Pemacu Storan Data. 1. Storan Magnetik. 2. Storan Optikal

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Pemacu Storan Data. 1. Storan Magnetik. 2. Storan Optikal"

Transkripsi

1 Pemacu Storan Data Merujuk kepada storan sekunder iaitu storan kekal. Ia bermaksud data yang disimpan di dalamnya tidak hilang walaupun setelah bekalan kuasa dimatikan. 3 Jenis storan: 1. Storan Magnetik 2. Storan Optikal 3. Storan Flash 1. Storan Magnetik Ia menggunakan konsep gelombang magnet yang merakam kod-kod digital mewakili data. 2 yang popular ialah cakera keras (hdd) dan cakera liut (fdd - disket). Contoh storan lain yang menggunakan konsep ini ialah pemacu Zip, pemacu Jaz, pemacu LS- 120, dan pita magnetik. 2. Storan Optikal Ia menggunakan konsep pantulan dan biasan cahaya bagi mewakili kod-kod 1 0 iaitu kod digital mewakili data. Pancaran cahaya laser akan mengenai permukaan cakera optikal yang berlekuklekuk kecil dan seterusnya dipantul kembali ataupun terbias. Kawasan yang memantulkan kembali cahaya mewakili nilai 1 dan yang membias/menghalang cahaya mewakili nilai 0. syamsulum@yahoo.com 1

2 Antara beberapa format cakera optikal yang popular ialah CD-DA (audio), CD-ROM (data komputer), CD-R, CD-RW, DVD-ROM, DVD+R, DVD-R, DVD+RW, dan DVD-RW. 3. Storan Flash Ia hanya melibatkan litar terkamil yang berfungsi menyimpan data secara kekal walaupun tanpa bekalan kuasa. Berbeza dengan 2 jenis storan di atas, ia digelar ingatan 'solid state' kerana tidak memerlukan sebarang komponen bergerak seperti motor dan penghayun. Contoh storan Flash ialah cip BIOS, CompactFlash, SmartMedia, Memory Stick, kad PCMCIA jenis I dan II, dan Kad memori permainan video. Cakera Keras Ia terdiri daripada beberapa mekanisma: o Plat berbentuk cakera yang keras (disalut medium bermagnet) o Lengan penghayun (pemegang kepala baca tulis) o Kepala baca tulis o Motor (pemutar plat cakera) o Litar pengawal Lazimnya terdapat beberapa plat cakera dalam satu cakera keras. Cakera-cakera ini dipasang kepada motor. Kelajuan pusingan motor: o 5400rpm (rpm - revolutions per minute - pusingan seminit) o 7200rpm syamsulum@yahoo.com 2

3 o 10000rpm Kepala baca tulis diletakkan dihujung lengan penghayun bagi membolehkan ia melalui keseluruhan permukaan plat cakera. Lengan penghayun akan dihayunkan pergi-balik seperti mana sebuah diafragma pembesar suara berfungsi (konsep penolakan kutub magnet). Biasanya ada dua kepala baca tulis untuk satu plat cakera; satu atas, satu dibawah. *jarak antara kepala baca tulis kepada cakera adalah sekitar inci. Jika tersentuh, cakera keras boleh rosak. Apabila cakera berputar, ia akan menghasilkan kusyen udara yang menyebabkan kepala baca tulis seperti terapung di atasnya. Litar pengawal berfungsi mengawal kelajuan pusingan motor, kadar hayunan lengan, ketepatan capaian data, dan kelajuan pindahan data. Pemacu Disket Ia menggunakan konsep yang sama dengan cakera keras. Bezanya, cakeranya tidak disertakan sekali dalam pemacu; sebaliknya ia adalah komponen berasingan. Oleh itu disket juga digelar storan 'portable' kerana ia boleh bawa keluar dan dikongsi di antara PC (komputer peribadi). Cakera magnetik disket dibina dari bahan plastik yang disalut oksida logam. Apabila bahan ini didedah kepada medan magnet, ia akan menyimpan aruhan tersebut secara kekal. Mekanismanya: o Motor pemacu o Kepala baca tulis o Motor penetapan / penganjak o Bingkai mekanikal o Litar kawalan syamsulum@yahoo.com 3

4 Disket (cakera liut) masa kini ialah jenis 3.5 inci. Ia terdiri daripada perumah dan pelindung ruang baca tulis yang melindungi cakera liut nipis di dalamnya. Apabila disket dimasukkan ke dalam pemacu disket, mekanisma pada bingkai mekanikal akan membuka pelindung ruang baca tulis disket dan membenarkan kepala baca tulis menyentuh cakera liut. Bingkai mekanikal juga memastikan disket kekal pada kedudukannya dan boleh dikeluarkan menggunakan tombol keluaran yang disediakan. Motor pemacu berfungsi untuk memusingkan cakera liut, manakala kepala baca tulis akan dilalukan di atas cakera menggunakan bantuan motor penganjak. Litar kawalan berfungsi untuk mengawal kadar putaran disket, penetapan kedudukan kepala baca tulis, dan semakan perlindungan tulis semula disket. Pemacu CD-ROM Mekanismanya: o Motor pemutar cakera o Mekanisma pemancar dan penerima pancaran laser (kepala baca) o Motor penetapan / penganjak o Motor penggerak 'tray' (pemegang cakera cd-rom) o Bingkai mekanikal o Litar kawalan syamsulum@yahoo.com 4

5 Seperti disket, cakera cd-rom juga adalah jenis storan 'portable' (boleh dibawa keluar untuk diguna di komputer / pemacu cd-rom lain). Dengan menekan butang 'eject', tray cd-rom akan dikeluarkan daripada pemacu. Butang tersebut adalah sebahagian daripada komponen litar pengawal. Apabila cakera cd-rom dimasukkan, ia akan dikekalkan ditempatnya oleh bingkai mekanikal. Bingkai ini juga mempunyai mekanisma kecemasan untuk pengeluaran cakera secara paksa. Ia adalah lubang halus yang terdapat dihadapan pemacu cakera cd-rom; dan apabila jarum dicucuk ke dalamnya, ia akan menolak pengunci / gear yang akan menolak tray keluar. Litar pengawal akan mengesan kehadiran cakera cd-rom dan seterusnya memutarkan cakera. Untuk membaca kandungan cakera, motor penganjak akan menggerakkan kepala baca pada kadar tertentu di atas cakera. Kepala baca akan memancarkan cahaya laser yang akan mengenai permukaan berkilat cakera cd-rom. Jika dipantulkan kembali (diterima oleh kepala baca), PC memahaminya sebagai kod 1. Sebaliknya jika cahaya dibiaskan (tidak diterima kembali oleh kepala baca), PC menganggapnya sebagai kod 0. Gambungan kod 0 1 ini akan mewakili data. Bagi cakera cd-rom yang bercalar, kesilapan akan berlaku ke atas perwakilan kod ini akibat perubahan permukaan pantulan/biasan. jika cakera bercalar (tidak terlalu dalam) pada permukaan plastik (polycarbonate), ia masih boleh ditampal dan digunakan; tetapi jika bercalar di bahagian atas (permukaan bercetak), cakera boleh dianggap telah rosak sepenuhnya. syamsulum@yahoo.com 5

6 Bagaimana kod 0 1 dimasukkan ke dalam cakera: Untuk cakera cd-rom biasa, terdapat 2 kawasan iaitu datar (rata) dan berlopak. Jika pancaran laser terkena kawasan datar, ia akan memantul kembali dan mengenai diod pengesan cahaya pada kepala baca. Ia mewakili kod 1. Namun, jika pancaran laser terkena lopak, cahaya akan terbias dan tidak dipantul kembali. Ini mewakili kod 0. Untuk cakera cd-r (cakera boleh tulis), ia masih menggunakan kaedah pantulan dan pembiasan cahaya bagi mewakili kod 0 1. Oleh kerana cahaya laser tidak mampu menghasilkan lopak seperti pada cakera cd-rom biasa, satu lapisan khas digunakan (ditempatkan) di antara permukaan berkilat dan plastik pelindung. Apabila pancaran laser yang cukup kuat mengenai permukaan tersebut, ia akan mengubahnya menjadi legap (tidak lut cahaya). Apabila pancaran laser mengenai permukaan legap tadi, cahaya tidak akan dipantulkan dan ini akan mewakili kod 0. Sebaliknya jika pancaran laser mengenai bahagian yang tidak diganggu (tidak dibakar pancaran laser), pancaran akan menembusinya dan memantul kembali setelah terkena permukaan berkilat cakera. Jika cahaya dikesan oleh diod pengesan, ia akan mewakili kod 1. Cd-rw (cakera boleh tulis dan padam) pula adalah pembaikan ke atas teknik cd-r. Berbanding dalam cd-r yang mana bahantara antara lapisan berkilat dan plastik pelindung yang tidak boleh diubah kepada bentuk asalnya setelah ditulis, bahantara yang digunakan bagi cd-rw boleh diperbaiki setelah ditulis (dipanaskan pada suhu tertentu untuk menjernihkan kembali permukaan yang legap). syamsulum@yahoo.com 6

7 Masalah / Kerosakan Secara umumnya, masalah yang lazim berlaku ialah kegagalan sistem untuk mengenali pemacu storan. Antara puncanya ialah kesilapan meletakkan 'jumper' pada bahagian belakang pemacu storan, kabel data longgar, ataupun kabel kuasa longgar atau tidak berfungsi dengan baik. Cakera storan jarang menghadapi masalah 'driver'. Ini kerana sistem operasi Windows mampu mengenali dan mengendalikannya dengan baik. Kerosakan Cakera Keras Oleh kerana kesemua komponennya terbina dalam, boleh dikatakan kerosakan yang berlaku pada fizikalnya mustahil untuk dibaiki oleh juruteknik biasa. Yang sering berlaku ialah berlaku pertindihan data pada sektor cakera (cross link), sektor rosak (bad sector), dan kelembapan capaian/penjejakan data. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan utiliti 'scandisk' untuk membaiki masalah 'cross link' dan 'bad sector', serta utiliti 'defragment' untuk penyusunan fail bagi melancarkan proses capaian/penjejakan data. Masalah 'bad sector' walaubagaimanapun boleh berlaku secara logikal dan fizikal. Hanya masalah yang berlaku secara logikal sahaja boleh diperbaiki. Masalah yang berlaku secara fizikal (seperti tercalar) tidak mampu dibaiki oleh utiliti 'scandisk'. Cakera keras yang menghadapi masalah 'bad sector', selalunya akan mengeluarkan bunyi aneh (seperti tersekatsekat) dan menyebabkan operasi sistem menjadi semakin lambat (capaian data perlahan). Kadang-kala data yang disimpan di dalamnya juga akan hilang/rosak. Oleh itu, cakera keras seperti ini sudah tidak sesuai digunakan lagi sebagai cakera storan utama sistem. Ia sama ada perlu ditukar dengan yang baru ataupun dijadikan sebagai cakera storan untuk menyimpan failfail tidak penting. Kerosakan Pemacu Disket Masalah yang biasa berlaku ialah: 1. Kepala baca kotor 2. Disket tersumbat (tidak boleh keluar) 3. Tidak boleh baca 4. Tidak boleh tulis 5. Disket rosak syamsulum@yahoo.com 7

8 Masalah kekotoran pada kepala baca biasanya menyebabkan: Bunyi aneh semasa disket dibaca Kandungan disket lambat dibaca Disket tidak boleh dibaca Untuk mengatasi masalah ini, kepala baca tulis perlu dicuci dengan alkohol sama ada menggunakan 'cotton bud' (pengorek telinga) ataupun disket pencuci. Masalah disket tersumbat biasanya akibat: o Kerosakan pada mekanisma bingkai mekanikal o Kerosakan pada pelindung disket Biasanya masalah ini timbul akibat pelindung kepala baca disket yang tersangkut pada bingkai mekanikal. Untuk mengatasinya, buka perumah pemacu disket dan perhatikan bahagian mana yang tersangkut, dan kemudian cungkil atau cabut disket keluar. Pasang semula perumah dan uji fungsi pemacu tersebut. Masalah disket tidak boleh dibaca boleh disebabkan oleh: o Kerosakan disket o Kepala baca tulis kotor Cuba cuci kepala baca tulis dan kemudian uji semula. Jika masih tidak boleh baca, bermakna disket mungkin rosak. Uji semula dengan disket lain yang elok. Jika masih tidak boleh, maka pemacu disket mungkin rosak. Jika disket boleh dibaca tapi tidak boleh ditulis; ini biasanya bukan masalah pemacu. Semak pelindung tulis pada bucu bawah disket (bertanda mangga). Jika terbuka (kunci), tutupkannya kembali. Jika masih tidak boleh, semak pula setup CMOS. Pastikan tiada 'setting' untuk menghalang tulis dalam disket. Bagi disket yang rosak, ia lazimnya sudah tidak boleh dibaiki/digunakan sepenuhnya. Ini boleh dilihat sekiranya timbul paparan "Disk is not formated". Pastikan dahulu kepala baca tulis adalah bersih (cuci atau buktikan kebolehfungsiannya menggunkan disket lain). Guna utiliti 'scandisk' dan semak permukaan disket yang disyaki bermasalah. Jika masih tidak elok, disket perlu dilupuskan. * oleh kerana disket adalah storan jenis magnetik, elakkan meletakkannya di tempat panas, berhampiran bahan bermagnet atau tempat berhabuk. syamsulum@yahoo.com 8

9 Kerosakan Pemacu CD-ROM Masalah lazim yang berlaku ialah kegagalan pemacu membaca cd-rom. Antara puncanya ialah: 1. Kepala baca kotor 2. Cd-rom kotor / bercalar 3. Cd-rom rosak 4. Motor pemacu rosak (tidak berfungsi) 5. Litar kawalan rosak Jika cakera cd-rom tidak boleh dibaca: 1. Cuci kepala baca menggunakan cd pencuci (cd dengan berus halus). Pastikan cakera cdrom bersih dan tidak terlalu bercalar. Jika kotor, bersihkan dengan kain lembut. Jika bercalar pada permukaan plastiknya, rawat menggunakan cecair perawat cd (menampal lubang calar). 2. Jika masih tidak boleh, cuba lihat cakera cd-rom di bawah cahaya lampu. Jika terdapat ketelusan terlalu jelas (nampak lampu) pada garis calar, ini bermakna permukaan berkilat (pemantul) cd telah terhakis. Ini bermakna cakera cd-rom telah rosak sepenuhnya. 3. Jika tidak, cuba dengar bunyi pemacu cd apabila cd mula dimasukkan. Jika tiada bunyi motor pemutar (pemusing cd-rom), motor pemutar mungkin telah rosak. 4. Jika ada bunyi (dan lampu LED di hadapan pemacu berkelip-kelip), mungkin motor penganjak kepala baca telah rosak. 5. Buka perumah pemacu dan kenalpasti masalah. Biasanya masalah timbul akibat wayar motor kepada litar pengawal telah putus. Jika cakera cd-rom tidak boleh dikeluarkan: 1. Cucuk lubang kecemasan (lubang kecil di hadapan pemacu) dengan jarum halus yang panjang. Jika dicucuk dengan betul, tray cd akan dikeluarkan sedikit. Tarik tray keluar sepenuhnya dan keluarkan cakera cd-rom. 2. Jika tray tidak boleh dikeluarkan (tersangkut), berkemungkinan cakera cd telah pecah di dalam pemacu. Menggunakan pemutar skru, buka perumah pemacu dan keluarkan cakera cd-rom dan serpihannya (jika ada). Tutup kembali perumah dan uji fungsi pemacu tersebut menggunakan cd lain. syamsulum@yahoo.com 9

PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER. Kandungan:

PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER. Kandungan: PENGENALAN KEPADA SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER Kandungan: Defini dan Kepentingan Senggaraan Senggaraan Cegahan Aktif & Pasif Perlindungan Data Pembersihan Perkakasan Pemeriksaan Luaran & Dalaman Komputer

Lebih terperinci

Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak

Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak MENGESAN KEROSAKAN PENCETAK Kandungan: Kegunaan dan Kendalian Pencetak Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak Kegunaan dan Kendalian Pencetak 3 pencetak

Lebih terperinci

PERANTI INPUT TEKS GRAFIK. Sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. 4 jenis input:

PERANTI INPUT TEKS GRAFIK. Sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. 4 jenis input: PERKAKASAN PERANTI INPUT Sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer. 4 jenis input: TEKS GRAFIK AUDIO VIDEO PERANTI INPUT Peranti input yang digunakan untuk memasukkan

Lebih terperinci

Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT

Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT Jadual Aktiviti Jam Masa Aktiviti (1j) 9.15am 10.15am 10.15am 10.45am 10.45am 12.15pm Pengenalan PC Nama komponen & fungsi REHAT (½j) ( 1½ j ) (1j) 12.15pm 1.15pm (¾j) 1.15pm 2.30pm 2.30pm 3.00pm 3.00pm

Lebih terperinci

Secara umumnya, papan litar utama atau motherboard adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya:

Secara umumnya, papan litar utama atau motherboard adalah antara komponen paling penting sebuah sistem komputer. Diantara fungsinya: MENGESAN KEROSAKAN PAPAN LITAR UTAMA Kandungan: Fungsi dan Pengendalian Papan Litar Utama Kerosakan Semasa Proses Boot Kerosakan Slot-slot Pengembangan dan Chipset Mengenalpasti Pesanan-pesanan Kesalahan

Lebih terperinci

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan:

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN. Kandungan: TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN Kandungan: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem Teknik Pengesanan Kerosakan Mengenali Litar Skema dan Rajah

Lebih terperinci

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer Konfigurasi Rangkaian M1-1 Bab 1 : Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer 1.1 Pengurusan Makmal Komputer Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus

Lebih terperinci

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan)

R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) R32 LANGKAH KESELAMATAN (Tambahan) Pemasangan (Ruang) Pastikan pemasangan kerja paip berada pada tahap minimum. Elak menggunakan paip yang kemik dan jangan benarkan lenturan tirus. Pastikan kerja paip

Lebih terperinci

2.2 Perkakasan Peranti Input Mengenal pasti peranti input yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video. grafik. audio.

2.2 Perkakasan Peranti Input Mengenal pasti peranti input yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video. grafik. audio. 2.0 SISTEM KOMPUTER 2.2 PERKAKASAN 2.2.1 Peranti Input 2.2.1.1 Mengenal pasti peranti input yang digunakan untuk teks, grafik, audio dan video grafik audio video 2.2.1 Peranti Input 2.2.1.1 Mengenal pasti

Lebih terperinci

Kad-kad Tambahan / Pengembangan

Kad-kad Tambahan / Pengembangan Kad-kad Tambahan / Pengembangan Merujuk kepada kad-kad yang boleh dicantum kepada motherboard. Dicantum kepada slot-slot pengembangan seperti PCI, PCI-x, AGP, ISA, CNR dan seumpamanya. Melengkapkan fungsi

Lebih terperinci

Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu :

Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu : Konfigurasi Rangkaian M2-1 Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer 2.1 Casing Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis

Lebih terperinci

Terima kasih kerana memilih DEEBOT!

Terima kasih kerana memilih DEEBOT! MS Manual Arahan Tahniah atas pembelian ECOVACS ROBOTICS DEEBOT! Kami berharap anda mendapat kepuasan bertahun-tahun. Kami percaya pembelian robot baru akan membantu mengekalkan kebersihan rumah anda dan

Lebih terperinci

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK?

BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK? BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK? Sila baca peringatan ini dahulu. SURUHANJAYA TENAGA Tingkat 13, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 2612 5400

Lebih terperinci

UNIT DALAM BILIK/UNIT LUAR BILIK

UNIT DALAM BILIK/UNIT LUAR BILIK PENYAMAN UDARA UNIT BERASINGAN UNIT DALAM BILIK/UNIT LUAR BILIK MODEL RAS-S18CAM/RAC-S18CAM BAHASA MALAYSIA UNIT LUAR BILIK UNIT DALAM BILIK RAS-S18CAM RAC-S18CAM!"!"#$%&'()*+,-./%&01 45~66 23 Sebelum

Lebih terperinci

PROSEDUR PENGENDALIAN STANDARD (STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P)) TINDAKAN PEMBAIKAN REKOD SELEPAS BENCANA BANJIR

PROSEDUR PENGENDALIAN STANDARD (STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P)) TINDAKAN PEMBAIKAN REKOD SELEPAS BENCANA BANJIR PROSEDUR PENGENDALIAN STANDARD (STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P)) TINDAKAN PEMBAIKAN REKOD SELEPAS BENCANA BANJIR 1. Menubuhkan pasukan petugas yang diketuai oleh Pegawai Khidmat Pengurusan, Kader,

Lebih terperinci

C D. A. Bahaya kilat B. Bahaya elektrik C. Bahaya mekanikal D. Bahaya bahan kimia. MSOC - Malay Sample Questions Set 2

C D. A. Bahaya kilat B. Bahaya elektrik C. Bahaya mekanikal D. Bahaya bahan kimia. MSOC - Malay Sample Questions Set 2 01 Sila rujuk kepada contoh kad permit kerja di bawah untuk menjawab soalan berikut. Manakah di antara kenyataan yang berikut adalah PALSU? A B C D A. Contoh kad permit kerja di atas menunjukkan bahawa

Lebih terperinci

EKSPLORASI TEKNO 2014

EKSPLORASI TEKNO 2014 EKSPLORASI TEKNO 2014 MODUL PENYELENGGARAAN DAN KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER KOMUNITI SUMBER TERBUKA ( KST ), FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT ( FTSM ) UKM. Disediakan oleh: Komuniti Sumber Terbuka

Lebih terperinci

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin

MAKLUMAT. Penyakit Kencing Manis. Ubat Untuk Merawat PESAKIT. Insulin. Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin MAKLUMAT PESAKIT Ubat Untuk Merawat Penyakit Kencing Manis Apa anda harus tahu tentang Insulin Medicine To Treat: Diabetes What You Need to Know About Insulin PENDAHULUAN Ubat Insulin yang ada di Singapura

Lebih terperinci

BAB 2: KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER

BAB 2: KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER BAB 2: KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER 1 Objektif: Mengenalpasti komponen-komponen komputer Mengenalpasti beberapa sistem pengoperasian komputer 2 KOMPONEN KOMPUTER Komputer = perkakasan (hardware)

Lebih terperinci

Periuk Tekanan Elektrik

Periuk Tekanan Elektrik Midea Model: MY-12CH501B Periuk Tekanan Elektrik Terima kasih kerana telah membeli Periuk Tekanan Elektrik Midea. Sila baca dan memahami buku panduan ini sebelum menggunakan unit ini. Simpan buku panduan

Lebih terperinci

Penyimpan Data Eksternal

Penyimpan Data Eksternal Penyimpan Data Eksternal Masrul Indrayana JENIS Penyimpan Data Pita Magnetik Floppy disk Zip disk Hard disk USB flash disk smartcard Piringan optik Kartu memori Reel tape Tape cartridge Nonremovable disk

Lebih terperinci

LAB 1: PEMASANGAN KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH NIK KHAIROL ANEZAM BIN MOHD YAZIN DX085294DCD04 PENSYARAH: PUAN RAJA AIDA RAJA SHAHARUDDIN

LAB 1: PEMASANGAN KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH NIK KHAIROL ANEZAM BIN MOHD YAZIN DX085294DCD04 PENSYARAH: PUAN RAJA AIDA RAJA SHAHARUDDIN 2012 LAB 1: PEMASANGAN KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH NIK KHAIROL ANEZAM BIN MOHD YAZIN DX085294DCD04 PENSYARAH: PUAN RAJA AIDA RAJA SHAHARUDDIN KANDUNGAN TOPIK MUKA SURAT 1. Kandungan 1 2. Sekapur Sireh 2 3.

Lebih terperinci

NAMA : KELAS : UJIAN AKHIR TAHUN 2015 TAHUN 5 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Satu jam (1jam)

NAMA : KELAS : UJIAN AKHIR TAHUN 2015 TAHUN 5 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Satu jam (1jam) NAMA : KELAS : UJIAN AKHIR TAHUN 2015 TAHUN 5 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Satu jam (1jam) JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan

Lebih terperinci

(1) DVD Writer. Petunjuk Pengoperasian DVDirect Express VRD-P Sony Corporation

(1) DVD Writer. Petunjuk Pengoperasian DVDirect Express VRD-P Sony Corporation 4-138-183-81(1) DVD Writer Petunjuk Pengoperasian DVDirect Express VRD-P1 2008 Sony Corporation Peraturan Keselamatan PERINGATAN Untuk mengurangi resiko kebakaran atau kejut listrik, alat ini jangan terkena

Lebih terperinci

ARSITEKTUR & ORGANISASI KOMPUTER MEDIA PENYIMPANAN

ARSITEKTUR & ORGANISASI KOMPUTER MEDIA PENYIMPANAN ARSITEKTUR & ORGANISASI KOMPUTER MEDIA PENYIMPANAN ANGGOTA KELOMPOK : 11111011 WANDY PURNOMO 11111035 YUDHISTIRA ARDI NUGROHO 11111059 ALEXANDER IMANUEL PORSIANA Apa Itu Media Penyimpanan? Media yang digunakan

Lebih terperinci

A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC

A. dilatih dan lulus dalam MSOC B. dilatih dan lulus dalam OPSOC C. dilatih dan lulus dalam SSIC D. dilatih dan lulus dalam CSOC 01 Trak angkat susun (forklift) hanya boleh dikendalikan oleh A. Pengurus atau penyelia sahaja. B. Pekerja yang sudah mendapat latihan yang betul untuk mengendalikan trak angkat susun sahaja. C. Pekerja

Lebih terperinci

Langkah Tindakan Tanggungjawab 1 Terima laporan bahan hilang / rosak.

Langkah Tindakan Tanggungjawab 1 Terima laporan bahan hilang / rosak. A. Kaedah menguruskan laporan bahan hilang / rosak : 1 Terima laporan bahan hilang / rosak. 1.1 Minta pengguna isi Borang Laporan Bahan Hilang / Rosak (OPR/PSAS/BR03/LBH) jika perlu. 1.2 Cetak rekod bibliografi

Lebih terperinci

MSOC - Malay Sample Questions Set 4

MSOC - Malay Sample Questions Set 4 01 Apakah maklumat yang TIDAK dimasukkan ke dalam Lembaran Data Keselamatan (SDS)? A. Nama bahan kimia B. Harga bahan kimia C. Langkah-langkah memadamkan api D. Bahaya-bahaya kesihatan 02 Apakah denda

Lebih terperinci

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/1 UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : Mengenalpasti kerosakan dengan menggunakan

Lebih terperinci

Muh Rijaludin Ramadhan

Muh Rijaludin Ramadhan Media Penyimpanan 14111070 14111074 14111068 14111017 Mukhlis Muas Muh Rijaludin Ramadhan Moh Husni Mubaraq Adrianus Nama Sada Apa Itu Media Penyimpanan? Media Penyimpanan adalah alat penyimpan data yang

Lebih terperinci

Selamat Datang. Pengenalan. 1. Susun atur

Selamat Datang. Pengenalan. 1. Susun atur Selamat Datang Terima kasih kerana membeli Kamus Elektronik keluaran syarikat kami. Buku Panduan Pengguna ini dapat membantu anda untuk menggunakan alat ini dengan cara yang betul dan mudah, sila baca

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH GARIS PANDUAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEDAH ISI KANDUNGAN PERKARA ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Lebih terperinci

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik). Ya Allah ya Tuhanku,

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik). Ya Allah ya Tuhanku, Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan razeki yang bagus (baik). Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang

Lebih terperinci

Langkah Tindakan Tanggungjawab 1 Terima laporan bahan hilang / rosak.

Langkah Tindakan Tanggungjawab 1 Terima laporan bahan hilang / rosak. A. Kaedah menguruskan laporan bahan hilang / rosak : 1 Terima laporan bahan hilang / rosak. 1.1 Minta pengguna isi Borang Laporan Bahan Hilang / Rosak (OPR/PSAS/BR03/LBH) jika perlu. 1.2 Cetak rekod bibliografi

Lebih terperinci

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station ::

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan Alat Total Station :: KTPK 18/4/2.01 Jld.4 (68) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 20 September, 1995. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.2/1995 :: Penjagaan, Penggunaan Dan Penyimpanan

Lebih terperinci

(1) DVD Writer. Petunjuk Pengoperasian DVDirect Express VRD-P Sony Corporation

(1) DVD Writer. Petunjuk Pengoperasian DVDirect Express VRD-P Sony Corporation 4-138-183-83(1) DVD Writer Petunjuk Pengoperasian DVDirect Express VRD-P1 2008 Sony Corporation Peraturan Keselamatan PERINGATAN Untuk mengurangi resiko kebakaran atau kejut listrik, alat ini jangan terkena

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF

GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF GARIS PANDUAN KESELAMATAN UMUM PENGGUNAAN AUTOKLAF 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti diperingkat induk atau Pusat Tanggungjawab

Lebih terperinci

Luka Terbakar dan Melecur

Luka Terbakar dan Melecur Luka Terbakar dan Melecur Apakah itu luka terbakar dan melecur? Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.

Lebih terperinci

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

02 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus 01 Jika anda bekerja di kawasan yang bising, anda mesti. A. Tutup telinga anda dengan tangan. B. Teruskan bekerja. C. Sumbat telinga anda dengan kapas D. Pakai penyumbat telinga atau pelindung telinga

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,

Lebih terperinci

Keylock Panduan Pengguna

Keylock Panduan Pengguna Keylock 8800 Panduan Pengguna ISI KANDUNGAN 3-4 BAB 1 MEMULAI Merujuk Panduan Pengguna di Internet Aksesori yang dibekalkan Bahan cetak yang dibekalkan Pemasangan Keylock 8800 Mengaktifkan Keylock 8800

Lebih terperinci

PENGUJIAN LITAR. Tujuan pengujian bagi pemasangan

PENGUJIAN LITAR. Tujuan pengujian bagi pemasangan PENGUJIAN LITAR 1. Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan. 2. Mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE.

Lebih terperinci

MSOC - Malay Sample Questions Set

MSOC - Malay Sample Questions Set 01 Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)? A. Periksa dengan penyelia

Lebih terperinci

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES. Insulin PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES Insulin Penggunaan ubat-ubat ini telah terbukti selamat dan berkesan. Namun demikian, ubat-ubat ini mampu membahayakan

Lebih terperinci

PENGENALAN. Perkataan serta penjana. Motor. digunakan sebagai penerangan kerana. pembuatan. Penjana

PENGENALAN. Perkataan serta penjana. Motor. digunakan sebagai penerangan kerana. pembuatan. Penjana BAB 1 MOTOR AU PENGENALAN Perkataan mesin menunjukkan kepada motor serta penjana. Motor digunakan sebagai penerangan kerana dalam aplikasi industri motor merupakan penggerak utama sesebuah mesin pembuatan.

Lebih terperinci

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik

Kemalangan yang disebabkan elektrik: 1.sentuhan terus dengan arus elektrik 2.arka elektrik 1 PENGENALAN Tempat kerja meliputi persekitaran, keadaan dan suasana kerja yang amat luas. Bangunan pejabat, kilang- kilang, tapak pembinaan, pelantar minyak, dan lombong bawah tanah adalah antara contoh-

Lebih terperinci

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria EDU 3105 OHP dan transparensi Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria Kandungan Bahagian-bahagian dan fungsi ohp Pengendalian ohp Kelebihan dan kelemahan ohp Panduan penjagaan OHP Teknik

Lebih terperinci

HD9216 HD9217. Manual pengguna

HD9216 HD9217. Manual pengguna HD9216 HD9217 Manual pengguna 120 160 1 80 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Kandungan Pengenalan 5 Perihalan umum (Rajah 1) 5 Penting 5 Sebelum penggunaan pertama 8 Bersedia untuk menggunakan 8 Menggunakan

Lebih terperinci

Soalan lazim tentang cara penggunaan Dekoder Astro melalui alat kawalan jauh Astro Remote Control

Soalan lazim tentang cara penggunaan Dekoder Astro melalui alat kawalan jauh Astro Remote Control Soalan lazim tentang cara penggunaan Dekoder Astro melalui alat kawalan jauh Astro Remote Control Dekoder Astro Alat Kawalan Jauh Astro Remote Control 1. Bagaimana saya boleh melayari siaran dan rancangan

Lebih terperinci

Cuaca di Sekeliling Kita

Cuaca di Sekeliling Kita TAHAP 1 Cuaca di Sekeliling Kita Meneroka Orbit Buku Membongkar Sneak Peak! Menaakul Kandungan Kuasa matahari...6 Apakah cuaca?...8 Pusaran angin...10 Air dunia...12 Pergerakan ombak...14 Pengkelasan awan...16

Lebih terperinci

Penghasilan dan Penerbitan Bahan Audio

Penghasilan dan Penerbitan Bahan Audio UNIT 4 TEKNOLOGI PENDIDIKAN Tajuk Penghasilan dan Penerbitan Bahan Audio Cuba anda fikirkan Sejauh manakah audio penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Media audio berupaya

Lebih terperinci

A. Litar Elektrik 1. Maksud Litar Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

A. Litar Elektrik 1. Maksud Litar Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar) A. Litar Elektrik 1. Maksud Litar Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar) i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)

Lebih terperinci

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK 2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK 2.1.1 Diod Diod ialah komponen aktif elektronik yang mempunyai dua kaki iaitu dan. Diod hanya membenarkan arus mengalir melaluinya dalam arah sahaja iaitu

Lebih terperinci

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus

05 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus 01 Sesiapa sahaja yang mabuk dan membuat kacau di tempat-tempat awam di Singapura boleh A. diberikan surat amaran sahaja B. dipenjarakan atau didenda C. diberi hadiah wang tunai D. tiada apa yang akan

Lebih terperinci

SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN. Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik

SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN. Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik UNIT 7 SIMBOL PIAWAI DAN KEGUNAAN KOMPONEN OBJEKTIF Objektif Am : Menyatakan dan melakarkan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem hidraulik Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Lebih terperinci

Memahami peranan komputer dalam komunikasi manusia Mengenalpasti definisi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi Membezakan kategori komputer

Memahami peranan komputer dalam komunikasi manusia Mengenalpasti definisi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi Membezakan kategori komputer BAB 1: KEPENTINGAN KOMPUTER DALAM BIDANG KOMUNIKASI 1 Objektif: Memahami peranan komputer dalam komunikasi manusia Mengenalpasti definisi komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi Membezakan kategori

Lebih terperinci

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang

Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang Sebagai Tetamu di Rumah Seseorang Bersikap Baik senyum; Ini akan menyebabkan orang di sekeliling anda gembira juga. Tolong-Menolong jika seseorang memerlukan pertolongan melakukan sesuatu, ringankanlah

Lebih terperinci

2/24/2011 BAB 5 : JAHITAN LOGO LOGO ISI KANDUNGAN. Mesin Jahit 5.1. Penghasilan Artikel 5.2

2/24/2011 BAB 5 : JAHITAN LOGO LOGO ISI KANDUNGAN. Mesin Jahit 5.1. Penghasilan Artikel 5.2 BAB 5 : JAHITAN ISI KANDUNGAN 5.1 Mesin Jahit 5.2 Penghasilan Artikel 1 5.1 Mesin Jahit 5.1.1 Jenis Mesin Jahit 5.1.2 Bahagian Utama Mesin Jahit 5.1.3 Memasang Benang 5.1.4 Menggunakan Mesin Jahit 5.1.5

Lebih terperinci

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data

Tindakan pengguna. Storan data. Pengumpulan data 1. Sistem Maklumat 1.1 Makna maklumat dan sistem maklumat a. maklumat: Adalah data yang telah diproses melalui computer dan ditukar kepada keluaran yang sangat berguna kepada pengguna b. sistem maklumat:

Lebih terperinci

Rekod dan fail koperasi merupakan

Rekod dan fail koperasi merupakan Teknik Pengurusan Rekod dan Sistem yang Efektif Oleh Noranita Mohd Nor Pusat Keusahawanan dan Peruncitan, MKM Pengenalan Rekod dan fail koperasi merupakan dokumen yang amat penting dalam pengurusan sesebuah

Lebih terperinci

PEMASANGAN. 1 Mengeluarkan

PEMASANGAN. 1 Mengeluarkan PEMASANGAN MELAYU 61 1 Mengeluarkan AWAS! 3. Keluarkan kotak dan plastik beg yang meliputi machineas seperti yang ditunjukkan pada gambar. Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan

Lebih terperinci

SDS Risalah Data Keselamatan

SDS Risalah Data Keselamatan G-PLANTER SDN BHD SDS Risalah Data Keselamatan BASE 15-11-11+1.5 MgO BAHAGIAN 1 - PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN MAKLUMAT SYARIKAT Nama & Alamat Pengilang : Talian Kecemasan: 03-77223180 G-Planter Sdn

Lebih terperinci

Buku Petunjuk Pemakaian Pengering Rambut Ion Negatif

Buku Petunjuk Pemakaian Pengering Rambut Ion Negatif Buku Petunjuk Pemakaian Pengering Rambut Ion Negatif NBID42 Untuk Penggunaan Rumah Tangga Mohon agar Buku Petunjuk Pemakaian ini dibaca dengan baik sebelum pemakaian, dan pakailah peralatan dengan benar.

Lebih terperinci

BAB 3:ENJIN TINGKATAN 3 (KT) 2.1 Jenis dan Kegunaan Pengikat dan Pencantum

BAB 3:ENJIN TINGKATAN 3 (KT) 2.1 Jenis dan Kegunaan Pengikat dan Pencantum BAB 3:ENJIN TINGKATAN 3 (KT) 2.1 Jenis dan Kegunaan Pengikat dan Pencantum 2.1.1 Pengikat A. Bol Digunakan untuk..bahagian-bahagian enjin Bahagian utama bol ialah dan. Jenis bol ditentukan oleh. kepalanya

Lebih terperinci

MOTOR ARUS TERUS ( MOTOR DC DIRECT CURRENT) 1. PENGENALAN

MOTOR ARUS TERUS ( MOTOR DC DIRECT CURRENT) 1. PENGENALAN MOTOR ARUS TERUS ( MOTOR DC DIRECT CURRENT) 1. PENGENALAN Ø Motor adalah komponen yang sering digunakan pada elektrik. Ia selalu digunakan pada mesin industri, peralatan elektrik dan alat permainan. Motor

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah.

BAHAGIAN A. Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah. 1 BAHAGIAN A Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan. 1. Lengkapkan struktur organisasi bengkel pada rajah dibawah. GURU KETUA UNIT A KETUA UNIT B KETUA UNIT C 2. Berikut

Lebih terperinci

PENGANTAR APLIKASI KOMPUTER

PENGANTAR APLIKASI KOMPUTER Perangkat yang digunakan untuk memasukkan data atau memberikan perintah kepada komputer untuk melakukan suatu proses. Komputer hanya dapat menerima data atau perintah dalam bentuk sinyal listrik digital.

Lebih terperinci

!!! NOTA PANDUAN SPIM! KPP BAHARU! KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA)! KPP 02: AMALI DI LITAR! KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA!

!!! NOTA PANDUAN SPIM! KPP BAHARU! KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA)! KPP 02: AMALI DI LITAR! KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA! NOTA PANDUAN SPIM KPP BAHARU KELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA) KPP 02: AMALI DI LITAR KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA Disediakan oleh: DAYANG SALIANA BINTI ABANG ALLI BOLHASSANC.A(M), MBA TOT. KPP.

Lebih terperinci

TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek.

Lebih terperinci

+ + BAHAN API TENAGA HABA & CAHAYA TENAGA HABA CO2

+ + BAHAN API TENAGA HABA & CAHAYA TENAGA HABA CO2 Kebakaran adalah satu proses pengewapan (vaporization) dan pengoksidanan (oxidation) atau tindakbalas kimia yang pantas tiga unsur iaitu Bahan Api, Oksigen dan Haba yang menghasilkan tenaga haba, cahaya

Lebih terperinci

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim 1. Apakah itu kad PIN & BAYAR? Kad PIN & BAYAR adalah kad berkeupayaan PIN yang membolehkan anda membuat pembelian dengan memasukkan PIN 6 digit, tanpa memerlukan tandatangan.

Lebih terperinci

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat ::

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat (LAN) di Ibu Pejabat :: KTPK 18/4/2.01Jld.4/(78) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 7 Ogos, 1997. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1997 :: Polisi Pelaksanaan Sistem Rangkaian Setempat

Lebih terperinci

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai panduan untuk memastikan langkah-langkah pengendalian maklumat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan atau kebocoran maklumat

Lebih terperinci

SULIT 76 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Ogos jam

SULIT 76 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Ogos jam SULIT 76 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Ogos 2014 2 jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK UJIAN SELARAS TINGKATAN 3 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN

Lebih terperinci

Keboleharapan. Minggu 2 Jun/Julai, 04

Keboleharapan. Minggu 2 Jun/Julai, 04 Keboleharapan Minggu 2 Jun/Julai, 04 Minggu 2 Teknik untuk membuat jangkaan FMEA, FMECA, FTA; ujian stres keboleharapan kitar haba, kitar getaran, HALT Perkara-perkara yang mempengaruhi R sesebuah komponen

Lebih terperinci

1. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara. A. Betul B. Salah

1. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara. A. Betul B. Salah Arahan : Jawab semua soalan. BAHAGIAN A 1. Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara sementara. 2. Arahan dan data yang di simpan tidak akan terhapus apabila suis dimatikan

Lebih terperinci

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201 PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201 KULIAH 11: KOMUNIKASI Komunikasi proses pemindahan atau penghantaran maklumat dari sumber kepada penerima. memberi dan menerima buah fikiran dan perasaan melalui

Lebih terperinci

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 1. KEBERSIHAN LUARAN a. Guru hendaklah memastikan kawasan luar makmal berada dalam keadaan bersih b. Tiada sebarang objek / benda asing di luar makmal c. Tiada kenderaan / motorsikal

Lebih terperinci

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO. Pada masa kini kesedaran pihak majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja semakin meningkat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan

Lebih terperinci

Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara Malaysia OBJEKTIF KEPERLUAN PENYEDIAAN BILIK REGISTRI DAN BILIK REKOD Mengetahui dan memahami standard keperluan bilik registri dan bilik rekod Mengesyorkan kepada Ketua Pejabat Awam untuk mengadakan Bilik Registri

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

LEMBAR KERJA SISWA. 1. Sebutkan dan jelaskan fungsi peralatan yang digunakan untuk perawatan PC Jawaban :

LEMBAR KERJA SISWA. 1. Sebutkan dan jelaskan fungsi peralatan yang digunakan untuk perawatan PC Jawaban : LEMBAR KERJA SISWA Petunjuk : 1. Bacalah Petunjuk dengan teliti dan baik 2. Carilah Informasi tentang materi Langkah-langkah perawatan PC 3. Jawablah Pertanyaan Berkut dengan benar Soal : 1. Sebutkan dan

Lebih terperinci

PERISIAN PCB PINDAAN TERKINI 2008!

PERISIAN PCB PINDAAN TERKINI 2008! MESRA, MEMBANTU, MEMUASKAN PERISIAN PCB PANDUAN PENGGUNA PINDAAN TERKINI 2008! OUTPUT DATA KE PELBAGAI STORAN. Pembayaran selain disket di kaunter LHDNM sahaja. BERFUNGSI DENGAN MICROSOFT VISTA BEROPERASI

Lebih terperinci

A. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah.

A. Zon dilarang membawa bahan kimia. B. Dilarang merokok. C. Dilarang membawa mancis. D. Dilarang membawa api terdedah. 01 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada jam sehari (ini tidak termasuk kerja lebih masa) A. 6 B. 8 C. 9 D. 10 02 Untuk mencegah kebakaran, apakah yang anda mesti

Lebih terperinci

Elektrik. i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal

Elektrik. i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal Elektrik MAKSUD ELEKTRIK Elektrik ialah tenaga Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik Elektrik yang dibekalkan

Lebih terperinci

Mesin Basuh Tab Kembar Panduan Pengguna

Mesin Basuh Tab Kembar Panduan Pengguna Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum menggunakan mesin basuh ini. Simpan buku panduan ini untuk rujukan kelak. Mesin Basuh Tab Kembar Panduan Pengguna MODEL:MSW-1308P Baca buku panduan ini.

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017) ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3

Lebih terperinci

DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK

DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK DASAR KESELAMATAN ICT JPP DAN POLITEKNIK DKICT JPP DAN POLITEKNIK PengenalanDKICT DKICT mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan telekomunikasi(ict)

Lebih terperinci

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI

3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI 3.0 RANGKAIAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI 3.2 KEPERLUAN PERKAKASAN 3.2.1 Peranti 3.2.1.1 Mengenal pasti peranti yang diperlukan dalam komunikasi rangkaian komputer: Kad Antara muka Rangkaian / Kad Antara muka

Lebih terperinci

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

DASAR PERKHIDMATAN SERVER BAB 5: DASAR PERKHIDMATAN SERVER 5.1 TUJUAN Dasar ini bertujuan menerangkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi serta memberikan panduan berkaitan pengurusan server di Universiti Malaysia Pahang. Server

Lebih terperinci

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS)

FIBER NETWORK CABLING. By: Abdul Hak Bin Mahat (ILPS) FIBER NETWORK CABLING By: Perkara Yang Perlu Diketahui Dalam Bidang Fiber Optik TUJUAN Pelajar-pelajar mestilah boleh: Terangkan istilah yang digunakan dalam fiber optik Terangkan istilah pengukuran fiber

Lebih terperinci

1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan penggunaan perkakasan dan peralatan elektrik.

1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan penggunaan perkakasan dan peralatan elektrik. PROSEDUR KESELAMATAN ELEKTRIK I. OBJEKTIF 1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan penggunaan perkakasan dan peralatan elektrik. 2. Mewujudkan kawasan dan suasana

Lebih terperinci

Disediakan oleh: Noorazlina Binti Hashim Pensyarah Unit Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat

Disediakan oleh: Noorazlina Binti Hashim Pensyarah Unit Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat Disediakan oleh: Noorazlina Binti Hashim Pensyarah Unit Teknologi Elektrik Kolej Komuniti Kuala Langat Sistem Pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar-litar elektrik yang merangkumi - pengalir, penebat

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Ledakan teknologi maklumat yang berkembang pesat di negara ini, memperlihatkan betapa beruntungnya generasi masa kini berikutan terdedah kepada dunia tanpa sempadan. Ia

Lebih terperinci

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK . NAMA, SIMOL AN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK AA. NAMA, SIMOL AN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK.. iod iod ialah komponen aktif elektronik yang mempunyai dua kaki iaitu dan. iod hanya membenarkan arus mengalir

Lebih terperinci

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai panduan untuk memastikan langkah langkah pengendalian maklumat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan atau kebocoran maklumat

Lebih terperinci

Pengantar Hardware: Storage Device. Hanif Fakhrurroja, MT

Pengantar Hardware: Storage Device. Hanif Fakhrurroja, MT Pengantar Hardware: Storage Device Hanif Fakhrurroja, MT PIKSI GANESHA, 2012 Hanif Fakhrurroja @hanifoza hanifoza@gmail.com Definisi Storage device/stored device atau juga alat simpan merupakan perangkat

Lebih terperinci

SISTEM KOMPUTER Periferal

SISTEM KOMPUTER Periferal SISTEM KOMPUTER Agar komputer dapat digunakan untuk mengolah data, maka harus berbentuk suatu sistem yang disebut dengan sistem komputer. Tujuan pokok dari sistem komputer adalah mengolah data untuk menghasilkan

Lebih terperinci

TAHAP. Cuaca Melampau.

TAHAP. Cuaca Melampau. TAHAP 2 Cuaca Melampau Meneroka Membongkar Orbit Buku Menaakul Sneak Peak! Kandungan Kuasa alam semula jadi...6 Puting beliung...8 Bahana puting beliung...10 Taufan...12 Bahana taufan...14 Kilat...16 Pengejar

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci