GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU"

Transkripsi

1 GEOMETRI DALAM SENI TARIAN TRADITIONAL MELAYU Wan Muhammad Afiq bin Wan Muhamad Fauzan dan Shariah Kartini bt Said Husain Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia 1. Pendahuluan Menurut D Ambrio (1986), etnomatematik bererti kesenian teknik memahami, menerangkan, menjelaskan, mempelajari dan menangani serta mengurus kehidupan kumpulan manusia dengan cara yang tersendiri sesuai dengan kaum itu. Dengan pengertian yang lebih mudah, etnomatematik meruruk kepada matematik atau pemikiran yang berkaitan dengannya yang lahir berdasarkan budaya dan sistem nilai sesuatu etnik. Oleh itu, Etnomatematik Melayu pula merujuk kepada matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibina dalam bahasa dan mengikut nilai Melayu. Dalam mengkaji sesuatu kebudayaan, kebanyakan pengkaji akan menumpu kepada kesenian. Namun kini, pemahaman terhadap maksud seni itu sendiri kian menghilang sehinggakan begitu mudah untuk mendapat pengiktirafan hasil seni berbeza dengan zaman dahulu. Untuk mendapat pengiktirafan, hasil seni itu seharuslah mempunyai unsur-unsur keindahan, kebenaran dan kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Akhirnya, gabungan unsurunsur ini mesti memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat. Begitulah cara zaman dahulu mengangkat ketinggian taraf sesuatu seni. Seni merupakan sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia yakni pada sudut penglihatan atau pendengaran. Dalam menentukan nilai kehalusan sesuatu seni, perlu wujud kehalusan dalam jiwa manusia itu dan ia berasakan kepada ketinggian budinya. Penghasilan sesuatu karya seni itu tidak hanya untuk kepuasan semata-mata atau sebagai sesuatu hiburan yang tidak menentu tetapi ia perlu memberi kebaikan kepada manusia dan masyarakat. Bagi pengertian seni yang lebih mendalam, kesenian adalah hasil perbuatan atau usaha manusia yang mengandungi unsur-unsur keindahan. Kesenian dicipta untuk melahirkan keindahan rasa kepada manusia namun ia bukan sesuatu yang ghaib. Jadi keindahan alam yang bukan ciptaan manusia tak termasuk dalam istilah seni. Menurut ahli-ahli kebudayaan, pembahagian kelompok etnik dilakukan berdasarkan warna kulit, bentuk dan warna mata, hidung, bibir, muka, kepala, rambut dan bentuk badan. Terdapat sebelas kelompok utama iaitu Caucosoid (Arian), Mongoloid, Australoid, Mironisia, Polinisia, Afrikan Negroid, Melanisia, Bushmen Hottentot, Pigmy Afrika Tengah, Pigmy Timur Tengah, Ainus dan Vedoid. Dalam Mongoliod, terdapat tiga lagi pecahan iaitu Mongoloid Tenggara Asia, Mongoloid Klasik dan Mongoloid Tebeto Indonesia. Akhir sekali, Mongoloid Tebeto Indonesia dibahagi kepada Melayu Proto dan Melayu Deutro. 1

2 2. Sejarah Seni Tari Melayu Seni tari merupakan antara sebahagian cabang dalam kesenian Melayu, ia terhasil daripada pemerhatian dan penelitian gerak geri, lenggang liuk daun, kayu dan sebagainya. Tarian memancarkan perasaan manusia yang dipengaruhi oleh alam sekelilingnya. Umumnya, sejarah tarian bermula dari istana dan walaupun seni tari melayu mempunyai hubung rapat dengan kesenian luar seperti Portugis, Sepanyol, Arab dan lain-lain tapi asas sesuatu bentuk tarian bersifat atau sekurang-kurangnya apa ang diambil telah disesuaikan dengan kesenian Melayu yang sedia ada. Dalam dunia Melayu lama, sejarah tarian bermula apabila ia digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai sebagai fenomena semula jadi pada hari ini. Ia menjadi asas merasionalisasi fenomena semula jadi yang tidak dapat diduga pada zaman itu. Dalam memahami perkembangan tarian melayu, ia perlu dilihat daripada perspektif sejarah kawasan Asia Tenggara. Penduduk awal kawasan ini mencipta ritual-ritual lengkap yang mengandungi pergerakan namun malangnya bentuk-bentuk ritual ini tidak dapat dipastikan. Sewaktu zaman Kerajaan Hindu Funan, istana Funan dipercayai mengadakan tarian dan muzik hindu sebagai hiburan kaum kerabat dan para bangsawan. Ia kemudiannya berkembang ke wilayah-wilayah Funan melalui bangsawan yang dating berkunjung ke Funan. Kerajaan Seriwijaya, Majapahit, dan Melaka yang wujud kemudian membentuk satu identiti budaya yang dikenali sebagai dunia Melayu Lama. Sepanjang pemerintahan kerajaan Hindu, kepercayaan penduduk berubah dari animisme kepada dewa-dewa Hindu. Para pengikut Syiva membentuk asas persembahan tarian dengan menggunakan bahan daripada Ramaana, Mahabharata dan cerita-cerita Jataka. Apabila taraf rajaraja tempatan diangkat ke taraf dewa-raja, ia membantu perkembangan kebudayaan Hindu. Sebahagian ritual sembahyang kepada dewa-raja adalah dalam bentuk persembahan kepada Syiva yang dikenali sebagai penari kosmik dan raja pelakon. Parameswara mengambil gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam, unsur Islam ula diterapkan dalam tarian tempatan. Ayat Quran dimasukkan dalam jampi serapah semasa mulakan persembahan tarian dan drama tari. Cerita dongeng Islam dimasukkan dalam repertoir drama tari. Antara tarian diperkenalkan oleh Islam ialah Tarian Zapin, Tarian Hadrah, Rodat, Dabus dan Tarian Kuda Kepang. Sepanjang kurun ke-19, negara Siam mencuba menguasai negeri-negeri di utara Semenanjung. Oleh itu, negeri-negeri di utara dipengaruhi oleh kebudayaan Siam dari masa ke masa lebih dari 500 tahun yang dilihat dalam tarian Menora, Makyung, Tarian Asyik dan Tarian Inai. Manakala dari pengaruh Melayu Indonesia dari selatan Semenanjung. Penjajahan British telah memundurkan seni tempatan secara menyeluruh. British menghadkan kuasa politik dan ekonomi para sultan-sultan Melayu sehingga para sultan tidak mampu membiayai kumpulan seni teater dan tarian istana. Akhirnya tarian seperti Makyung bertukar menjadi tarian hiburan rakyat. Pada kurun ke-20, hanya joget gamelan sahaja diteruskan sebagai tarian istana oleh sultan Pahang dan Terengganu. Pada tahun 1969 menjadi tarikh penting dalam usaha pemuliharaan tarian dan teater istana apabila sewaktu menjadi tuan rumah 2

3 untuk persidangan tarian dan drama Asia Tenggara, dipamerkan tarian dan muzik gamelan Terengganu dan makyung Kelantan atas usaha Tan Sri Mubin Sheppard. Sebagai aspek penting dalam masyarakat melayu,dan tarian menyediakan kedua-dua fungsi tersebut iaitu, sekular dan spiritual. Fungsi sekularnya ialah ia mendidik dan menyambungkan cerita dongeng, lagenda dan adat tradisi disamping menghiburkan manakala dari fungsi spiritual pula, ia menjadi saluran untuk menghubungi dan mempelawa semangat animisme. 3. Struktur dan Estetika Tarian Melayu Dalam melihat struktur tarian, perlu dipertimbangkan organisasi sosioekonomi, agama dan politik. Orang melayu suka pada keamanan, bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain jadi ia mempengaruhi tarian yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lembut. Koreografi tarian tradisi telah ditetapkan pada masa kemunculan tarian itu, dan diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dalam bentuk asal. Namun perubahan tetap berlaku walaupun sedikit, lebih-lebih dalam tarian sekular berbanding tarian ritual. Persembahan tarian ritual masih mengikut koreografi asal kerana sebarang perubahan, dipercayai akan mewujudkan kemarahan semangat tapi sebaliknya bagi tarian sekular, mudah mengalami perubahan terutama daripada segi kehalusan pergerakan. Kesemua tarian mematuhi sebilangan prinsip umum koreografi dan hamper kesemua tarian melayu gunakan konsep imbangan simetri yang menegaskan kemantapan dan keharmonian. Corak simetri adalah bergaris, dalam bentuk tegak atau lintang, separuh bulatan atau bulatan. Konsep simetri juga dikenakan pada keseluruhan bentuk tarian yang bermula dan berakir dengan corak lantai dan pergerakan yang sama. Dinamik dalam koreografi berbeza antara tarian tradisi melayu dan ia terbahagi kepada dua iaitu dinamik sublime yang merangkumi lontaran tenaga pergerakan dari sudut psikologi (psychological projection of movement energy) yang memanjangkan pergerakan selepas tamatnya pergerakan fizikal dan dinamik spiritual yang menggunakan tenaga spiritual untuk kuasai pergerakan fizikal. Dinamik fizikal dan sublime menambahkan keindahan koreografi sementara dinamik spiritual membawa tarian itu ke demensi yang lebih tinggi. Umumnya, tarian melayu ditarikan secara beramai-ramai atau berpasangan. Antara pasangan lelaki dan wanita tidak berpegang tangan atau bertemu badan, dan selendang atau kain akan digunakan sebagai penghubung sewaktu tarian. Tiada pakaian khusus untuk setiap tarian tetapi para penari sering berpakaian seragam yang sama warna dan bentuk. Namun begitu, setiap tarian melayu lazimnya mempunyai lagu tersendiri tetapi ia juga boleh ditari pada lagu yang sama rentak dan irama. Tarian melayu secara dasarnya ialah tarian untuk hiburan, jadi ia sering dipersembahkan di majlis-majlis tertentu atau di temasya bersukaria atau di majlis perkahwinan. Antara alat muzik tradisional yang digunakan termasuklah seruling, gendang panjang,rebana, rehab dan gong. 3

4 Disebabkan wujudnya pelbagai jenis tarian, para pengkai seni tari mengumpulkan tariantarian ini kepada dua iaitu Tarian Melayu Asli dan Tarian Melayu Moden. Tarian Melayu Moden bermaksud tarian yang dipenaruhi unsur seni asing seperti Portugis, Arab, Hindu, Parsi dan sedikit unsur kesenian Tionghua. Begitu juga seperti irama, ia dibahagikan kepada irama perlahan dan irama rancak. Seni tari merupakan suatu bentuk seni gerak manusia yang melambangkan corak dan asas budaya terutama dari ciri adat, budi bahasa dan watak sesuatu bangsa. Alam kesenian melayu kaya dengan pelbagai bentuk dan corak seni tari sehinggakan terdapat tarian tradisi rakyat yang bercorak tempatan atau sukuan bergantung kepada negeri atau daerah. Namun terdapat empat jenis tarian yang tidak bersifat daerah iaitu Joget, Inang, Zapin dan Asli. Keistimewaan keempatempat tarian ini adalah meraka mempunyai rentak dan irama tersendiri. Berdasarkan pelbagai bentuk dan corak yang wujud dalam seni tarian melayu, ahli kebudayaan membahagikan ia kepada tiga bentuk yang utama iaitu Seni Tari Pertunjukan, tarian yang ditunjukkan sewaktu di majlis keramaian atau perayaan yang diaturkan. Kedua, Tarian Pergaulan atau Hiburan, tarian ini adalah untuk menghiburkan hati atau bersuka ria secara berkumpulan. Akhir sekali ialah Seni Tari Pemujaan atau Persembahan, taria berbentuk ini telah banyak ditinggalkan dan ia ditukarkan menjadi tarian hiburan. Perubahan zaman menjadikan manusia lebih cenderong untuk memperhalusi dan memperindahkan lagi tarian tetapi ia tidak mengubah tiga dasar seni tari melayu itu sendiri. Tiga dasar tersebut adalah gerak geri kaki atau tari, gerak geri tangan atau tanduk dan gerak geri tangan serta pinggan atau liuk. Dasar dan corak tarian melayu ternyata bersifat kebudayaan Malaysia kerana ia tidak bertentangan dengan Islam yang menjadi unsur terpenting dalam kebudayaan Malaysia. 3.1 Tarian Inang Menurut rekod yang tertulis, Tarian Mak Inang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka di abad ke 15 Masihi tetapi perkembangannya tidak dapat dikesan sehingga ke 19 Masihi. Tarian ini dihasilkan atas perintah Sultan Mahmud Shah Melaka dan ia merupakan tarian yang paling popular pada zaman tersebut kerana ia ditarikan di istana dan majlis perkahwinan orang-orang kenamaan. Tarian ini juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina. Pada tahun 1918, dua orang pemain biola dari Ipoh, Perak dan Singgapura dikatakan telah mencipta Tarian Mak Inang yang ditarikan kini. Tarian ini berasaskan peristiwa teruna mencari jodoh yang dimulai dengan peristiwa merisik sebelum meminang. Oleh itu, tarian ini mempunyai gerak dan irama tari yang lembut serta menekan pergerakkan liuk tangan, langkah dan gerak kaki dan badan. Tarian Mak Inang yang mempunyai corak tari duduk bertingkuk dikenali sebagai Mak Inang Balai dan jika sebaliknya, ia dikenali sebagai Mak Inang Barat. Dalam istilah muzik, tempo yang lazim bercorak 2/4 atau 4/4 bagi tiap bar. 4

5 3.2 Tarian Joget Tarian Joget adalah antara tarian melayu yang unik dan menarik kerana ia tidak mempunyai bentuk yang khusus dan sebaran gubahan tarian yang ditarikan mengikut rentak tersebut oleh dinamakan sebagai tarian joget. Ia mempunyai rentak yang pantas dan rancak kerana ia adalah sejenis tarian pergaulan yang boleh ditarikan di mana-mana sahaja. Antara keunikan lain Tarian Joget adalah ia satu-satunya tarian yang ditarikan secara terbuka dan oleh itu, tarian ini tidak memerlukan kumpulan penari tertentu. Pasangan dibentuk oleh setiap individu sendiri yang ingin menari di majlis tarian namun ia tetap mengikut peraturan tarian iaitu dimulai dengan permulaan dan di ikuti dengan perkembangan tari dan tarian penutup. Tarian ini juga tidak mempunyai tempoh masa kecuali ia ditarikan sebagai pertunjukan sahaja. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa tarian ini dibawa oleh orang Portugis kerana terdapat seni tari barat dan berasal dari seni tari Portugis iaitu Tarian Branyo. Bagaimanapun anggapan umum mengatakan tarian adalah berasal dari Melaka. Rujukan Mat Rofa Ismail. (2012). Rampaian Etnomatematik. Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia. Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmad.(1990). Kesenian Tarian. Associated Education Distributors (M) Sdn. Bhd. 5

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh

Lebih terperinci

Terdapat beberapa pendapat tentang sejarah permulaan Jikey. Secara umumnya terdapat tiga keterangan mengenai permulaan Jikey.

Terdapat beberapa pendapat tentang sejarah permulaan Jikey. Secara umumnya terdapat tiga keterangan mengenai permulaan Jikey. Terdapat beberapa pendapat tentang sejarah permulaan Jikey. Secara umumnya terdapat tiga keterangan mengenai permulaan Jikey. WATAK RAJA/WIRA 1 Orang-orang miskin yang memerlukan wang untuk kembali ke

Lebih terperinci

REKABENTUK DAN POL A BAJU KURUNG MELAYU DI MALAYSIA

REKABENTUK DAN POL A BAJU KURUNG MELAYU DI MALAYSIA REKABENTUK DAN POL A BAJU KURUNG MELAYU DI MALAYSIA INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : HASMA AHMAD RAFEAH

Lebih terperinci

1. Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan : (m/s140) a.

1. Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan : (m/s140) a. BAB 9 : WARISAN KESULTANAN MELAYU 1. Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan : (m/s140) a. 2. Struktur pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dari peringkat : (m/s140) a. b. c. 3. Pentadbiran

Lebih terperinci

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006 Nama: Kelas: SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 September 2006 2½ jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006 1 2 4 9 2 SEJARAH Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

Lebih terperinci

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEMULIHARAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEMULIHARAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEMULIHARAAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL TERENGGANU Satu dissertasi yang disediakan sebagai memenuhi Sebahagian dari

Lebih terperinci

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) CAWANGAN MELAKA DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN

Lebih terperinci

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan

Lebih terperinci

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID PENGENALAN Negara negara di Asia Tenggara terletak di laluan strategik antara Timur dan Barat. Selat Melaka adalah laluan utama untuk

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) NAMA :. TINGKATAN :... MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 MODUL 1 1249/2 SEJARAH Kertas 2 2017 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN

Lebih terperinci

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA NAMA : VISALNI A/P GUNASEELAN NO MATRIK : NAMA PENSYARAH: AHMAD TARMIZI ZAKARIA

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA NAMA : VISALNI A/P GUNASEELAN NO MATRIK : NAMA PENSYARAH: AHMAD TARMIZI ZAKARIA AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA NAMA : VISALNI A/P GUNASEELAN NO MATRIK : 3153000201 NAMA PENSYARAH: AHMAD TARMIZI ZAKARIA SEJARAH AGAMA HINDU DI MALAYSIA Agama Hindu berkembang dalam tempoh masa sekurang-kurangnya

Lebih terperinci

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1 Bab 1: 1 BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Bab 1: 2 Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat: Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun. Menerangkan hubungan tamadun dengan agama,

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, BAB I PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan untuk meninjau fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, jelas sekali

Lebih terperinci

PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU

PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU HJ. AHMAD NASIR MOHD YUSOFF (PhD) Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Serdang Selangor No. Bilik: C 14 (Blok C, Bangunan

Lebih terperinci

Dapatkan Skema di

Dapatkan Skema di Sejarah Kertas 2 April/Mei 2011 2 ½ jam Dapatkan Skema di www.banksoalanspm.com NAMA:... Tingkatan :... BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Lebih terperinci

19/10/2016 PENGENALAN

19/10/2016 PENGENALAN PENGENALAN Memberi kefahaman tentang istilah sosiologi yang digunakan. Memudahkan seseorang memahami fenomena hubungan etnik di Malaysia. Sosiologi ilmu pengetahuan dalam bidang sains sosial a) Melihat

Lebih terperinci

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA (MPU 2323) VIKNESWARAN KAJENDRAN DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN EN.AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA

AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA (MPU 2323) VIKNESWARAN KAJENDRAN DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN EN.AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA (MPU 2323) VIKNESWARAN KAJENDRAN 3152001931 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN EN.AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA SEJARAH AGAMA BUDDHA DI MALAYSIA Sebilangan besar artifak, seperti terracotta

Lebih terperinci

Tamadun Islam dan Tamadun Asia TAMADUN MELAYU

Tamadun Islam dan Tamadun Asia TAMADUN MELAYU Tamadun Islam dan Tamadun Asia TAMADUN MELAYU Pengenalan Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu.

Lebih terperinci

BAB 8. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. 1. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional.

BAB 8. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. 1. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional. BAB 8 SOALAN STRUKTUR Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional Pendidikan tidak formal Pendidikan formal. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional. a. Apakah maksud

Lebih terperinci

LATAR BELAKANG PENDUDUK SARAWAK

LATAR BELAKANG PENDUDUK SARAWAK SARAWAK LATAR BELAKANG PENDUDUK SARAWAK Latar Belakang Sejarah Sarawak Ialah negeri yang terbesar di Malaysia Dikaitkan dengan nama Batang Sarawak/ Sungai Sarawak Penempatan terawal di Asia Tenggara

Lebih terperinci

EzLearn2U.my. Tingkatan 1 Sejarah Bab 9 : Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu. Soalan Objektif

EzLearn2U.my. Tingkatan 1 Sejarah Bab 9 : Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu. Soalan Objektif Tingkatan 1 Sejarah Bab 9 : Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu Soalan Objektif 1. 2. Gambar menunjukkan alat muzik diraja - nobat. Bilakah nobat dimainkan? I Kemangkatan raja dan kerabatnya II Perkahwinan

Lebih terperinci

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT PENGENALAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 KANDUNGAN BAB 2 Hasil Pembelajaran Menjelaskan pembentukan pluraliti Alam Melayu Menyatakan kesan penjajahan dan pembentukan masyarakat pluralistik Menghuraikan

Lebih terperinci

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123 PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA KOD KURSUS : MPU3123 TEMPOH : 2 JAM 30 MINIT SKEMA PEMARKAHAN MPU3123 1 BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF) Arahan: Jawab SEMUA soalan. 1. D 2. A 3. D

Lebih terperinci

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c. BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c. 2. Kerajaan Melayu yang baru terdiri daripada :(ms 122) a. b. c. d. 3. Orang Cina memanggil negeri

Lebih terperinci

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia. Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yg berkaitan dgn persoalan pertumbuhan ekonomi dan

Lebih terperinci

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad

Lebih terperinci

MEI 2017/SET A/MPU3123

MEI 2017/SET A/MPU3123 BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN 1. Pilih takrifan PALING TEPAT mengenai tamadun Islam. A. Kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman B. Kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya C. Pencapaian

Lebih terperinci

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT PENGENALAN KANDUNGAN BAB 7 7.1 7.2 7.3 7.4 Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenal pasti cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting

Lebih terperinci

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN 2 BAB 7 HUBUNGAN ETNIK DI Hasil Pembelajaran Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia Mengenalpasti cabarancabaran hubungan etnik di Malaysia Menghuraikan isu-isu penting dalam

Lebih terperinci

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis:

Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Sinopsis: Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China dan Jepun Sinopsis: Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun merupakan hasil penulisan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Tamadun Islam dan

Lebih terperinci

Sesi Meet and Greet bersama Penulis I'm a Backpackers: Korea Halian Azurin

Sesi Meet and Greet bersama Penulis I'm a Backpackers: Korea Halian Azurin Sesi Meet and Greet bersama Penulis I'm a Backpackers: Korea Halian Azurin Tarikh : 29 November 2015 Masa : 4.00 petang - 5.00 petang Tempat : Times @ Suria Sabah Puteh Press adalah syarikat penerbitan

Lebih terperinci

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.) Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel :

Lebih terperinci

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh BAB 6 PENUTUP 6.1 KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian,

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur. BAB 3 : METODOLOGI 3.0 Pengenalan Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan pemilihan bahasa oleh komuniti Bugis di Kg. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Lebih terperinci

Cikgu Azila SMSSI BAB 1: SEJARAH DAN KITA. D. sumber-sumber sejarah. Para sejarawan mengkaji rekod-rekod masa lampau

Cikgu Azila SMSSI BAB 1: SEJARAH DAN KITA. D. sumber-sumber sejarah. Para sejarawan mengkaji rekod-rekod masa lampau BAB 1: SEJARAH DAN KITA PENGERTIAN SEJARAH Perkataan di bawah dikaitkan dengan pengertian sejarah D. sumber-sumber sejarah Para sejarawan mengkaji rekod-rekod masa lampau Perkataan Syajaratun Maksud Pokok

Lebih terperinci

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL 5.0 PENDAHULUAN Pengkaji telah menjalankan tinjauan kedua kepada 70 orang pejajar yang telah mempelajari MABAUPUMS melalui soal selidik kedua (Sila rujuk Lampiran

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. Provinsi Riau adalah rumpun budaya melayu yang memiliki beragam

BAB I PENDAHULUAN. Provinsi Riau adalah rumpun budaya melayu yang memiliki beragam BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Masalah Provinsi Riau adalah rumpun budaya melayu yang memiliki beragam suku, yang dapat di jumpai bermacam-macam adat istiadat, tradisi, dan kesenian yang ada dan

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017 SULIT NO KAD PENGENALAN :... ANGKA GILIRAN :... PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 17 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH 1249/2 Kertas 2 Ogos 17 2 ½ Jam Dua jam

Lebih terperinci

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE-4 PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN 1 MALAYSIA 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan

Lebih terperinci

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN 392 BAB V 5.1 Rumusan Hasil Kajian Rumusan hasil kajian dalam bab ini berdasarkan analisis Bab 4. Bab 1, Bab 2, dan Bab 3 menjadi asas kepada perbincangan bagi Bab

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. 1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka? 3. Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan di Temasik.

BAHAGIAN A. 1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka? 3. Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan di Temasik. BAHAGIAN A 1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka? A. Sultan Muzaffar Shah B. Sultan Mansur Shah C. Parameswara D. Sultan Alauddin Riayat Shah 2. Dari manakah Parameswara berasal? A. Pasai

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SULIT 1249/2 Sejarah Kertas 2 Ogos 2015 2 ½ Jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH

Lebih terperinci

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang. BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Dalam bab ini pengkaji akan merumuskan secara keseluruhan dapatan kajian dalam bab empat dan juga memberi pendapat pengkaji termasuk cadangan yang perlu diketengahkan

Lebih terperinci

PERATURAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN PENCAK SILAT MRSM SE-MALAYSIA KALI KE-11, 2014 MRSM TERENDAK PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI Pertandingan silat seni adalah bertujuan untuk menilai unsur-unsur seni dalam

Lebih terperinci

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU Untuk membolehkan bahasa Melayu terus berkembang, beberapa usaha telah dirancangkan, terutamanya dari segi peluasan kosa kata. Usaha ini dilakukan melalui beberapa proses

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010 Turut dimuatkan soalan

Lebih terperinci

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR TEMA Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2017 (CONGKAK)

PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2017 (CONGKAK) 1. PENGENALAN PERATURAN PERTANDINGAN CONGKAK SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2017 (CONGKAK) Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan

Lebih terperinci

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan i Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 1 16/06/2010 9:21:22 AM Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan ii Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 2 16/06/2010 9:21:22 AM EDITOR ISHAK SAAT

Lebih terperinci

Ulasan Buku/Book Review

Ulasan Buku/Book Review Peranan dan Orientasi Akademika Sains Sosial 70 Malaysia (Januari) 2007: 159-163 159 Ulasan Buku/Book Review Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia (Role and Orientation of Malaysian Social Science).

Lebih terperinci

SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI TAHUN 2017 MAKLUMAT KURSUS-KURSUS SIJIL YANG DITAWARKAN

SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI TAHUN 2017 MAKLUMAT KURSUS-KURSUS SIJIL YANG DITAWARKAN MAKLUMAT KURSUS-KURSUS SIJIL YANG DITAWARKAN 1 SIJIL SENI KREATIF ASWARA FAKULTI TARI 1. KURSUS TARI KONTEMPORARI TAHAP PERTENGAHAN/TAHAP KEDUA Sinopsis : Kursus ini merupakan pengenalan kepada bentuk

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

BAB 10 : SARAWAK. 1.Nama asal Sarawak berasal daripada : (ms 180) a. b.

BAB 10 : SARAWAK. 1.Nama asal Sarawak berasal daripada : (ms 180) a. b. BAB 10 : SARAWAK 1.Nama asal Sarawak berasal daripada : (ms 180) b. 2. Kewujudan manusia di Sarawak dikatakan bermula kira-kira 40 000 tahun dahulu dapat dibuktikan : (ms 180) b. c. 3. Penemuan ini membuktikan

Lebih terperinci

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis:

Tamadun Islam & tamadun asia. Sinopsis: Tamadun Islam & tamadun asia Sinopsis: Buku ini merupakan himpunan hasil penulisan bersama para pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dalam proses

Lebih terperinci

1249/2 No. Kad Pengenalan Sejarah Kertas 2 September Angka Giliran 2009 2 ½ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009. SEJARAH Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

kediaman tuhan Hindu iaitu Brahma, Siva dan Vishnu. Latihan: Pelanduk Mitos Hindu Pokok Melaka 1. Senarai di atas berkaitan dengan A asal usul Parames

kediaman tuhan Hindu iaitu Brahma, Siva dan Vishnu. Latihan: Pelanduk Mitos Hindu Pokok Melaka 1. Senarai di atas berkaitan dengan A asal usul Parames samsudin abd kadir Page 1 14/06/2008 BAB EMPAT PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 1.3 Zaman Kesultanan Melayu Melaka a. Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka i. Kedatangan Parameswara ii. Asal usul Melaka

Lebih terperinci

KAJIAN MENGENAI PENGETAHUAN DAN PENDEDAHAN PELAJAR-PELAJAR NEGERI JOHOR

KAJIAN MENGENAI PENGETAHUAN DAN PENDEDAHAN PELAJAR-PELAJAR NEGERI JOHOR KAJIAN MENGENAI PENGETAHUAN DAN PENDEDAHAN PELAJAR-PELAJAR TINGKA1'~t\N SAID l-iingga TIGA TERHADAP SENI MUZIK GANIELAN DI SEKITAR NEGERI JOHOR PERPUSTAKAAN UN\YERSiT\ TEKNOlOGt MARA KM\PUS ALOR GAJAH

Lebih terperinci

SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Buku Panduan Kemasukan Sijil Kemahiran Kreatif ASWARA & Sijil Seni Tradisi Tahun 2016 Tarikh

Lebih terperinci

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Bajet 2016 yang bertemakan mensejahtera kehidupan rakyat amat bertepatan

Lebih terperinci

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Sejarah (940) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Sejarah (940) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang menduduki peperiksaan mata pelajaran ini ialah 24 249 orang. Peratusan calon yang lulus penuh dalam mata pelajaran ini ialah 58.30%

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. [Type text]

BAB I PENDAHULUAN. [Type text] BAB I PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG MASALAH Tari adalah suatu pertunjukan yang melibatkan seluruh elemen masyarakat pendukungnya. Tari merupakan warisan budaya leluhur dari beberapa abad yang lampau. Tari

Lebih terperinci

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia. Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia. (a) (b) Berikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Lebih terperinci

ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM BAB 2: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan sejarah pendidikan Islam zaman sebelum merdeka Menerangkan sejarah pendidikan Islam zaman selepas merdeka PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Lebih terperinci

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan. 1.0 PENGELOLAAN 2.0 NAMA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.1 Seluruh pengelolaan Karnival Sukan Staf (KARiSTA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) diserahkan kepada

Lebih terperinci

Dr. Mohd Nasir bin Masroom Universiti Teknologi Malaysia

Dr. Mohd Nasir bin Masroom Universiti Teknologi Malaysia Dr. Mohd Nasir bin Masroom Universiti Teknologi Malaysia Pendahuluan Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk dipisahkan. Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand, selatan

Lebih terperinci

SULIT NAMA:... Tingkatan :... SULIT Sejarah Kertas 2 Ogos 2009 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN

Lebih terperinci

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA

TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA TOPIK PERBINCANGAN. 3.1 Pengenalan 3.2 Konsep Melayu 3.3 Sejarah Pembentukan Tamadun Melayu 3.6 Pencapaian Dalam Pelbagai Bidang 3.5 Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Lebih terperinci

Kerajaan Melayu Awal. Sejarah Tahun 4 MAISARA MOHD FAHMI

Kerajaan Melayu Awal. Sejarah Tahun 4 MAISARA MOHD FAHMI Sejarah Tahun 4 MAISARA MOHD FAHMI Teacher Zaidah Binti Sarji 4 Ibnu Taimiyyah 18.05.2015 Isi Kandungan Pendahuluan... 3... 4... 5... 6... 7... 8... 9 Kesimpulan... 10 2 Kerajaan Melayu Awal Pendahuluan

Lebih terperinci

Bahagian A. (40 markah) Jawab semua soalan

Bahagian A. (40 markah) Jawab semua soalan Bahagian A (40 markah) Jawab semua 1. Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada kerajaan agraria dan kerajaan maritim. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria?

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010 Turut

Lebih terperinci

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM disediakan oleh KAJIDATARESEARCH KAJIDATARESEARCH KAJIAN PERSEPSI RAKYAT DALAM MEMBANTU USAHA KERAJAAN BAGI MERANGKA TRANSFORMASI NASIONAL 2050 Malaysia 8 Mac - 17 Mac 2017 1

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan

Lebih terperinci

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123

SKEMA PEMARKAHAN MPU3123 PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA KOD KURSUS : MPU 3123 TEMPOH : 3 JAM ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi DUA (2) BAHAGIAN: BAHAGIAN A (5 Soalan)

Lebih terperinci

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 1 0 Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 0 Merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia 0 Mengandungi 47 fasal yang terbahagi dua. 0 23 fasal tersebut membicarakan tentang hubungan umat

Lebih terperinci

BOOK REVIEW. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

BOOK REVIEW. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia KEMANUSIAAN Vol. 20, No. 1, (2013), 81 85 BOOK REVIEW Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia OOI Keat Gin (ed). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. pp. 1 258. Reviewed by

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

Lebih terperinci

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. 2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. 3 Menerangkan fakta

Lebih terperinci

CHIA CHONG YANG A143398

CHIA CHONG YANG A143398 PERANCANGAN PROJEK Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi: Memperkenalkan program

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 14 KONSEP ETIKA DAN MORAL DISEDIAKAN OLEH: FATIMAH BINTI HUSSIN A 144901 DISEDIAKAN

Lebih terperinci

Batu Seremban. Wau. Jenis-jenis Permainan Tradisional Yang Terdapat Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia

Batu Seremban. Wau. Jenis-jenis Permainan Tradisional Yang Terdapat Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia Jenis-jenis Permainan Tradisional Yang Terdapat Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia Batu Seremban Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu

Lebih terperinci

Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah

Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah 1249/2 Sejarah Kertas 2 Sept / Okt 2008 2 ½ jam NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN 1249/2 JABATAN PELAJARAN KELANTAN GEMPUR SEJARAH SPM TAHUN 2008 SEJARAH Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1 KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BHD ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1. TAJUK 1.1 Aturan-Aturan ini boleh disebut sebagai Aturan-Aturan

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM disediakan oleh KAJIDATARESEARCH KAJIDATARESEARCH KAJIAN PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP ISU-ISU SEMASA Malaysia Laporan No. 1 16 Mei 1 Jun 2017 1 1.0 OBJEKTIF KAJIAN 1 Melihat

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Adat Istiadat Melayu

Pengenalan kepada Adat Istiadat Melayu Topik 1 Pengenalan kepada Adat Istiadat Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti alam Melayu dan kawasan kepulauannya; dan 2. Menghuraikan tentang adat di

Lebih terperinci

MODUL TARIAN MENYAK (MELANAU)

MODUL TARIAN MENYAK (MELANAU) MODUL TARIAN MENYAK (MELANAU) rujukan ASAS TARIAN MELANAU oleh Mahmud Zamudin B. Mat Terbitan KPSU, 16 Februari 1997 SMK LUNDU - SARAWAK 1 PENDAHULUAN Masyarakat Melanau adalah masyarakat yang mendiami

Lebih terperinci

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM SeJaRaH PN. MASARIAH BINTI MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut

Lebih terperinci

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MUZIK TAHUN SATU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MUZIK TAHUN SATU DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MUZIK TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU MUZIK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Lebih terperinci

Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak

Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak Khairul Zuhairi Kalim Noria Anak Tugang Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak Email: khairulzuhairikalim@gmail.com Pengenalan Tajau

Lebih terperinci

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH 0 LMCK1421 20162017 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH TAJUK: MASALAH INTERAKSI DALAM KALANGAN PELAJAR PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM) MENGIKUT TAHUN PENGAJIAN. PENSYARAH: PUAN NUR JUMAADZAN

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PN. MASARIAH BINTI MISPARI 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisa SPM 2004 2009 Soalan objektif, struktur dan esei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan

Lebih terperinci

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU KANDUNGAN 1. Pendahuluan 2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu 3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu 4. Islam semasa Penjajahan Inggeris 5. Kesimpulan Rujukan

Lebih terperinci

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM disediakan oleh KAJIDATARESEARCH KAJIDATARESEARCH KAJIAN PERSEPSI GOLONGAN MUDA TERHADAP POLITIK DAN ISU-ISU SEMASA Malaysia Laporan No. 2 16 Mei 1 Jun 2017 1 1.0 OBJEKTIF KAJIAN

Lebih terperinci

Peradaban melayu. Sinopsis:

Peradaban melayu. Sinopsis: Peradaban melayu Sinopsis: Buku ini membincangkan sejarah perkembangan peradaban masyarakat Melayu di Nusantara yang meliputi pencapaian mereka dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan,

Lebih terperinci

SATU KAnAN TENTANG TlKAR PANDAN DAN MENGKUANGDALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

SATU KAnAN TENTANG TlKAR PANDAN DAN MENGKUANGDALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU SATU KAnAN TENTANG TlKAR PANDAN DAN MENGKUANGDALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU AZNAM BIN TUKJAMAN 9699115 PROGRAM IJAZAH SARJANA ~IUDA SENI LUKIS DAN SENI REKA (SENI REKA GRAFuq FAKULTI SENI LUKIS DAN

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian

BAB V PENUTUP. menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa saranan untuk menjadi perhatian BAB V PENUTUP Bab lima ini merupakan penutup daripada isi kandungan keseluruhan perbahasan disertasi ini. Oleh itu, pada bab yang terakhir ini penulis dapat menyimpulkan beberapa kesimpulan serta beberapa

Lebih terperinci

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018 PENDAHULUAN Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi

Lebih terperinci