan

Lebih terperinci

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN SULIT 1103/1 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2017 2 ¼ jam MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Teknik Al-Baghdadi merupakan satu pembaharuan dalam usaha membenteras buta al- Quran melalui pendekatan kata kunci sebagai titian ingatan. Kemunculan metod ini

Lebih terperinci

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN 978-983-46-0608-4. Pengulas: Nor Hashimah Jalaluddin nhj7892@gmail.com Universiti Kebangsaan Malaysia Perbincangan

Lebih terperinci

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sebutan merupakan satu elemen yang penting dalam pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan seringkali diabaikan di

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi BAB I PENGENALAN 1.0 Latar Belakang Kajian Bahasa adalah satu alat komunikasi penting yang memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia. Bahasa juga merupakan alat untuk menyampaikan buah fikiran, idea,

Lebih terperinci

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional

(3) mahu membawa awak ke kawasan Geylang Serai pula. (4) belum pernah menonton persembahan muzik tradisional FRASA (8 markah) Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN. Pendahuluan. soalan kajian 3 dan 4, manakala fasa 3 menjelaskan soalan kajian 5 dan 6.

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN. Pendahuluan. soalan kajian 3 dan 4, manakala fasa 3 menjelaskan soalan kajian 5 dan 6. BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN Pendahuluan Bab ini menghuraikan hasil dapatan kajian melalui tiga fasa, sebagaimana fasa kajian ini dijalankan. Fasa 1 menjelaskan soalan kajian 1 dan 2, fasa 2

Lebih terperinci

PEMBAKUAN SEBUTAN. Pengenalan

PEMBAKUAN SEBUTAN. Pengenalan PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

Lebih terperinci

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu. BAB 7: ETIKA BUDDHA Agama Buddha i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu. ii. Ia menolak sistem Veda serta sistem

Lebih terperinci

Kajian kes dan transkrip consulting:

Kajian kes dan transkrip consulting: Kajian kes dan transkrip consulting: Bagaimana men-design flyer iklan yang mendapatkan lebih banyak prospek Bukhari Ramli brc.my Bagaimana men-design flyer iklan yang mendapatkan lebih banyak respons prospek,

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang

Lebih terperinci

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun BAHASA MELAYU 910/1 BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun Pengenalan Perkembangan bahasa Melayu pada zaman pramerdeka agak berbeza dari

Lebih terperinci