DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM"

Transkripsi

1 DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1

2 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada pekerja di dalam agensi penguatkuasaan, agensi kerajaan atau syarikat swasta atau orang awam kepada orangorang yang berkuasa sama ada di dalam organisasi atau mengikut budi bicara pemberi maklumat kepada manamana agensi penguatkuasaan yang lain, berkenaan salah tadbirurus korporat, rasuah, menyalahi undang-undang, atau apa-apa kesalahan lain yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu di dalam organisasi. Apa-apa tindakan oleh individu tersebut boleh dihukum oleh manamana undang-undang yang digubal di Malaysia. Bagi tujuan dasar ini, semua tindakan di atas dikenali sebagai kelakuan tidak wajar (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (APPM 2010). 2. Pemberi maklumat ditakrifkan di bawah APPM

3 Tujuan 3. Dasar ini bertujuan untuk menggalakkan kakitangan SSM, pembekal atau mana-mana pihak luar untuk mendedahkan (memberi maklumat) apa-apa tingkah laku yang tidak wajar (seperti yang ditakrifkan di bawah APPM 2010) dalam pengetahuan mereka dan untuk memberi perlindungan kepada pekerja, pembekal dan pihak luar yang melaporkan dakwaan kelakuan tidak wajar (seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 6, APPM 2010). Skop dan Dasar 4. Dasar ini ditubuhkan untuk menggalakkan dan membimbing pekerja, pembekal dan pihak luar untuk melaporkan salah laku yang didakwa. Dasar ini juga bertujuan untuk memastikan bahawa semua laporan tersebut akan disiasat dengan teliti dan tindakan yang bersesuaian diambil jika perlu. Bagi tujuan dasar ini, frasa tingkah laku yang tidak wajar seperti ditakrifkan oleh APPM 2010 perlu diambil kira tetapi tidak terhad kepada kesalahan berikut: (a) melanggar mana mana undang-undang yang digubal atau dasar SSM; 3

4 (b) pendedahan berkaitan dengan ketidakadilan kepada mana-mana kakitangan atau pihak luar diteruskan oleh pekerja atau pakatan sulit dengan pekerja SSM; (c) menjejaskan kesihatan dan risiko keselamatan, termasuk risiko kepada orang ramai serta pekerja lain secara sengaja; (d) berhubung dengan penyalahgunaan dana SSM sehingga memudaratkan kepentingan; (e) melibatkan penipuan dan rasuah; (f) melibatkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi atau menyebabkan kemudaratan kepada organisasi itu; (g) yang berkaitan dengan diskriminasi terhadap bangsa, agama, jantina atau ketidakupayaan; dan (h) Menyembunyi maklumat secara sengaja atau berkongsi maklumat tanpa kebenaran sehingga merugikan SSM. 4

5 Kategori Pemberi Maklumat 5. Pemberi maklumat dilindungi oleh dasar yang dinyatakan di bawah : (a) Dalaman: (i) Pekerja; (ii) Pekerja Kontrak; dan (iii) Pekerja Sementara. (b) Luaran: (i) Pembekal; dan (ii) Orang awam (setakat perkhidmatan SSM) Perlindungan 6. Dasar ini melindungi pemberi maklumat yang membuat laporan / aduan secara jujur. Sesiapa yang terlibat dalam tindakan balas terhadap pekerja / pemberi maklumat akan dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 10 ( 6) APPM 2010 itu. Mana-mana pekerja yang telah membuat laporan secara jujur dilindungi daripada sebarang tindakan buruk yang akan menjejaskan beliau / kehidupan beliau (contohnya 5

6 pelepasan, turun pangkat, penggantungan, gangguan atau lain-lain bentuk diskriminasi) berpunca daripada melaporkan kelakuan tidak wajar. 7. Seseorang pekerja atau mana-mana pihak lain akan dilindungi walaupun laporan yang dibuat terbukti tidak benar atau tidak berasas. Pembatalan perlindungan pemberi maklumat hanya boleh dibuat sekiranya syaratsyarat yang dinyatakan di bawah Seksyen 11 (1) APPM 2010 adalah sejajar dengan SSM iaitu: (a) pemberi maklumat sendiri telah bertindak mendedahkan salah laku yang tidak wajar; (b) pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat pendedahan terhadap salah laku suatu pernyataan material yang diketahuinya atau percaya ianya adalah palsu atau tidak benar; (c) Pendedahan salah laku tidak wajar dianggap remeh atau menyusahkan; 6

7 (d) Pendedahan salah laku terutamanya mempersoalkan penglibatan merit dasar kerajaan, termasuk dasar sesuatu badan awam (SSM); (e) pendedahan kelakuan tidak wajar dibuat semata-mata atau sebahagian besarnya dengan motif untuk mengelak daripada dibuang kerja atau tindakan tatatertib yang lain; dan (f) pemberi maklumat, semasa membuat pendedahan itu atau memberikan maklumat lanjut, turut melakukan kesalahan di bawah APPM Jaminan Kerahsiaan 8. Semua laporan dan identiti pemberi maklumat akan dilayan dengan cara yang sulit dan sensitif. Laporan hanya akan didedahkan kepada orang-orang yang diberi kuasa untuk menjalankan siasatan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan laporan itu. Identiti pemberi maklumat akan sentiasa disimpan dalam keadaan ini. Pemberi maklumat akan dimaklumkan mengenai mana-mana rujukan yang telah dibuat. 7

8 Laporan Tanpa Nama 9. Dasar ini menggalakkan pemberi maklumat untuk menyatakan nama mereka seboleh mungkin dalam setiap laporan yang dikemukakan. Laporan tanpa nama adalah dianggap kurang berwibawa, namun ianya akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (JAPR). Dalam melaksanakan budi bicaranya, faktor-faktor yang akan diambil kira adalah seperti berikut: (a) Tahap keseriusan isu-isu yang dibangkitkan; (b) Tahap kebolehpercayaan laporan; dan (c) Tahap kemungkinan bagi mengesahkan dakwaan daripada sumber-sumber yang berkaitan. 10. Keputusan JAPR mengenai perkara ini adalah muktamad. Semua perbincangan JAPR pada mana-mana dakwaan pemberi maklumat akan dicatat secara tegas dan menyeluruh oleh Pegawai Seksyen Audit Dalam yang dilantik oleh Pengerusi JAPR. 8

9 11. Seksyen Audit Dalam hendaklah menyelenggara rekod bagi semua laporan dan dokumen sokongan terhadap siasatan ke atas mana-mana laporan yang dibuat oleh pemberi maklumat. Rekod-rekod ini hendaklah disimpan oleh Ketua Seksyen Audit Dalam. 12. Keputusan untuk membuat laporan tanpa nama mungkin menyebabkan pemberi maklumat tidak diberikan perlindungan di bawah APPM Laporan Mala Fide 13. Sekiranya pekerja membuat laporan dengan niat yang baik, yang tidak disokong dan disahkan oleh siasatan berikutnya, tiada tindakan akan diambil terhadap pekerja. Semasa membuat laporan, pekerja haruslah berhati-hati dalam memastikan ketepatan maklumat yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika seseorang pekerja membuat laporan yang berbentuk mala fide, tindakan disiplin boleh diambil terhadap pekerja tersebut. Organisasi bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuktikan bahawa pekerja tersebut telah membuat laporan berbentuk mala fide. Sebaliknya, jika pihak 9

10 Vendor/pembekal membuat laporan berbentuk mala fide, SSM boleh mempertimbangkan untuk membuat laporan polis dan / atau mengambil tindakan yang perlu yang difikirkan sesuai. Pegawai Bertanggungjawab 14. Seksyen Audit Dalam merupakan pihak tunggal yang diberikan kuasa untuk menyiasat dan menangani semua kes-kes pemberi maklumat yang dilaporkan kepada mereka. Ketua Seksyen Audit Dalam bertanggungjawab untuk memantau dan melaporkan semua kes-kes yang disiasat mengikut Dasar Pemberi Maklumat kepada JAPR. Identiti pemberi maklumat hendaklah dirahsiakan. 15. Sekiranya laporan polis telah dibuat ke atas manamana pegawai dari Seksyen Audit Dalam, aduan itu hendaklah dikendalikan oleh Pengerusi JAPR atau manamana orang yang dilantik oleh JAPR untuk mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan atau prasangka dalam penyiasatan tersebut. 10

11 Membuat Laporan 16. Semua pekerja dan pihak vendor / pembekal adalah digalakkan untuk membuat laporan menggunakan format yang dilampirkan (Rujuk Lampiran 2). Format ini diperkenalkan untuk memastikan semua maklumat yang berkaitan diserahkan dengan lengkap. Ia juga berfungsi sebagai panduan kepada semua pihak. Para pekerja adalah bebas untuk melaporkan terus kepada manamana agensi penguatkuasa jika beliau melilih untuk berbuat demikian dan juga boleh memilih manamana format yang difikirkan sesuai. 17. Pemberi maklumat akan menerima laporan awal dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh laporan dikemukakan, yang akan menyatakan mengenai penyiasatan, pelupusan atau penyelesaian isu ini. Sekiranya siasatan sesuatu laporan, yang telah dilakukan dengan niat yang baik, dimana ianya disiasat oleh kakitangan dalaman, tidak mencapai tahap kepuasan kepada seseorang pemberi maklumat, maka pemberi maklumat tersebut berhak untuk melaporkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Sekiranya kesalahan yang dinyatakan itu boleh dihukum di bawah 11

12 undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi lain, laporan itu kemudiannya akan dikemukakan kepada agensi yang berkaitan dengan persetujuan pemberi maklumat, atau dalam keadaan di mana pengadu adalah tanpa nama, dengan persetujuan JAPR. 18. Sekiranya siasatan oleh Seksyen Audit Dalam mendedahkan terdapat individu yang berkaitan dengan mana-mana syarikat, perniagaan atau mana-mana entiti yang menggunakan mana-mana pekerja SSM telah melanggar mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh SSM, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dimaklumkan pada kadar segera, yang mana beliau boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengarahkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak-pihak yang berkenaan. Identiti pemberi maklumat hendaklah dilindungi pada setiap masa. Penghantaran dan Penyerahan Laporan 19. Panduan penyerahan untuk laporan pemberi maklumat adalah seperti yang dinyatakan di bawah: (a) Laporan mengenai Pegawai Seksyen Audit Dalam: 12

13 (Dipanjangkan kepada Pengerusi JAPR) (b) Laporan mengenai Para Ketua Bahagian (Pengarah): (Dipanjangkan kepada Pengerusi JAPR) (c) Laporan mengenai pegawai-pegawai lain atau kakitangan sokongan: (Dipanjangkan kepada Pengarah / Ketua Seksyen Audit Dalam) (d) Laporan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan: (Dipanjangkan kepada Pengerusi JAPR dan Pengerusi Suruhanjaya) (e) Laporan mengenai mana-mana Anggota Suruhanjaya: (Dipanjangkan kepada Pengerusi Suruhanjaya) (f) Laporan mengenai Pengerusi Suruhanjaya: (Dipanjangkan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) 20. Laporan boleh dibangkitkan secara lisan atau secara bertulis. Seorang pemberi maklumat yang ingin membuat 13

14 laporan bertulis hendaklah menggunakan borang yang dilampirkan (Lampiran 2) ataupun menggunakan format terbuka. Secara ringkasnya, maklumat berikut perlu dinyatakan dalam format terbuka: (a) Latar belakang dan sejarah keperihatinan / kebimbangan (mengemukakan tarikh yang berkaitan, masa, nama, dan lain-lain maklumat yang berkenaan); (b) Sebab-sebab mengapa anda amat mengambil berat tentang keadaan yang dilaporkan. Kaedah Penghantaran 21. Aduan samada melalui borang yang ditetapkan atau format terbuka, hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup kepada kakitangan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 12 prosedur penghantaran. Di samping itu, pemberi maklumat juga boleh mengemukakan aduannya melalui e-mel kepada Ketua Seksyen Audit Dalam, sekiranya beliau ingin berbuat demikian. 14

15 22. Individu-individu yang ingin membuat aduan secara lisan boleh menghubungi Ketua Seksyen Audit dalam secara terus melalui nombor telefon yang diberikan ( ) atau e-mel di 15

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY 1 POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY Pengenalan 2 Pendedahan oleh seseorang biasanya (tidak terhad kepada) terdiri daripada seseorang pekerja penguatkuasaan persekutuan atau

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan

Lebih terperinci

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang 1 Untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak wajar) dengan

Lebih terperinci

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan ("Ringkasan" ini) menyediakan satu gambaran

Lebih terperinci

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 1. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi Semasa anda membuat urusan dengan

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Perlindungan Pemberi Maklumat 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 711 AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 711 Tarikh Perkenan Diraja...... 2 Jun 2010 Tarikh penyiaran dalam

Lebih terperinci

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009 SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR SOK/PEL/GP02/MEDIA MASSA GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ADUAN AWAM MELALUI MEDIA MASSA 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah pengendalian aduan

Lebih terperinci

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING Pernyataan Dasar Menjadi dasar Syarikat bahawa Syarikat, kesemua subsidiarinya dan anggota gabungan, dan mana-mana pegawainya, pengurus dan pekerja

Lebih terperinci

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas Berkuat Kuasa Januari 2017 Mengapakah Kami Menyediakan Kenyataan Ini? Kami dengan giatnya menggalakkan Rakan Sekerja untuk

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan subsidiari dan syarikat gabungannya (secara kolektif, Adient,

Lebih terperinci

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN A. MENGENAI DOKUMEN Dasar berikut diguna pakai pada semua laman media sosial yang menyediakan maklumat rasmi mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada orang ramai. B. KEPENTINGAN DOKUMEN Laman media

Lebih terperinci

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 POLISI PRIVASI DATA PERIBADI AKADEMI HOSPITALITI & PELANCONGAN SAUJANA SDN BHD (304.595-W) JUGA DIKENALI SEBAGAI KOLEJ SATT No. Pendaftaran PDPA: SB20112014-0003

Lebih terperinci

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Notis Privasi Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Langkah-langkah dalam memastikan data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat menjadi keutamaan bagi kami di Malaysia Building Society Berhad

Lebih terperinci

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda Notis Privasi Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda Notis Privasi ini menggariskan bagaimana Kumpulan Syarikat KLCC memproses data peribadi anda dari segi bagaimana kami melindungi data peribadi di dalam

Lebih terperinci

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu

Lebih terperinci

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI Dasar ini telah dikemaskinikan terakhir pada 9 September 2015. Polisi Privasi ( Dasar ) ini adalah untuk memaklumkan pengguna ( anda ) tentang polisi serta amalan JAG Systems Sdn Bhd ( kami ) dalam pengumpulan,

Lebih terperinci

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN I. PENGENALAN Bank of America Corporation, syarikat kumpulannya, sekutu dan cawangannya (secara kolektif, Bank ) telah menyediakan Notis Perlindungan Data Pengambilan

Lebih terperinci

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Educate to Learn Sendirian Berhad (e2lsb) dan syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad

Lebih terperinci

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) Maklumat peribadi anda adalah selamat dan dilindungi di National Bank of

Lebih terperinci

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 010 Alliance Bank Malaysia Berhad (88103-W) Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 010 yang baru digubal dan dalam usaha berterusan

Lebih terperinci

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia. NOTIS PRIVASI KUMPULAN AFFINBANK 1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia. Kumpulan AFFINBANK hanya

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah; NOTIS PRIVASI Notis Privasi ini dikeluarkan oleh BGR FOODSERVICE SDN. BHD. (445653-K) ( Syarikat or BFSB ) dan/atau anak syarikatnya, seperti yang didefinisikan dalam Akta Syarikat, 1965 (secara kolektifnya

Lebih terperinci

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT 1. Komposisi ahli Lembaga Pengarah hendaklah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Audit daripada kalangan mereka sendiri yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga

Lebih terperinci

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN,

Lebih terperinci

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016) 1.0 UMUM 1.1 Terma dan Syarat ("T&S") Umum ini adalah diguna pakai untuk produk Akaun Perniagaan-i ("Akaun") dan produk ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia yang relevan dan prinsipprinsip Syariah;

Lebih terperinci

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di  ( Stesen Shell ). TERMA DAN SYARAT PERADUAN SHELL MENANG RM5,000 HARI-HARI 1. Peraduan Shell Menang RM5,000 Hari-Hari ( Peraduan ) akan bermula dari 8 Oktober 2017 hingga 7 Januari 2018, termasuklah kedua-dua tarikh tersebut

Lebih terperinci

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA NAMA 1. Perlembagaan ini bolehlah dinamakan sebagai Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2008. KEAHLIAN

Lebih terperinci

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika KOD TATAKELAKUAN KORPORAT DAN DASAR ETIKA 1. Pengenalan Amcor mengiktiraf tanggungjawabnya sebagai pengeluar global bahan dan perkhidmatan pembungkusan, dan komited

Lebih terperinci

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana United Business Media Sdn Bhd dan syarikat induk, syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad

Lebih terperinci

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Kami, Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866-W), dan anak-anak syarikat, adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan

Lebih terperinci

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank, TERMA DAN SYARAT UNTUK JAMINAN X PRESS Terma dan syarat berikut akan mentadbir Jaminan X press:- 1. Anda perlu melaksanakan sebarang dokumen dan/atau perjanjian yang berkaitan dengan Permohonan ini (termasuk

Lebih terperinci

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT LAMPIRAN 1 Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT 1. Pendahuluan Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( Akta ) yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 untuk mengawal pemprosesan data

Lebih terperinci

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN Pengenalan PST Travel Services Sdn Bhd mengambil berat tentang perlindungan Data Peribadi anda dan dengan bangganya kami menyatakan bahawa kami melindungi

Lebih terperinci

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor Tajuk: POLISI MEDIA Edisi 1.0 Nombor Fail UPM/PNC/BKK/POLISI MEDIA 01/2009 Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia Panduan Semua Kakitangan UPM Pihak Berkuasa Naib

Lebih terperinci

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711) 1 2 PENGENALAN Secara khususnya kewujudan Akta ini adalah untuk memberi perlindungan

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa: NOTIS PRIVASI 1.0 Umum 1.1 Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad adalah di antara lain, syarikat-syarikat di dalam AFFIN Holdings Berhad ( Kumpulan AHB ). Di Kumpulan AHB kami menghargai privasi

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta)

Lebih terperinci

SURAT PEKELILING BENDAHARI

SURAT PEKELILING BENDAHARI No. Ruj : UMS/BN3.1/P5/3 (17) Tarikh : 29 Januari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI Semua Dekan Sekolah / Pusat, Semua Pengarah Institut/Jabatan Semua Ketua Unit Semua Pemegang Waran Pusat Tanggungjawab.

Lebih terperinci

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan KETUA SETIAUSAHA Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Tel.: Faks:,ffi, 03-8883 2533 03-8889 5245 Rujukan : Bil.( 26 )dlm KK(S)-280(20I836)

Lebih terperinci

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada pelanggan yang sedia ada, pelanggan baru dan/atau bakal pelanggan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Lebih terperinci

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

PERNYATAAN PRIVASI INREACH PERNYATAAN PRIVASI INREACH Terakhir Dikemas Kini: 1 September, 2016 (v 2016.2) Privasi anda penting kepada InReach, Inc. ( inreach ). Kami menghasilkan Pernyataan Privasi ini agar anda tahu cara kami mengumpul,

Lebih terperinci

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN Pengenalan Asia Experience Tours Sdn Bhd mengambil berat tentang perlindungan Data Peribadi anda dan dengan bangganya kami menyatakan bahawa kami melindungi

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira KP 2.7/2013 KERAJAAN MALAYSIA Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN... 2 KP 2.7/2013 Kehilangan Dan

Lebih terperinci

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Notis Privasi (Untuk Pelanggan) Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Oleh itu, Notis Privasi ini dirumus

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini: NOTIS PRIVASI Dokumen ini menerangkan dasar privasi ("Dasar Privasi") Spring Energy Sdn Bhd ("Spring Energy" "kami," atau "kami" dalam terma- terma yang mana ungkapan- ungkapan hendaklah termasuk, di mana

Lebih terperinci

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan [Pada Julai 22, 2004] Peruntukan Rekod & Buku-Buku dan Antirasuah dari Akta Amalan Rasuah Asing Terbitan L. 105-366 hingga Kini (November 10, 1998) KOD AMERIKA SYARIKAT JUDUL 15. PERDAGANGAN DAN KEWANGAN

Lebih terperinci

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1 POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1. TUJUAN 1.1 Polisi ini menjadi garis panduan kepada UTM untuk terus komited mengurus dan melaksanakan kesamarataan dalam

Lebih terperinci

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda. 27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit

Lebih terperinci

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK 1. Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ("CIP") hanya ditawarkan kepada :- (i) Ahli Kad Kredit Affin Bank Berhad

Lebih terperinci

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999 PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Menteri di bawah Seksyen 3(5) Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968 membuat

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 799 AKTA AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA 2017 2 Undang-Undang Malaysia Akta 799 Tarikh Perkenan Diraja...... 10 November 2017 Tarikh penyiaran

Lebih terperinci

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Chemical Company of Malaysia dan Kumpulan Syarikatnya menghormati privasi anda. Kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda. Notis Data Peribadi

Lebih terperinci

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Semua unit perniagaan dan pekerja Smiths adalah tertakluk kepada kod etika ini. Pematuhan kepada kod ini dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011 SPP.220/656/19/ Jld 2 (3) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011 KAEDAH PELAKSANAAN TAPISAN KESELAMATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELAJARAN TUJUAN 1. Pekeliling

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( PDPA ) telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosessan data di dalam urus niaga komersial. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 JPA. BK(S) 43/13/1 Jld.5 ( 5 ) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM

Lebih terperinci

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS. OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS. SEKSYEN A : DEMOGRAFI Sila tandakan ( ) di petak yang berkenaan.

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS Public Mutual Berhad (No. Syarikat 23419-A) menghormati privasi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda seperti yang termaktub di dalam undang-undang

Lebih terperinci

Kod pengendalian perniagaan

Kod pengendalian perniagaan KOD PENGENDALIAN PERNIAGAAN PRINSIP-PRINSIP TINDAKAN KITA PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI KITA DASAR-DASAR KITA Kod pengendalian perniagaan Kod pengendalian perniagaan Kandungan 01 Pengenalan 02 Pematuhan undang-undang

Lebih terperinci

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 84 (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN JPA/PEN/228/25/1/Jld.4 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan

Lebih terperinci

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA NAMA 1. Perlembagaan ini dinamakan sebagai Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan ( MBJ ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia Tahun 2012. 2. Perlembagaan

Lebih terperinci

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop GARIS PANDUAN PROSEDUR MELAPORKAN ADUAN, KEMALANGAN, KEMALANGAN NYARIS, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN, PENYAKIT PEKERJAAN DAN PENYIASATAN DI TEMPAT KERJA INSTITUT AKUAKULTUR TROPIKA UNIVERSITI MALAYSIA

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda: NOTIS PRIVASI Pelanggan Notis privasi ini dikeluarkan oleh AmFunds Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai AmInvestment Services Berhad) dan AmIslamic Funds Management Sdn Bhd ( AmInvest ). Sebagai

Lebih terperinci

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 1) Perlindungan dan Penggunaan Akta Peribadi Penang Adventist Hospital ( PAH ) menghargai data peribadi anda dan berusaha untuk melindungi

Lebih terperinci

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BUKU PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1 1. VISI Ke arah masalah disiplin sifar. 2. MISI Melahirkan staf yang

Lebih terperinci

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran. dikehendaki menandatangan ikrar seperti dalam fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan dia

Lebih terperinci

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT. NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BAGI AKAUN PELABURAN WAFIYAH (Akaun Pelaburan Wafiyah tidak dilindungi

Lebih terperinci

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNISEL/DASAR ICT - 001 POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Tarikh Kuatkuasa 21 Feb 2005 Pindaan Diluluskan Oleh Naib Canselor UNISEL 1.1 Tujuan Polisi Polisi ini menerangkan secara

Lebih terperinci

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kad Kredit CIMB TESCO Platinum - Kempen Perolehan Rebat Tunai RM50 Tempoh Kempen 1. Kad Kredit CIMB TESCO Platinum - Kempen Perolehan Rebat Tunai RM50 ( Kempen ini ) adalah

Lebih terperinci

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008 JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008 PELAKSANAAN MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI - SUBMODUL PERISYTIHARAN HARTA TUJUAN 1. Surat Pekeliling

Lebih terperinci

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI (Pindaan 1/2018) Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2018

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI (Pindaan 1/2018) Tarikh Kuat Kuasa: 1 April 2018 KANDUNGAN Muka Surat 1. PENGENALAN 1 2. KUASA UNDANG-UNDANG 1 3. APA ITU AUDIT CUKAI? 3 4. OBJEKTIF AUDIT CUKAI 4 5. TAHUN TAKSIRAN YANG DILIPUTI 4 6. PEMILIHAN KES 4 7. BAGAIMANA AUDIT CUKAI DILAKSANAKAN

Lebih terperinci

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017

RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (Pindaan 1/2017) MALAYSIA Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017 i KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN 1 2. KUASA UNDANG-UNDANG 1 3. APA ITU AUDIT CUKAI? 3 4. OBJEKTIF AUDIT CUKAI 4 5. TAHUN TAKSIRAN YANG DILIPUTI 4 6. PEMILIHAN KES 5 7. BAGAIMANA AUDIT CUKAI DILAKSANAKAN

Lebih terperinci

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:- Pernyataan ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau ketakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, pernyataan dalam Bahasa

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (Agensi MeCD) GP4: GARIS PANDUAN PELANTIKAN DAN FUNGSI JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah subseksyen 86B(1) Akta Koperasi 1993 untuk

Lebih terperinci

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD (TAMBAHAN itu) TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu") NOTIS PENTING: Untuk mengakses dan / atau menggunakan Perkhidmatan Awan ini (seperti

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP16 : GARIS PANDUAN PELABURAN WANG KOPERASI DI BAWAH SEKSYEN 54 AKTA KOPERASI 1993 BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta

Lebih terperinci

PENGURUSAN. PROSEDUR KOMUNIKASI Tarikh: 20/02/2014

PENGURUSAN. PROSEDUR KOMUNIKASI Tarikh: 20/02/2014 Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara untuk menyebar/memaklumkan mengenai Polisi Sistem Pengurusan Alam Sekitar, Objektif dan Sasaran yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan UPM.

Lebih terperinci

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat 1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H). Tempoh Kempen 2. Kempen Langgani Penyata-E

Lebih terperinci

Polisi Privasi Smiggle

Polisi Privasi Smiggle Polisi Privasi Smiggle Ini adalah Polisi Privasi Just Group Limited ABN 97 096 911 410 (Just Group) dan kesemua anak-anak syarikatnya (kami). Smiggle adalah sebahagian daripada Just Group. Just Group adalah

Lebih terperinci

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang! Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang! Terma dan syarat United Overseas Ba Pemindahan Dana nk (Malaysia) Bhd (271809-K) ("UOBM") akan menjalankan "Kempen Pembayaran Segera ke Nombor

Lebih terperinci

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010 SETIAUSAHA KERAJAAN, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, TINGKAT 19, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. 1* Tel : 03-5514 2134 (Terus) 03-5544 7043 03-5544 7045

Lebih terperinci

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2. Lampiran 1 ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. TUJUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK SANGKUTAN INDUSTRI 2

Lebih terperinci

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II BANK DATA DNA FORENSIK

Lebih terperinci

AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001: PEKELILING NO. 1/2018

AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001: PEKELILING NO. 1/2018 AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001: PEKELILING NO. 1/2018 SEKATAN TERHADAP ENTITI PERNIAGAAN YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT KOREA UTARA: KUASA- KUASA PENDAFTAR UNTUK MENOLAK

Lebih terperinci

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal NSG Group Tata Kelakuan Pembekal Pengenalan Matlamat NSG Group adalah untuk mencapai tahap reputasi bertaraf dunia dalam menjalankan perniagaan secara professional mengikut undang-undang dan etika seperti

Lebih terperinci

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank, TERMA DAN SYARAT UNTUK SURAT KREDIT X PRESS 1. Terma dan syarat berikut akan mentadbir Surat Kredit X'press:- 2. Anda perlu melaksanakan sebarang dokumen dan/atau perjanjian yang berkaitan dengan Permohonan

Lebih terperinci

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2012 -------------------------------------------

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 308 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 308 AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 SUSUNAN SEKSYEN d BAHAGIAN I PERMULAAN Seksycn 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian. 2.

Lebih terperinci

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 - 1. Latar Belakang 1.1 Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.

Lebih terperinci

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT Jadual bagi Syarat Penyertaan a. Penganjur: Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H]. b. Promosi: PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA c.

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Antiberita Tidak Benar 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 803 AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 2 Undang-Undang Malaysia Akta 803 Tarikh Perkenan Diraja...... 9 April 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta... 11

Lebih terperinci

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? 17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk

Lebih terperinci

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON AVON PRODUCTS, INC. TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON Di Avon, kami percaya kepada lima nilai utama: Kepercayaan, Hormat, Pegangan, Rendah Hati, dan Integriti. Walaupun masing masing memainkan peranan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 BAGI PENJUAL/PEKEDAI BUKU 1. PENDAHULUAN Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang syarat dan proses tuntutan bayaran balik Baucar

Lebih terperinci

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP) Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP) KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN... 3 2.0 OBJEKTIF... 4 3.0 TAFSIRAN... 5 4.0 ETIKA DAN PRINSIP... 6 5.0 KELAYAKAN PENYERTAAN PROGRAM...

Lebih terperinci