Permasalahan Jemaah Haji Wanita

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Permasalahan Jemaah Haji Wanita"

Transkripsi

1 Permasalahan Jemaah Haji Wanita Tahniah kepada puan-puan bakal hajjah yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Pilihan ini merupakan satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda. Ramai mereka yang memohon dan menunggu, namun mereka tidak berjaya. Maka gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Buatlah persediaan yang sewajarnya sebelum tiba hari keberangkatan. Bagi wanita, haji merupakan satu jihad. Jihad bererti perjuangan suci demi menegakkan Kalimah Allah di muka bumi. Perjuangan menuntut pengorbanan. Tidak ada erti perjuangan tanpa pengorbanan. Justeru, bakalbakal haji, khususnya wanita mesti bersedia untuk mengorbankan segalagalanya demi Islam. Daripada Aisyah RA, katanya: Ya Rasulullah, kami lihat jihad adalah amalan yang paling afdhal. Maka wajibkah kami (kaum wanita) pergi berjihad? Baginda menjawab: Tidak. Tetapi jihad yang paling afdhal (bagi kalian) ialah haji yang mabrur. Al-Bukhari. Hadis ini menjelaskan, untuk mencapai makna jihad bagi wanita bukan sahaja dapat pergi ke Mekah menunaikan haji, tetapi yang dapat menggantikan jihad di medan perang seperti yang dituntut ke atas kaum lelaki adalah dengan berjuang mendapatkan haji yang mabrur. Para ulamak dan fuqahak cuba memberikan beberapa takrifan tentang haji yang mabrur. Antaran pandangan yang dikemukakan berkenaan maksud haji mabrur ialah: o Haji yang tidak bercampur dengan dosa. Perkataan mabrur diambil daripada perkataan birr yang bererti taat o Maqbul atau diterima. Tanda ia diterima ialah orang yang menunaikan haji itu pulang dalam keadaan lebih baik daripada sebelum dia menunaikan haji dan tidak mengulangi maksiat yang lalu. o Haji yang tiada ria 1

2 Dr. Abdul Karim Zaidan menyimpulkan bahawa semua yang disebut di atas adalah merupakan ciri yang perlu ada pada haji mabrur. Jadi, untuk mencapai haji yang mabrur jemaah mesti memahami bahawa haji merupakan satu ibadah yang unik. Satu bentuk latihan mengendalikan nafsu duniawi agar berpaling ke mercu kerohanian yang tinggi, satu tazkiah nafsiyyah dan tarbiah ruhiyyah yang mampu mengisi liang-liang hati dengan nur iman dan limpahan rasa cinta kepada Allah Yang Maha Esa. Mereka yang berangkat meninggalkan keselesaan tempat tinggal, berpisah dengan keluarga tersayang, membawa hati yang tulus ikhlas menuju ke Baitillah di Makkah al-mukarramah, disambut dan dimuliakan Allah sebagai tetamunya yang istimewa. Sabda Nabi SAW bermaksud: Orang-orang yang datang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa, Allah menyahuti doa mereka. Jika mereka beristighfar Allah mengampuni dosa mereka. Riwayat an-nasa i, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Sebagai tetamu Allah, jemaah haji perlu mempersiapkan diri secukupnya, sama ada dari aspek ruhi, jasadi, aqli dan emosi. Tanpa persediaan yang rapi, kemuliaan yang Allah sediakan mungkin tidak dihargai sebaik-baiknya serta tidak diperolehi sepenuhnya. Saat ini, bakal-bakal hajjah pastinya telah bersedia dengan ilmu yang secukupnya tentang cara-cara menunaikan ibadah haji, umrah serta ibadahibadah lain yang berkaitan dengan bulan haji dan waktu berada di tanah suci. Di samping itu jemaah haji wanita juga harus peka dengan permasalahan yang khusus dengan wanita, permasalahan yang tidak dialami oleh kaum bapa. Permasalahan itu boleh dipecahkan kepada beberapa kategori: 2

3 i. Permasalahan yang berkaitan dengan haid. Wanita sering beranggapan bahawa haid merupakan penghalang untuk mereka beribadah. Ini kerana pada masa haid mereka tidak diharuskan solat, puasa, tawaf, i tikaf dan tilawah al-quran. Lantaran itu ramai jemaah wanita berusaha sedaya upaya untuk menghalang kedatangan haid semasa berada di tanah suci supaya masa yang singkat dapat digunakan sepenuhnya untuk ibadah. Dari segi hukum, menurut Imam Ahmad bin Hanbal, wanita harus makan ubat untuk menahan darah haid daripada keluar dengan syarat ubat itu berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Kita lihat keharusan ini adalah dengan syarat bahawa ubat yang diambil itu berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun yang lepas, ramai jemaah mengalami masalah haid yang tidak menentu selepas mengambil ubat penahan haid menyebabkan tujuan mengambil ubat untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada ibadah tidak tercapai. Oleh itu dinasihatkan jemaah yang ingin mengambil ubat, pastikan ubat itu benar-benar berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Jangan ambil sebarangan. Dapatkan nasihat doktor pakar yang berpengalaman dan amanah. Di samping itu, mereka yang mengalami masalah haid sama ada disebabkan mengambil ubat atau tidak, jangan lupa untuk membanyakkan doa kerana tiada yang dapat membantu dalam menyelesaikan apa jua masalah kecuali Dia. Semasa di tanah suci, anda adalah tetamunya yang dimuliakan. Dan Dia telah berjanjikan akan memakbulkan doa para tetamunya. Perlu diingatkan juga haid tidak menghalang wanita dari melakukan ibadahibadah yang lain daripada yang disebutkan di atas. Jemaah boleh gunakan masa haid sepenuhnya untuk berzikir dengan membanyakkan istighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil, berselawat dan sebagainya. Jemaah juga boleh mengambil kesempatan membantu mereka yang memerlukan pertulungan. Sesungguhnya bantuan yang diberi walaupun kecil tetap dikira ibadah yang sangat besar ganjarannya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Sesiapa yang menulung saudaranya, Allah akan menulungnya. 3

4 Sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang, Allah akan melepaskan kesusahannya Sebahagian Hadis riwayat al-bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a. ii. Permasalahan istihadha dan keputihan yang berterusan Istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid atau yang keluar melebihi tempoh maksimum haid. Keputihan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Flour Albus atau Leukore iaitu cairan yang keluar dari Vagina. Keputihan ada yang bukan kerana penyakit [non patologis] ada yang dikatakan pula kerana penyakit [patologis]. Ia adalah najis dan membatalkan wuduk. Sekiranya jemaah mengalami istihadhah atau keputihan yang berlebihan (sentiasa keluar secara berterusan) maka ia dikategorikan sebagai daim alhadas. Dalam keadaan ini jemaah hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali masuk waktu solat fardhu, mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat. Wuduk yang diambil hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu dan beberapa sunat di dalam waktu tersebut. iii. Permasalahan aurat Terdapat sebahagian jemaah yang menganggap berpakaian menutup aurat hanya wajib ketika berada di dalam ihram sahaja. Setelah bertahallul atau setelah selesai manasik haji atau umrah, jemaah tidak perlu lagi menjaga aurat. Mereka boleh memakai apa saja fesyen yang mereka gemari seperti memakai kebaya, berseluar ketat dan sebagainya. Sebahagian jemaah tidak segan silu keluar dari bilik penginapan dengan memakai t-shirt berlengan pendek, walhal terdapat jemaah lelaki yang menginap di bilik aras yang sama. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius. 4

5 Menutup aurat adalah satu perintah yang wajib dipatuhi oleh semua wanita tanpa mengira masa dan ketika, di dalam dan di luar ihram, sebelum dan selepas mendapat gelaran hajjah. iv. Permasalahan hubungan suami isteri Kebanyakan wanita pergi menunaikan haji ditemani suami. Pastinya niat hati ingin sama-sama melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan agar mendapat haji yang mabrur. Namun kadang-kadang bila berada di tanah suci pelbagai masalah yang tidak diduga. Sebahagiannya berpunca dari perkara kecil dan remeh temeh. Terdapat juga suami isteri yang terlalu intim. Jemaah lelaki dan wanita ditempat di bilik yang berasingan. Namun terdapat jemaah wanita yang terlalu kerap masuk ke bilik jemaah lelaki untuk bertemu dengan suami sehingga menyebabkan rakan sebilik suami rasa terganggu, tidak selesa untuk berehat dan sebagainya. Oleh itu, jemaah dinasihatkan sentiasa berhati-hati terhadap godaan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan keluarga. Elakkan dari prasangka, cemburu buta, bertindak tergesa-gesa mengikut emosi dan nafsu. Selalu ingat matlamat ke tanah suci, tidak lain daripada beribadah dan mencari keredhaan Allah semata-mata. 5

6 v. Permasalahan dengan rakan sebilik Jemaah datang dari pelbagai latar belakang. Taraf hidup, status sosial, tahap pendidikan yang tidak sama. Hal ini pastinya menimbulkan sikap, pandangan, tingkah laku serta kecenderungan yang berbeza. Dalam situasi sebegini jemaah perlu banyak bersabar dan cuba memahami antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri amat perlu dijauhi. Lidah mesti selalu dijaga. Amalkan sikap bertolak ansur. Jangan anggap diri kita lebih utama daripada orang lain. Sebaliknya belajar mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Inilah akhlak terpuji yang dimiliki oleh kaum ansar sehingga mereka mendapat pujian dari Allah s.w.t. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr:9) Akhirnya jemaah hendaklah memanfaatkan sepenuhnya khidmat kebajikan, khususnya yang berkaitan dengan agama dan ibadah yang disediakan oleh pihak pengurusan Tabung Haji. Di setiap maktab terdapat guru agama yang sentiasa sedia membantu, di samping program ceramah dan taklimat mengenai ibadah yang disusun dan diadakan dari masa ke masa. Penulis : Ustazah Hajah Maznah binti Daud Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) 6

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah hamba kepada Tuhan-Nya. Pada ruangan kali ini, akan dibincangkan berkenaan

Lebih terperinci

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji PENGENALAN HAJI DAN UMRAH Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN HAJI Haji Ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk

Lebih terperinci

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH LAFAZ & MAKNA ALLAH MENYERU DALAM SURAH ALI-IMRAN (AYAT 97) MANUSIA MENYAMBUT MAKSUD

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH 30 PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH Haji ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk Mengerjakan Ibadat ibadat Tertentu Menurut

Lebih terperinci

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ibadah? Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan dengan jalan tunduk dan merendah diri serendah-rendahnya, yang

Lebih terperinci

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA Pengalaman menunjukkan jemaah haji wanita Malaysia yang menunaikan ibadat haji sering mengalami masalah yang tidak diduga atau jarang-jarang dialami di tanah air, terutama

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD SEMPENA MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PEMBIMBING IBADAT HAJI DAN PENUTUP PROGRAM SIJIL PEMBIMBING

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Sesungguhnya solat termasuk rukun Islam yang paling tinggi kedudukannya setelah syahadatain. Apabila mereka meninggalkan solat karena meremehkan dan malas menjalankannya,

Lebih terperinci

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH 1. RUKUN UMRAH (5 Perkara) Niat ihram mengerjakan umrah. Tawaf. Sai'e. Bergunting atau bercukur. Tertib. 2. WAJIB UMRAH (2 PERKARA) Niat ihram di Miqat. Meninggalkan perkara-perkara

Lebih terperinci

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna RUKUN HAJI CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 Pendidikan Islam Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN NO. JAWAPAN SOALAN 1 (a) (i) Dua golongan yang mempersendakan Islam: Murtad Munafik Musyrikin Ahli maksiat / Asi MARKAH Dua

Lebih terperinci

LALUAN KEHIDUPAN

LALUAN KEHIDUPAN 2006 LALUAN KEHIDUPAN Kelahiran 15.2.2015 Kematian MERENUNG DIRI Adalah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan sempat

Lebih terperinci

JODOH DALAM PANDANGAN ISLAM http://sav3-prabandari.blog.friendster.com/2007/06/jodoh-dalam-pandangan-islam/ Allah swt berfirman dalam QS : Ar Ruum : 21 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-nya ialah Dia

Lebih terperinci

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Tan Sri Syaikh Ismail bin Muhammad JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-quran. Jangan pijak/langkah. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Lebih terperinci

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 NO SOALAN PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 JAWAPAN MARKAH 1(a)i Maksud menjaga pandangan: Memelihara mata daripada melihat kepada perkara perkara yang diharamkan.

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 NAMA: KELAS : KBM 1 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN 1) Mencari malam al-qadar (kemuliaan) Maksud Firman Allah : Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-quran pada malam al-qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-qadar

Lebih terperinci

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH RUKUN HAJI PENGERTIAN RUKUN HAJI Rukun Haji Ialah Pekerjaan Yang Mesti Dilakukan Oleh Jemaah Haji Ketika Mengerjakan Haji.

Lebih terperinci

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering Sering merasa bosan Sifat malas Mudah kecewa Sensitif pada teguran Rasa rendah diri Tidak fokus pada

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC : PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC : 960220-09-5012 GURU : PUAN AIZATUL FITRAH BT IBRAHIM SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA

Lebih terperinci

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS 101 Surah Yasin dan Amalan Pilihan SOLAT MUSAFIR Panduan Mengerjakan Solat Khas 1. SOLAT JAMAK Menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu solat. Solat yang boleh

Lebih terperinci

SUMBER HUKUM ISLAM 1

SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER UTAMA HUKUM ISLAM (DALIL QAT EI) Sumber utama hukum Islam ialah dalildalil yang telah disepakati oleh para ulamak dengan secara putus sebagai sumber hukum Islam yang utama dalam

Lebih terperinci

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Sumber : iluvislam Disunting oleh Md Yusri Bin Jani KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum.

Lebih terperinci

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram Hadith Riwayat Ibnu Umar RA: Bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pakaian yang boleh

Lebih terperinci

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji RUKUN HAJI - TAWAF Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna RUKUN HAJI CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5

Lebih terperinci

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS SULIT Pendidikan Islam Ogos 2009 2 jam ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat

Lebih terperinci

Matlamat Harapan Destinasi

Matlamat Harapan Destinasi Matlamat Harapan Destinasi BUKU NOTA INI HANYA UNTUK PESERTA KURSUS ASAS HAJI ANJURAN BERSAMA LEMBAGA TABUNG HAJI DAN MASJID SETEMPAT MODUL KURSUS ASAS HAJI INI TELAHPUN DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA PENASIHAT

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan; 01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan; 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 05. Jangan membiarkan hati larut dalam

Lebih terperinci

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI Minggu Kelapan HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI DAN JENIS HAJI 92 RUKUN HAJI HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat Di Miqat 4 Wuquf 3 Larangan Ihram 10 Tawaf 5 Bermalam (Mabit) Di Muzdalifah 11 Sa ie 6

Lebih terperinci

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM 1. Memelihara Kesinambungan Kemanusiaan - Menjamin kelangsungan keturunan dan generasi manusia 2. Memelihara Nasab Keturunan - Mewujudkan keturunan yang baik. 3. Memelihara

Lebih terperinci

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya;

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya; SOLAT DHUHA Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI Soalan: Apakah hukum wanita membuka syarikat sendiri? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan

Lebih terperinci

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan.  / Tafsir Surah Al Nasr Muhammad Haniff Hassan www.haniff.sg / ismhaniff@ntu.edu.sg Pengenalan Surah turun di zaman Madinah (setelah hijrah), tapi di daerah Mekah 3 ayat bermakna Kemenangan Sebab turun turun

Lebih terperinci

Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Panduan Qiamullail JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Cetakan Kesebelas 2009 Cetakan Keduabelas 2010 Cetakan Ketigabelas...2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar

Lebih terperinci

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Disediakan oleh: Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud 1 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Cetakan Ketigabelas 2002 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan

Lebih terperinci

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan HIKMAH DAN FALSAFAH HAJI Alhamdulillah, saya rafa kan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tidak terhingga. Pada kali ini, dengan izin-nya, dapat menyiapkan artikel yang bertajuk: Hikmah

Lebih terperinci

Fadhilat Berbaik Sangka

Fadhilat Berbaik Sangka Fadhilat Berbaik Sangka Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh

Lebih terperinci

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF RUKUN HAJI 42 PENGERTIAN RUKUN HAJI Rukun Haji Ialah Pekerjaan Yang Mesti Dilakukan Oleh Jemaah Haji Ketika Mengerjakan Haji. Jika Tidak Ditunaikan, Haji

Lebih terperinci

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini. - Berbicara tentang solat, ada banyak cara untuk mencapai solat yang khusyuk, tapi saranan saya, tak perlu banyak tips atau petua untuk mencapai solat yang lebih khusyu. Tak perlu berlembar-lembar atau

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. (Surah al-mukminun : 1-3) b) Firman Allah swt. (Surah al-an

Lebih terperinci

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA HADIS MAKSUD HADIS NABI S.A.W : Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga

Lebih terperinci

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan 1 2 PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK II Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam

Lebih terperinci

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH 12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN 12.11 MUQADDIMAH Apabila seseorang itu telah bersyahadah, maka ia telah membuat pengakuan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala tuntutan

Lebih terperinci

Penawar Penyakit Waswas

Penawar Penyakit Waswas Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam pada baginda Rasulullah S.A.W ikutan sepanjang zaman. Amaran: Sila baca keseluruhan maklumat ini dengan teliti tanpa tergesa-gesa

Lebih terperinci

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji TALBIAH Lafaz & Makna CARTA ALIRAN PEKERJAAN HAJI RUKUN HAJI WAJIB HAJI 1 Niat Ihram Haji 2 Niat

Lebih terperinci

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih 1 PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA Telefon

Lebih terperinci

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat Seperti yang pernah disiarkan oleh blog justkhai.com beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah

Lebih terperinci

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Terlebih dahulu saya memberikan maksud Akhlak Islam, kerana sifat-sifat ini banyak dibincangkan dalam ilmu Akhlak. Maksud Akhlak ialah budi pekerti

Lebih terperinci

Bab 1 Keadaan Sepeninggal Ramadan

Bab 1 Keadaan Sepeninggal Ramadan Bab 1 Keadaan Sepeninggal Ramadan Langit, Bumi, dan Para Malaikat Menangis Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keistimewaan. Ia memang khusus diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-nya yang sedang

Lebih terperinci

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya. Kitab haji Berkata Imam Syafie: Haji (diwajibkan) kepada setiap orang yang merdeka, baligh dan berkemampuan, menurut Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa yang telah berhaji sekali seumur hidupnya, maka tidak wajib

Lebih terperinci

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Nik Karimah binti Nik Hassan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Kementerian Pendidikan Malaysia Kepimpinan merealisasikan tujuan hidup manusia di muka bumi

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 1 MATLAMAT KURIKULUM Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian

Lebih terperinci

PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN

PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN SULIT 45/1(PP) Pendidikan Islam SOALA Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos 2011 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR SELARAS NEGERI PERAK TAHUN 2011 PENDIDIKAN ISLAM PERATURAN PEMARKAHAN KEGUNAAN UNTUK PEMERIKSA SAHAJA

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran

Lebih terperinci

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200 B1 Mengetahui asas : Membaca al-quran B1D1 Boleh membaca surah Ali-Imran ayat 1 200 B1D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan

Lebih terperinci

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan

Lebih terperinci

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama BI TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama Surah Al Anam (70) 2 Pertanian Dalam Kehidupan Surah Al Anam (141) 3 Konsep Ibadah Surah Al Anam (162-163) 4 Negara Aman Rakyat Sejahtera

Lebih terperinci

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED KHATIB /IMAM USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL الحمد هلل القائل: إ ن م ا ي ع م ر م س اج د الل ه م ن آم ن ب الل ه و ال ي و م اآلخ ر

Lebih terperinci

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan:

Soalan: Mohd Shukri Kuantan. Jawapan: Soalan: ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya sudah 6 tahun mengalami penyakit slipped disc. Kesan sakit ini membuat saya sukar untuk berdiri dan duduk lama. Disebabkan ini saya kerap mengambil cuti sakit sakit

Lebih terperinci

BAB EMPAT ANALISIS DATA PENGARUH KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP CARA HIDUP PELAJAR

BAB EMPAT ANALISIS DATA PENGARUH KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP CARA HIDUP PELAJAR BAB EMPAT ANALISIS DATA PENGARUH KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP CARA HIDUP PELAJAR 4. Pendahuluan Bab ini membincangkan dan menganalisis datadata yang diperolehi melalui soal selidik dan temubual serta

Lebih terperinci

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain Oleh: Muhsin Hariyanto AL-BAIHAQI, dalam kitab Syu ab al-îmân, mengutip hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amr ibn al- Ash: Ridha Allah bergantung

Lebih terperinci

Hak Cipta Terpelihara :

Hak Cipta Terpelihara : Terima kasih kerana anda sudi untuk mendownload e-book ini. E- book ini diberikan secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak boleh menjualnya atas apa jua tujuan. Ianya hanya boleh diberikan secara PERCUMA

Lebih terperinci

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf. DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA Mencintai Allah Taala itu disepakati wajibnya. Tak kenal, maka tak cinta. Setelah kenal, barulah ada rasa nak cinta. Umumnya kenal itu pelajaran

Lebih terperinci

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011 UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DR. AMINUDDIN BIN HASSIM, PENGARAH INTAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011 7 OKTOBER 2011 (JUMAAT) Bismillaahir rahmaanir rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Lebih terperinci

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2 Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2 Pensyarah Ustazah Nek Mah Bte Batri Master Pendidikan Islam Calon Doktor Pendidikan Islam Calon Doktor Fiqh Sains & Teknologi TOPIK PERBINCANGAN Meluruskan

Lebih terperinci

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG

SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG SKEMA TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 PERCUBAAN SPM 2012 NEGERI PAHANG 1 (a) (i) Maksud uluhiyyah ialah :- Mengakui bahawa hanya Allah SWT Yang Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. (1 isi

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi

Lebih terperinci

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I SURAH AL-KAUTHAR Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I (2) M G MœZGy GßIN G Iš INáG³G (1) G G MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM G} P RœIý (3) H G M GìMZ GÂH GßGËIœ P G& RwIý MAFHUMNYA: Dengan

Lebih terperinci

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI

IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI IMBASAN PERKONGSIAN SEBELUM INI Mengapa kita pilih Kitab Cinta? 1. Kerana kita sudah khatam dua kitab utama iaitu Kitab Ilmu dan Kitab Tauhid, maka selepas itu kita bolehlah melalui mana-mana kitab seterusnya.

Lebih terperinci

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas Erica Lovel erica@ecoethical.com.au Anak-anak Saya.. Jason 25 tahun Ryan 22 tahun, menghidap Perthes Disease sejak berumur 3 tahun, masalah berkaitan

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sistem Pendidikan Islam di Malaysia mengalami banyak perubahan bagi mempertingkatkan dan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Perubahan tersebut

Lebih terperinci

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Junjung Amanah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 2003 Isi Kandungan FALSAFAH PELAJARAN KEBANGSAAN iii. MISI KPM iii. OBJEKTIF KPM iii. PENDAHULUAN 1.

Lebih terperinci

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) SEJARAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH BACA DI BUKU PAKET HALAMAN 109 126 (lebih lengkap)

Lebih terperinci

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar Perihal Sujud Syahwi Yang Benar http://fiqh-sunnah.blogspot.com Sujud syahwi adalah nama bagi dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KHAIRIAH BINTI SULAIMAN BIS 2014 AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA

Lebih terperinci

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF Surah yakni beerti gua adalah ke 18 didalam Al Quran mengandungi 110 ayat.ia dinan kerana ayat 9 ayat 26 mencerit penduduk gua ditidurkan oleh selama 300 tahun, demi iman amat teguh terhadap dasar tauhid

Lebih terperinci

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada 41 KELEBIHAN WANITA 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: Ibu lebih penyayang

Lebih terperinci

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI Aurat Dan Izin Suami 150 151 Pendapat Imam Syafie Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya. Sabda Rasulullah

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA OBJEKTIF Membincangkan peranan manusia dan faktor kemuliaannya. Menjelaskan matlamat penciptaan manusia. Membincangkan etika dan nilai manusia

Lebih terperinci

Boros dalam berbelanja merupakan amalan syaitan. Antara berikut yang manakah dikatakan sebagai derhaka kepada ibu bapa?

Boros dalam berbelanja merupakan amalan syaitan. Antara berikut yang manakah dikatakan sebagai derhaka kepada ibu bapa? BAHAGIAN A (40 MARKAH) Soalan 1 hingga 20 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan. 1. Boros dalam

Lebih terperinci