PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
|
|
- Deddy Tanuwidjaja
- 7 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Negara kita kini telah mengalami banyak perubahan. Hal ini, dalam usaha ke arah mencapai sebuah negara maju seperti yang telah termaktub dalam Wawasan Bagi mencapai status sebuah negara maju dalam tempoh yang ditetapkan, pelbagai keperluan baru terpaksa dipenuhi. Oleh itu, komponen-komponen baru haruslah diterapkan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah. Justeru itu, dalam mencapai matlamat wawasan bekas Perdana Menteri ini, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1991) menegaskan kepada pembentukkan sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri seperti sainstifik, progresif, berbudaya rekacipta dan berpandangan jauh ke hadapan. Sebuah masyarakat bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini, tetapi turut menyumbang terhadap peradaban sains dan teknologi masa hadapan. Ekoran daripada perkembangan era teknologi kini, kerajaan telah memperkenalkan Sekolah Bestari. Hal ini bagi menyahut Wawasan 2020 di samping merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia. Pembinaan objektif Sekolah Bestari adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Salah satu objektifnya ialah meningkatkan mutu pendidikan di sekolah sekolah agar sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat kini (Hamidah, 2000).
2 2 Dalam era perkembangan teknologi yang pesat kini, terdapat pelbagai pendekatan kreatif dan kritis yang mempengaruhi dan menyumbang dalam bidang kehidupan manusia. Dengan ini, aspek teknologi telah diadunkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha ke arah memupuk dan menyemai minat serta sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi. Rohani Abdul Hamid (1999) menyatakan bahawa Sekolah Bestari bertujuan melakukan perubahan sistemik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seharusnya berlaku perubahan dengan menggunakan teknologi terkini. Latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan kepada guru Sekolah Bestari. Bagi menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional, sistem pendidikan Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari mengutamakan perkembangan individu secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini seperti internet akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad, 2001). Ahli pendidik, ibu bapa, dan pelajar percaya, sekolah seharusnya mengasimilasikan teknologi dalam kurikulum sekolah (Roblyer, Edwards dan Havriluk, 1997). Penggunaan teknologi mambantu dalam meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Davis dan Crowthe, 1996; Robinson, 1994). Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat satu saluran maklumat terkini melalui Internet diwujudkan. Jesteru itu, ini menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat. Sehubungan itu, satu portal pendidikan iaitu MySchoolNet dibangunkan hasil lanjutan daripada idea berkenaan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network merupakan satu projek yang berkonsepkan Pendidikan Melalui Internet.
3 3 Portal ini menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan. Selain menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am, pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web adalah fokus utama portal ini diwujudkan. Antara bahan yang disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti tutoran, maklumat pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan sembang-sembang, forum dan lain-lain lagi. Contoh-contoh portal pendidikan yang ada di Malaysia adalah MySchoolNet, Mytutor dan sebagainya. Kesimpulanya, menurut Davis dan Crowther (1996) tujuan pembelajaran berbantukan teknologi adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan internet dan komputer dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan. Menurut Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan dalam silibus matematik. Konsep kelas matematik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan melalui penggunaan elemen seperti e- pembelajaran malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e- pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara (Jaya Kumar, 2003). Penggunaan alat elektronik terutamanya internet dan sistem rangkaian merupakan konsep e-pembelajaran dianggap sebagai satu pengaruh dalam membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Justeru itu, terdapat banyak kewujudan laman web dalam internet yang merupakan sumber ilmu baru yang semakin penting dalam pendidikan maya. Ia bersifat global dan boleh dicapai atau dilayari di mana-mana sahaja. Ini merupakan suatu dimensi baru dalam dunia pendidikan sejagat. Justeru itu, pembangunan majalah web Dunia Matematik ini
4 4 akan menggalakkan interaksi antara murid, guru dan ibu bapa serta masyarakat secara berterusan. 1.2 Latar Belakang Masalah Pelajar seringkali merasakan matematik adalah matapelajaran yang sukar difahami. Keadaan ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang baik terutamanya bagi pelajar di luar bandar. Perkara ini disebabkan oleh kekurangan kemudahan pendidikan di peringkat awal persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah. Lantaran itu, kesannya dapat kita lihat para pelajar merasa takut dan tidak yakin untuk mempelajari matapelajaran ini di peringkat institusi pengajian tinggi. Selain itu juga menurut Mohammad Khatim, (2003) masalahmasalah dalam pendidikan Matematik di Malaysia yang telah dikenalpasti ialah : Kekurangan perisian pembelajaran matematik yang berasaskan Bahasa Malaysia. Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi Kaedah pembelajaran agak membosankan Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini Kini, situasi yang lebih hebat ialah para pelajar hanya belajar untuk meluluskan diri mereka dalam peperiksaan sahaja. Jelas disini, sistem pendidikan kita adalah lebih tertumpu kepada peperiksaan semata-mata. Perkara ini sama sekali bercanggah dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Proses pengajaran dan pembelajaran inilah seharusanya dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari
5 5 dalam kehidupan seharian dan menyelesaikan masalah di samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang. Selain itu juga, guru seringkali mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Penglibatan yang aktif hanyalah kepada guru yang hanya menyampaikan maklumat tanpa menglibatkan pelajar. Maka terjadilah proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarikk dan agak membosankan pelajar. Ini juga akan mengakibatkan pelajar menjadi kurang minat dan kurang prihatin terhadap sesi pengajaran. Pelajar perlu didedahkan kepada teknik-teknik atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan agar perkara ini dapat diatasi. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk mewujudkan komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian, penggunaan elemen seperti e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan sebagainya. Salah satu bahan e-pembelajaran ialah majalah web Dunia Matematik. Para pelajar boleh belajar mengikut cara mereka sendiri dengan menggunakan majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan pendidikan. Pelajar juga bebas daripada terikat dengan masa dan tempat apabila menggunakan laman web ini. Pelajar boleh belajar bila-bila masa, di mana-mana dan mengikut kadar masing-masing (Faisal, 2002). Penggunaan majalah web Dunia Matematik ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan sumber dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran menggunakan majalah web Dunia Matematik ini juga boleh berlaku di luar waktu kelas dan ianya kaya dengan maklumat dan media. Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini adalah berpusatkan pelajar dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif (Faisal, 2002). Fokusnya adalah kepada
6 6 keupayaan pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web Dunia Matematik kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendapat konstruktivisme menyatakan proses pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusof, 1999). Dalam mengharungi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru juga perlu bersedia selain daripada pelajar itu sendiri. Ini adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan sama ada dalam situasi bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru memainkan empat peranan dalam pembelajaran berasakan web iaitu : i. Peranan sebagai fasilitator ii. Peranan sebagai pengurus iii. Peranan sosial, dan iv. Peranan sebagai penasihat teknikal. Kualiti dan mutu pengajaran seseorang guru akan menjadi lebih baik melalui penggunaan teknologi yang sesuai. Proses pengajaran yang menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik merupakan pengajaran yang berkesan. Jika media ini digunakan dengan perancangan yang teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan sesuatu maklumat pelajaran dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi seperti e-pembelajaran ini dapat meringankan beban guru disamping menjimatkan masa. Masa yang diperlukan adalah lebih singkat untuk menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan bahan e-pembelajaran. Kesannya adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat diwujudkan. Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini diwujudkan untuk membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan matematik serta kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu alat yang penting dalam aktiviti pengurusan maklumat dan kehidupan harian seperti perniagaan, perubatan, perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik Aziz Nik Pa, 1995).
7 7 Matematik juga merupakan alat kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web Dunia Matematik ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan berkesan seterusnya membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran matematik ini dengan baik. Pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya yang meluas dalam bidang matematik juga merupakan tujuan majalah web Dunia Matematik. Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Bahana, situasi kini yang telah membuatkan para graduan memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya mereka. Namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam bidang lain seperti perubatan, sains komputer, kejuruteraan dan sebagainya. Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang Matematik sangat meluas dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Selain itu juga, peranan yang ingin ditonjolkan dalam majalah web Dunia Matematik ini ialah untuk memperkenalkan tokoh-tokoh Matematik yang ada di negara ini dan negara-negara lain. Ini membolehkan para pelajar melihat dengan lebih dekat kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh tokoh-tokoh ini berdasarkan pencapaian mereka. Lantaran itu ianya dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokoh-tokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut bersyukur kerana mempunyai tokoh-tokoh yang hebat, berjiwa besar dan berpandangan jauh di negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk mencapai kejayaan (Mingguan Malaysia, 11 November 2007).
8 8 1.3 Pernyataan Masalah Dalam mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam matematik, ia tidak hanya melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada murid semata-mata, tetapi pelajar juga mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Penegasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KBSM bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif kefahaman matematik mereka. Hasil kajian daripada Ezaityesirah (2006), pelajar menghadapi masalah untuk menguasai konsep serta kemahiran dalam subjek Matematik. Antara sebab kepada permasalahan ini ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran saintifik serta kurang bersedia untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang bercirikan matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu, tidak terdapat penyesuaian di antara kehendak konsep dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Maka konsep-konsep matematik yang ingin diterapkan tidak berjaya dicapai oleh pelajar. Bagi mengurangkan masalah yang ditimbulkan oleh sistem pengajaran tradisional ke tahap yang paling minimun, corak pembelajaran interaktif dengan menggunakan e-pembelajaran perlu dibina. Ini kerana proses pembelajaran menggunakan e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan seperti pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana jua. Selain itu, bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan di seluruh dunia. Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), pembelajaran menerusi laman web juga menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan kehidupan yang sebenar. Diharapkan dengan kewujudan majalah web Dunia Matematik ini, ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif supaya pelajar dapat mendalami bidang Matematik yang pelbagai termasuk bidang Kerjaya dan Tokoh Matematik.
9 9 1.4 Objektif Projek Objektif projek bagi Majalah Web Matematik ini ialah :- i. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik Kerjaya Dalam Matematik. ii. Membangunkan majalah web Matematik menggunakan sistem pengurusan kursus topik Tokoh Matematik. 1.5 Kepentingan Projek Diharapkan dapatan daripada pembangunan majalah web ini dapat menjawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kerjaya dan tokoh dalam bidang Matematik. Pembangunan majalah web ini memberi kepentingan kepada pelajar, guru, sekolah, ibubapa dan masyarakat. Berikut pembangun akan membincangkan setiap kepentingan dengan terperinci Pelajar Majalah web Dunia Matematik ini digunakan sebagai bahan rujukan tambahan bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan dimanfaatkan sebagai sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad 2001). Justeru itu, para pelajar boleh menjadikan
10 10 majalah web Dunia Matematik ini sebagai sumber rujukan dan bahan ulangkaji pelajaran di rumah kerana ia boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua. Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Seperti yang kita ketahui, matematik dan sains tidak dapat dipisahkan. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan pelajar untuk berfikir secara berkesan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) Selain itu, para pelajar juga dapat meneroka (eksploratori) bahan atau maklumat yang disediakan dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama pelajar dan guru di dalam forum yang disediakan. Pelbagai latihan, ujian dan aktiviti seperti forum, ruangan komen dan sebagainya yang disediakan akan diberi maklum balas serta merta. Ini membantu pelajar mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan mereka Guru Pada masa kini, globalisasi berada dalam era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan terutamanya guru-guru perlu bersedia untuk menghadapi perubahan selaras dengan pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat. Sehubungan itu, guru seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ICT agar tidak ketinggalan zaman. Beban guru juga dapat dikurangkan dengan wujudnya majalah web Dunia Matematik ini. Hal ini kerana terdapat banyak maklumat dan latihan yang boleh dirujuk dan boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh berhubung dengan
11 11 para pelajar pada bila-bila masa untuk menyelesaikan dan mengenalpasti masalah mereka Sekolah Pembangunan majalah web Dunia Matematik ini menyediakan pendidikan berbentuk global, amat sesuai dengan situasi pembelajaran yang maju. Beban guru juga dapat dikurangkan untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan di dalam kelas. Selain itu, memudahkan pengurusan akademik pelajar dalam merekodkan laporan kemajuan pelajar dalam bidang Matematik. Ini kerana pihak pengurusan akademik boleh terus melihat pencapaian akademik pelajar daripada majalah web ini Ibu Bapa dan Masyarakat Relevan dengan kemajuan era ICT, masyarakat didedahkan mengenai penggunaan majalah web Dunia Matematik ini di sekolah. Ini merupakan langkah mewujudkan masyarakat Malaysia yang celik IT. Ramai ahli pendidik, ibu bapa, dan pelajar percaya, sekolah harus mengasimilasikan teknologi dalam kurikulum sekolah (Roblyer, Edwards dan Havriluk, 1997). Prestasi para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung dapat dipantau oleh ibu bapa. Interaksi yang berlaku adalah secara langsung melalui e-mel, chat dan sebagainya tanpa menghadirkan diri ke sekolah.
12 12 Di samping itu juga, ibu bapa berpeluang mendapatkan sumber rujukan dan maklumat berguna untuk membantu anak mereka dan menambah pengetahuan mereka sendiri. Selain itu juga, ibu bapa dapat melihat gaya pembelajaran anak-anak mereka di samping mengenalpasti masalah-masalah yang anak-anak mereka hadapi dalam pembelajaran. Seterusnya, generasi yang mahir dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga dapat dilahirkan melalui penggunaan majalah web dalam pendidikan Matematik di sekolah. 1.6 Skop dan Batasan Projek Projek ini menyediakan majalah web Matematik sebanyak sepuluh keluaran yang memuatkan ruangan seperti berikut:- i. Kerjaya Matematik ii. Tokoh Matematik iii. Fokus Matematik iv. Aplikasi Matematik v. Statistik Matematik vi. Sejarah Matematik vii. Kesenian Matematik viii. Isu Semasa Tentang Matematik ix. Permainan Matematik x. Pelajari Matematik xi. Kuiz Matematik xii. Perisian Matematik xiii. Tahukah Anda xiv. Uji Kefahaman xv. Uji Minda
13 13 Dalam projek ini, pembangun hanya menyediakan dua ruangan daripada empat belas ruangan yang dinyatakan sebelum ini. Pembangun menyediakan ruangan berikut untuk sepuluh keluaran majalah web matematik ini, iaitu:- a. Bahan pembelajaran majalah web matematik bagi Kerjaya dalam Matematik. b. Bahan pembelajaran majalah web matematik bagi Tokoh Matematik.
BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana tempat di serata dunia. Bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang berkembang dengan pesat. Penggunaan
Lebih terperinciPenggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik
Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Dewasa ini perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar dan seiring dengan
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan
Lebih terperinciBAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian
BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Merealisasikan matlamat utama dalam sesuatu sistem pendidikan adalah dengan memperkembangkan dan mempertingkatkan pemahaman pelajar terutama dalam konsep asas. Ini memungkinkan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.
Lebih terperinciAsas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P
Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Lebih terperinci10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada
Lebih terperinciKatakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham
Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham Abdul Razak Idris & Norashikin Mhd Yatim Fakulti Pendidikan, Universiti
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran MATEMATIK 2001 PUSAT
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
Lebih terperinciPERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai
Lebih terperinciINSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi pentaksiran dengan memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) mulai
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciPUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT
PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin
Lebih terperinciKementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK
Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum
Lebih terperinciDASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Dasar Pembelajaran dan Pengajaran ini disediakan sebagai panduan kepada Fakulti/Pusat Pengajian yang menawarkan
Lebih terperinciINISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH INISIATIF PPPM PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-03 KOD AMALAN KAEDAH
Lebih terperinciKurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan VISI KURIKULUM SEKOLAH BERKUALITI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA MISI Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya
Lebih terperinciBAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu melancarkan Wawasan 2020, pada Februari 1991, menyatakan bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara Latar Belakang Sejarah Kurikulum Prasekolah Bahan Program Pukal Pendidikan Prasekolah 1993 2010
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK TINGKATAN 3 2014 i ii DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.
BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam
Lebih terperinciTAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN
TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,
Lebih terperinciBAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor
Lebih terperinciE PEMBELAJARAN. Nuradila Waheeda Binti Rustam Effendy MUHAMAD AZHAR BIN ADNAN MOHAMAD AL AZANI BIN ZAINAL
E PEMBELAJARAN Nuradila Waheeda Binti Rosly @ Rustam Effendy MUHAMAD AZHAR BIN ADNAN MOHAMAD AL AZANI BIN ZAINAL DEFINISI. E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, dimana
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK TINGKATAN 2 2014 i ii DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus
Lebih terperinciModel Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab
Soalan 1 Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-02 KOD AMALAN REKABENTUK
Lebih terperinciBAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan
BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan
Lebih terperinciBAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam
Lebih terperinciKANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru
KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21
Lebih terperinciDASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)
DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008) 1.0 Pengenalan & Justifikasi 1.1 Dokumen ini bertujuan memperihal dan memperincikan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk
Lebih terperinciINSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat
Lebih terperinciAnalisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti
Lebih terperinciPENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
Lebih terperinciLandskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.
Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam
Lebih terperinciPANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH
PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid
Lebih terperinciSTANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN APA YANG DI LIHAT 4.1 Penglibatan Murid Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor
Lebih terperinciPENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis
TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)
Lebih terperinci1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
Lebih terperinciPANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi
Lebih terperinciDASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN
Lebih terperinciKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN
Lebih terperinciMemperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak
07 Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus Zarina Sidik zarina_sidik@moe.edu.sg Nur Adawiyah Rosli nur_adawiyah_rosli@moe.edu.sg Sekolah Rendah Ang Mo Kio Abstrak Murid
Lebih terperinciBAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan Setelah menjalankan kajian secara menyeluruh terhadap teknik dan kaedah muhawarah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Sekolah Kebangsaan Meru dan Sekolah
Lebih terperinciGARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK
GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri/Praktik bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini
Lebih terperinciMemorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.
Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT. 2. Pelaksanaan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku Tahap I Di Sekolah Rendah.
Lebih terperinciMATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Ramlah dan Mahani (2002), konstruktivisme bukanlah suatu konsep baru. Ia berasal daripada falsafah dan telah diaplikasikan dalam bidang sosiologi, antropologi
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)... Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
Lebih terperinciPENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN PENGUKUHAN 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM STANDARD
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam kehidupan
Lebih terperinci2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian
Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan
Lebih terperinciKEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)
KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) CS KRITERIA TAHAP 1 CS1 Kemahiran Penyampaian idea tidak Penyampaian Lisan dan yakin, tidak jelas dan Bertulis tidak berkesan dan penyampaian idea terhad kepada lisan atau bertulis
Lebih terperinciPendahuluan Matlamat dan Objektif
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela
Lebih terperinciTEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah FIZIK SUKATAN PELAJARAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2013 i RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
Lebih terperinciKepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat
Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala
Lebih terperinciPemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan
ATIKAN, 1(1) 2011 NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan ABSTRAK: Tiada satu pendekatan pun yang boleh
Lebih terperinciPendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Pendahuluan Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah
Lebih terperinciSTRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN
1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU: Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit. Strategi pemusatan guru meletakkan
Lebih terperinciPERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID
24 PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID Haryati Surana Suriati Djuahir Sekolah Rendah West View Abstrak Perisian Toondoo dapat membantu murid dalam kemahiran menulis khususnya pembinaan pelbagai
Lebih terperinciPENULISAN JURNAL REFLEKTIF
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-07 KOD AMALAN PENILAIAN
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan
Lebih terperinciBahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan
Lebih terperinciKESUSASTERAAN MELAYU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU 2003 Pusat Perkembangan Kurikulum ISBN iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
Lebih terperinciTeknologi Pengajaran (2 jam)
TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam) Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan
Lebih terperinciPANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)
Aspek 4.1 PANDUAN PENAN PENCERAPAN P & P (PK04) Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Penglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan Hampir keseluruhan murid terlibat
Lebih terperinciMODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh
MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna
Lebih terperinciBAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam
BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN
Lebih terperinciAsas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan
Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti
Lebih terperinciPERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dasar Pendidikan Negara telah menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan. Tetapi, menjelang akhir-akhir ini, timbul keresahan dan
Lebih terperinci9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan
9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah
Lebih terperinciINSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BTP/PKP-06/04 NO. KELUARAN : 01 Pin. 00 NO. KERJA: INSTRUMEN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)
Lebih terperinciKONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)
PENGAJARAN KONSEP PENGAJARAN Aktiviti / proses yg dirancang / dikelola / disampaikan / dibimbing / dinilai dgn tujuan penyebaran ilmu pengetahuan / kemahiran secara berkesan. Thomas F. Green : The Activitis
Lebih terperinciAsas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan
Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan ------------------------------------------------- Apabila kita memperkatakan mengenai reka bentuk dalam proses pembangunan aplikasi atau perisian multimedia
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN
Lebih terperinciMempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen
Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya dalam bidang pengiklanan berasaskan Internet pada hari ini banyak menyumbang kepada kemajuan dalam perniagaan. Fungsi
Lebih terperinciKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu
Lebih terperinciKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (JURULATIH)
D1 NILAI PROFESIONAL E1 PROFESIONALISME A1.1 AMALAN PROFESIONAL Mempamerkan dan mengamalkan etika kerja dan amalan nilai profesion keguruan seperti berikut: Amanah Berketerampilan Kecintaan terhadap profesion
Lebih terperinci7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal
Lebih terperinci2.0 PENYATAAN MASALAH
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah
Lebih terperinci