KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
|
|
- Suharto Kurnia
- 6 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA 1. SPR sentiasa berusaha dari masa ke masa menyelesaikan apa juga masalah yang dikenal pasti dan dipelajari dalam setiap Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil. SPR sentiasa berikhtiar menambahbaik proses Pilihan Raya mengikut kerangka undang-undang di samping kemampuannya yang sebenar. 2. Sepanjang sejarahnya semenjak PRU pertama sehinggalah PRU Ke-12 selama lebih 50 tahun, SPR telah mengemukakan dan memperkenalkan pelbagai pindaan dan perubahan undang-undang dan peraturan Pilihan Raya untuk menambahbaik proses Pilihan Raya di negara ini. Meskipun demikian, SPR memang sedar bahawa selaras dengan kepesatan pembangunan yang telah mengubah bentuk fisikal (geografi) banyak Bahagian Pilihan Raya serta pertambahan penduduk yang sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain dan peningkatan kualiti hidup mereka, maka proses Pilihan Raya memang wajar harus sentiasa disesuaikan dengan realiti kemajuan dan perubahan itu, seperti yang dialami oleh negara-negara demokrasi yang lain. 3. Atas kesedaran itulah, SPR amat berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP) dan semua pihak yang terlibat mengemukakan 1
2 pelbagai pandangan dan cadangan hingga dapat melahirkan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini. 4. Sepanjang tempoh enam bulan penjalanan JPKP, SPR telah menerima Laporan Awal yang mengandungi 10 syor dan Laporan Akhir yang mengemukakan 22 syor untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan. Mesyuarat Khas SPR pada 18 April 2012, telah membincangkan dengan panjang lebar kesemua syor berkenaan secara terperinci bagi mengenal pasti dan menentukan mana-mana syor yang boleh dan mampu dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, manakala syor-syor yang tidak dapat dilaksanakan dalam PRU Ke-13 akan dikaji secara lebih mendalam dan terperinci dari semua sudut Perlembagaan dan undang-undang, peraturan pilihan raya serta kemampuan teknikal dan pengurusan SPR. 5. Sebelum ini, SPR telahpun mengumumkan persetujuannya untuk melaksanakan tujuh daripada 10 syor Laporan Awal dalam PRU Ke-13 akan datang. Tujuh syor berkenaan adalah seperti yang berikut: 5.1 Penggunaan Dakwat kekal pada PRU Ke-13 SPR telah bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam PRU Ke-13 akan datang. Bagi tujuan ini, SPR telah meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang mengandungi peruntukan penggunaan dakwat kekal dalam urusan semasa pengundian yang telah diwartakan pada 13 Februari 2012 dan berkuatkuasa pada 15 Februari Taklimat berkaitan dengan peraturan penggunaan dakwat kekal telahpun diberikan kepada petugas-petugas pilihan 2
3 raya di seluruh negara. Berikutnya, SPR akan melaksanakan program penerangan kepada semua pihak yang berkaitan berhubungan dengan kaedah penggunaan dakwat kekal. 5.2 Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan anggota PGA dan pasangan SPR telah bersetuju untuk melaksanakan sistem pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan anggota PGA serta pasangan. Walau bagaimanapun, bagi golongan anggota berkenaan yang tidak dapat mengundi awal kerana bertugas di luar kawasan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. Untuk tujuan pelaksanaannya dalam PRU Ke-13, pindaan undangundang mengenainya sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara. Pindaan juga melibatkan Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 berserta dengan pindaan kepada borang-borang yang berkaitan. Program taklimat kepada petugas-petugas pilihan raya sedang dijalankan. SPR juga telah mengadakan mesyuarat dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubungan dengan pelaksanaan pengundian awal. 5.3 Pembersihan Daftar Pemilih Tindakan dan usaha pembersihan Daftar Pemilih telah dan sentiasa dijalankan secara agresif oleh SPR bagi menyediakan Daftar Pemilih untuk PRU Ke-13 yang lebih 3
4 kemas dan teratur. SPR sentiasa melaksanakan langkahlangkah pembersihan Daftar Pemilih secara bersungguhsungguh mengikut undang-undang dengan kerjasama pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ATM dan PDRM. SPR dan JPN juga telah mendapat kerjasama daripada MIMOS untuk membuat verifikasi terhadap Daftar Pemilih. 5.3 Memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) kepada 14 hari SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh pameran Rang DPT daripada 7 hari sebelum ini kepada 14 hari. Sehubungan dengan itu, SPR telah menggubal pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 berhubungan dengan perkara berkenaan. 5.5 Ketelusan proses mengundi (a) SPR telah bersetuju untuk meningkatkan ketelusan semasa proses pengundian. Perubahan pelan susun atur dan kedudukan ejen-ejen parti di dalam Tempat Mengundi akan dilakukan dalam PRU Ke-13 akan datang. (b) Bagi pengundi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), SPR telah bersetuju terhadap syor untuk membenarkan orang kepercayaan pengundi OKU masuk bersamanya bagi membantu menandakan kertas undi. Peruntukan berkenaan, iaitu Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 4
5 (Pindaan) 2012 telah diwartakan pada 13 Februari 2012 dan mula berkuatkuasa pada 15 Februari Penambahbaikan kepada proses pencalonan SPR telah bersetuju untuk memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada Hari Penamaan calon. Selain itu, SPR juga telah bersetuju untuk memansuhkan tempoh tiga hari penarikan balik pencalonan. Peruntukan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 telah digubal dan sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. 5.7 Pengukuhan SPR SPR menyambut baik dan mengalu-alukan syor untuk memperkasa SPR berhubungan dengan kuasa perundangan dan selaras dengan maksud Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan penambahan jumlah perjawatan dalam organisasi Urus Setia SPR, SPR telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan tambahan perjawatan yang secukupnya. 6. Bagi syor-syor dalam Laporan Akhir yang mengandungi 22 perkara tersebut, SPR telah mengkaji secara mendalam setiap syor tersebut dan mendapati ada yang boleh dilaksanakan dalam tempoh jangka masa yang segera, manakala sebahagian lagi memerlukan kajian secara lebih mendalam kerana melibatkan pindaan 5
6 Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, SPR telah membuat keputusan seperti yang berikut: 6.1 Memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di perwakilan Malaysia atau secara pos SPR telah meneliti syor tersebut dan bersetuju untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos. Syor supaya mereka berada yang di luar negara mengundi di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara telah dibincangkan dengan pihak Kementerian Luar Negeri. SPR mendapati proses ini amat sukar dilakukan atas faktor logistik dan pengurusannya yang kompleks dan rumit. Ini kerana sistem pilihan raya yang diamalkan di Negara ini adalah berdasarkan sistem pemilihan perwakilan mengikut kawasan pilihan raya (constituency representation system). Melalui sistem ini, rakyat Malaysia di luar negara berdaftar di pelbagai Bahagian Pilihan Raya yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, kaedah yang paling praktikal adalah bagi mereka mengundi secara pos dan semua kertas undi pos dihantar kembali kepada Pegawai Pengurus masing-masing di negeri-negeri di tempat mereka berdaftar. 6.2 Memberikan kemudahan mengundi secara pos kepada petugas-petugas SPR dan media (a) SPR perlu memberikan peluang kepada petugas-petugas membuat pilihan sama ada mengundi secara pos atau sebaliknya bagi memastikan tugas mereka tidak 6
7 terganggu di tempat bertugas pada Hari Mengundi. Jika petugas-petugas SPR dibenarkan meninggalkan tempat bertugas untuk pergi mengundi di Tempat Mengundi di mana mereka sebenarnya mengundi sudah pasti akan menjejaskan kelancaran proses pengundian di Tempat Mengundi di mana mereka bertugas. Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukan kepada manamana pegawai pilihan raya yang dikehendaki menjalankan tugas pada Hari Mengundi untuk mengundi secara pos. Walau bagaimanapun, SPR akan memberikan keutamaan melantik petugas-petugas pilihan raya dalam kalangan mereka yang berdaftar di tempat mereka bertugas. Mereka ini akan mengundi sebagai pengundi biasa di tempat bertugas. (b) Bagi petugas-petugas media, SPR telah bersetuju memberi kemudahan untuk mengundi secara pos dengan mengikut subperaturan 3(1)(f) Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) Bagi tujuan ini, petugas-petugas media perlu memohon kepada Pegawai Pengurus di tempat mereka telah didaftarkan, dan permohonan untuk mengundi secara pos itu perlu disokong oleh majikan masing-masing. 7
8 6.3 Pengundi luar kawasan SPR berpandangan bahawa untuk membenarkan pemilih mengundi di luar kawasan tempat mengundi masing-masing adalah bercanggah dengan prinsip pemilihan wakil rakyat bagi mewakili Bahagian Pilihan Raya dan memberikan perkhidmatan kepada pengundi-pengundi di dalam Bahagian Pilihan Raya yang wakil rakyat berkenaan telah dipilih. Selain itu, pelaksanaan kaedah membuka Pusat Mengundi bagi pemilih-pemilih di luar kawasan adalah amat sukar dilaksanakan dari segi pengurusannya. Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan pemilih mengundi di Bahagian Pilihan Raya di mana mereka telah didaftarkan. Perlembagaan juga menetapkan pemilih perlu didaftarkan di tempat bermastautin. 6.4 Membenarkan pra-pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun SPR menyambut baik syor untuk memperkenalkan sistem pra-pendaftaran seseorang warganegara sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun. Walau bagaimanapun mereka hanya layak menjadi pengundi dalam pilihan raya apabila mencapai umur 21 tahun. Namun begitu, ini tertakluk kepada pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. 8
9 6.5 Tarikh pembubaran Parlimen Pembubaran Parlimen adalah diperuntukkan di bawah Perkara 55 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, sebarang syor untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen perlulah dibuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. 6.6 Kerajaan Sementara (caretaker government) SPR akan membuat kajian berhubungan dengan langkah untuk menyediakan garis panduan dan kod etika (code of conduct) yang perlu dikenakan terhadap kerajaan sementara (caretaker government) semasa tempoh selepas pembubaran Parlimen sehingga kepada selesainya urusan pengundian. Perkara ini perlu bagi menjamin wujudnya keadaan pertandingan yang adil atas landasan yang sama rata dalam kalangan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. 6.7 Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubungan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran SPR telah bersetuju untuk mengkaji secara terperinci berhubungan dengan syor supaya diambil tindakan terhadap mereka yang memberikan maklumat palsu di dalam borang pendaftaran untuk menjadi pemilih. 6.8 Memanjangkan tempoh berkempen SPR telah bersetuju untuk melaksanakan syor supaya tempoh berkempen bagi PRU Ke-13 akan datang tidak 9
10 kurang daripada 10 hari. Untuk PRU Ke-13 akan datang, perkara ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan selepas Parlimen dibubarkan, iaitu semasa SPR menetapkan tarikh-tarikh penting bagi menjalankan pilihan raya. 6.9 Akses kepada media yang bebas dan saksama SPR bersetuju untuk mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyediakan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon-calon yang bertanding dalam PRU Ke-13 akan datang. Untuk tujuan itu, SPR akan mengadakan perbincangan di peringkat tertinggi dengan pihak-pihak yang berkenaan Pembersihan daftar pemilih yang berterusan SPR telah bersetuju untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu bagi memastikan urusan pembersihan Daftar Pemilih dilakukan secara berterusan dengan kerjasama semua agensi yang berkaitan termasuk JPN, ATM, PDRM dan MIMOS. SPR akan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berada dalam Daftar Pemilih. Untuk tujuan pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan tersebut berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) SPR juga telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan pihak MIMOS dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih. Perbincangan berterusan dengan pihak MIMOS akan diadakan secara berkala. 10
11 Berhubungan dengan syor untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen bagi tujuan mengawasi pelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan dengan Daftar Pemilih, SPR mendapati bahawa syor penubuhan sebuah lagi badan lain itu untuk mengawasi bidang fungsi SPR adalah bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Penelitian Daftar Pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih SPR telah bersetuju membuat penelitian berhubungan dengan syor untuk mempamerkan nama-nama pemilih yang didapati terlalu ramai berdaftar di satu-satu alamat bertujuan membolehkan mereka tampil untuk mengemaskinikan alamat mereka dengan SPR. Dengan cara itu, SPR akan dapat mengemaskinikan alamat lengkap setiap pemilih dalam Daftar Pemilih Induk (DPI). Buat masa ini peruntukan undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada SPR untuk mempamerkannya Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya SPR akan mengkaji syor tersebut secara terperinci memandangkan undang-undang yang sedia ada hanya membenarkan bantahan terhadap Daftar Pemilih Tambahan semasa tempoh pameran pada setiap suku tahun. Daftar Pemilih Induk merupakan Daftar Pemilih yang telah melalui pelbagai proses undang-undang termasuk bantahan dan 11
12 siasatan awam sebelum disahkan dan diwartakan. Selain itu, sebarang tindakan pembersihan atau pemotongan terhadap Daftar Pemilih hanya dapat dibuat selepas SPR mendapat pengesahan daripada pihak berwajib, iaitu JPN berhubungan dengan status kematian atau pelucutan kewarganegaraan seseorang pemilih Kajian ke arah pendaftaran secara automatik SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan cadangan untuk memperkenalkan sistem pendaftaran secara automatik di negara ini. Syor ini melibatkan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya SPR telah meneliti perkara ini. Penggunaan alamat untuk mendaftar sebagai pemilih dengan menggunakan alamat selain daripada alamat pada kad pengenalan memerlukan kajian lebih terperinci. Ini kerana jika pendaftaran dibenarkan menggunakan alamat tempat bekerja atau sebagainya yang sentiasa berubah dari masa ke semasa dikhuatiri boleh mendorong kepada berlakunya penipuan dan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk tujuan kepentingan politik bagi menentukan kemenangan dalam pilihan raya. 12
13 Penggunaan alamat lain daripada alamat dalam kad pengenalan mungkin terdedah kepada unsur-unsur penipuan yang sukar dikawal oleh SPR. Walau bagaimanapun, SPR akan mengkaji sistem pendaftaran pemilih mengikut alamat selain alamat pada kad pengenalannya jika terdapat amalan sedemikian dilakukan oleh negara lain Memperkasa kedudukan SPR SPR menyambut baik usaha untuk memperkasa kedudukan SPR di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya di negara ini. Sehubungan dengan itu, SPR bersetuju atas syor supaya proses pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR perlu dibuat kajian semula secara teliti dan terperinci sebagai usaha untuk memberikan keyakinan tentang kedudukan SPR sebagai badan yang benar-benar bebas daripada pengaruh pihak Eksekutif dan Legislatif Penstrukturan dan pengukuhan SPR SPR telah bersetuju untuk mebuat kajian terperinci selaras dengan syor JPKP bagi memastikan organisasi SPR distruktur semula dengan kuasa perundangan yang sewajarnya. Begitu juga keperluan untuk menambah sumber manusia dan menaik taraf perjawatan serta peruntukan kewangan yang mencukupi selaras dengan 13
14 pengukuhan struktur dan penambahan kuasa perundangan dan perjawatan yang disyorkan Memperluaskan Akademi Pilihan Raya SPR menyambut baik syor JPKP supaya Akademi Pilihan Raya (APR) SPR diperluaskan dan diperkasa bagi memastikan peranan dan fungsinya mencapai objektif yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, SPR akan meneliti secara terperinci dari pelbagai sudut kepentingannya kepada APR dan SPR tentang syor supaya sebuah Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh wakil-wakil parti politik dan NGOs ditubuhkan untuk memberikan nasihat yang sesuai tentang pelaksanaan program dan aktiviti APR Pengasingan fungsi utama SPR SPR telah bersetuju untuk mengkaji secara terperinci berhubungan dengan syor pengasingan tiga fungsi utama SPR seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti penyediaan daftar pemilih; menjalankan pilihan raya; dan menjalankan persempadanan semula bahagian pilihan raya Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak SPR akan membuat kajian yang terperinci berhubungan dengan syor tersebut berlandaskan matlamat untuk mewujudkan pembahagian jumlah kerusi yang adil kepada 14
15 setiap negeri sesuai dengan kepentingan sistem pilihan raya di negara ini Persempadanan Bahagian Pilihan Raya yang seimbang SPR telah bersetuju untuk menjalankan urusan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan dibawah Bahagian I Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan itu SPR akan menjalankan persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya secara saksama sesuai dengan prinsi-prinsip yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan Peruntukan dana kepada parti politik SPR berpandangan syor peruntukan dana awam kepada parti-parti politik dan calon-calon yang menang dalam pilihan raya mengikut jumlah kerusi yang dimenangi perlu dibuat kajian secara mendalam kerana ia melibatkan peruntukan bajet kerajaan dan wang rakyat untuk membiayai aktiviti parti politik Sistem pilihan raya yang baru SPR telah bersetuju untuk mengkaji secara terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada rakyat dan negara jika sistem pilihan raya yang diamalkan sekarang (berdasarkan sistem First-Past-The-Post dan pemilihan mengikut 15
16 kawasan pilihan raya) bertukar kepada suatu sistem yang lain. SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab tersebut secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya. Sekian dan terima kasih...t.t... (TAN SRI DATO SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF) Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 19 April
TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia DEMOKRASI BERPARLIMEM Demokrasi: Istilah demokrasi : Yunani Demokratia: Demos (rakyat) + Kratia
Lebih terperinciTAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN
TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN Dr Murni Wan Mohd Nor SINOPSIS TOPIK Konsep Demokrasi Demokrasi berparlimen Pilihan raya Jenis pilihanraya Ciri pilihan raya bebas Pilihan raya di Malaysia Suruhanjaya Pilihan
Lebih terperinciPanduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos
Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos 27 April 2018 Pengenalan 1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) telah lama menyatakan bantahannya terhadap sistem Undi Awal dan Undi Pos. Ini adalah
Lebih terperinciSURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN CALON DIKEMASKINI HINGGA MEI
i ii SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN CALON DIKEMASKINI HINGGA MEI 2012 iii iv/48 KATA PENGANTAR Buku Panduan Calon ini disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi
Lebih terperinciPergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017
Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017 SUSUNAN FASAL Bahagian I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II MAJLIS PERGIGIAN MALAYSIA 3. Penubuhan
Lebih terperinciKENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK
KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah ditubuhkan oleh YAB
Lebih terperinciAKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2012 -------------------------------------------
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 799 AKTA AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA 2017 2 Undang-Undang Malaysia Akta 799 Tarikh Perkenan Diraja...... 10 November 2017 Tarikh penyiaran
Lebih terperinciSURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG Disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia DISEMAK SEMULA PADA JUN 2012 KANDUNGAN BAHAGIAN I PENGENALAN Muka Surat 1. Tujuan 1 2.
Lebih terperinciPENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.
A. R A S H I D R A H M A N PENJALANAN IHAN M MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD. KANDUNGAN Senarai Jadual Senarai Contoh Senarai Rajah Kata Pengantar xvii xvii xviii xix Bahagian I - PENGENALAN SISTEM PILIHAN
Lebih terperinciKANDUNGAN. Bil Tajuk Muka Surat. 1. Pendahuluan 1. 2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya 2
i ii KANDUNGAN Bil Tajuk Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya 2 3. Kedudukan Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) 5 4. Pelantikan dan Tugas Petugas Pilihan Raya
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
Lebih terperinciAKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998
(PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN 1. (1) Peraturan-peraturan
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan
Lebih terperinciSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI TUJUAN Garis Panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) sebagai panduan kepada
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA- JAWATANKUASA KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 1 APRIL, 1991 Dikelilingkan
Lebih terperinciKoperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung
Koperasi 33 BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 36. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan atau arahan atau garis panduan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi
Lebih terperinciCek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:
Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN Cek Tak Laku Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Cek tak laku bermakna sesuatu yang tidak diingini akan berlaku Bank Negara Malaysia dan
Lebih terperinciKERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai awam supaya
Lebih terperinciLaporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke Mei 2018
Laporan Awal Pasca Pilihan Raya Bagi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke- 14 14 Mei 2018 Pilihan Raya Umum Malaysia Ke 14 (PRU14) semakin bertambah buruk dengan korupsi, penipuan dan penyelewengan. Undang-undang
Lebih terperinciKesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a
Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 1 D.R. 4/2012 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA
Lebih terperinciFasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF
Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF Bahagian A : Akta Pilihan Raya Perkara 1: Mandat Barisan Kepimpinan 1.1 Tempoh mandat minimum adalah 10 bulan dan tidak melebihi 13 bulan. Sesi mandat tidak boleh berakhir
Lebih terperinciTiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.
dikehendaki menandatangan ikrar seperti dalam fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan dia
Lebih terperinciOLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED
OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED 2011 PERKHIDMATAN AWAM Di bawah Perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan meliputi: 1. Angkatan Tentera; 2. Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang; 3. Perkhidmatan Awam Am
Lebih terperinciTAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang
TAJUK 9 PERUNDANGAN Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang FUNGSI BADAN PERUNDANGAN Secara umum: menggubal undang-undang kawalan terhadap kewangan membuat pindaan perlembagaan Perkara
Lebih terperinciJPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011
JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN
Lebih terperinciTATAETIKA PILIHAN RAYA
TATAETIKA PILIHAN RAYA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA i ii PRAKATA Tujuan buku Tataetika Pilihan Raya ini diterbitkan adalah untuk menyemaikan semangat dan sikap serta tatalaku yang terbaik dalam kalangan
Lebih terperinciSuruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008 Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008 susunan fasal Bah a g i a n I Permulaan Fasal 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Lebih terperinci2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009
SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR SOK/PEL/GP02/MEDIA MASSA GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ADUAN AWAM MELALUI MEDIA MASSA 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah pengendalian aduan
Lebih terperinciPERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:
PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA: PENGENALAN & KONTEKS Nota kuliah ini disumberkan sepenuhnya oleh: http://www.slideshare.net/aidafazihrah/sistem-pentadbiran-perancangan-bandar Foto-foto disumberkan
Lebih terperinciPOLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu
Lebih terperinciAKTA PILIHAN RAYA 1958
019b (A1205)(latest).fm Page 1 Monday, March 27, 2006 4:58 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 19 AKTA PILIHAN RAYA 1958 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA
Lebih terperinciD.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 1 D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen
Lebih terperinciDASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada
Lebih terperinciTATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Nama dan Alamat TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN 1. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa bagi Tingkatan, Unit Berunifom, Kelab / Persatuan, Sukan / Permainan
Lebih terperinciJPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009
JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN DAN PELEPASAN DENGAN IZIN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN
PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN SEKOLAH KEBANGSAAN.. PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan
Lebih terperinciPolisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01
Polisi dan Prosedur Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat Nombor Polisi: UTM P.A. 01 Diluluskan Oleh: Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011 Tarikh Kuat kuasa: 8 Ogos 2011 Semakan Terakhir:
Lebih terperinciKADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
JPA 43/7 Klt.8 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2008 KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan
Lebih terperinciSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta)
Lebih terperinciSUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING
SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING Pernyataan Dasar Menjadi dasar Syarikat bahawa Syarikat, kesemua subsidiarinya dan anggota gabungan, dan mana-mana pegawainya, pengurus dan pekerja
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 597 AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA
Lebih terperinciNOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( PDPA ) telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosessan data di dalam urus niaga komersial. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment
Lebih terperinciSURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 Kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan, Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan
Lebih terperinciPOLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN
POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1 POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1. TUJUAN 1.1 Polisi ini menjadi garis panduan kepada UTM untuk terus komited mengurus dan melaksanakan kesamarataan dalam
Lebih terperinciOBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman
OBJEKTIF 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman BADAN PEMERINTAH HURAIAN MALAYSIA Mengamalkan DEMOKRASI BERPARLIMEN dan BADAN PEMERINTAH merupakan salah satu ciri pentingnya BADAN
Lebih terperinciPIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1. PENDAHULUAN Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UAD) ditubuhkan sebagai badan bebas yang memberi perlindungan terhadap kepentingan UTHM melalui aktiviti pengauditan dan rundingan bagi
Lebih terperinciPELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2005 PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka
Lebih terperinciRekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.
persaraan yang mana terdahulu. Kontrak 11. Pekerja yang mendapat kemudahan hendaklah menandatangani perjanjian dengan Koperasi untuk berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun bagi setiap satu (1) tahun
Lebih terperinciPELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA
KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PENTADBIRAN RUKUN TETANGGA BILANGAN 2 TAHUN 2006 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA SURAT PEKELILING
Lebih terperinciPasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012
Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bah
Lebih terperinciAKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
[ULASAN PERUNDANGAN] 354 KANUN [JULAI 2015] AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757) Nor Asiah Mohamad Nasiahm@iium.edu.my Jabatan Undang-Undang Sivil, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam
Lebih terperinci(6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.
(c) aktiviti-aktiviti yang dijalankan. (2) Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod-rekod lain menurut fasal (1), hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)
Semua Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai Daerah, PULAU PINANG. SURAT PEKELILING KEWANGAN NEGERI BIL. 3 TAHUN 2010 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN
Lebih terperinciJPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007
JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENILAIAN GRED W17, W22, W26 TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan
Lebih terperinciSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (Agensi MeCD) GP4: GARIS PANDUAN PELANTIKAN DAN FUNGSI JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah subseksyen 86B(1) Akta Koperasi 1993 untuk
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013
BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 23. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan
Lebih terperinciVERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK
Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK 1. Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ("CIP") hanya ditawarkan kepada :- (i) Ahli Kad Kredit Affin Bank Berhad
Lebih terperinciINDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI Jabatan Audit Negara INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN /JABATAN / AGENSI KERAJAAN
Lebih terperinciPERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Menteri di bawah Seksyen 3(5) Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968 membuat
Lebih terperinciFUNGSI BADAN EKSEKUTIF
TAJUK 8 EKSEKUTIF Eksekutif Perdana Menteri Kabinet Kabinet Malaysia Konsep Kabinet Bayangan Kementerian dan Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perbadanan Awam FUNGSI BADAN EKSEKUTIF Membuat keputusan mengenai
Lebih terperinciPekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014. Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2014 Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993
9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 502 AKTA KOPERASI 1993 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan koperasi; untuk menggalakkan perkembangan koperasi mengikut
Lebih terperincimesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.
(f) meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada; (g) meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada
Lebih terperinciUNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemakaian 3. Penggunaan tidak mandatori
Lebih terperinciJPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009
JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA NAMA 1. Perlembagaan ini bolehlah dinamakan sebagai Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2008. KEAHLIAN
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN
JPA/PEN/228/25/1/Jld.4 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan
Lebih terperinciJPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN
JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar
Lebih terperinciCadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk
Lebih terperinciPERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
Lebih terperinciBantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.
Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan
Lebih terperinciAKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
028b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:26 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA
Lebih terperinciProfesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015
Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bah
Lebih terperinciPROFIL AUDIT DALAM SECARA RINGKAS. Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982
SECARA RINGKAS PROFIL AUDIT DALAM Audit Dalam USM ditubuhkan pada tahun 1982 Perlaksanaan Audit Dalam di Universiti berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 1979 (dibatalkan) dan Surat
Lebih terperinciR2001 PENGURUSAN ORGANISASI
R2001 PENGURUSAN ORGANISASI PENUBUHAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI. Penubuhan persatuan tiada badan induk. Kebanyakan persatuan atau kelab di institusi pendidikan tiada badan induk yang menyelaras dan mentadbir
Lebih terperinciAKUJANJI KHIDMAT RAKYAT
PERJANJIAN AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT antara INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. (1189364-U) dan ZAHIR BIN HASSAN No KP: 590324-01-5341 bertarikh 13 Mac 2018 PENDAHULUAN Perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat (selepas
Lebih terperinciDatuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN
NO. SOALAN: 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH [KALABAKAN] TARIKH 24 OKTOBER 2016 RUJUKAN 9501 SOALAN:
Lebih terperinciPERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
(PPG/PISMP-Pin.3/2014) No. Pendaftaran Institut.. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Perjanjian ini dibuat pada. haribulan.. Tahun...
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
JPA(S)K.256/6/27 KLT.2 ( 32 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat Pekeliling
Lebih terperinciUTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009
BEN-SPKL(1/2009)D PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas
PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas Selepas ini disebut Pertubuhan. FASAL 2 ALAMAT (1) Alamat
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira
KP 2.7/2013 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 KP 2.7/2013 Kehilangan Dan
Lebih terperinci78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 84 (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila
Lebih terperinciMinerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan ("Ringkasan" ini) menyediakan satu gambaran
Lebih terperinci,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan
KETUA SETIAUSAHA Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Tel.: Faks:,ffi, 03-8883 2533 03-8889 5245 Rujukan : Bil.( 26 )dlm KK(S)-280(20I836)
Lebih terperinciJenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda
POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana United Business Media Sdn Bhd dan syarikat induk, syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad
Lebih terperinciBAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID
BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011 GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012 Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 1 GARIS
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1. PENDAHULUAN Projek Penyelidikan Institusi adalah suatu aspek yang sangat penting bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) khususnya
Lebih terperinciKERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008
JPA(S)BPO 215/65 Klt.6(7) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008 PERJAWATAN DI PEJABAT MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI TUJUAN 1. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini adalah
Lebih terperinciSuruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk
Lebih terperinci(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN HAL EHWAL DAN PELINDUNG PENGGUNA SABAH (CONSUMERS AFFAIR AND PROTECTION SOCIETY OF SABAH) (CAPS) FASAL 1 NAMA Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Hal Ehwal Dan Pelindung
Lebih terperinciPERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM
PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.0 NAMA 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab Universiti Putra Malaysia. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM. 1.3 Alamat persatuan/kelab ini ialah :
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN
GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN GP18 : GARIS PANDUAN BAGI MEMBUKA CAWANGAN KOPERASI ATAU SUBSIDIARI SESUATU KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN 1 TAFSIRAN 1 LATAR BELAKANG 2 PERUNTUKAN
Lebih terperinciPERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 1995 Kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan, Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan
Lebih terperinciKEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK B11 JOHOR BAHRU TAHUN 2012 1. NAMA PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 11TAHUN DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 PEMBANGUNAN SUKAN PERATURAN PERTANDINGAN Kejohanan Bolasepak Peringkat
Lebih terperinciPengawalseliaan Berteraskan Penzahiran
Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran Isi Kandungan Pengenalan Rasional Pelaksanaan DBR Tiga Prinsip Asas DBR Penzahiran Ketekunan Wajar Tadbir Urus Korporat Jangka Masa Peralihan kepada DBR Langkah-langkah
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua mahasiswa peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
Lebih terperinciRANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a
D.R. 18/2015 1 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti Tajuk ringkas dan permulaan
Lebih terperinci