Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT,

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT,"

Transkripsi

1 N A T h BU 8 3 M 4 1 A A S rah j i N h E l EMP maa S N PA UCA Hadirin yang dirahmati oleh Allah SWT, Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan puji syukur yang sedalam-dalamnya kepada Allah swt. Berkat rahmat, taufik dan hidayahnya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari yang sangat berbahagia ini. Hari ini kita telah memasuki tahun baru Hijriah. Maka, selayaknya kita menggunakan kesempatan ini menoleh sejenak ke belakang. Melakukan penilaian sejujurnya. Tentang berapa jauh ketaatan dan amal bakti yang telah kita lakukan untuk agama kita selama ini. Untuk bangsa. Untuk tanahair. Adakah kita dari mereka yang selama ini mengabdikan diri, menginfakkan harta, masa dan tenaga demi agama? Atau apakah kita antara mereka yang ke sana dan ke mari menunggang agama demi kepentingan sendiri? Yang pasti, meraih masa depan yang baik itu memerlukan kita melakukan peghijrahan. Menuntut pembaharuan. Kita harus menjadi lebih berani, lebih inovatif, berfikir melangkau zaman dan masa. Kerana peristiwa Hijrah itu sendiri sarat dengan elemen pemikiran luar kelaziman. Pemikiran yang cerdas dan inovatif. Yang terakam jelas dalam sekurang-kurang 2 perkara penting. 1 Dato Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor BAIT AL AMANAH Dan seperti yang diingatkan kepada kita di dalam Surah Al-Asr, ayat 1 dan 2, Allah SWT sendiri bersumpah, betapa demi masa, manusia itu dalam kerugian. Jesteru, dalam memasuki lembaran baru ini, saya mempunyai satu seruan. Marilah kita susun langkah-langkah yang selayaknya untuk meraih masa depan yang lebih baik dan gemilang, dalam naungan redha Allah swt. Untuk diri kita. Untuk keluarga. Untuk bangsa. Untuk Tanahair. House of Trust Biar dalam kelompok manapun kita tergolong. Apabila tibanya tahun baru, tanamlah azam dan ltizam. Untuk memperbaharui dan menambah baik kadar sumbangan kita pada Islam. Kerana dengan melakukan penilaian secara cermat dan teliti sebegini, insyallah, kita akan sedar. Apakah selama masa yang kita lewati ini, kita termasuk orang yang beruntung, atau hanya menjadi orang yang selalu dalam kelalain.

2 Pertama, dalam peristiwa penetapan kalender Hijriyah yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab R.A. Orang Arab pra kerasulan Rasulullah SAW, telah lama menggunakan bulan-bulan dalam kalender hijriyah ini. Tetapi mereka tidak menetapkan tahunnya. Sekadar hari dan bulan. Sebaliknya, bagi merujuk kepada sesuatu tahun, mereka hanya memberikan gelaran-gelaran tertentu. Misalnya kita mengetahui bahawa kelahiran Rasulullah SAW adalah pada Tahun Gajah. Suatu hari, Abu Musa Al-Asyári, salah seorang governor pada zaman Khalifah Umar telah menulis surat kepada Amirul Mukminin, yang isinya mempersoalkan surat-surat dari khalifah yang tidak ada tahunnya. Bagi beliau, amalan sebegitu sangat membingungkan, kerana hanya tarikh dan bulan sahaja yang dinyatakan. Lantas Khalifah Umar bingkas mengumpulkan beberapa sahabat dan mereka kemudian bermusyawarah mengenai kalendar Islam. Ada yang mengusulkan agar tahun Islam dikira berdasarkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Ada juga yang mencadangkan agar waktu Muhammad saw diangkat menjadi Rasul menjadi penanda aras. Namun akhirnya, usul yang diterima adalah dari Ali bin Abi Thalib, iaitu untuk menggunakan momentum hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah sebagai kiraan tahun dalam kalendar Islam. Lalu, bermulalah lembaran baru dalam sejarah Islam. Semuanya dengan tujuan memudahkan segala urusan keduniaan. Agar perancangan dapat dilakukan. Agar peristiwa dapat dirakam dan diingati. Agar perjanjian mempunyai tempoh untuk matang dan dilaksanakan. BAIT AL AMANAH House of Trust Peristiwa ini jelas menggambarkan bahawa penghijrahan itu bukan sekadar sebuah perpindahan. Ia telah menginspirasikan permulaan baru. Permulaan yang inovatif dengan memperkenalkan sistem kalender Islam yang lebih sistematik. Semua ini akhirnya menjurus kepada pembenterasan segala kekeliruan yang selama ini membelenggu masyarakat. 2

3 Kedua, ketika Saidina Ali R.A. mengusulkan saat Nabi Muhammad saw hijrah dari Kota Makkah ke Madinah itu sebagai tahun baru Islam yang pertama. Kota Mekah kala itu merupakan suatu wilayah atau negeri yang di dalamnya berlaku kehidupan yang sangat kufur. Sedangkan Madinah adalah negeri yang subur dengan kehidupan yang Islami. Hasil pengorbanan begitu ramai sahabat yang telah menggerakkan dakwah dan mengajak kepada Islam, sebelum berhijrahnya Rasulallah. Dan setelah berhijrahnya Rasulullah SAW keadaan menjadi lebih Islami. Lalu Umar R.A. menyimpulkannnya dengan pandangan yang sangat mengesankan. Bahawa Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Maka seharusnya kita mengenang bahawa tahun Hijriah itu bukan hanya sebatas perayaan tahun baru acapkali terbitnya fajar 1 Muharram. Sebaliknya, ia adalah peringatan dan peluang. Yang hadir saban tahun. Untuk mengajak kita semua menuju kepada perpindahan kehidupan yang lebih baik. Mengajak kita kepada kebenaran. Mengajak kita meninggalkan kebatilan. Agar terbangun kehidupan yang berpijak kepada syariat Islam. Dengan harapan kehidupan di tahun yang baru ini, lebih baik dari kehidupan tahun sebelumnya. Jika tidak, maka yang berinjak hanyalah tahun dan takwim. Tanpa disusuli dengan perubahan kehidupan. Ke arah yang lebih baik. Lebih maju. Lebih sejahtera. Lebih beramal soleh. BAIT AL AMANAH House of Trust Maka marilah kembali menjadikan momen dan peristiwa Hijrah ini, sebagai momentum untuk kita berusaha berpindah menuju ke kehidupan yang baik. Kehidupan yang lebih bermanfaat. Yang diabadikan untuk jalan kebenaran dan jalan kebaikan. 3

4 Tuan-tuan dan Puan-puan; Tetapi kehidupan yang lebih baik itu tidak akan terjelma tanpa usaha dan amal. Menyimpan hasrat untuk menuju kepada kehidupan yang lebih baik sahaja tidak memadai. Kita diperintahkan untuk bekerja dan selalu berusaha agar apa yang kita ingin dan cita-citakan dapat tercapai. Inilah sikap dan pemikiran berkemajuan. Yakinlah tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang boleh berhasil tanpa melalui proses bekerja dan berusaha. Seperti sabda Rasulullah yang berbunyi: Dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Allah akan memberikan kehidupan yang baik dan sejahtera bagi orang beriman yang mahu beramal atau bekerja secara baik dan bersungguh-sungguh. Dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad saw yang ertinya: Bekerjalah untuk kehidupan kamu di dunia, seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seakan-akan kamu akan mati esok. Maka, bersempena dengan lembaran tahun baru ini, saya mengajak semua pihak untuk mempertimbangkan 3 perkara penting. Pertama, tampil dan bekerjalah untuk agama. Untuk bangsa dan Negeri Johor. Untuk Malaysia yang kita cintai. Hanya melalui kerja keras, kita akan menjadi Melayu maju. Bangsa yang yang terhormat. Dan Malaysia akan berdaya saing. Lakarkanlah apa jua strategi pemerkasaan ummah. Ia pasti tidak akan berjaya tanpa transformasi budaya dan pemikiran bahawa segala-galanya harus melalui usaha dan kerja keras. Keperkasaan insan, kehidupan yang sejahtera, kejayaan dalam kerjaya dan pendidikan, semuanya tidak akan tercipta tanpa kegigihan usaha dan amal. Maka kembalilah kepada fitrah sebuah kejayaan, yakni usaha dan kerja keras. BAIT AL AMANAH House of Trust 4

5 Kedua, percayalah betapa kehidupan yang lebih baik itu tidak akan terjelma jika kita gagal memandang ke depan dengan penuh optimis. Inilah pemikiran berkemajuan. Benar, cabaran dan ujian itu akan sentiasa datang. Jalan kejayaan akan sentiasa berliku. Jika tidak kerana kelemahan pendekatan kita, barangkali kerana masa dan waktu yang tidak sesuai. Tetapi, biar apa pun pancarobanya, kejayaan dan rencana masa depan menuntut kebingkasan tanpa mengenal putus asa. Kerana Islam mengajar kita untuk tidak boleh berputus asa. Tanpa adanya semua ini, kita tidak akan dewasa dalam kehidupan kita. Dan Islam secara tegas melarang sikap berputus asa, sebagaimana firman Allah swt dalam surat Yusuf ayat 87 yang maksudnya: Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. Maka jangan sesekali kita putus harap dalam memperbaiki diri kita, keluarga kita, bangsa kita, tanahair kita. Benar kita selalu lalai. Itu lumrah manusiawi. Dan kita kerap sekali tersasar dan lupa. Tetapi adalah benar juga bahawa berputus asa itu tidak akan membawa kita kemana-mana. Jangan kita lupa risalah Rasulallah yang sangat kita cintai. Apa yang baginda tidak tempuhi sebelum hijrahnya. Selama bertahun-tahun baginda dicerca, diperangi, dihindari oleh masyarakat Mekah. Tidak pernah sekali baginda berputus harap. Bayangkan jika baginda berputus harap. Pasti Islam tidak akan sampai ke zaman dan daerah ini. Tetapi segala cubaan, segala derita, telah memaksa baginda mencari jalan baru untuk menjayakan Islam.Lalu dengan harapan baru, baginda melakukan penghijrahan. Dan melalui perjalanan bersejarah itulah, Islam sekarang ini menjadi anutan kepercayaan terbesar dunia. Menjadi agama yang membawa pencerahan. Menjadi kepercayaan yang tersebar paling cepat di seluruh pelusuk dunia. 5 BAIT AL AMANAH House of Trust

6 Ketiga, marilah kita semua berusaha menyeramakkan ukhuwah islamiyyah, demi mengukuhkan perpaduan ummah. Selari dengan tema sambutan kita pada tahun ini, saya ingin sekali menegaskan betapa amat penting untuk kita semua bersatu padu demi menikmati kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. Malah, bukan sahaja bersatu padu dan hidup bersama sebagai sebuah komuniti. Namun, benar-benar bersahabat dan menjadi saudara kepada satu sama lain. Dengan ikhlas, dengan jujur kepada satu sama lain. Tidak akan ada kehidupan yang lebih baik jika masyarakat Islam itu berpecah belah. Saling menyakiti antara satu sama lain. Akhirnya, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Tidak akan ada kehidupan yang lebih baik jika kita menidakkan kepentingan dan hak orang bukan Islam. Raikanlah kepelbagaian tanahair kita. Semua orang berbeza. Semua orang tidak sama. Maka terima segala perbezaan ini dan bersatulah di bawah lembayung dan syiar Islam. Hanya melalui kesatuan kita akan menjadi kuat. Kesatuan sesama Muslim. Kesatuan bersama pelbagai kaum lain. Pelbagai agama lain. Kerana Islam itu mengajak kepada kesatuan. Mengajak pada jalan damai dan jalan saling mengasihi antara satu sama lain. Maka ambillah peringatan sempena lembaran baru ini. Luaskan persahabatan kita. Murnikan nurani kita dengan mengasihi semua orang. Kerana hanya dengan kesatuan hati-hati yang baik, yang damai, yang tiada hasad dan dengki, Islam akan lebih subur. Islam yang subur dan maju, akan menjadikan negara dan bangsa ini maju dan bersatu. Negara yang maju dan bersatu, akan menjelmakan umat terbaik. Darinya kelak, akan lahirlah negara dan masyarakat yang mendapat limpahan rahmat dan pengampunan illahi, insyaallah. Tuan-tuan dan puan-puan, BAIT AL AMANAH House of Trust Maka, saya akhiri dengan mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Tahun Baru 1438 Hijrah. Semoga tahun ini lebih baik buat kita semua. Terima kasih. 6

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH Kejayaan Umat Dalam Berhijrah Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH Muharram awal bulan hijriyah, adalah bulan kemenangan dan kejayaan. Di bulan ini Allah Swt. memenangkan Musa beserta Bani Israil atas Fir aun dan

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor, Tuan-tuan dan puan-puan

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3 NAMA: KELAS: KBM 3 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor. Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor. Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan

Lebih terperinci

[Nasihat Islam Tentang Hari Esok]

[Nasihat Islam Tentang Hari Esok] [Nasihat Islam Tentang Hari Esok] Firman Allah Swt., Artinya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat dengan kebenaran dan

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011 UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DR. AMINUDDIN BIN HASSIM, PENGARAH INTAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011 7 OKTOBER 2011 (JUMAAT) Bismillaahir rahmaanir rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Di MAJLIS PELANCARAN SERAH KUNCI BAGI PEMILIKAN KOSONG RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) OLEH KECK SENG (MALAYSIA) BERHAD TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU

Lebih terperinci

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) SEJARAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH BACA DI BUKU PAKET HALAMAN 109 126 (lebih lengkap)

Lebih terperinci

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan 1 2 PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK II Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam

Lebih terperinci

Khutbah Jum'at. Keutamaan Muharam. Bersama Dakwah 1

Khutbah Jum'at. Keutamaan Muharam. Bersama Dakwah 1 Bersama Dakwah 1 KHUTBAH PERTAMA.. * Waktu demikian cepat berlalu. Hari demi hari kita lalui. Bulan demi bulan berganti. Seakan tak terasa, kini kita sudah berada di akhir bulan Dzulhijjah. Yang artinya,

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah? Bab 5 Tingkatan 4 Esei 1.Nabi telah menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630 M. (a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota

Lebih terperinci

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439) SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri. LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 1 I t e m O b j e k t i f M.S. 100 1. Apakah faktor keruntuhan empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 Masihi? I Banjir besar III Kejatuhan kerajaan II Kelalaian pemimpin

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Pendahuluan Islam bukan hanya agama kerohanian, tapi agama kehidupan Kerohanian Islam perlu diterjemah

Lebih terperinci

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 0 Assalammualaikum

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA: Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu

Lebih terperinci

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi)

Khatamul Anbiya (Penutup Para Nabi) Muhammad SAW adalah seorang nabi terakhir yang diutus ke bumi oleh Allah SWT. Sebagai seorang nabi dan rasul, nabi Muhamad SAW membawakan sebuah risalah kebenaran yaitu sebuah agama tauhid yang mengesakan

Lebih terperinci

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib.

Perjanjian Aqabah I. Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi. Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib. Perjanjian Aqabah I Pada tahun ke-12 kenabian, bertepatan dengan tahun 621 M, Nabi Muhammad saw. menemui rombongan haji dari Yatsrib. Rombongan haji tersebut berjumlah sekitar 12 orang. Kepada mereka Nabi

Lebih terperinci

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering Sering merasa bosan Sifat malas Mudah kecewa Sensitif pada teguran Rasa rendah diri Tidak fokus pada

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

PERJANJIAN HUDAIBIYAH PERJANJIAN HUDAIBIYAH PERJANJIAN HUDAIBIYAH LOKASI HUDAIBIYAH 1. sebuah kampung terletak berhampiran Kota Mekah 2. Di sini dimeterikan perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata di antara umat

Lebih terperinci

Fadhilat Berbaik Sangka

Fadhilat Berbaik Sangka Fadhilat Berbaik Sangka Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: BENGKEL ZAKAT PERNIAGAAN ANJURAN PERDASAMA DAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PADA: 24 MEI 2011 TEMPAT: DEWAN TUN HUSSEIN

Lebih terperinci

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006 PERUTUSAN Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. 1 Marilah

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:94 8 12:94, bagaimana Yakub boleh hidu aroma Yusuf? sekali lagi, sains atau mukjizat? 12:97 8 kelebihan

Lebih terperinci

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan Kita & Al-Aqsa Masjid Al-Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Ini dapat dilihat dari fakta-fakta berikut 1. Ia adalah kiblat pertama umat

Lebih terperinci

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan BILAL KHATIB meningkatkan ketakwaan melaksanakan segala perintah meninggalkan segala larangan Mudahmudahan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat PESANAN TAQWA Hari Pahlawan pengiktirafan negara

Lebih terperinci

PEMBUKAAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN TINGKAT NASIONAL XXII, 17 JUNI 2008, DI SERANG, PROPINSI BANTEN Selasa, 17 Juni 2008

PEMBUKAAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN TINGKAT NASIONAL XXII, 17 JUNI 2008, DI SERANG, PROPINSI BANTEN Selasa, 17 Juni 2008 PEMBUKAAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN TINGKAT NASIONAL XXII, 17 JUNI 2008, DI SERANG, PROPINSI BANTEN Selasa, 17 Juni 2008 SAMBUTAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA PADA ACARA PEMBUKAAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM, TEKS UCAPAN LT. KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA PERASMIAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KUKUM DI KAMPUS KUKUM KUBANG GAJAH, ARAU PADA 2 NOVEMBER 2004. BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM

Lebih terperinci

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting Soalan 1 berdasarkan petikan di bawah Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting 1. Petikan diatas merujuk

Lebih terperinci

Sambutan Presiden RI Pd Silaturahmi dg Peserta Musabaqah Hifzil Quran, tgl 14 Feb 2014, di Jkt Jumat, 14 Pebruari 2014

Sambutan Presiden RI Pd Silaturahmi dg Peserta Musabaqah Hifzil Quran, tgl 14 Feb 2014, di Jkt Jumat, 14 Pebruari 2014 Sambutan Presiden RI Pd Silaturahmi dg Peserta Musabaqah Hifzil Quran, tgl 14 Feb 2014, di Jkt Jumat, 14 Pebruari 2014 SAMBUTAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA PADA ACARA SILATURAHMI DENGAN PARA PESERTA MUSABAQAH

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

BUPATI PADANG LAWAS SAMBUTAN BUPATI PADANG LAWAS PADA ACARA PERINGATAN ISRA MI RAJ 1437 H DI KABUPATEN PADANG LAWAS KAMIS, 26 MEI 2016

BUPATI PADANG LAWAS SAMBUTAN BUPATI PADANG LAWAS PADA ACARA PERINGATAN ISRA MI RAJ 1437 H DI KABUPATEN PADANG LAWAS KAMIS, 26 MEI 2016 BUPATI PADANG LAWAS SAMBUTAN BUPATI PADANG LAWAS PADA ACARA PERINGATAN ISRA MI RAJ 1437 H DI KABUPATEN PADANG LAWAS KAMIS, 26 MEI 2016 ASSALAMU ALAIKUM WR, WB, YANG SAYA HORMATI : WAKIL BUPATI PADANG LAWAS,

Lebih terperinci

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia UCAPAN Y.B DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MAJLIS PERASMIAN UTM- INDUSTRY PASIR GUDANG COMMUNITY ENGAGEMENT (UTM-IPGCE) PADANG AWAM MASAI, JALAN SEKOLAH 9 MAC 2013 (SABTU),

Lebih terperinci

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Sumber : iluvislam Disunting oleh Md Yusri Bin Jani KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum.

Lebih terperinci

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5 1 Item Objektif M.S. 118 1. Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Madinah Tidak aman Pelbagai kaum tidak bersatu

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara)

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara) TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS BERBUKA PUASA RTM 19 JUN 2017 (Salutasi akan dikemaskini pada hari acara) Pertama tama sekali marilah kita mengucapkan rasa syukur ke

Lebih terperinci

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID APA ITU PAGAM MADINAH? Dikenali juga sebagai SAHIFAH MADINAH Perlembagaan Bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada 622M. Berpandukan WAHYU ALLAH

Lebih terperinci

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah

Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah Persatuan Dalam al-quran dan Sunnah Umat Islam di seluruh penjuru dunia bersuka cita menyambut maulid Nabi Muhammad Saw pada bulan Rabiul Awal. Muslim Sunni merayakan hari kelahiran Rasulullah pada tanggal

Lebih terperinci

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED KHATIB /IMAM USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL الحمد هلل القائل: إ ن م ا ي ع م ر م س اج د الل ه م ن آم ن ب الل ه و ال ي و م اآلخ ر

Lebih terperinci

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20 TEKS UCAPAN MAJLIS KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20 YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR ABDUL RAHMAN ABDUL RAZAK SHAIK KETUA PENGARAH MAKTAB KOPERASI MALAYSIA DI DEWAN SERBAGUNA, ARAS G, KPDNKK PUTRAJAYA

Lebih terperinci

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN KHATIB /IMAM USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL ٱ ڦ ٻ و إ ذ ق ال ر ب ك ل ل م ل ئ ك ة إ ني ج اع ل ف ي ا ل ر ض ق ال وا أ ت ج ع ل ف يه

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 05 Februari 2016 / 26 Rabiulakhir 1437H Menjiwai Erti Kesyukuran Sebenar Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010

Lebih terperinci

Bukti Cinta Kepada Nabi

Bukti Cinta Kepada Nabi Bukti Cinta Kepada Nabi Khutbah Pertama:?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA HADIS MAKSUD HADIS NABI S.A.W : Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga

Lebih terperinci

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH SeJaRaH PN. MASARIAH BINTI MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun

Lebih terperinci

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I SURAH AL-KAFIRUN Diturunkan di Mekah : 6 Ayat IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I (2) GwyH H ƒm G G H ƒh M G} Péê (1) GwyH I¹QƒG¼MšOZ GÁSñ GÆPƒGñ MáH (4) MâS G G R D I G C GœG} PéêGy (3) H H M G} Pé GwyH

Lebih terperinci

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH 12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN 12.11 MUQADDIMAH Apabila seseorang itu telah bersyahadah, maka ia telah membuat pengakuan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala tuntutan

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur Islam Kertas Percubaan SPM 200 / Jam Nama Pelajar : Tingkatan : JABATA PELAJARA EGERI PAHA G PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 200 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit JA GA BUKA KERTAS SOALA

Lebih terperinci

Disebarluaskan melalui: website: TIDAK untuk tujuan KOMERSIL

Disebarluaskan melalui: website:    TIDAK untuk tujuan KOMERSIL Judul : Cinta Rasul Penyusun : Ummu Abdillah al-buthoniyah Layout : MRM Graph Disebarluaskan melalui: website: e-mail: redaksi@raudhatulmuhibbin.org TIDAK untuk tujuan KOMERSIL Nabi Muhammad shallallahu

Lebih terperinci

Perayaan Tahun Baru Islam

Perayaan Tahun Baru Islam Perayaan Tahun Baru Islam Bulan demi bulan telah berlalu dan tanpa terasa kita telah berada di pengujung tahun hijriyah dan tidak lama lagi tahun yang lama akan berlalu dan akan datang tahun baru. Hal

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA : KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 KBK 5 NAMA : KBK : 5 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. 2. Tuliskan nama anda

Lebih terperinci

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini Sedarkah anda bahawa kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah terhadap maksud rumah mampu milik sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa hartanah

Lebih terperinci

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA ZAMAN fitnah ini ialah penghujung zaman yang penuh dengan ujian dan pancaroba sebelum terjadinya kiamat. Daripada aspek syarak, fitnah yang banyak terjadi ini telah pun dijelaskan ALLAH SWT dan Rasul-Nya

Lebih terperinci

BUPATI BENGKALIS SAMBUTAN BUPATI BENGKALIS PADA KENDURI ADATSEMPENA HARI JADI KE-505BENGKALIS TAHUN 2017 BENGKALIS,19 JULI2017

BUPATI BENGKALIS SAMBUTAN BUPATI BENGKALIS PADA KENDURI ADATSEMPENA HARI JADI KE-505BENGKALIS TAHUN 2017 BENGKALIS,19 JULI2017 BUPATI BENGKALIS SAMBUTAN BUPATI BENGKALIS PADA KENDURI ADATSEMPENA HARI JADI KE-505BENGKALIS TAHUN 2017 BENGKALIS,19 JULI2017. ASSALAMU ALAIKUM WR. WB, SELAMAT PAGIDAN SALAM SEJAHTERA UNTUK KITA SEMUA,

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA BAB 4 PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisa SPM 2004 2009 Soalan objektif, struktur dan esei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan isu semasa Fokus latihan SPM 2010

Lebih terperinci

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 1 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan

Lebih terperinci

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat

Lebih terperinci

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 1 0 Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 0 Merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia 0 Mengandungi 47 fasal yang terbahagi dua. 0 23 fasal tersebut membicarakan tentang hubungan umat

Lebih terperinci

PENGAJIAN AKBAR DALAM RANGKA MEMPERINGATI ISRA MI RAJ NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID AGUNG KOTA BLITAR TAHUN 2012 / 1433 H

PENGAJIAN AKBAR DALAM RANGKA MEMPERINGATI ISRA MI RAJ NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID AGUNG KOTA BLITAR TAHUN 2012 / 1433 H WALIKOTA BLITAR SAMBUTAN WALIKOTA BLITAR PADA ACARA PENGAJIAN AKBAR DALAM RANGKA MEMPERINGATI ISRA MI RAJ NABI MUHAMMAD SAW DI MASJID AGUNG KOTA BLITAR TAHUN 2012 / 1433 H SENIN, 11 JUNI 2012 Assalamu

Lebih terperinci

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I SURAH AL-KAUTHAR Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I (2) M G MœZGy GßIN G Iš INáG³G (1) G G MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM G} P RœIý (3) H G M GìMZ GÂH GßGËIœ P G& RwIý MAFHUMNYA: Dengan

Lebih terperinci

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016 Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016 Dewan Kuliah Utama, FPQS 8.30 pagi 17 Mac 2016M / 8

Lebih terperinci

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Quran 1430 H, Senin, 07 September 2009

Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Quran 1430 H, Senin, 07 September 2009 Sambutan Presiden RI pada Peringatan Nuzulul Quran 1430 H, 07-9-09 Senin, 07 September 2009 Â SAMBUTAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA Â PADA ACARA PERINGATAN NUZULUL QURAN 1430 H DI ISTANA BOGOR, JAWA BARAT,

Lebih terperinci

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-quran. Jangan pijak/langkah. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Lebih terperinci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis. UCAPAN ALUAN Y.BHG TN. HJ. WAN MOHD. ZAWAWI B. WAN ABDUL RAHMAN PENDAFTAR SEMPENA: MAJLIS PENGHARGAAN PEJABAT PENDAFTAR 2013 8.00 PAGI DI DEWAN SULTAN ISKANDAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF.

TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR. FO AD SAKDAN, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR

Lebih terperinci

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam KISI-KISI SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/2013 MATA PELAJARAN : SEJARAH KEBUDAYAAN IAM KELAS/SEMESTER : VII /GANJIL PENYUSUN : BAIQ KARTINI, S.Pd STANDAR KOMPETENSI/ NO KOMPETENSI DASAR 1. Memahami

Lebih terperinci

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B)

SEJARAH SPM 1249/2 (Set B) Nama : Tingkatan : Tarikh : PEJABAT PELAJARAN WILAYAH BANGSAR & PUDU dengan kerjasama GURU CEMERLANG & GURU SUMBER SEJARAH KUALA LUMPUR MODUL PECUTAN HARLUS SEJARAH 1249/2 SEJARAH SPM 1249/2 (Set B) Sejarah

Lebih terperinci

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Bagaimana Kita Merespon Perintah Puasa

Ceramah Ramadhan 1433 H/2012 M Bagaimana Kita Merespon Perintah Puasa www.bersamadakwah.com 1 Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah Saat kita menunggu tamu istimewa datang, ada perasaan berharap untuk segera mendapatkan kepastian kedatangannya. Anggaplah ia pejabat, sahabat

Lebih terperinci

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979.

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979. TH 3:11:79 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCA- RAN PERAYAAN MENYAMBUT ABAD KE 15 HIJRAH DI BANGUNAN PARLIMEN, PADA 21 NOVEMBER, 1979. Alhamdulillah, syukur patek kehadrat Allah Subhanahu Wataala,

Lebih terperinci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan TEKS UCAPAN LT. KOL. PROF. DATO DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN KEBAKARAN PADA 15 FEBRUARI 2006 BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA, KOLEJ KEDIAMAN KUKUM, KG. WAI.

Lebih terperinci

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih 1 PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA Telefon

Lebih terperinci

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA 1 MESYUARAT AGUNG PIBG KE-28 SMK KELANA JAYA PADA 18 FEBRUARI 2017 (SABTU), DEWAN SMK KELANA JAYA 2 Bismillahirohmanirohim

Lebih terperinci

Yang Berbahagia, Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP.

Yang Berbahagia, Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP. TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA KOLEJ KEDIAMAN BERSAMA NAIB CANSELOR PADA 15 OGOS 2011 DI DEWAN SERBAGUNA

Lebih terperinci

Syuraih yang Bijaksana

Syuraih yang Bijaksana Syuraih yang Bijaksana Syuraih ditanya, "Bagaimanakah caranya Anda mendapatkan Ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan cara diskusi dengan ulama. Saya mendapatkan Ilmu dari mereka dan mereka pun dapat mengambil

Lebih terperinci

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan.  / Tafsir Surah Al Nasr Muhammad Haniff Hassan www.haniff.sg / ismhaniff@ntu.edu.sg Pengenalan Surah turun di zaman Madinah (setelah hijrah), tapi di daerah Mekah 3 ayat bermakna Kemenangan Sebab turun turun

Lebih terperinci

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5 TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA minggu ke 5 PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah 2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH Kota Madinah bukanlah

Lebih terperinci

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat) ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin Bab 2 Kekayaan Hati Bab 3 Menempuh Cabaran Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin Bab 5 Barokatologi (Berkat) Bab 6 Tingkatkan Nilai Sebenar Bab 7 Antara Hamba Dengan Tuhannya

Lebih terperinci

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Nik Karimah binti Nik Hassan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Kementerian Pendidikan Malaysia Kepimpinan merealisasikan tujuan hidup manusia di muka bumi

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa Allah s.w.t. menurunkan kitab kepada beberapa utusannya. Memahami tujuan kitab diturunkan. Keistimewaan al-quran. Beriman kepada Allah: Ertinya: percaya sepenuh hati bahawa

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD SEMPENA MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PEMBIMBING IBADAT HAJI DAN PENUTUP PROGRAM SIJIL PEMBIMBING

Lebih terperinci

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ditulis oleh : Hajar Abdullah Ditulis oleh : Hajar Abdullah ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN?...2 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN QURAN #1 Perbaiki Hati 6 #2 Tahu Sebab Baca Al- Quran 7 #3 Baca Dalam Solat.8

Lebih terperinci

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN PERDANA MENTERI 2013 12 JUN 2014 (RABU) 9.25 PAGI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Lebih terperinci

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Disediakan oleh: Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud 1 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Cetakan Ketigabelas 2002 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1(a) (i) Pengertian potongan ayat : Dan kurnikanlah pada kami rahmat dari sisimu ( 1x2=2 markah ) (ii) Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah Allah : - tabah dan sabar menghadapi

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) SINOPSIS - Modul

Lebih terperinci

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan Erti Futur Futur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten

Lebih terperinci