PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER. Kandungan:

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER. Kandungan:"

Transkripsi

1 PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER Kandungan: Defini dan Kepentingan Senggaraan Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif Perlindungan Data Pembersihan Perkakasan Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer Pembinaan Rekod & Dokumentasi Defini dan Kepentingan Senggaraan Senggaraan komputer ialah tindakan tersusun / terancang bagi mencegah ataupun membaiki sebarang kerosakan yang mengakibatkan kegagalan dalam fungsi sesebuah sistem komputer. (baiki / elak komputer rosak) Boleh dikatakan proses penyenggaraan ini melibatkan 10% kemahiran mekanikal, 30% kemahiran teknikal, dan 60% nasib. Kini, industri senggaraan sistem komputer telah dengan berkembang dengan pesatnya, sejajar dengan perkembangan industri perkomputeran dengan pulangan keuntungan bernilai jutaan ringgit. Penggunapengguna korporat lazimnya berbelanja ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan pentadbiran dan penyenggaraan sistem komputer syarikat mereka. Walaupun tugas penyenggaraan bukannya mudah, namun ia adalah cabaran yang amat menyeronokkan. Proses penyenggaraan adalah amat penting. Selain mengatasi kegagalan sistem apabila kerosakan berlaku, senggaraan yang berjadual juga mampu mengelakkan kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Baik pulih belum tentu dapat membaiki sistem yang rosak, syamsulum@yahoo.com 1

2 sebaliknya pencegahan sejak peringkat awal melalui penjadualan senggaraan mampu mengelakkan daripada berlakunya kerosakan sistem. Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif Cegahan adalah kaedah pertahanan pertama bagi mengelakkan kegagalan atau kerosakan sistem komputer. Kegagalan atau kerosakan biasanya adalah berpunca daripada keadaan persekitaran di mana sistem komputer itu ditempatkan. Oleh itu, perancangan jadual penyenggaraan yang rapi adalah perlu. Cegahan Aktif Pencegahan aktif adalah prosedur yang dilakukan bagi menjadikan PC tahan lama dan kurang bermasalah. Kaedah pencegahan ini melibatkan pembersihan sistem dan komponennya secara berkala. Teknik ini melibatkan aktiviti pembersihan komponen, mengemaskini pemasangan cip dan penyambung, serta format semula cakera keras (harddisk). Kekerapan teknik pencegahan aktif perlu dilakukan bergantung kepada keadaan persekitaran dan kualiti komponen sistem. Sekiranya persekitaran sistem terlalu kotor atau berhabuk, seperti dalam persekitaran bermesin, berjentera berat atau stesen minyak, anda mungkin perlu membersihkan sistem anda sekurang-kurangnya setiap tiga bulan atau kurang. Bagi persekitaran biasa seperti di pejabat pula, pembersihan yang dilakukan pada setiap bulan ataupun setahun sudah memadai. Selain itu, prosedur pencegahan ini juga melibatkan aktiviti backup (salinan pendua) data dan persekitaran kritikal seperti sektor boot, jadual sistem FAT, dan struktur direktori cakera keras. Anda juga harus defragment (aktiviti penyusunan fail) cakera keras sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengekalkan kelancaran dan kelajuan fungsi cakera keras. Berikut adalah senarai semak mingguan penyenggaraan cakera keras: 2

3 1. Backup semua data dan fail penting 2. Buang semua fail-fail sementara sistem: a. *.tmp b. ~*.* c. *.chk d. Fail-fail sementara dan rekod lama internet 3. Kosongkan recycle bin 4. Jalankan program defragment Berikut pula adalah prosedur penyenggaraan bulanan: 1. Sediakan cakera pemula sistem (startup disk) 2. Semak dan install (masukkan) semua drivers (pemacu) kad video, kad bunyi, modem, dan perkakasan lain. 3. Semak dan install update (pembaharuan) sistem pengoperasi 4. Semak dan install update program antivirus 5. Bersihkan sistem termasuk skrin monitor, papan kekunci, pemacu CD/DVD, pemacu disket, tetikus dan lain-lain 6. Pastikan bahawa semua kipas sistem berfungsi dengan sewajarnya, termasuk heatsink (penyalur haba) CPU, bekalan kuasa, dan kipas perumah (casing). Cegahan Pasif Pencegahan pasif adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi sistem daripada gangguan persekitaran, seperti menggunakan perkakasan perlindungan bekalan kuasa (bagi membekalkan kuasa yang bersih, stabil serta suhu yang terkawal), dan mengelakkan gegaran keterlaluan ke atas sistem. Dalam kata lain, pencegahan pasif bermakna anda melayan sistem anda dengan baik. 3

4 Pencegahan pasif melibatkan penjagaan sistem melalui penyediaan persekitaran terbaik buat sistem fizikal dan elektrikal. Perlindungan fizikal termasuk memastikan suhu persekitaran sistem adalah baik, aliran udara dan haba yang baik, bebas daripada pengumpulan habuk dan asap, serta bebas hentakan dan gegaran. Perlindungan elektrikal pula melibatkan aktiviti perlidungan daripada ESD (electrostatic discharge), hingar talian kuasa, dan gangguan frekuensi radio. Biasanya senggaraan pasif ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja, iaitu pada peringkat awal penyediaan PC. Ini berbeza dengan sengaraan aktif yang memerlukan aktiviti senggaraan berkala (kerap). Langkah-langkah yang boleh anda ambil sebelum memasang PC baru: 1. Sediakan tempat yang sesuai untuknya (bebas kotoran habuk dan asap) 2. Jangan tempatkan PC di hadapan tingkap (komputer tidak harus diletakkan di bawah cahaya matahari) 3. Pastikan suhu persekitaran (bilik) adalah sestabil yang mungkin 4. Bekalan kuasa haruslah dibumikan dan stabil. 5. Pastikan sistem jauh daripada pemancar gelombang radio dan sebarang sumber kuasa berfrekuensi radio Perlindungan Data Komputer yang kita gunakan di dalam rumah lazimnya menyimpan data-data yang amat sulit dan berbentuk peribadi. Bagi sektor korporat pula, sistem komputer digunakan bagi tujuan memproses dan menyimpan data-data yang amat kritikal kepada syarikat. Datadata ini kadang-kala bernilai ribuan malahan jutaan ringgit; dan kadangkala tidak ternilai harganya. Kerosakan sistem kadang kala boleh membawa kepada kehilangan data. Oleh itu, proses backup / perlindungan data adalah antara proses yang paling penting dalam proses senggaraan. syamsulum@yahoo.com 4

5 Terdapat pelbagai cara bagi melindungi data. Antaranya ialah: 1. Membina salinan data 2. Melakukan inkripsi* dan membina hak capaian data. Dalam topik ini, kita akan hanya menyentuh berkenaan proses membina salinan data. Proses salinan data ini boleh dilaksanakan ke dalam beberapa medium seperti: 1. Cakera liut (disket) 2. Cakera padat (CD-R,CD-RW, DVD-R, DVD-RW, DVD-RAM) 3. Cakera keras (harddisk) 4. Memori Flash (thumb-drive, pen-drive, usb-drive, dll.) Sebagai seorang penyenggara, anda perlu tahu kesemua kaedah ini. Anda juga perlu ingat bahawa cakera keras (harddisk) adalah antara komponen paling penting sistem komputer! Sekiranya anda membaiki / menyenggara komputer, pastikan anda membuat salinan bagi cakera keras tersebut. Kebanyakan penyenggara dari kedai-kedai komputer sering mengambil jalan mudah dengan meng- format cakera keras pengguna dan meng- install Windows baru tanpa mempedulikan data-data yang ada di dalamnya. *inkripsi = ubah kepada bentuk yang terkod / tidak dapat dibaca dengan cara biasa Pembersihan Perkakasan Tujuan pembersihan adalah bagi mengelakkan gangguan akibat kehadiran habuk atau lain-lain bahan yang boleh mengganggu kelancaran sistem. Walaupun nampak leceh dan kecil, tugas ini masih penting sebagai satu daripada aktiviti senggaraan. Antara kebaikan pembersihan ini ialah: 1. Membersihkan komponen komputer daripada habuk dan kekotoran 2. Mengelakkan kipas sistem daripada tersekat dan berhenti berpusing 3. Mengelakkan pemanasan lampau cip-cip sistem yang boleh mendatangkan kerosakan akibat gangguan fungsi penyejuk seperti kipas dan sirip aluminium 4. Mengelakkan litar pintas akibat kehadiran lembapan dan partikel pengalir elektrik dalam habuk syamsulum@yahoo.com 5

6 Anda juga perlu ingat bahawa sistem komputer dibina dengan pelbagai cip-cip yang sangat sensitif kepada lembapan dan elektrostatik. Elektrostatik adalah cas-cas kecil yang lazimnya terhasil daripada geseran dua bahan yang berlainan (seperti geseran kain baldu dengan rod kaca). Oleh itu, proses pembersihan ini perlu dilakukan menggunakan alat-alat yang sesuai. Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer Kegagalan fungsi komputer boleh diatasi menggunakan 2 kaedah pemeriksaan iaitu pemeriksaan luaran dan pemeriksaan dalaman komputer. Pemeriksaan luaran membabitkan pemeriksaan sambungan kabel-kabel perkakasan komputer kepada system unit, dan sambungan sistem kepada punca kuasa elektrik. Sambungan yang terputus akan menyumbang kepada kegagalan fungsi sistem. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai pemeriksaan secara fizikal ke atas perkakasan sistem komputer yang dapat dilihat secara kasar bagi mengenalpasti masalah yang mungkin menimpa sistem. Pemeriksaan dalaman pula melibatkan pembedahan ke atas perkakasan sistem bagi mengenalpasti masalah yang timbul dan tidak dapat dikenalpasti secara mata kasar. Ia juga melibatkan penggunaan alatan tertentu bagi tujuan diagnosis (pengenalpastian). Sebagai contoh, pemutar skru mungkin digunakan bagi membuka casing (perumah) sistem untuk meninjau lebih lanjut perkakasan sensitif yang dilindungi bagi mengesan punca kegagalan fungsi sistem, meter pelbagai digunakan bagi mengesan keterusan aliran arus dalam litarnya, ataupun penggunaan perisian dengan arahan tertentu bagi mengesan masalah komunikasi dan kefungsian sesuatu perkakasan. syamsulum@yahoo.com 6

7 Pembinaan Rekod & Dokumentasi Seorang penyenggara yang cekap dan professional selalunya akan melakukan catatan rekod dan dokumentasi khas bagi segala tugas yang telah dilaksanakannya. Selain memudahkan perjalanan kerja, ia juga boleh dijadikan bukti kejujuran dalam melaksanakan tugas seharian. Penyediaan rekod dan dokumentasi membolehkan penyenggara dan juga pentadbir mengesan sejarah kerosakan dan baik pulih sistem perkomputerarn mereka. Ia juga membolehkan institusi mengenalpasti tempoh jaminan dan membuat anggaran bagi perkembangan sistem mereka. Antara kebaikan menyediakan rekod dan dokumentasi ialah: 1. Menyimpan butir-butir lengkap mengenai sistem perkomputeran yang digunakan (kos, jaminan, syarikat pembuat / pembekal). 2. Menyimpan senarai tugas penyenggaraan yang telah atau bakal dilaksanakan ke atas sistem. 3. Menyimpan data berkenaan individu yang terbabit dengan penyenggaraan sistem. 4. Memudahkan rujukan berkenaan teknik baik pulih sistem yang pernah bermasalah, dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah kerosakan baru dengan situasi yang hampir sama. 5. Membolehkan institusi membuat anggaran jangka hayat sistem dan merangka perkembangan bagi sistem mereka untuk masa hadapan. syamsulum@yahoo.com 7

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan:

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan: TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN Kandungan: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem Teknik Pengesanan Kerosakan Mengenali Litar Skema dan Rajah

Lebih terperinci

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer Konfigurasi Rangkaian M1-1 Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus

Lebih terperinci

Secara umumnya, papan litar utama atau motherboard adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:

Secara umumnya, papan litar utama atau motherboard adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya: MENGESAN KEROSAKAN PAPAN LITAR UTAMA Kandungan: Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama Kerosakan Semasa Proses Boot Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan Chipset Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan

Lebih terperinci

Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT

Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT Jadual Aktiviti Jam Masa Aktiviti (1j) 9.15am 10.15am 10.15am 10.45am 10.45am 12.15pm Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT (½j) ( 1½ j ) (1j) 12.15pm 1.15pm (¾j) 1.15pm 2.30pm 2.30pm 3.00pm 3.00pm

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEDAH ISI KANDUNGAN PERKARA ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Lebih terperinci

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) Pemasangan (Ruang) Pastikan pemasangan kerja paip berada pada tahap minimum. Elak menggunakan paip yang kemik dan jangan benarkan lenturan tirus. Pastikan kerja paip

Lebih terperinci

Pemacu Storan Data. 1. Storan Magnetik. 2. Storan Optikal

Pemacu Storan Data. 1. Storan Magnetik. 2. Storan Optikal Pemacu Storan Data Merujuk kepada storan sekunder iaitu storan kekal. Ia bermaksud data yang disimpan di dalamnya tidak hilang walaupun setelah bekalan kuasa dimatikan. 3 Jenis storan: 1. Storan Magnetik

Lebih terperinci

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data 1. Sistem Maklumat 1.1 Makna maklumat dan sistem maklumat a. maklumat: Adalah data yang telah diproses melalui computer dan ditukar kepada keluaran yang sangat berguna kepada pengguna b. sistem maklumat:

Lebih terperinci

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

DASAR PERKHIDMATAN SERVER BAB 5: DASAR PERKHIDMATAN SERVER 5.1 TUJUAN Dasar ini bertujuan menerangkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi serta memberikan panduan berkaitan pengurusan server di Universiti Malaysia Pahang. Server

Lebih terperinci

EKSPLORASI TEKNO 2014

EKSPLORASI TEKNO 2014 EKSPLORASI TEKNO 2014 MODUL PENYELENGGARAAN DAN KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER KOMUNITI SUMBER TERBUKA ( KST ), FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT ( FTSM ) UKM. Disediakan oleh: Komuniti Sumber Terbuka

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH KEMASKINI OGOS 2014 UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEDAH ISI KANDUNGAN PERKARA

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA PROSEDUR PENGURUSAN TENAGA POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA Laporan prosedur pengurusan tenaga ini disediakan selaras dengan kehendak Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Politeknik Merlimau

Lebih terperinci

PERANTI INPUT TEKS GRAFIK. Sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. 4 jenis input:

PERANTI INPUT TEKS GRAFIK. Sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. 4 jenis input: PERKAKASAN PERANTI INPUT Sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. 4 jenis input: TEKS GRAFIK AUDIO VIDEO PERANTI INPUT Peranti input yang digunakan untuk memasukkan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017) ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3

Lebih terperinci

Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak

Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak MENGESAN KEROSAKAN PENCETAK Kandungan: Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak Kegunaan dan Kendalian Pencetak 3 pencetak

Lebih terperinci

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

~ 1 ~ 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik. 2. Apa itu Pangkalan Data. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik. Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Terdapat pelbagai definisi kualiti yang diutarakan oleh guru-guru kualiti dalam disiplin ilmu kualiti. Akan tetapi secara umumnya, kualiti boleh dirujuk sebagai sebagai

Lebih terperinci

HOW TO REPLACE CPU (LAB 2) PENGENALAN. 1 Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04)

HOW TO REPLACE CPU (LAB 2) PENGENALAN. 1 Disediakan Oleh: Nor Azlan Bin Jamaludin ( DX100188DCJ04) PENGENALAN Di dalam laporan makmal ini, kita akan mempelajari tentang pemasangan komponen komputer. Melakukan pemasangan komponen komputer memerlukan kemahiran dan latihan yang berterusan untuk menjadikan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara Malaysia OBJEKTIF KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD Mengetahui dan memahami standard keperluan bilik registri dan bilik rekod Mengesyorkan kepada Ketua Pejabat Awam untuk mengadakan Bilik Registri

Lebih terperinci

BAB 2: KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER

BAB 2: KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER BAB 2: KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER 1 Objektif: Mengenalpasti komponen-komponen komputer Mengenalpasti beberapa sistem pengoperasian komputer 2 KOMPONEN KOMPUTER Komputer = perkakasan (hardware)

Lebih terperinci

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Lebih terperinci

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT)

Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PANDUAN WARGA PHT) TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN Tujuan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) ini adalah bertujuan untuk menguruskan Harta Modal

Lebih terperinci

Kad-kad Tambahan / Pengembangan

Kad-kad Tambahan / Pengembangan Kad-kad Tambahan / Pengembangan Merujuk kepada kad-kad yang boleh dicantum kepada motherboard. Dicantum kepada slot-slot pengembangan seperti PCI, PCI-x, AGP, ISA, CNR dan seumpamanya. Melengkapkan fungsi

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci

Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu :

Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu : Konfigurasi Rangkaian M2-1 Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer 2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis

Lebih terperinci

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD OBJEKTIF Mengetahui dan memahami standard keperluan bilik registri dan bilik rekod Mengesyorkan kepada Ketua Pejabat Awam untuk mengadakan Bilik Registri

Lebih terperinci

TERMA RUJUKAN. 1.3 Kad Kew. PA2 a. Status peralatan di bawah projek ini adalah hak milik ASTRO.

TERMA RUJUKAN. 1.3 Kad Kew. PA2 a. Status peralatan di bawah projek ini adalah hak milik ASTRO. TERMA RUJUKAN 1. INFRASTRUKTUR 1.1 Lokasi pemasangan indoor set DMG dan TV a. Peralatan Digital Multimedia Gateway (DMG) dan TV yang dibekalkan hendaklah diletakkan di lokasi berikut : 1. Bilik Media atau,

Lebih terperinci

PTSS PK PS 13 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN SISTEM RANGKAIAN

PTSS PK PS 13 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN SISTEM RANGKAIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PTSS PK PS 13 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN KOMPUTER DAN SISTEM RANGKAIAN PEMILIK PROSES DILULUSKAN OLEH JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT PENGARAH TARIKH

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK

GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK LAMPIRAN A GARIS PANDUAN PEMBERIAN GERAN KOMPUTER KEPADA STAF AKADEMIK A. TUJUAN 1. ini bertujuan untuk memaklumkan tatacara pemberian geran komputer kepada yang layak. 2. Pembelian komputer melalui geran

Lebih terperinci

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN PENGURUSAN PROJEK 10.0 PENGENALAN Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen pengurusan projek yang berikut :- 1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek 2.

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017 LAMPIRAN G SKOP DAN SPESIFIKASI 1.0 TUJUAN Sebutharga ini bertujuan untuk mempelawa penyebutharga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network-LAN) dan

Lebih terperinci

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? 17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

b. Perisian yang dibenarkan di pasang di komputer milik syarikat ialah:

b. Perisian yang dibenarkan di pasang di komputer milik syarikat ialah: GD EXPRESS SDN BHD POLISI SISTEM INFORMASI 1. Pengenalan a. Polisi Sistem Informasi (IS) ini adalah untuk diaplikasikan oleh kesemua pekerja GD Express Carrier Bhd (GDEX), semua subsidiari, semua syarikat

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah.

BAHAGIAN A. Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah. 1 BAHAGIAN A Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah. GURU KETUA UNIT A KETUA UNIT B KETUA UNIT C 2. Berikut

Lebih terperinci

PENGURUSAN REKOD PMM-PK-PS-09

PENGURUSAN REKOD PMM-PK-PS-09 PENGURUSAN REKOD NO. KELUARAN 05 TARIKH KUATKUASA 06 JUN 2013 PMM-PK-PS-09 DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH NAMA Mohd As ri Bin Chik Mejar (K) Zolkarnain Bin Hj. Jobshi AMP JAWATAN Wakil Pengurusan Pengarah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

Koperasi Pengangkutan

Koperasi Pengangkutan Kejayaan Pengangkutan di Ho Chi Minh City, Vietnam Jaibit Jaudin jaibit@mkm.edu.my Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Salwana Ali salwana@mkm.edu.my Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan

Lebih terperinci

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat ::

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat :: KTPK 18/4/2.01Jld.4/(78) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 7 Ogos, 1997. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat

Lebih terperinci

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDAWAIAN DOMESTIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDAWAIAN DOMESTIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDAWAIAN DOMESTIK PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003. 1 PENDAHULUAN Pendawaian Domestik

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan Negara menjadi agenda utama dalam setiap kali belanjawan Negara dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan untuk meningkatkan

Lebih terperinci

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/1 UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : Mengenalpasti kerosakan dengan menggunakan

Lebih terperinci

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej Zuraini Ali Shah 1, Syarifah Zyurina Nordin 2 dan Norhanim Abdul Samat 3 Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Takzim 1 zuraini@fsksm.utm.my,

Lebih terperinci

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN a. Guru hendaklah memastikan kawasan luar makmal berada dalam keadaan bersih b. Tiada sebarang objek / benda asing di luar makmal c. Tiada kenderaan / motorsikal

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) Muka : 1 / 5 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) Tujuan Edaran Kumpulan Tanggungjawab Penyedia/Penggubal Unit ICT & Pembangunan Sistem Penerimapakai Semua Staf Pejabat Bendahari, UTM TAJUK IT POLISI PEJABAT

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

A. Mewujudkan Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Universiti.

A. Mewujudkan Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Universiti. GARIS PANDUAN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK (UPM/ISO-EMS/PPPA/GP01) 1. Tujuan Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua staf UPM mengenai langkah-langkah yang boleh diambil dalam menguruskan

Lebih terperinci

3. Tentang fungsi-fungsi peralatan untuk kawalan motor elektrik.

3. Tentang fungsi-fungsi peralatan untuk kawalan motor elektrik. Tajuk Amali : Pemula Star-Delta PENGENALAN Kawalan adalah merupakan alat atau satu set alat yang mengurus, mengarah atau mengawal atur tingkah laku sesuatu alat yang lain. Oleh itu, kawalan motor boleh

Lebih terperinci

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENDAFTARAN BENGKEL PEMBAIKAN KEMALANGAN KENDERAAN AUTOMOTIF ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0

Lebih terperinci

Keylock Panduan Pengguna

Keylock Panduan Pengguna Keylock 8800 Panduan Pengguna ISI KANDUNGAN 3-4 BAB 1 MEMULAI Merujuk Panduan Pengguna di Internet Aksesori yang dibekalkan Bahan cetak yang dibekalkan Pemasangan Keylock 8800 Mengaktifkan Keylock 8800

Lebih terperinci

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Kami, Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866-W), dan anak-anak syarikat, adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan

Lebih terperinci

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN 8.1 AM PPDSNZ UMT merancang dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, analisis dan penambahbaikan yang diperlukan untuk: Memastikan perkhidmatan

Lebih terperinci

Rekod dan fail koperasi merupakan

Rekod dan fail koperasi merupakan Teknik Pengurusan Rekod dan Sistem yang Efektif Oleh Noranita Mohd Nor Pusat Keusahawanan dan Peruncitan, MKM Pengenalan Rekod dan fail koperasi merupakan dokumen yang amat penting dalam pengurusan sesebuah

Lebih terperinci

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT BAB 1 Dasar Pengurusan ICT 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Struktur Pengurusan ICT 1.3.1 Jawatankuasa Kerja ICT 1.3.2 Jawatankuasa Pepandu ICT 1.3.3 Jawatankuasa Pemantauan dan Penasihat 1.4 Pusat ICT

Lebih terperinci

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria EDU 3105 OHP dan transparensi Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria Kandungan Bahagian-bahagian dan fungsi ohp Pengendalian ohp Kelebihan dan kelemahan ohp Panduan penjagaan OHP Teknik

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI A. PEMAKAIAN Bil. Perkara 1 Standard ialah suatu kehendak minimum yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di negara ini dan merupakan salah satu komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Lebih terperinci

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN SEKSYEN 8 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN 8.1 AM PSNZ UMT merancang dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, analisis dan penambahbaikan yang diperlukan untuk: Memastikan prosesan bahan,

Lebih terperinci

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK?

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK? BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK? Sila baca peringatan ini dahulu. SURUHANJAYA TENAGA Tingkat 13, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 2612 5400

Lebih terperinci

KANDUNGAN. 1. Objektif Tempoh Pendaftaran Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2

KANDUNGAN. 1. Objektif Tempoh Pendaftaran Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2 Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016 KANDUNGAN M/S 1. Objektif 2 2. Tempoh Pendaftaran 2 3. Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan 2 4. Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2 5. Aset Yang Disewa Beli

Lebih terperinci

RANCANGAN MENGAJAR SEMESTER KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

RANCANGAN MENGAJAR SEMESTER KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA RANCANGAN MENGAJAR SEMESTER KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA Nama Pensyarah Modul : RAMLAH BINTI MOHD NOR/ FARDANADIA BT SULAIMAN Sesi Pengajian : JANUARI 2011 : ROHAZIRA BT RAMLI/

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti diperingkat induk atau Pusat Tanggungjawab

Lebih terperinci

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Notis Privasi Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Langkah-langkah dalam memastikan data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat menjadi keutamaan bagi kami di Malaysia Building Society Berhad

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001. September/Oktober CMM201 - Analisis dan Reka Bentuk Sistem

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001. September/Oktober CMM201 - Analisis dan Reka Bentuk Sistem UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001 September/Oktober 2000 CMM201 - Analisis dan Reka Bentuk Sistem Masa: [3 jam] ARAHAN KEPADA CALON: Sila pastikan bahawa

Lebih terperinci

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini. Dasar Privasi kami Terakhir diubah suai: 12 Dis 2014. Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini. Matlamat Dasar Privasi ini adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang

Lebih terperinci

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station ::

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station :: KTPK 18/4/2.01 Jld.4 (68) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 20 September, 1995. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain

Lebih terperinci

KUALITI UDARA DALAMAN. Lecture 4

KUALITI UDARA DALAMAN. Lecture 4 KUALITI UDARA DALAMAN Lecture 4 Kandungan Pengenalan Punca Pencemaran Kesan ke atas Kesihatan Teknologi Kawalan Kualiti udara dalaman dan Kehendak Persekitaran Bangunan yang direka bentuk untuk beroperasi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan

Lebih terperinci

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI 1 PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI Bajet bermaksud perancangan kewangan bertujuan untuk melaksanakan dasar tertentu di mana perbelanjaan dijeniskan mengikut kategori seperti emolumen, perkhidmatan & bekalan,

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN TAJUK 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN 6.1 Sinopsis Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan

Lebih terperinci

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG Dasar atau polisi bahan nadir ini merupakan suatu pernyataan prinsip-prinsip dan garis panduan yang digunapakai oleh perpustakaan Tuanku Bainun dalam pemilihan, penilaian,

Lebih terperinci

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan 6.0 Pengenalan 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman 6.3 Bila hutang menjadi kawan dan lawan? 6.4 Cara mengurus pinjaman

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini: NOTIS PRIVASI Dokumen ini menerangkan dasar privasi ("Dasar Privasi") Spring Energy Sdn Bhd ("Spring Energy" "kami," atau "kami" dalam terma- terma yang mana ungkapan- ungkapan hendaklah termasuk, di mana

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.

Lebih terperinci

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk rujukan staf UPM yang terlibat dalam melaksanakan penyelenggaraan berkala. 2.0 SKOP Garis panduan ini merangkumi semua jenis penyelenggaraan yang dilaksanakan

Lebih terperinci

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 1 DIMENSI KUALITI TADBIR URUS 1. Menyediakan dokumen pernyataan visi dan misi prasekolah. 2. Menyediakan senarai harta modal dan inventori peralatan.

Lebih terperinci

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB Mengurangkan kesan negatif alam sekitar oleh aktiviti ditempat kerja Menerap nilai-nilai murni kepada anggota Menerajui Amalan Hijau Ejen kesedaran dan

Lebih terperinci

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul Notis Privasi Adient Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan syarikat gabungannya (secara kolektif Adient, kami atau kita) mengambil berat tentang privasi anda

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

DOKUMEN DAN PERALATAN PK.UiTM.APB.(P).11

DOKUMEN DAN PERALATAN PK.UiTM.APB.(P).11 RUJUKAN MUKA SURAT : 1/13 PK.UiTM.APB.(P).11 Tandatangan Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh Nama Zakaria Abdul Wahab Bosirah Daud Prof. Madya Dr. Normah Abdullah Jawatan Penolong Jurutera Pen.

Lebih terperinci

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI ABSTRAK

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI ABSTRAK APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN INVENTORI Nur Azira Mat Daud Syaimak Abdul Shukor ABSTRAK Aplikasi Mudah Alih Pengurusan Inventori merupakan satu aplikasi yang digunakan secara meluas dalam industri. Ia

Lebih terperinci

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2 01 Para pekerja dikehendaki untuk dan mematuhi peraturan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja. A. menjalankan kerja dengan cepat B. tahu mengenai bahaya yang berkaitan dengan kerja C. tidak mempedulikan

Lebih terperinci

PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN UTILITI DAN PERALATAN

PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN UTILITI DAN PERALATAN MS ISO 90:25 17 Febuari 26 Muka Surat 1 daripada 15 PROSEDUR SOKONGAN DAN PERALATAN Disediakan Oleh: Disemak Oleh: PENOLONG PENDAFTAR JURUTERA Diluluskan Oleh: (Prof. Madya Mazelan Abdul Hamid) Pengarah

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PTSS PK PS 10 PENGURUSAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN PEMILIK PROSES DILULUSKAN OLEH JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN PENGARAH TARIKH

Lebih terperinci

WEB DAN PERANGKAIAN SEKOLAH PENSYARAH ENCIK NORHASHIMI BIN SAAD

WEB DAN PERANGKAIAN SEKOLAH PENSYARAH ENCIK NORHASHIMI BIN SAAD WEB DAN PERANGKAIAN SEKOLAH PENSYARAH ENCIK NORHASHIMI BIN SAAD PERALATAN PERANGKAIAN KOMPUTER PENGENALAN Perkakasan rangkaian terdiri daripada: komputer utama (file servers) stesen kerja (work station)

Lebih terperinci

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Jenis-Jenis Pendapatan Individu 1. Upah / Gaji (a) Ganjaran yang diterima / pembayaran / pendapatan kepada individu / buruh. (b) Upah wang

Lebih terperinci

PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR

PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR MUKA SURAT : 1/9 Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Jawatan: PENGARAH SEKTOR KHIDMAT Jawatan: REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini

Lebih terperinci

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP

BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP BAB 6 : DASAR PERKHIDMATAN RANGKAIAN DAN TELEKOMUNIKASI UMP 6.1 Pengenalan Dasar Perkhidmatan Rangkaian dan Telekomunikasi UMP mengandungi peraturanperaturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam penggunaan

Lebih terperinci

Terima kasih kerana memilih DEEBOT!

Terima kasih kerana memilih DEEBOT! MS Manual Arahan Tahniah atas pembelian ECOVACS ROBOTICS DEEBOT! Kami berharap anda mendapat kepuasan bertahun-tahun. Kami percaya pembelian robot baru akan membantu mengekalkan kebersihan rumah anda dan

Lebih terperinci

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL 76 DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 0 Cetakan 2011 Lembaga Peperiksaan

Lebih terperinci